Malay banner


Showing 1,251 - 1,300 of 2,296

  1. Author: M. A. Rauf

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2053 KB, 32 p. : ill.

    Pungguk sedang melihat bulan mengambang penuh. Tiba-tiba, dia terpandang seorang puteri yang cantik sedang duduk di pinggir bulan. Dia ingin berkahwin dengan Puteri Bulan itu. Pungguk pun merayu pada Puteri Bulan untuk turun ke bumi supaya dia dapat mengahwini Puteri Bulan.

  2. Author: Nur Nadia Ismail

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 9574 KB, 40 p.

    Bacaan Awal Kesihatan Reproduktif berusaha memberi pendidikan berkaitan hal-hal kesihatan reproduktif kepada para pembaca. Ilmu berkaitan reproduktif amat penting agar remaja dapat mengenal sistem tubuh diri sendiri serta tahu apa perbuatan baik dan buruk berkaitan seksualiti.

  3. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9254 KB, 114 p. : ill.

    Julia mengambil bahagian dalam pertandingan Sinaran Bakat Kemboja yang menjadi acara tahunan di Asrama Kemboja. Setelah muncul sebagai juara, Julia menyertai pertandingan nyanyian anjuran sebuah stesen televisyen swasta pula. Dia sanggup berhenti dari sekolah dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bergiat secara aktif dalam bidang nyanyian.

  4. Author: Rahimah Mohd. Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1483 KB

    Itam merupakan anak bongsu kepada Haji Mansor dan Hajah Mariam. Dia seorang kanak-kanak yang sangat istimewa. Ini kerena rupa dan perwatakannya sangat berbeza daripada adik-beradiknya yang lain.

  5. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1483 KB, 113 p. : ill.

    Aidil telah berjanji kepada ayahnya untuk berubah menjadi pelajar yang baik. Dia bertekad untuk tidak ponteng sekolah lagi dan tidak bercampur dengan budak nakal. Dia ingin belajar dengan bersungguh-sungguh dan lulus dalam peperiksaannya.

  6. Author: Samsuddin Pehan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1134 KB, 26 p. : col. ill.

    Dua orang angkawasan, Hafizi dan Chee Keong, telah sampai di Planet Saturnus. Mereka ditugaskan untuk mengutip batu-batu di planet itu untuk dibawa ke bumi. Sedang mereka memerhatikan keadaan sekeliling, mereka ternampak cahaya berwarna biru muncul di sebalik bukit. Mereka pun pergi menyiasat.

  7. Author: W. S. Uzala

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2130 KB, 28 p. : col. ill.

    Profesor Casteu dan pembantunya berada di Pulau Berhala untuk membuat kajian tentang kelelawar-kelelawar di situ. Mereka telah berjaya membuat penemuan baru yang dapat mengubah ukuran kelelawar semasa berada di Pulau Berhala.

  8. Author: Samsuddin Pehan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1148 KB, 26 p. : col. ill.

    Profeser Azman dan pembantu-pembantunya telah pergi ke Pulau Berhala untuk mengkaji kelawar-kelawar di situ. Ketika di pulau itu, mereka terjumpa dengan tebuan dan katak raksasa. Walaupun diganggu oleh raksasa-raksasa tersebut, mereka masih tetap ingin meneruskan kajian mereka.

  9. Author: Ayob Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 11731 KB, 32 p.

    Pelajaran awal kanak-kanak mengenal sains.

  10. Author: Ayob Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9517 KB, 32 p.

    Pelajaran awal kanak-kanak mengenal angka.

  11. Author: Sufi Noryani Supian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 27739 KB, 48 p.

    Pantun adalah khazanah bangsa yang sangat bernilai tinggi. Pantun mengandungi seribu satu maksud yang amat dalam dan menjadi wadah dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.

  12. Author: Ayob Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6023 KB, 32 p.

    Pelajaran awal kanak-kanak mengenal waktu dan jam.

  13. Author: Ahmad Hasyim Lufti

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 13696 KB, 204 p.

    Membincangkan aspek-aspek yang berkenaan dengan wali dan ajaran sesat.

  14. Author: Lau Lee Lyn

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 60243 KB, 41 p.ill

    Berkisarkan tentang remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti seharian, penyiasatan, pencegahan jenayah serta membantu masyarakat.cerita ini menerapkan nilai-nilai moral dan sifat-sifat positif.

