Showing 1,201 - 1,250 of 2,296
Author: Zainurin Yusof
Publisher: DB United | Audience: Children | 5682 KB, 52 p. : col. ill.
Malang sekali, lautan telah tercemar dan ikan pula ditangkap secara berlebihan. Dalam buku ini para pembaca dapat mengetahui apa usaha-usaha yang dilakukan bagi melindungi lautan dan apa yang dapat kita semua lakukan untuk membantu usaha ini.
Author: Talib Samat
Publisher: DB United | Audience: Adult | 297283 KB, 416 p. ill.
Memahami isu-isu Kesusasteraan, Kebudayaan, Pemikiran dan Pendidikan menampilkan sejumlah esei dan tulisan yang memperdebatkan secara kritis dan analitis tentang pelbagai isu semasa yang melanda dunia kesusasteraan, kebudayaan, pemikiran dan pendidikan Malaysia menurut perspektif pengarang buku ini.
Author: Ridzuan Amin
Publisher: DB United | Audience: Children | 6939 KB, 16 p.
Fahim and Haziq pergi memancing bersama bapanya. Adakah mereka akan berjaya menagkap ikan?
Author: Hashim
Publisher: DB United | Audience: Young Adult | 3.02 MB, 70 p. :ill.
Irfan, Maliki dan Farok mendapati air sungai yang selalu bersih dan biru tempat mereka mandi telah bertukar menjadi hitam pekat. Mereka berjaya mendapatkan bukti kerja-kerja haram yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab membuang cecair berbahaya di sungai tersebut. Akhirnya dengan bantuan Tuk Penghulu pemandu lori dan temannya di bawa ke balai polis.
Author: Xavier, Matilda
Publisher: DB United | Audience: Children | 560 KB, 89 p. : col. ill.
Norliza tertinggal bas sekolahnya dan terpaksa berjalan kaki ke rumah. Sedang dia berjalan, tiba-tiba ada kereta berhenti di depannya. Pemandu itu keluar dari keretanya dan menuju ke arahnya. Pemandu itu menyapanya dan mengenalkan dirinya sebagai rakan sekerja bapa Norliza. Dia ingin menghantar Norliza pulang, tetapi niat sebenar pemandu itu ialah untuk menculik Norliza.
Author: Muhd Nur Azian Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 20601 KB, 22 p. ill.
Cerita Pak Pandir telah diperdengarkan turun temurun secara lisan oleh nenek moyang kita. Justeru itu Pak Pandir sememangnya sudah sinonim dengan sifat kebodohan dan lurus bendulnya yang sering diperkatakan dalam masyarakat Melayu untuk memberi teladan dan pengajaran kepada kanak-kanak. Dalam Siri Jenaka Pak Pandir ini watak utamanya berkisar kepada kehidupan Pak Pandir yang dungu dan terlalus lurus. Sifatnya yang demikian menjadikan kehidupannya sering ditimpa masalah. Namun, di sebalik kedunguan dan kebodohan Pak Pandir, terselit unsur-unsur moral dan pengajaran serta hiburan kepada para pembaca.
Author: Halim Hj. Ibrahim
Publisher: DB United | Audience: Children | 2308 KB, 26 p. : col. ill.
Ketika Nabi Ibrahim sedang menyebarkan dakwahnya, baginda mendapat wahyu daripada Allah. Allah telah memerintahkannya untuk membina Kaabah dengan anaknya, Nabi Ismail, berdekatan dengan telaga Zamzam di Makkah.
Author: Ustaz Forzi
Publisher: DB United | Audience: Young people | 96391 KB, 56 p.
Siri Kecemerlangan Islam diterbitkan atas dasar memberikan suatu gambaran tentang kesyumulan dan kesempurnaan Islam supaya dapat direalisasikan pada masa kini.
Author: Awawashaiza
Publisher: DB United | Audience: Children | 2223 KB, 28 p. : col. ill.
Gajah-gajah liar telah merosakkan tanaman di ladang kampung Pak Ngah. Pak Ngah dan para penduduk kampung yang lain amat marah, lalu berhasrat untuk menangkap gajah-gajah itu.
Author: Farahanis
Publisher: DB United | Audience: Children | 692 KB, 96 p. ill
Farhana malu apabila datuknya memandu kereta lama untuk menghantarnya ke sekolah. Kawan-kawannya mengejek kereta lama itu dengan nama kereta antik, kereta klasik dan macam-macam lagi.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 846 KB, 68 p. : col. ill.
Krisnan sangat berminat dengan wayang kulit yang merupakan khazanah seni orang Nusantara. Dia dan Leman akan berkunjung ke rumah Pak Usu Amat yang merupakan dalang wayang kulit dan juga pembuat patung-patung wayang kulit. Mereka ingin mengetahui lebih mendalam tentang seni orang Nusantara itu.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 10647 KB, 130 p. : ill.
