Malay banner


Showing 1,151 - 1,200 of 2,296

  1. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 13219 KB, 50 p. : col. ill.

    Di Planet Zorio, seekor mamalia aneh yang disangka telah pupus ditemui semula. Hal ini amat menggembirakan Raja dan Permaisuri Zorio kerana mamalia itu merupakan lambang kemakmuran empayar Zorio pada suatu masa dahulu. Namun, pada suatu hari mamalia itu hilang.

  2. Author: Fatiqa Oky

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2818 KB, 34 p. : col. ill.

    Bapa Mamat yang bernama Pak Jemain adalah seorang pekerja lombong. Pada hari itu, Mamat mengajak sepupunya, Yusop, pergi ke lombong biji timah. Yusop ingin mengetahui cara-cara melombong dengan lebih dekat.

  3. Author: Nur Zalida

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2960 KB, 34 p. : col. ill.

    Bapa Mamat, Pak Jemain, bekerja sebagai seorang pekerja lombong. Suatu ketika, Mamat telah membawa sepupunya, Usop untuk pergi melihat lombong bijih timah itu. Mereka dapat melihat cara biji timah dibuat dan sebagainya disana.

  4. Author: M. Saleh Mahyat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1018 KB, 48 p. ill

    Mamat membantu ibunya menjual kuih di sekolah. Kawan-kawannya menggalakkan dia membuka warung kecil menjual burger pula.

  5. Author: Suriani Zulkifli

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 29327 KB, 24 p.

    Siri ini memberi pengetahuan dan maklumat yang tepat kepada murid-murid tentang pelbagai jenis buah-buahan seperti nangka, nanas, pisang, rambutan, langsat, manggis, durian dan betik. Cerita dalam siri ini dipersembahkan dengan ilustrasi berwarna yang menarik dan bahasa yang mudah difahami.

  6. Author: Ummu Hani Abu Hassan, 1983-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 43796 KB, 157 p. :ill.

    Koleksi cerpen kanak-kanak dengan barisan penulis yang prolifik menghasilakan karya-karya kreatif berunsur Islam. Diabadikan untuk mendidik, menghibur dan memupuk nilai ilmu pada kanak-kanak.

  7. Author: Muḥammad Hārūn, 1940-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2986 KB, 29 p. : col. ill.

    Kumpulan Tiga Serangkai telah melihat sebuah kejadian penculikan. Ketika mereka bertiga mengayuh basikal bersama-sama, mereka ternampak sebuah van putih berhenti di hadapan Fahmi, anak Encik Tarmizi. Tiba-tiba, keluar dua orang pemuda dari van itu dan mengheret Fahmi ke dalamnya.

  8. Author: Halimah Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 37.22 MB, 24 p. :ill. col.

    Asiah dan Zety membantu Mei Lin dari didera oleh bapa tirinya dengan memberitahu guru kaunseling di sekolah mereka apa yang sebenarnya terjadi pada Mei Lin.

  9. Author: Ismail Azman Omar

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 96464 KB, 147 p. ill.

    Siapakah sebenarnya Mani Purindan? Terdapat andaian bahawa dia dari Pasai, India dan Parsi. Adalah diyakini bahawa Mani Purindan hanyalah nama gelaran dan bukan nama sebenar individu yang diperkatakan itu. Penulis Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang mungkin tidak mengetahui nama sebenar individu tersebut atau mungkin menghadapi kesukaran dalam mengingat semula nama individu yang berkenaan. Kemungkinan nama itu agak panjang dan payah hendak menuliskannya dengan tepat dan sempurna. Oleh sebab nama Mani Purindan dicipta khusus untuk Sejarah Melayu sahaja, nama tersebut tidak diketahui di tempat-tempat lain. Pada hal individu yang berkenaan ada kaitan istimewa dengan Raja-raja Pasai tetapi tiada langsung catatan nama Mani Purindan di sana. Buku ini cuba meninjau semula tentang Mani Purindan dengan menjurus kepada aspek-aspek yang difikir dapat menjelaskan serba-sedikit tentang identiti Mani Purindan.