  15. Author: Lau Lee Lyn

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 81205 KB, 54 p.ill

    Berkisarkan tentang remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti seharian, penyiasatan, pencegahan jenayah serta membantu masyarakat.cerita ini menerapkan nilai-nilai moral dan sifat-sifat positif.

  16. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5309 KB, 100 p. : ill.

    Anne dan Rina merupakan dua orang sahabat baik yang menyimpan impian untuk mendaki gunung Kinabalu. Walaupun mereka tidak tahu bilakah impian mereka itu akan tercapai, mereka selalu mengadakan latihan untuk menguatkan mental, fizikal, dan stamina mereka. Namun, usaha mereka itu ditertawakan oleh Nazri dan Kiran.

  17. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Young People, Children | PDF icon 35893 KB, 149 p.

    Cerita tentang Sulong Umar yang giat membantu masyarakat kampung. Dia juga dapat memanfaatkan kemajuan teknologi yang telah dibangunkan oleh kerajaan.

  18. Author: Nur Najiha

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 33022 KB, 24 p.

    Siri Bahasa Arab ditulis sebagai bahan bacaan tambahan bagi memahirkan sebutan dan bacaan dalam bahasa Arab. Sasaran adalah kanak-kanak di sekolah rendah untuk membantu pembelajaran mereka.

  19. Author: Halimah Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 23495 KB, 28 p.ill

    Siri Keluarga Encik Amin ditulis khusus untuk bacaan murid-murid tahap satu terutamanya Tahun Dua dan Tiga. Ini memandangkan bahan bacaan peringkat ini agak kurang. Siri Keluarga Encik Amin mengisahkan kehidupan keluarga Encik Amin. Siri ini mengandungi banyak pengajaran seperti menghormati dan menyayangi ibu bapa, semangat kejiranan, semangat bekerjasama dan sebagainya. Bahan bacaan seperti ini sangat bermanfaat kerana dapat membentuk peribadi anak-anak. Bahasa yang digunakan amat sesuai dengan kebolehan berbahasa murid. Ilustrasi yang menarik dapat menambahkan minat dan memupuk semangat suka membaca di kalangan anak-anak.

  20. Author: Forzi

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 588 KB, 144 p. ill

    Buku ini disusun dalam bentuk soal jawab mengandungi fatwa-fatwa khusus yang dikemukan oleh seorang tokoh ulama kini yang terkenal iaitu Dr Yusuf al-Qaradhawi.

  21. Author: Forzi

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 670 KB, 144 p. ill

    Antara yang dibincangkan dalam buku yang berbentuk soal jawab ini ialah fitnah dan suara wanita, menyanggah pentafsiran yang merendahkan kaum wanita, bolehkah lelaki memandang perempuan dan sebaliknya?, pergaulan lelaki dengan perempuan, berjabat tangan antara lelaki dengan perempuan, pekerjaan yang boleh dilakukan oleh wanita dan banyak lagi.

  22. Author: W. S. Uzala

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2099 KB, 28 p. : col. ill.

    David dan Neil adalah angkasawan Amerika yang menjelajah di angkasa. Sewaktu meninjau planet Saturnus, mereka menemui pelbagai perkara-perkara baru yang tidak pernah mereka lihat.

  23. Author: Hamran

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1518 KB, 28 p. : ill.

    Kerbau dan Lembu sudah jemu memakan rumput. Mereka inginkan makanan yang lain. Maka mereka pun keluar merayau-rayau bersama mencari makanan. Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bakul yang penuh dengan berbagai jenis sayuran. Mereka pun berebut-rebut mahu makan. Oleh kerana keduanya tidak mahu bertolak ansur, kambing mengesyorkan satu jalan bagi menyelesaikan masalah itu.

  24. Author: Zakaria Arif

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1843 KB, 30 p. : col. ill.

    Lembu dan kerbau yang diternak oleh tuan mereka, Hong sudah jemu memakan rumput setiap hari. Mereka pun merayau-rayau di sekitar kampung. Lembu dan kerbau terjumpa sayuran di dalam bakul. Kambing, yang kebetulan berada di situ, berjanji untuk membahagikan sama rata antara mereka berdua. Namun, dia juga mempunyai helah untuk mengambil sayuran itu.

  25. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 14292 KB, 114 p. : ill.