Sebagai anak sulung, Fara terpaksa berkorban dan menjaga kesemua adik-adiknya. Suatu hari, Fara telah mengetahui bahawa artis kesayangannya akan membuat persembahan di daerah rumahnya. Dia tekad untuk meninggalkan adik-beradiknya supaya dia dapat menghadiri acara tersebut.
Author: Ustaz Forzi
Publisher: DB United | Audience: Young people | 97474 KB, 48 p.
Siri Kecemerlangan Islam diterbitkan atas dasar memberikan suatu gambaran tentang kesyumulan dan kesempurnaan Islam supaya dapat direalisasikan pada masa kini.
Author: Hashim
Publisher: DB United | Audience: Young Adult | 2.97 MB, 78 p. :ill.
Author: Ghazali Lateh, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Young People | 64517 KB, 164 p.
Kompilasi puisi moden antaranya adalah tulisan Syed Mahadzir, Hamdan Amri, Julaihi Tani, Zizi Nani dan ramai lagi.
Author: Anuar Yusof
Publisher: DB United | Audience: Adult | 16304 KB, 239 p.
Kini Azman sedar cinta sejati hanyalah kepada yang Esa. Cintanya kini tersisip kemas dalam dunia rumah tangganya. Tiada cinta lepas bebas di alam remaja lagi. Cinta yang penuh nafsu.
Author: Mohamad Abdul Hamid
Publisher: DB United | Audience: Young People | 75905 KB, 130 p.
Terkesan dengan tulisan puisi seorang kawan bernama Zamri tentang kematian yang mengerikan.
Author: Zainariah Wahab
Publisher: DB United | Audience: Children | 5738 KB, 52 p. : col. ill.
Buku ini menerangkan apa yang mesti kita lakukan untuk mengurangkan pencemaran udara dan apa ang dapat para pembaca lakukan untuk membantu.
Author: Zainariah Wahab
Publisher: DB United | Audience: Children | 6339 KB, 52 p. : col. ill.
Buku ini memberitahu para pembaca tentang keagungan hutan hujan dan haiwan serta tumbuh-tumbuhan yang tinggal di dalamnya. Malangnya, hutan-hutan yang menarik ini telah banyak ditebang, tetapi para pembaca boleh mengetahui bagaimana penduduk di serata dunia berusaha untuk menyelamatkannya.
Author: Zainurin Yusof
Publisher: DB United | Audience: Children | 5774 KB, 52 p. : col. ill.
Buku ini memberitahu para pembaca tentang kawasan terbiar yang terletak di kedua-dua hujung bumi iaitu kawasan kutub, dan tentang kehidupan liar dan penduduk di sana. Dukacitanya, pencemaran udara, aktiviti-aktiviti pelancongan, dan perlombongan telah menyebabkan kemusnahan berlaku di sana.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Young People, Children | 35719 KB, 155 p.
Beberapa cerita tentang raja, puteri raja, kesaktian dan pembalasan.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 2045 KB, 16 p.
Nabi Muhammad SAW menakluk Mekah dengan aman.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 5603 KB, 80 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author: Ruslan Ngah
Publisher: DB United | Audience: Children | 1318 KB, 166 p. : col. ill.
Pak Kaduk sangat bangga dengan ayam sabungnya yang dia namakan Jalak. Jalak adalah ayam terhebat yang pernah dimiliki Pak Kaduk. Ia tidak pernah kalah bersabung dengan ayam-ayam lain. Kehebatan ayam Pak Kaduk itu menjadi bahan perbualan orang-orang kampung.
Author: Shailey Azizah
Publisher: DB United | Audience: Children | 2126 KB, 28 p. : col. ill.
Ikan paus suka memakan ikan-ikan kecil. Ini menyebabkan para nelayan amat rugi. Oleh kerana itu, kesemua nelayan bersatu untuk menangkap ikan paus tersebut. Semasa mereka di laut untuk menangkap ikan paus itu, tiba-tiba, ribut datang dan bot nelayan-nelayan pun karam. Ikan paus telah menyelamatkan mereka dari dimakan ikan yu di pertengahan laut.
Author: Halimah Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 32.49 MB, 24 p. :col. ill.
Asiah kehilangan buku latihan, Zetty kehilangan wang. Nasib baik Asiah dan suzie terserempak dangan Zaki yang sedang menyelongakar beg sekolah Suzie. Rahsia terbongkar dan Zaki di hukum.
