Showing 1 - 44 of 44
Author: Norul Azila Arifin
Publisher: DB United | Audience: Children | 1818 KB, 16 p.
Jack pergi ke istana Gergasi melalui pokok kacang ajaib.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 16.68 MB, 55 p. :ill.
Sabri baru bertukar ke sekolah baru. Dia mewakili rumah Hijau dalam acara olahraga semasa Hari Sukan sekolah. Kemampuan Sabri diragui kerana peserta-peserta lain juga sangat hebat. Kawan barunya, Badrul mengejek Sabri dan menggelarnya Jaguh Kampung. Namun begitu, Sabri yakin bahawa dia akan berjaya kerana dia adalah juara di sekolah lama. Ketika acara larian 100 meter hendak dimulakan, Sabri mendapati kasut sukannya hilang. Puas dia mencarinya di merata-rata tempat tetapi tidak berjumpa. Mengapakah Badrul memusuhi Sabri? Dapatkah Sabri membuktikan kemampuannya?
Author: Marjan Mohd Noor
Publisher: DB United | Audience: Children | 2088 KB, 26 p. ill.
Siri kisah teladan merupakan koleksi kisah teladan pengalaman para anbia, sahabat, salihin dan tokoh tertentu pada zaman lampau. Kisah-kisah ini dipersembahkan untuk dijadikan iktibar dan panduan dalam kehiduapan pembaca. Melalui siri ini, pembaca dibawa mengembara ke zaman silam dengan gaya penceritaan kreatif, daripada satu cerita ke satu cerita dalam bentuk cerita pendek. Persembahan buku ini lebih menarik dengan ilustrasi yang berwarna-warni sebagai bahan sokongan untuk tatapan pembaca.
Author: M. A. Rauf
Publisher: DB United | Audience: Children | 2428 KB, 32 p. : ill.
Jaki adalah seorang anak yatim yang cerdik dan rajin. Pada suatu hari, dia telah disuruh ibunya untuk menjual lembunya kerana mereka kehabisan wang. Ketika dalam perjalanan ke pasar, Jaki terjumpa dengan seorang lelaki tua. Dia telah menukar lembu Jaki dengan kacang saktinya. Ibu Jaki memarahinya dan mencampakkan kacang itu ke luar rumah setelah mengetahui tentang hal itu.
Author: Halim Hj. Ibrahim
Publisher: DB United | Audience: Children | 2451 KB, 26 p. : col. ill.
Firaun risau kerana pengikut Nabi Musa di Mesir semakin ramai, dan pengaruhnya semakin berkurangan. Dia dan bala tenteranya pun menjejaki Nabi Musa dan para pengikutnya. Mereka mengejar orang-orang beriman itu hingga ke tepi sebuah laut.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2526 KB, 36 p. : ill.
Jali adalah seorang budak yang suka menganggu orang lain. Ketika sedang berada di pantai, dia telah memasuki sebuah gua dan bertemu dengan seorang ahli sihir bernama Tuk Uban. Tuk Uban tidak membenarkannya keluar dari gua itu, malah menyuruhnya membuat begitu banyak kerja.
Author: Nur Azlan Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 3644 KB, 66 p. : ill.
Surat pemuda itu terjatuh dari tangannya. Pemuda itu terus berlalu tanpa dia sedari bahawa suratnya telah terjatuh. Ah Chai yang menyaksikan kejadian itu menyuruh Tajudin mengambil surat itu kerana dia menyangkakan itu adalah surat rahsia. Tajudin agak keberatan untuk melakukan apa yang disuruh Ah Chai.
Author: Sulaiman Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 1961 KB, 16 p.
Anak raja yang disumpah oleh ayahandanya.
Author: Khairiyah Ghazalli
Publisher: DB United | Audience: Children | 54186 KB, 25 p. ill
Pekerjaan seorang polis yang menjaga keamanan dalam negeri diceritakan dalam bentuk pantun.
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Young People | 4065 KB, 80 p. : ill.
Shahidil, Zabedah, dan Shakil adalah tiga adik-beradik yang agak berlainan dari segi perwatakan. Mereka dilahirkan daripada satu bapa dan satu emak, tetapi dari segi kemahuan, kegemaran dan minat, masing-masing mempunyai identiti tersendiri.
Author: Jamilah Haji Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 40564 KB, 24 p.
Siri Moral Jauhi Buli telah digarap untuk diteladani oleh pembaca tentang keburukan sikap buli yang berlaku di sekolah dan di mana-mana.
Author: Najib A. H.
Publisher: DB United | Audience: Children | 4467 KB, 52 p.