    Kehadiran pelajar baru di Asrama Kemboja mengejutkan Marlisa yang sudah setahun tinggal di situ. Ini kerana salah seorang daripada pelajar baru itu ialah Nurul Ain. Mereka pernah belajar di sekolah yang sama semasa di sekolah rendah. Namun, Marlisa tidak pernah menyenangi Nurul Ain.

  26. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6.51 MB, 116 p. :ill.

    Yasmin menyambung persekolahan menengahnya di sebuah sekolah berasrama. Di sekolah itu, dia melihat pelbagai ragam pelajar, antaranya ialah kerenah Azura. Yasmin melalui pelbagai pengalaman yang menarik semasa tinggal di asrama. Dia juga cuba mengorek rahsia di sebalik hubungan baik Azura dengan Kak Suraya. Apakah agaknya rahsia tersebut?

  27. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4.91 MB, 55 p. :ill.

    Amir berasa sedih melihat kehidupan keluarganya menjadi tidak menentu setelah ayahnya diberhentikan kerja. Kak Long terpaksa berhenti sekolah kerana ingin bekerja untuk menyara keluarga. Amir diberitahu bahawa ayahnya sakit. Sejak itu juga perangai ayah berubah menjadi bengis dan suka marah-marah. Amir sering tertanya-tanya tentang penyakit ayahnya. Sehinggalah pada suatu hari, suatu peristiwa yang mengejutkan telah berlaku. Apakah penyakit ayah Amir? dan apakah peistiwa yang mengejutkan itu?

  28. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2093 KB, 16 p.

    Nabi Muhammad SAW disusukan oleh Halimatus Sa'adiah.

  29. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2074 KB, 16 p.

    Abdullah, bapa Nabi Muhammad SAW meninggal dunia.

  30. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 40437 KB, 34 p. col. : ill.

    Profesor Q, Arman, Huey Ling dan Sailesh masih melarikan diri dari Atot dan kini telah sampai di sebuah kawasan tanah lembik. Sedang mereka asyik bermain melontarkan tanah, tiba-tiba, Arman dan Huey Ling telah ditangkap oleh seekor burung yang besar.

  31. Author: Sulaiman Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2072 KB, 16 p.

    Puteri yang pemalu.

  32. Author: Lau Lee Lyn

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 89144 KB, 66 p.ill

    Berkisarkan tentang remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti seharian, penyiasatan, pencegahan jenayah serta membantu masyarakat.cerita ini menerapkan nilai-nilai moral dan sifat-sifat positif.

  33. Author: Norlela Mohd. Nor

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 1016 KB, 96 p.

    Koleksi cerpen yang berkisar tentang kehidupan remaja masa kini. Ia digarap dengan berkesan supaya mampu memberi impak kepada golongan remaja dalam aspek hubungan sesama remaja berlainan jantina.

  34. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Young People, Children | PDF icon 40277 KB, 190 p.

    Kisah percutian Azman, Radzi, Suhaimi, Julia dan Faizah yang inginkan aktiviti percutian yang lebih mencabar. Salah seorang daripada mereka hilang dalam sebuah banglo besar dan ini ada kaitan dengan sindikit dadah.

  35. Author: Krishnan Panikker

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 645 KB, 104 p. : col. ill.

    Pakcik Nutcracker adalah pakcik Sugu. Dia adalah bekas ahli fizik nuklear. Selepas bersara, Pakcik Nutcracker tinggal bersama keluarga Sugu. Dia telah mengubah suai garaj rumah Sugu menjadi sebuah makmal. Di dalam makmal itu, Pakcik Nutcracker telah mencipta sebuah mesin masa yang dapat menjelajahi zaman silam.

  36. Author: Nurazizan Aziz

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3685 KB, 66 p. : ill.

    Cerita ini membawa para pembaca menjengah suasana dan kehidupan manusia 50 tahun yang akan datang. Melalui program penukaran pelajar, sepasang remaja dari sebuah subplanet yang lain telah berpeluang datang ke bumi bersama-sama bapa-bapa mereka.

  37. Author: Ruslan Ngah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1242 KB, 152 p. : col. ill.

    Mat Jenin selalu ditertawakan kerana angan-angannya yang tinggi. Mereka sebenarnya tidak faham maksud angan-angan Mat Jenin. Pada Mat Jenin, angan-angannya adalah cita-cita yang akan tercapai pada suatu hari nanti.