  10. Author: Nur Zalida

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12868 KB, 22 p. ill.

    Siri teladan intan adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita dan ilustrasinya menarik.

  11. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12550 KB, 50 p. : col. ill.

    Hairi, Sylesh dan Chang Chan menjumpai Rio dalam keadaan cedera parah sekali di kampung. Rio memberitahu mereka bahawa Planet Zorio telah diserang oleh suatu makhluk yang bernama Maptilia. Setelah Rio pulih, mereka bersama-sama pulang ke Planet Zorio.

  12. Author: Wan Maiziatul Akmar binti Wan Ahmad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5975 KB, [41] p. :ill. col.

    Buku bacaan asas Bahasa Arab adalah sebagai bahan tambahan bagi murid-murid sekolah rendah atau sesiapa sahaja yang ingin mempelajari bahasa Arab.

  13. Author: Halim Ibrahim, 1948-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1985 KB, 30 p. : col. ill.

    Pak Usu, Tok Min, dan Nek Mah mengunjung keluarga Encik Murad di Putrajaya. Mereka dibawa untuk bersiar-siar di sana sebelum pergi melawat Kuala Lumpur. Di sana, mereka diajak menaiki LRT untuk kali pertama.

  14. Author: Ayob Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 48847 KB, 35 p.

    Pengenalan awal jenis-jenis bunga.

  15. Author: Ayob Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 45938 KB, 35 p.

    Pengenalan awal jenis-jenis pakaian.

  16. Author: Ayob Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 48621 KB, 35 p.

    Pengenalan awal jenis-jenis pekerjaan.

  17. Author: Ayob Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 46273 KB, 37 p.

    Pengenalan awal jenis-jenis sayur.

  18. Author: Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar, Tuan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7839 KB, 16 p.

    Zira senang membantu ibunya membakar kueh di dapur. Mari kita bergembira bersama-sama Zira.

  19. Author: Mohd Fadlan Tuan Jaafar, Tuan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9073 KB, 16 p.

    Pengiraan yang menarik dengan menggunakan pelbagai cara yang kreatif!

  20. Author: Lee Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 19559 KB, 16 p.ill

    Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran.

  21. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 26.18 MB, 20 p. :ill. col.

    Untuk kanak-kanak yang baru mula hendak membaca. Buku ini memperkenalkan benda-benda seperti alat-alat tulis.

  22. Author: Fatiqa Oky

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3252 KB, 34 p. : col. ill.

    Marina tinggal bersama keluarganya di pinggir bandar Alor Setar. Bapanya yang bernama Pak Sakir bekerja sebagai pesawah padi. Pak Sakir memiliki tanah sawah seluas enam hektar. Dia mengusahakan tanahnya sendiri.

  23. Author: Nur Zalida

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2959 KB, 34 p. : col. ill.

    Bapa Marina, Pak Sakir, bekerja sebagai pesawah padi. Pada musim cuti persekolahan, Marina selalu membantu bapanya di sawah padi. Apabila tiba musim menuai, pesta emping pula akan diadakan. Marina telah menjemput enam teman-temannya ke pesta itu.

  24. Author: Suhaibah Abdul Mutalib

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 25340 KB, 48 p.

    Siri ini menyajikan maklumat yang sangat berguna tentang asal-usul makanan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia yang beraneka jenis. Juga tentang cara-cara makanan disediakan.

  25. Author: Suhaibah Abdul Mutalib

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 27657 KB, 48 p.

    Siri ini menyajikan maklumat yang sangat berguna tentang asal-usul makanan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia yang beraneka jenis. Juga tentang cara-cara makanan disediakan.

  26. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1714 KB, 92 p. : ill.

    Sekali lagi, keluarga Pak Tam menghadapi pelbagai masalah. Penyusunan semula struktur pengurusan yang berlaku di tempat kerjanya telah menyebabkan Pak Tam perlu bekerja dua shif. Mimi berperangai aneh, manakala dua orang anaknya yang lain pula cenderung pada bidang hiburan.

