Malay banner


Showing 1 - 49 of 49

  1. Author: Danieel Zulfar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8706 KB, 114 p. : ill.

    Datuk Hadi telah meninggalkan wasiat yang cukup istimewa untuk Hadi. Datuknya telah memberikannya sekeping sampul surat besar yang mengandungi peta di dalamnya. Dia telah pulang ke kampung bersama-sama kawan baiknya, Chong Heng dan Dinesh untuk mencari harta itu.

  2. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1762 KB, 16 p.

    Serigala menyamar sebagai nenek gadis.

  3. Author: S. A. Dian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2894 KB, 48 p. : ill.

    Sultan Azam Shah telah jatuh sakit dan dia ingin melihat anaknya, Tengku Iskandar, beristeri sebelum mangkat. Tengku Iskandar telah dititah mencari calon isteri yang cantik, berbudi pekerti dan pandai dalam segala hal. Baginda berserta dua orang pengawal peribadinya telah berlagak sebagai seorang pedangan kain untuk mencari gadis idaman.

  4. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1750 KB, 16 p.

    Violetta difitnah oleh dayang-dayang yang cemburu kepadanya.

  5. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2829 KB, 16 p.

    Gagak dengan Bangau.

  6. Author: Haisson

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8518 KB, 20 p.

    Di sebuah kampung ada sekumpulan burung gagak. Mereka adalah kawan yang terbaik. Satu hari mereka sedang mencari makan. Apabila berjaya mendapat makanan, masing-masing berasa tamak menyebabkan mereka jatuh keluar.

  7. Author: M. Aini

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3785 KB, 18 p. : col. ill.

    Ini adalah kisah mengenai seekor gagak yang sedang kelaparan. Ketika dia terbang mencari makanan, ia ternampak sebiji kerang. Ia cuba memakan kerang itu tetapi malangnya ia tidak mampu memecahkan kulitnya yang keras. Tiba-tiba datang seekor gagak yang jahat. Ia juga ingin makan kerang itu.

  8. Author: M. Aini

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3479 KB, 18 p. : col. ill.

    Gagak terlihat sebuah takar berisi air. Dia hinggap di atas takar itu untuk minum airnya. Malangnya, mulut Gagak terlalu besar untuk dimasukkan ke dalam takar. Dia mesti mencari jalan untuk minum dari takar itu. Dia harus menggunakan akalnya.

  9. Author: Roslan Saadon

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 226951 KB, 320 p. ill.

    Buku ini cuba memaparkan perjuangan bangsa Melayu yang bersandarkan kepada nasionalisme Melayu Raya. Nasionalis yang berpegang kepada faham ini bercita-cita menyatukan semua umat Melayu di Nusantara di bawah satu entiti politik. Sejarah silam Alam Melayu dijadikan pedoman dan penggerak dalam menghadapi penjajahan Barat. Perjuangan nasionalisme Melayu Raya sering dikaitkan dengan golongan radikal seperti KMM, PKMM, AWAS dan sebagainya. Fahaman ini digarap oleh tokoh-tokoh politik seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin, yang kemudiannya dimanifestasikan pula dalam bentuk perjuangan politik. Tokoh-tokoh radikal ini telah menghadapi pelbagai rintangan dalam mencapai impian. Selepas era kemerdekaan, istilah Melayu Raya sebagai agenda politik semakin pudar dan terus lenyap beberapa dekad selepas itu. Konsep gagasan Melayu Raya hanya relevan dalam konteks bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Hubungan negaranegara di Nusantara dalam konteks ini boleh dilihat melalui program-program kerjasama, konvensyen, seminar dan sebagainya.

  10. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2787 KB, 16 p.

    Gajah yang sombong.

  11. Author: Rosalind A

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 10485 KB, 20 p. ill.

    Buku cerita 'Siri haiwan pintar' ini adalah himpunan beberapa kisah dongeng untuk menjadi sebahagian daripada sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar.

  12. Author: Samsuddin Pehan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1184 KB, 26 p. : col. ill.

    Penduduk-penduduk kampung sangat marah terhadap gajah-gajah liar yang merosakkan tanaman mereka. Mereka keluar untuk mencari gajah-gajah itu dengan diketuai oleh Pak Ngah. Mereka benar-benar mahu menangkap haiwan itu.

  13. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2795 KB, 16 p.

    Peperangan semut dengan gajah.