Ramlan, Halim dan Lamin mempunyai hobi yang sama iaitu bermain lastik. Mereka sering mengejutkan haiwan di dalam hutan berhampiran rumah. Satu hari, mereka telah membuat seekor burung terkejut. Malangnya tidak berbau, mereka sebenarnya menggangu sarang tebuan.
Author: Ahmad Marzuki Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 75223 KB, 131 p. ill.
Buku ini membantu setiap pelajar memperlengkapkan diri sendiri dalam membina arah dan hala tuju selaras dengan pembangunan sistem pendidikan negara. Dalam usaha ini mereka terdedah dengan pelbagai pilihan, masalah dan cabaran.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 5238 KB, 26 p. : col. ill.
Kiti seekor anak kucing yang suka makan ikan. Ibu kiti menyuruh kiti mencari bukunya sebelum dia boleh makan ikan kegemarannya. Ketika mencari buku, Kiti terjumpa pen, gunting dan berbagai-bagai benda lain. Benda-benda itu bersepah. Susah betul untuk Kiti mencari bukunya.
Author: Mohamad Zaem
Publisher: DB United | Audience: Children | 1429 KB, 28 p. : col. ill.
Seikh Hitam adalah saudagar kaya yang tidak disukai oleh para pekerjanya. Kebajikan mereka tidak pernah dijaga. Para pekerja Seikh Hitam pun memutuskan untuk berhenti dari kerja kerana merasakan diri mereka teraniaya.
Author: Jamilah Haji Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 42322 KB, 24 p.
Siri Moral Jauhi Buli telah digarap untuk diteladani oleh pembaca tentang keburukan sikap buli yang berlaku di sekolah dan di mana-mana.
Author: Najib A. H.
Publisher: DB United | Audience: Children | 2160 KB, 113 p. : ill.
Kereta Cikgu Salam telah dicalar oleh seorang murid yang tidak bertanggungjawab. Farid, Fazilah dan Lamin seakan-akan tidak percaya ada orang yang sanggup menganiaya Cikgu Salam yang terkenal dengan kebaikannya. Mereka berasa sangat marah terhadap murid tersebut.
Author: Najibah Hassan
Publisher: DB United | Audience: Children | 716 KB, 40 p.
Manan seorang murid yang rajin. Tetapi kerana tidak dapat mengelak dari ajakan teman-temannya untuk bermain, dia telah mendapat keputusan yang buruk, Manan berazam untuk belajar semula denga rajin.
Author: Atiqah Najib
Publisher: DB United | Audience: Young People | 913 KB, 48 p.
Semenjak kehadiran Fikri, dunia Suffian tambah bahagia. Suffian seorang abang yang baik dan penyanyang. Bila Fikri bertambah besar keadaan mula berubah. Bolehkah Suffian menerima perubahan tersebut?
Author: Rosnani Rifin
Publisher: DB United | Audience: Children | 12644 KB, 66 p. ill.
Kisah ini bermula dengan persahabatan empat orang sahabat yang aktif dalam sukan olahraga iaitu Kim, Selva, Johan dan Azman. Permusuhan terjadi antara Johan dan Azman apabila Johan tidak menyukai hubungan antara ibunya dengan ayah Azman oleh kerana peristiwa hitam yang pernah dilalui olehnya dan ibunya. Atas nasihat guru mereka, akhirnya mereka berbaik semula. Perkahwinan antara ibu dan ayah mereka rupanya telah membawa konflik dalam diri Azman dan adiknya, Afira. Azman kemudiannya telah mendapat tawaran menyertai kursus olahraga tidak dibenarkan oleh bapanya untuk menyertainya telah membuatkan Azman kecewa dan tidak balik ke rumah. Apakah yang akan terjadi seterusnya kepada keluarga ini?
Author: Marjan Mohd Noor
Publisher: DB United | Audience: Children | 2380 KB, 26 p. ill.
Siri kisah teladan merupakan koleksi kisah teladan pengalaman para anbia, sahabat, salihin dan tokoh tertentu pada zaman lampau. Kisah-kisah ini dipersembahkan untuk dijadikan iktibar dan panduan dalam kehiduapan pembaca. Melalui siri ini, pembaca dibawa mengembara ke zaman silam dengan gaya penceritaan kreatif, daripada satu cerita ke satu cerita dalam bentuk cerita pendek. Persembahan buku ini lebih menarik dengan ilustrasi yang berwarna-warni sebagai bahan sokongan untuk tatapan pembaca.
Author: Hamdan
Publisher: DB United | Audience: Children | 6448 KB, 24 p. : col. ill.