  27. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 13362 KB, 146 p. : ill.

    Kawasan setinggan di pinggir Kuala Lumpur telah dirobohkan untuk projek pembangunan. Penduduk di sekitar kawasan itu, termasuk keluarga Remy dan Chien Wei telah dipindahkan ke kawasan baru. Pada suatu hari, salah faham yang berlaku mengakibatkan pergaduhan besar antara keluarga Remy dan Chien Wei.

  28. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 14186 KB, 42 p. : ill.

    Alia menjadi seorang yang sensitif dan pemurung sejak kemalangan yang menyebabkannya terpaksa berkerusi roda. Apatah lagi, harapannya untuk terpilih sebagai pemain badminton sekolah turut terkecai. Alia bertambah sedih apabila mengenangkan bahawa kawan baiknya sendiri bagaikan sudah menjauhkan diri daripadanya.

  29. Author: Rahimah Mohd. Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7000 KB, 73 p. : col. ill.

    Ila termenung di tangga rumahnya. Dia hanya merenungkan nasib malang yang menimpa dirinya dan adiknya. Selepas ayahnya pergi meninggalkan mereka, kini ibunya pula hilang tanpa berita. Namun, dia bersyukur Cikgu Suhana dan neneknya masih mengambil berat tentangnya.

  30. Author: Noorma Ismail

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 1180 KB, 128 p.ill

    Cerita-cerita dalam buku ini menerapkan pengajaran untuk dijadikan panduan kepada para pembaca muda sekali gus melengkapkan diri dengan pengetahuan.

  31. Author: Jamilah Hj. Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4814 KB, 84 p. : ill.

    Buku ini mengisahkan tentang Fahmi, anak yang baik dan pintar dalam pelajaran. Namun, segalanya berubah apabila ayah dan ibu Fahmi menolak permintaannya untuk belajar di sekolah berasrama penuh setelah dia mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.

  32. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2307 KB, 36 p. : col. ill.

    Nazrul, Danish, dan Vivian menganggap Profesor Kuarif sebagai manusia yang mempunyai perwatakan yang ganjil. Setelah mengenali Profesor Kuarif dengan lebih dekat, mereka amat terkejut apabila mengetahui suatu rahsia tentang beliau.

  33. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6569 KB, 64 p.

    Mat Jenin yang suka berangan-angan.

  34. Author: Jamilah Haji Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 138774 KB, 32 p.

    Siri Legenda Gemilang ditulis mengikut kisah benar seawal abad ke 15 sehinggalah abad ke 17. Ini adalah satu rakaman sejarah yang popular tetapi dikisahkan kembali dengan cara yang terkini, segar dan menarik.

  35. Author: Riza Irhan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2920 KB, 32 p. : col. ill.

    Mat Tang suka meminjam duit daripada teman-temannya, tetapi wang mereka itu tidak pernah diganti. Suatu hari, dia berhutang dengan Sham. Untuk mendapatkan wangnya balik, Sham telah meminta bantuan Kahar yang mempunyai satu helah untuk menginsafkan Mat Tang.

  36. Author: Nurazizan Aziz

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 11428 KB, 36 p. : col. ill.

    Buku ini bertujuan untuk membantu murid-murid mengenali tentang mata dan cara-cara untuk menjaganya. Dengan cara penulisan yang mudah difahami, buku ini amat sesuai untuk murid-murid peringkat sekolah rendah.

  37. Author: Norlela Mohd. Nor

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 1058 KB,96 p.

    Koleksi cerpen yang berkisar tentang kehidupan remaja masa kini. Ia digarap dengan berkesan supaya mampu memberi impak kepada golongan remaja dalam aspek hubungan sesama remaja berlainan jantina.

  38. Author: Siti Dalila

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2252 KB, 10 p. :ill. col.

    Si kodok baru mula meninjau keadaan sekelilingnya setelah lama bersembunyi di bawah tempurung. Dia tidak menghiraukan lalu lintas dan akhirnya dia langgar sebuah kereta dan mati katak.