  38. Author: Puteri Zulaikha Baharuddin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 647 KB, 67 p. : col. ill.

    Ah Seng ingin sekali melihat tarian Dabus yang baginya sungguh menggerunkan. Di dalam tarian Dabus, penari-penari akan menetak atau menghiris badan mereka dengan senjata tajam. Namun, badan mereka tidak tercedera ataupun terluka kerana mereka menggunakan ilmu kebal.

  39. Author: Muḥammad Hārūn, 1940-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2594 KB, 34 p. : col. ill.

    Wak Yaakob mengenalkan anak angkatnya yang bernama Safuan kepada kumpulan Tiga Serangkai. Pemuda itu kelihatan tertib dan bersopan santun. Namun, Aiman merasakan seperti ada yang tidak kena tentang pemuda itu. Dia seakan-akan pernah melihat pemuda itu sebelum ini.

  40. Author: Nur Zalida

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12296 KB, 22 p. ill.

    Siri teladan intan adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita dan ilustrasinya menarik.

  41. Author: Nurul Hawa Mohd. Sanif

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 975 KB, 160 p.

    Siri Bersatu Banteras Kriminil ditulis berunsurkan semangat perpaduan dalam kehidupan pelajar. Cerita-cerita yang dipaparkan mengandungi unsur-unsur motivasi, panduan dan pembimbing kepada pelajar supaya dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia, berkualiti dan berintegriti.

  42. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 31572 KB, 47 p. ill.

    Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.

  43. Author: Halimah Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 38.66 MB, 24 p. :col. ill.

    Asiah membantu seorang budak lelaki yang terjatuh dalam sebuah longkang besar daripada hanyut. Dia melemparkan sebuah tayar buruk kearah budak itu supaya dia dapat berpaut dan tidak tenggelam sementara menunggu pertolongan.

  44. Author: W. S. Uzala

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2049 KB, 28 p. : col. ill.

    Doktor Steven dan Doktor Arshad adalah pakar penyelamat binatang. Mereka telah berangkat ke Kutub Utara untuk membantu seekor mengkarung raksasa dan seekor beruang yang terperangkap di tepi lembah salji. Palbagai rintangan yang perlu mereka hadapi sebelum mereka sampai di situ.

  45. Author: Isma

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 37832 KB, 27 p. : ill. col.

    Kubis Bunga, Tomato, Cili Merah dan Buncis sedang bermain ombak apabila terdengar jeritan Tomato. Mereka ternampak sekumpulan nelayan mencampakkan sesuatu ke atas pasir. Mereka melihat seekor penyu yang sedang terkial-kial menterbalikkan dirinya semula dan menolongnya. Penyu menceritakan bahawa ia terperangkap di dalam pukat nelayan dan nelayan akan membunuh spesis penyu yang di anggap perosak pukat mereka. Kubis Bunga, Tomato, Cili Merah dan Bunci menolak penyu ke laut supaya ia dapat kembali ke tempat asalnya.

  46. Author: Nir Shahmir

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 1317 KB, 128 p.

    Siri ini memaparkan cerita berkenaan amalan khurafat yang sering berlaku dalam masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan masyarakat Melayu. Amalan tidak baik ini harus dihindari dan dijauhi.

  47. Author: Arif Salleh

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1787 KB, 35 p. : col. ill.

    Ibu bapa Siti Aliah berasa sangat kesal dan marah kerana pelajaran anaknya merosot. Mereka melarang Siti Aliah untuk berjumpa dengan kawan-kawannya. Dia mesti selalu berada di rumah dan belajar. Lalu, dia pun membuat keputusan untuk melarikan diri.

  48. Author: H.M. Qadirun Nur, Ahmad Musyafiq

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 196613 KB, 470 p.

    Pembahasan lengkap tentang 'Ulumul Quran.

  49. Author: Rahman dan Aishah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 119175 KB, 255 p.

    Menyingkap rahsia disebalik perkahwinan dengan mengambil kira pelbagai faktor sebelum dan sesudah berumahtangga.

  50. Author: Nur Najiha

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 35896 KB, 24 p.

    Siri Bahasa Arab ditulis sebagai bahan bacaan tambahan bagi memahirkan sebutan dan bacaan dalam bahasa Arab. Sasaran adalah kanak-kanak di sekolah rendah untuk membantu pembelajaran mereka.

F: 216AND73AND216AND161;

R: 100AND121AND102AND183;

0
False
False
https