Author: Nik Amirul Nik Min
Publisher: DB United | Audience: Children | 5282 KB, 64 p.
iada ada siapa yang mengesyaki bahawa panggilan telefon yang diterima oleh Adi dibuat oleh kakak yang terbunuh dalam kemalangan yang luar biasa. Adi menjadi perantaraan semangat kakaknya yang mahu memenuhi hasrat. Sejak itu, banyak perkara-perkara pelik yang berlaku di dalam rumah itu.
Author: Che Zaharah Omar
Publisher: DB United | Audience: Children | 4785 KB, 41 p. : col. ill.
Azma, seorang budak bandar, terpegun melihat binatang di dalam sangkar Pak Malik. Dia tidak pernah melihat binatang itu. Bentuknya sangat serupa dengan kucing. Pak Malik, Firdaus dan Ani ketawa melihat gelagat Azma yang tidak pernah melihat memerang.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 5929 KB, 36 p. : col. ill.
Nazrul, Danish, dan Vivian menganggap Profesor Kuarif sebagai manusia yang mempunyai perwatakan yang ganjil. Setelah mengenali Profesor Kuarif dengan lebih dekat, mereka amat terkejut apabila mengetahui suatu rahsia tentang beliau.
Author: Prof. Madya Md Shah
Publisher: DB United | Audience: Young people | 3141 KB, 152 p.
Siri kemantapan sahsiah memfokuskan aspek pembangunan mentaliti ke arah pembentukan kualiti diri insan yang konsisten yang secara khususnya disasarkan kepada golongan remaja.
Author: A. Ghani Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 3422 KB, 14 p. ill.
Siri cerita klasik adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Pengolahan cerita dan ilustrasinya menarik. la dapat menguji minda murid-murid dengan soalan pemahaman, cari jalan, bina perkataan dan perkataan seerti.
Author: Nur Azlan Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 3485 KB, 65 p. : ill.
Pemuda yang mempunyai calar di pipinya itu amat mencurigakan Swee Peng dan Dila. Dia sering pulang balik ke Kampung Pinang. Oleh itu, Swee Peng dan Dila pun mengambil keputusan untuk mengintip pemuda tersebut.
Author: Haslinda Hamid
Publisher: DB United | Audience: Children | 1714 KB, 30 p. : ill.
Tuan Rustam, seorang hartawan, menyuruh anaknya-anaknya pergi merantau untuk mencari harta. Eman, Esma dan Emir mempunyai pengertian yang berbeza tentang harta yang dimaksudkan ayahnya. Setelah selesai lima tahun, mereka pulang untuk menunjukkan harta yang mereka bawa pulang.
Author: Arif Salleh
Publisher: DB United | Audience: Children | 2594 KB, 35 p. : col. ill.
Badrul dan Sulaiman bercadang untuk ke Kampung Lendu pada masa cuti. Mereka ingin melawat kawan lama mereka, Samad, yang tinggal di kampung. Sulaiman yang belum pernah bercuti di kampung berasa tidak sabar untuk merasai kehidupan di sana.
Author: Wan Nor Saedah
Publisher: DB United | Audience: Children | 8597 KB, 114 p. : ill.
Seorang pemuda misteri tiba-tiba muncul di kawasan Asrama Kemboja. Pemuda itu meminati Harlina, salah seorang penghuni Asrama Kemboja. Dia memanggil Harlina dengan nama Anita. Pada masa yang sama, daerah itu digemparkan dengan kemunculan ‘Hantu Mat Motor’.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 3497 KB, 73 p. : ill.
Shazwan dan kawan-kawannya telah bercadang untuk menjual petai untuk mendapatkan duit tambahan. Mereka telah bersepakat untuk mencari petai di dalam hutan. Ketika berada di dalam hutan, mereka terlihat kelibat seseorang yang tidak dikenali dan terdengar suara jeritan.
Author: Siti Ida Alias
Publisher: DB United | Audience: Children | 16107 KB, 32 p.
Siri ini menyediakan bahan bacaan berunsur kreatif tentang pementasan teater atau drama pentas untuk kanak-kanak. Lapan cerita yang dipaparkan merangkumi pelbagai tema seperti tema fantasi, realiti, kemasyarakatan, haiwan dan sebagainya.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Young People, Children | 34461 KB, 158 p.
Pak Semaun dan Mak Jemiyah sangat berbangga dengan kecerdikan anaknya Leman. Dari itu mereka berusaha untuk memberinya ilmu dan menggalakkannya untuk rajin belajar. Mereka tidak mahu anaknya menjadi seperti mereka yang tidak punya ilmu dan harta.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 10892 KB, 50 p. : col. ill.
Maria tidak pernah mendengar pandangan orang lain. Dia bercadang untuk membuka satu gerai dengan Ambiga ketika Hari Terbuka sekolahnya. Namun, dia tidak mahu menerima apa-apa cadangan pun dari Ambiga. Temannya itu pun menarik diri.