  39. Author: S. A. Dian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2638 KB, 44 p. : ill.

    Aminah dan Ahmad adalah adik-beradik yang mempunyai sikap berbeza. Aminah merupakan anak yang nakal dan degil manakala Ahmad adalah anak yang patuh dan mendengar kata. Sifat Aminah yang degil itu selalu mendatangkan masaalah kepada ibu bapanya sehingga mereka tidak tahu bagaimana untuk menasihatinya.

  40. Author: Mohamad Abdul Hamid

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 84305 KB, 130 p.

    Aku mendengar ibu meraung minta simpati, aku melihat ibu jatuh dari tangga dan dari kejauhan aku melihat ibu diheret keluar seperti haiwan.

  41. Author: Lee Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 25955 KB, 16 p.ill

    Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran.

  42. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 32.5 MB, 20 p. :ill. col.

    May Lan menasihatkan burung supaya tidak memakan ulat. Burung bersetuju untuk memakan buah-buahan sahaja.

  43. Author: Jamilah Hj. Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 25953 KB, 50 p. : ill.

    Empat sekawan, iaitu Iddin, Nazir, Amir, dan Wong telah merancang untuk bercuti di kampung datuk dan nenek Iddin di Kedah. Keanehan bermula semasa mereka menaiki bas dari Puduraya menuju ke Alor Setar. Bas yang mereka naiki telah terjunam ke dalam guang semasa melalui kawasan Bukit Berapit.

  44. Author: Hāshim

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 113 p. :ill.

    Siri pahlawan terbilang menampilkan beberapa tokoh dari golongan diraja iaitu Megat Iskandar Syah, Raja Nara Singa dan Raja Lumu.

  45. Author: Jamilah Hj. Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 24766 KB, 50 p. : ill.

    Mei Hua adalah gadis berusia sepulah tahun yang dilahirkan di kawasan majoriti penduduknya orang Melayu. Dia amat meminati budaya Melayu dan suka berbaju kurung. Konflik bermula apabila Mei Hua meminati tarian tradisional Melayu.

  46. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5200 KB, 98 p. : ill.

    Yasmin Murad merupakan anak kepada bekas ahli lumba basikal negara, iaitu Murad Jailani. Yasmin telah menjadi harapan ayahnya untuk mengembalikan zaman kegemilangan ayahnya dalam arena sukan lumba basikal. Harapan itu menjadi kenyataan apabila Yasmin terpilih mengikuti Projek Sukan 2002 di Kem Latihan Gemilang.

  47. Author: Halim Ibrahim, 1948-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2443 KB, 30 p. : col. ill.

    Azura menceritakan pengalamannya melawat kilang memproses nanas kepada adik-adiknya, Rizal dan Delila. Antara perkara yang telah dipelajarinya ialah cara penanaman nanas di ladang dan cara buah nenas diproses menjadi makanan dalam tin.

  48. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9945 KB, 130 p. : ill.

    Berdasarkan minatnya dalam bidang muzik dan penulisan, Hussein bercita-cita ingin mendjadi wartawan hiburan. Impiannya itu seolah-olah tercapai apabila dia berjaya menyertai rombongan sebuah kumpulan artis remaja popular untuk mengadakan persembahan di seluruh Semenanjung Malaysia.

  49. Author: Riza Irhan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1389 KB, 28 p. : col. ill.

    Sazali merupakan anak tunggal kepada seorang hartawan. Akibat terlalu dimanjakan, Sazali menjadi jahat dan tidak mendengar nasihat bapanya. Apabila usianya meningkat, dia terus terjerumus ke dalam kancah jenayah.

  50. Author: Zainariah Wahab

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6479 KB, 52 p. : ill. (chiefly col.), maps

    Buku ini memberitahu tentang pelbagai jenis haiwan liar yang berada dalam bahaya. Para pembaca dapat mengetahui bagaimana orang di seluruh dunia cuba menyelamatkan haiwan-haiwan ini, dan bagaimana mereka juga boleh turut membantu.

F: 216AND73AND216AND161;

R: 100AND121AND102AND105;

0
False
False
https