  14. Author: Yong Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 18541 KB, 17 p.ill

    Siri Bacaan Riang Ria menyasarkan pembaca muda demi membantu mereka mewujudkan minat terhadap pembacaan. Bertemakan nilai-nilai murni kebanyakan wataknya dari dunia haiwan. Pola ayatnya pendek dan mudah difahami juga mempunyai ilustrasi yang menarik.

  15. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 29.91 Mb, 20 p. :ill. col.

    Gajah berasa dirinya kuat dan gagah mengajak kancil berlawan tarik tali. Kancil menggunakan helahnya sehingga gajah mengaku kalah dan tidak mahu sombong lagi.

  16. Author: Marjan Mohd Noor

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2591 KB, 26 p. ill.

    Siri kisah teladan merupakan koleksi kisah teladan pengalaman para anbia, sahabat, salihin dan tokoh tertentu pada zaman lampau. Kisah-kisah ini dipersembahkan untuk dijadikan iktibar dan panduan dalam kehiduapan pembaca. Melalui siri ini, pembaca dibawa mengembara ke zaman silam dengan gaya penceritaan kreatif, daripada satu cerita ke satu cerita dalam bentuk cerita pendek. Persembahan buku ini lebih menarik dengan ilustrasi yang berwarna-warni sebagai bahan sokongan untuk tatapan pembaca.

  17. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2755 KB, 44 p. : col. ill.

    Karim Ketot telah pergi ke perpustakaan sekolah dan membaca buku-buku tentang alam sekitar. Dia mula berasa bangga dengan sedikit ilmu yang dia miliki. Dengan angkuh sekali, Karim telah memberitahu Goh tentang cara-cara terbaik untuk menjaga alam sekitar.

  18. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 33237 KB, 47 p. ill.

    Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.

  19. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7298 KB, 50 p. : col. ill.

    Hasri memberitahu Jefri agar merahsiakan rancangannya untuk mengadakan sambutan hari jadi, namun dia telah memberitahu beberapa kawan tentang itu. Apabila sambutan itu terpaksa dibatalkan kerana ayahnya ditimpa kemalangan, Hasri berasa sangat malu dan marah terhadap Jefri.

  20. Author: Atiqah Najib

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 919 KB, 48 p.

    Ezy seorang murid yang baik. Satu hari namanya telah dicalonkan untuk memasuki pertandingan tarian, Kesibukan latihan telah menyebabkan dia hilang fokus pada pelajaran dan menyebabkan keputusan ujiannya merosot. Ibubapanya sangat kecewa namun Ezy tetap mahu meneruskan minat tariannya.

  21. Author: Maniyamin Ibrahim

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 189202 KB, 241 p. ill.

    Buku ini mengupas secara ilmiah tentang perkembangan seni penulisan tanah air yang khusus kepada penghasilan sajak. Buku ini juga memasukkan permasalahan yang berlaku ketika berlangsung Hadiah Sastera Malaysia (HSM) yang menyebabkan sajak-sajak dicipta hanya kerana untuk memenangi hadiah dan bukan sebagai satu wadah perjuangan untyuk tatapan masyarakat. Gaya bahasa kiasan yang menjadi fokus dalam perbincangan buku ini mengetengahkan spesifikasi gaya kiasan yang termasuk jenis aspek-aspek pembinaannya, pengguna dan keberkesanan gaya bahasa kiasan dalam sajak dan perbandingan gaya bahasa kiasan yang terdapat dalam sajak-sajak yang banyak kedapatan di Malaysia. Buku ini bukan sahaja sesuai kepada peminat sastera, malah masyarakat umum serta pelajar.

  22. Author: Fahimi

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2427 KB, 36 p. : col. ill.

    Di puncak Bukit Naga, tinggal seekor naga. Penduduk Kampung Berantai sentiasa berada dalam ketakutan dan tidak keluar bekerja kerana naga itu selalu menganggu mereka. Kerana risau dengan hal tersebut, mereka telah mengemukakan masalah ini kepada Tok Batin.

  23. Author: Abdul Razak Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 95683 KB, 212 p. ill.

    Tidak semua percintaan berakhir dengan kebahagiaan. Manusia hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan. Apakah kuasa manusia untuk melawan takdirnya. Kerana kecewa Izham membawa diri jauh daripada Nur Syuhadah biarpun cintanya masih mendalam. Izham reda dengan keputusan Nur Syuhadah untuk menerima jodoh yang ditetapkan oleh keluarganya.