Author: Lim, Swee Tin, 1952-
Publisher: DB United | Audience: Adult | 27080 KB, viii, 240 p.
Buku ini ditulis untuk sesiapa yang berminat dalam menghasilkan karya kreatif khususnya puisi dan cerpen. Dengan cara bimbingan yang bersahaja, ringkas dan tidak membosankan, anda akan dapat menggarapnya dengan lebih selesa.
Author: Tie Camar, 1974-
Publisher: DB United | Audience: Adult | 46333 KB, ii, 127 p.
Sebuah kumpulan cerita pendek bertemakan karenah dan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Sedikit perkongsian pengalaman penulis mendekati, menjiwai dan memahami kanak-kanak, sejak meninggalkan bangku sekolah hingga kini.
Author: Halimah Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Young people | 23318 KB, 27 p.ill
Siri Keluarga Encik Amin ditulis khusus untuk bacaan murid-murid tahap satu terutamanya Tahun Dua dan Tiga. Ini memandangkan bahan bacaan peringkat ini agak kurang. Siri Keluarga Encik Amin mengisahkan kehidupan keluarga Encik Amin. Siri ini mengandungi banyak pengajaran seperti menghormati dan menyayangi ibu bapa, semangat kejiranan, semangat bekerjasama dan sebagainya. Bahan bacaan seperti ini sangat bermanfaat kerana dapat membentuk peribadi anak-anak. Bahasa yang digunakan amat sesuai dengan kebolehan berbahasa murid. Ilustrasi yang menarik dapat menambahkan minat dan memupuk semangat suka membaca di kalangan anak-anak.
Author: Halimah Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 38.77 MB, 24 p. :col. ill.
Asiah berasa yang budak kecil yang bermain sendirian ini dalam bahaya. Asiah membawanya pulang kerumah dan bersama keluarganya mereka membuat laporan ke balai polis.
Author: Isma
Publisher: DB United | Audience: Children | 54731 KB, 27 p. : ill. col.
Pisang Emas dan Manggis sedang membersihkan kawasan rumah apabila terdengar jeritan Ciku. Ciku memberitahu mengenai sekumpulan monyet yang sedang menuju ke kampung mereka. Manggis memberitahu Ciku supaya memanggil rakan-rakan yang lain supaya berkumpul dirumah Manggis. Setelah buah-buahan berkumpul, Manggis memberitahu mengenai ancaman penceroboh dari sekumpulan monyet. Buah-buahan berarak menuju ke hujung kampung dengan membawa senjata masing-masing. Mereka menentang monyet-monyet dan berjaya mengusir penceroboh itu.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 2042 KB, 16 p.
Mendapat wahyu pertama di gua Hira'.
Author: Khairiyah Ghazalli
Publisher: DB United | Audience: Children | 25506 KB, 25 p. ill
Kakak menasihatkan adiknya supaya belajar rajin-rajin dan dapat menjadi angkasawan seperti angkasawan negara Sheikh Mudzaphar. Semua diceritakan dalam bentuk pantun.
Author: Rahmad D
Publisher: DB United | Audience: Children | 32795 KB, 22 p.
Ini memuatkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.
Author: Suzlina Idris
Publisher: DB United | Audience: Children | 47487 KB, 29 p. :ill. col.
Pak Samad seorang nelayan miskin mendapat lesung batu ajaib ketika menjala ikan. Banyak rezeki yang didapatinya hingga dia menjadi kaya. Lesung itu dicuri oeh abangnya yang kaya dan tamak. Kerana niatnya yang jahat lesung itu mengeluarkan garam dan bukan emas yang melimpah kedalam laut.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Young people | 638 KB, 21 p.ill
Setiap cerita di tulis dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi kaya dengan unsur-unsur sastera misalnya penggunaan perumpamaan, bahasa kiasan dan sebagainya.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 639 KB, 13 p. : ill.
Angsa dan itik bersahabat baik. Ketika berenang menangkap anak ikan, Si Itik diserang oleh biawak kerana mengganggunya mencari makanan. Si Angsa menyelamatkan Si Itik daripada terus di buli oleh biawak. Mereka berdua bersetuju mencari makanan di tempat lain apabila biawak membawa buaya untuk melawan Si Angsa kerana mempermainkannya. Paruh Si Angsa tersepit di antara celahan kayu ketika cuba menangkap cacing. Sebatang dahan jatuh lalu menimpa leher Si Angsa. Si Angsa berjaya melepaskan diri namun lehernya masih lagi tersekat kerana ditindih dahan. Si Angsa meronta-ronta menarik tubuhnya ke belakang dan lama-kelamaan leher Si Angsa menjadi panjang. Sehingga sekarang angsa memiliki leher yang panjang.