Pada suatu masa dahulu, tinggal sepasang suami isteri di sebuah kampung. Mereka sudah lama berkahwin namun masih belum lagi dikurniakan zuriat. Keadaan ini membuatkan hidup mereka sangat sunyi. Mereka berusaha untuk mendapatkan anak dan akhirnya berjaya juga.
Author: Najibah Hassan
Publisher: DB United | Audience: Children | 930 KB, 40 p.
Mengisahkan seorang murid miskin yang gigih berusaha untuk berjaya dalam peperiksaan.
Author: Arif Salleh
Publisher: DB United | Audience: Children | 2064 KB, 30 p. : col. ill.
Atas desakan ibunya, Idani dengan berat hati terpaksa melepaskn Ola, memerang kesayangannya. Memerang itu adalah hadiah kenangan dari kampung neneknya. Ketika Idani membuka sangkar Ola, tiba-tiba Ola meluru keluar dan berlari ke ke satu arah. Idani sangat terperanjat apabila melihat Ola menerkam seoekor ular sawa.
Author: Izawati
Publisher: DB United | Audience: Children | 79279 KB, 26 p. : col. ill.
Si Hitam merupakan seekor anak ayam yang agak hodoh berbanding dengan kakak-kakaknya yang mempunyai bulu yang cantik dan halus. Ia sentiasa disisih dan dipinggirkan. Pada suatu hari ketika mengikut ibunya mencari makanan, Si Hitam telah terpisah daripada keluarganya.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 5910 KB, 26 p. : col. ill.
Seekor anak arnab bernama Ruby disuruh ibunya mencari lobak merah. Ibunya perlukan lobak merah itu untuk dibuat masak. Dalam perjalanannya, Ruby ternampak terung, bendi dan timun tetapi dia masih juga tidak dapat menemui lobak merah. Dia terus berjalan jauh.
Author: Ahmad Marzuki Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 87937 KB, 158 p. ill.
Buku Jauhi Sifat Negatif Dalam Diri Sendiri dihasilkan selari dengan usaha kerajaan yang memberi penekanan terhadap pembentukan modal insan dan pelan integriti nasional. Penekanan kepada sifat-sifat negatif bertujuan menyedarkan pelajar masa kini tentang pentingnya pengawalan, pemantauan dan penyusunan perasaan masing-masing terutama ketika berhadapan dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan lain. Pengupasan yang dibuat oleh penulis bertujuan setiap pembaca buku ini dapat berfikir seketika tentang sifat yang ada dalam diri mereka.
Author: Ahmad Marzuki Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 63380 KB, 158 p. ill.
Buku Jauhi Sifat Negatif Pada Guru dihasilkan selari dengan usaha kerajaan yang memberi penekanan terhadap pembentukan modal insan dan usaha Kementerian Pelajar Malaysia untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam mencapai hasrat ini, pelajar-pelajar masa kini perlu dibentuk agar sentiasa menghormati tanggungjawab guru-guru.
Author: Ahmad Marzuki Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 52258 KB, 158 p. ill.
Buku Jauhi Sifat Negatif Pada Ibu Bapa dihasilkan selari dengan usaha kerajaan yang memberi penekanan terhadap pembentukan modal insan. Buku ini membincangkan beberapa sifat negatif pelajar terhadap ibu bapa masing-masing. Pelbagai maklumat telah dikumpulkan agar ia dapat membantu setiap pelajar mengubah sikap dan perlakuan sebelum ini.
Author: Ahmad Marzuki Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 50555 KB, 158 p. ill.
Buku Jauhi Sifat Negatif Terhadap Rakan Sebaya dihasilkan selari dengan usaha kerajaan yang memberi penekanan terhadap pembentukan modal insan. Buku ini membincangkan beberapa sifat negatif yang sering berlaku sesama sendiri. Sifat ini boleh menjejaskan hubungan di dalam sekolah. Jika tidak dibendung, sifat ini menyebabkan berlaku pelbagai kejadian yang menjejaskan usaha kerajaan dan nama baik sesebuah sekolah.
Author: Ahmad Marzuki Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 62056 KB, 158 p. ill.
Buku Jauhi Sifat Negatif Terhadap Rakan Sedarjah dihasilkan bagi membantu para pelajar menghargai kehadiran rakan sedarjah dalam kehidupan seharian di sekolah. Mereka adalah tempat bagi diri kita berbincang, berbual-bual dan bercakap-cakap.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 30729 KB, 34 p. : col. ill.