  24. Author: Anis Anisa

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 2735 KB, 152 p.

    Kisah hidup seorang remaja yang harus berhadapan dengan masalah hidup yang penuh cabaran dan perkara-perkara yang tidak disangka-sangka.

  25. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5031 KB, 24 p. : col. ill.

    Jaka seorang anak yatim piatu. Dia terjumpa sebatang seruling lama ketika dia sedang menggembala. Di kala dia tertidur di bawah pokok, tiba-tiba datang seorang perempuan tua di dalam mimpinya. Dia mengatakan kepada Jaka bahawa seruling itu adalah seruling sakti yang boleh diggunakannya untuk menolong orang.

  26. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2333 KB, 33 p. : col. ill.

    Sepak takraw adalah permainan tradisional Melayu. Ia adalah permainan warisan orang Melayu sejak zaman Melayu Melaka. Sepak takraw selalu dimainkan oleh orang lelaki di dalam sebuah gelanggang.

  27. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2231 KB, 33 p. : col. ill.

    Wau adalah sebuah permainan tradisional yang terkenal di bahagian pantai timur. Ia dibuat dalam pelbagai bentuk, corak dan warna. Wau yang dibuat oleh orang yang pakar selalunya kelihatan cantik dan unik.

  28. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2296 KB, 33 p. : col. ill.

    Hari Raya Aidilifitri telah menjelang tiba. Wafa dan keluarganya sangat gembira dengan ketibaan hari yang dinanti-nantikan. Mereka akan berkunjung ke rumah saudara-mara dan bermaaf-maafan, sambil menikmati juadah khas yang disediakan pada hari itu.

  29. Author: Dudman, John

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 16350 KB, 38 p. : col. ill.

    Setiap tahun planet kita bergoncang akibat gegaran dari dalam bumi. Gempa bumi menyebabkan pelbagai pembinasaan - pada skala tertentu, bencana ini dapat memusnahkan seluruh bandar dan meragut ribuan nyawa. Bencana alam inilah yang akan dibincangkan dalam buku Gempa Bumi.

  30. Author: Sabari Mohamad Sharif

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 3644 KB, 470 p. ill.

    Buku ini banyak menyentuh aspek zikir, fikir dan amal soleh, sejajar dengan usaha melahirkan generasi Ulul Albab, yang mempunyai kekuatan akal, daya fikir, memperoleh hikmah dan sentiasa mendapat petunjuk serta rahmat daripada Allah SWT. Kupasan buku ini merangkumi pelbagai isu-isu sejarah, ibrah (pengajaran), semasa (muasir) yang melibatkan idea, konflik, perjuangan, cabaran dan perancanganserta masa depan ummah. Ia telah dibahagikan kepada tujuh bab utama.

  31. Author: A. Ghani Abdullah (Abdul Ghani Abdullah)

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 19636 KB, 22 p. ill.

    Buku ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 sekolah rendah.

  32. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 660 KB, 22 p.ill

    Setiap cerita di tulis dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi kaya dengan unsur-unsur sastera misalnya penggunaan perumpamaan, bahasa kiasan dan sebagainya.

  33. Author: Hakimi, Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 660 KB, 14 p. : ill.

    Burung geroda meminta izin dari Raja Sulaiman untuk menghalang perkahwinan puteri dari negeri China dengan putera dari Rom. Geroda juga berjanji tidak akan turun ke bumi lagi untuk mengganggu manusia sekiranya ia gagal. Dengan keizinan daripada Raja Sulaiman, geroda terbang ke negeri China dan menyambar puteri China. Puteri dari China dan beberapa orang dayang dikurung di dalam gua di negeri Kedah. Dari atas bukit, geroda dapat melihat kedatangan rombongan putera Rom dan terus meluncur lalu menyerang kapal yang membawa putera Rom itu. Geroda terus-menerus menyerang kapal putera Rom sehingga kapal itu tenggelam lalu karam.

  34. Author: Marwilis Haji Yusof, 1944-

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 35820 KB, 265 p.

    Suatu kisah tentang pergolakan rumah tangga yang di lalui Salbiah bersama suaminya Shukri. Kerana tersepit dengan secebis dugaan, Shukri mengambil jalan singkat menceraikan Salbiah dengan alasan isterinya itu gersang.

  35. Author: Nurazizan Aziz

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12120 KB, 36 p. : col. ill.

    Buku ini bertujuan untuk membantu murid-murid mengenali bahagian-bahagian penting dalam tubuh kita dan mengetahui cara-cara untuk menjaganya. Dengan cara penulisan yang mudah difahami, buku ini amat sesuai untuk murid-murid peringkat sekolah rendah.

  36. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2787 KB, 16 p.

    Menyelamatkan diri daripada dimakan.

  37. Author: Nir Shahmir

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 1338 KB, 128 p.

    Siri ini memaparkan cerita berkenaan amalan khurafat yang sering berlaku dalam masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan masyarakat Melayu. Amalan tidak baik ini harus dihindari dan dijauhi.

  38. Author: Hazimi Marek

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6048 KB, 24 p. ill

    Godi seekor anak monyet yang sangat nakal. Dia mengganggu semua binatang dalam hutan. Apabila ekornya digigit anak buaya tak ada seekor binatang pun yang mahu menolongnya.

  39. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1764 KB, 16 p.

    Goldilocks tersesat di rumah keluarga beruang.

  40. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1193 KB, 63 p. : col. ill.

    Menjadi seorang tentera adalah cita-cita Abdul Razak. Dia seronok melihat orang yang berpakaian seragam. Minatnya itu telah tumbuh sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dia ingin menjadi pejuang yang tulus berkhidmat untuk mempertahankan negaranya.

  41. Author: Norziana

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7227 KB, 24 p.

    Siri bacaan program nilam diolah berdasarkan watak-watak legenda yang terkenal dengan keberanian, kebijaksanaan dan kepahlawanan.

  42. Author: Atiqah Najib

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 1231 KB, 48 p.

    Persahabatan yang rapat antara Qis dan Mawar membuatkan Rina rasa cemburu. Rina membuat bermacam-macam helah untuk menghancurkan persahabatan mereka. Apakah yang akan terjadi?

  43. Author: Bailey, Donna

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 18079 KB, 50 p. : col. ill., maps

    Buku ini membincangkan tentang gunung-ganang. Terdapat fakta-fakta pendek di samping 60 gambar foto dan ilustrasi bermutu tinggi di dalamnya. Buku ini sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak sebagai buku pengetahuan.

  44. Author: Dudman, John

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 17155 KB, 38 p. : col. ill., maps

    Gunung berapi dapat mengubah bentuk rupa bumi di setengah-setengah kawasan di dunia. Kekuatan letusannya mampu membinasakan seluruh landskap. Walaubagaimanapun, ia tetap mempunyai beberapa kebaikan. Buku ini menghuraikan punca-punca dan kesan-kesan akibat letusan gunung berapi.

  45. Author: A. Ghani Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4748 KB, 18 p. ill.

    Siri asal usul tempat adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita dan ilustrasinya menarik. Ia dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang asal usul sesuatu tempat.

  46. Author: Anim

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2448 KB, 36 p. : col. ill.

    Buku ini mengandungi tiga buah cerita pendek yang mengisahkan tentang sikap dan kehidupan manusia. Cerita-cerita yang dipersembahkan juga menyelitkan nilai-nilai murni yang boleh diteladani oleh para pembaca.

  47. Author: Khairiyah Ghazalli

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 58792 KB, 25 p. ill

    Kisah Cikgu Zahidah yang lemah lembut namun tegas bila berhadapan dengan anak murid. Dia menjadi guru kesayangan semua diceritakan dalam bentuk pantun,

  48. Author: Bailey, Donna

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 17460 KB, 50 p. : col. ill., col. maps

    Buku ini menceritakan tentang gurun dan kawasan-kawasan terbuang di bumi ini. Terdapat fakta-fakta pendek di samping 60 gambar foto dan ilustrasi bermutu tinggi di dalamnya. Buku ini sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak sebagai buku pengetahuan.

  49. Author: Nurul Haida

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 129675 KB, 26 p. : col. ill.

    Gusto adalah seekor arnab kaya yang tidak mempunyai rakan-rakan kerana dia amat tamak. Jikalau sesiapa ingin merasa lobak-lobaknya, dia akan mengherdik dan mengusir mereka. Apabila dua orang pencuri mengetahui tentang kekayaannya, mereka terus merancang untuk menipu Gusto.

F: 216AND73AND216AND200;

R: 100AND121AND102AND183;

0
False
False
https