Tuni si anak tupai ingin sekali pergi mengikut temannya Arbi memetik buah strawberi. Namun, ibunya tidak mengizinkannya berbuat demikian. Apabila Arbi melihat Tuni hampa, dia pun mengajar Tuni cara mengambil hati ibunya agar dia dapat mengizinkannya keluar bersamanya.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 6425 KB, 64 p.
Pak Pandir yang dungu menjemput kambing jantan dan burung pipit uban ke kendurinya.
Author: Wan Ahmad Wan Ismail
Publisher: DB United | Audience: Children | 13644 KB, 22 p. ill.
Siri moral berunsur Islam mengetengahkan nilai moral berunsur keIslaman, unsur pengajaran serta hiburan kepada pembaca.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 39803 KB, 26 p. : ill.
Ini adalah sebuah cerita mengenai Jiji seekor ikan yang membantu Keton mencari duitnya yang hilang.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2377 KB, 28 p. : ill.
Jijie adalah seekor anak gajah yang comel. Dia mempunyai banyak kawan. Semua haiwan suka berkawan dengan Jijie kerana dia sangat periang. Namun, Jijie mempunyai satu masaalah. Dia mempunyai sifat pelupa.
Author: Azwani, Ustaz
Publisher: DB United | Audience: Children | 2268 KB, 45 p. : col. ill.
Budiman sudah tidak sabar lagi berpindah ke rumah baru yang lebih selesa. Sudah berbulan dia menunggu masa untuk berpindah, namun kunci rumah barunya masih belum diterima. Setelah berpindah, Budiman berkenalan dengan Hafiz dan merasa beruntung kerana mendapat jiran yang baik.
Author: Nor Azizul Harun
Publisher: DB United | Audience: Children | 1802 KB, 26 p. : col. ill.
Encik Sulaiman telah pulang ke kampung dengan keluarganya untuk bercuti. Dia telah berpesan kepada jirannya Encik Wong untuk menjaga rumahnya. Ketika Encik Sulaiman tiada, Encik Wong ternampak seorang pencuri yang ingin memasuki rumah jirannya.
Author: Isma
Publisher: DB United | Audience: Children | 45564 KB, 27 p. : ill. col.
Ceri ialah penduduk kampung buah-buahan yang baru yang mempunyai sikap sombong. Ceri telah menepis bekas makanan dan menghina rupa Limau Purut yang hendak berkenalan dengannya. Semua buah-buahan di kampung itu berasa marah akan perbuatan Ceri terhadap Limau Purut. Pada suatu hari, rumah Ceri terbakar dan ramai buah-buahan datang untuk mencuba memadamkan kebakaran itu. Jiran-jiran Ceri tidak berjaya menyelamatkan rumah Ceri daripada hangus. Limau Purut menawarkan Ceri tinggal di rumahnya. Ceri merasa menyesal di atas perbuatannya dan meminta maaf dari Limau Purut.
Author: Suhaibah Abdul Mutalib
Publisher: DB United | Audience: Young people | 45310 KB, 88 p.
Siri ini menyajikan maklumat yang sangat berguna tentang asal-usul makanan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia yang beraneka jenis. Juga tentang cara-cara makanan disediakan.
Author: Nor Azizul Harun
Publisher: DB United | Audience: Children | 2909 KB, 26 p. : ill.
Izzati memberitahu ibunya tetntang keinginannya untuk mengikuti pertandingan melukis. Puan Surina menyambut baik keinginan anaknya itu. Izzati pun mempersiapkan diri dengan membeli alat-alat melukis yang baru dan seterusnya mula berlatih melukis.
Author: Nor Azizul Harun
Publisher: DB United | Audience: Children | 2871 KB, 26 p. : ill.
Wardina merupakan seorang murid pintar yang sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Pada bulan itu, Kelab Pembaca sekolahnya sedang mengadakan pertandingan membaca. Wardina mengikut serta dan sangat bersungguh-sungguh membaca buku sebanyak mungkin.
Author: Nurul Hawa Mohd. Sanif
Publisher: DB United | Audience: Children | 971 KB, 160 p.
Siri Bersatu Banteras Kriminil ditulis berunsurkan semangat perpaduan dalam kehidupan pelajar. Cerita-cerita yang dipaparkan mengandungi unsur-unsur motivasi, panduan dan pembimbing kepada pelajar supaya dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia, berkualiti dan berintegriti.
Author: M. Saleh Mahyat
Publisher: DB United | Audience: Children | 996 KB, 48 p. ill
Amin, Ah Chai dan Armugam teruja dengan kerajinan Sudin menjual aiskrim bautan sendiri.