Showing 1 - 50 of 52
Author: Danieel Zulfar
Publisher: DB United | Audience: Children | 9741 KB, 114 p. : ill.
Selepas hampir tiga tahun tidak pulang melawat datuknya di kampung, Cheng Sin pulang untuk menghabiskan cuti sekolah bersama datuknya. Namun, dia mengalami kejadian-kejadian yang pelik sebaik sahaja dia menaiki bas ekspres. Di kampung pula, Adnan telah memberitahunya suatu perkara yang aneh tentang datuknya itu.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 4946 KB, 92 p. : col. ill.
Pak Tam telah diberhentikan kerja. Hal ini menyebabkan kehidupan keluarga mereka tidak menentu, ditambah pula dengan kesedihan Mak Lijah yang bakal berpisah dengan anak asuhannya, Jason. Dengan pemergian Jason, pendapatan keluarga mereka akan berkurangan. Mak Lijah dan Pak Tam berasa sangat bingung.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 2712 KB, 44 p. : col. ill.
Karim Ketot dan Goh Gedempol mengikuti rombongan sekolah mereka ke Zoo Negara. Mereka berasa amat gembira sekali. Namun, cabaran hebat menanti mereka sebaik sahaja mereka sampai di taman haiwan itu.
Author: Jamilah Hj. Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 18287 KB, 50 p. : ill.
Nasrul baru sahaja bertukar sekolah kerana terpaksa mengikut ayahnya yang bertugas sebagai anggota polis. Di sekolah barunya, Nasrul mendapat kawan baru dan mereka menganggotai pengakap sekolah. Persatuan pangakap sekolah itu bercadang untuk menjalankan aktiviti perkhemahan di sebuah hutan simpanan. Mereka dikehendaki menubuhkan kumpulan untuk mencari wang sendiri bagi tujuan tersebut.
Author: Mohd. Faisal Hamdi
Publisher: DB United | Audience: Young People | 1275 KB, 127 p.ill
Cerita-cerita dalam buku ini menerapkan pengajaran untuk di jadikan panduan kepada para pembaca muda sekali gus melengkapkan diri dengan pengetahuan.
Author: Wan Nor Saedah
Publisher: DB United | Audience: Children | 9576 KB, 76 p. : col. ill.
Siti dan Shalin berada di kampung Pak Daling. Pak Daling adalah pengusaha calet Desa Pak Daling di Taman Negara. Walau bagaimanapun, calet Pak Daling itu didakwa berpuaka dan pelawat-pelawat yang menginap di situ selalu diganggu.
Author: S. A. Dian
Publisher: DB United | Audience: Children | 2498 KB, 53 p. : ill.
Sultan Azam Shah telah jatuh sakit. Sebelum mangkat, beliau ingin sekali melihat puteranya, Tengku Iskandar, beristeri. Anaknya itu pun menurut permintaan ayahandanya dan pergi mencari pasangan yang cantik dan berbudi pekerti.
Author: Hamran
Publisher: DB United | Audience: Children | 1712 KB, 30 p. : ill.
Raja Badawi ingin sekali melihat Putera Aiman berkahwin tetapi keinginannya itu ditolak puteranya. Putera Aiman memberi alasan bahawa dia ingin pergi merantau dahulu sebelum berkahwin dengan gadis pilihan ayahnya. Setelah ayahandanya bersetuju, Putera Aiman berangkat ke luar negeri.
Author: Rozita Mohamed
Publisher: DB United | Audience: Children | 4157 KB, 28 p. : col. ill.
Kuzi telah mengadu kepada Raja Rimba bahawa dirinya bernasib malang. Ini kerana dia mempunyai kaki yang pendek dan hodoh serta cengkerang yang berat di belakangnya. Kawan-kawan Kuzi yang mendengar pengaduan itu pun memberi nasihat kepadanya.
Author: Rusli Haji Ibrahim
Publisher: DB United | Audience: Adult | 45793 KB, 105 p.
Buku ini menghuraikan dengan lengkap kaedah ataupun cara ketawa menurut ajaran Islam.
Author: penyusun Mohd. Sofwan Amrullah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 6032 KB, 185 p.
Naskah ini adalah satu usaha serta ikhtiar agar dapat mengelokkan bacaan Al-Quran.
Author: Hanafi Abd.Rashid
Publisher: DB United | Audience: Adult | 8194 KB, 185 p.
Kebersihan merupakan fitrah manusia. Buku ini mengajar kita cara-cara membersihkan diri dari najis dan kotoran.
Author: LCNA:Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 2928 KB, 64 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 4250 KB, 31 p. : col. ill.
Carta kajian tempatan tahun enam adalah carta yang berdasarkan Huraian Sukatan Carta Kajian Tempatan Tahun Enam. Ia dipenuhi dengan grafik, gambar-gambar, dan ringkasan nota yang tepat dan padat.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 1163 KB, 11 p. : col. ill.
Buku ini mengandungi carta karangan gambar tunggal dan bersiri. Ia boleh mengasah kemahiran kanak-kanak untuk menulis sebuah karangan berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.
Author: Nor Azizul Harun
Publisher: DB United | Audience: Children | 4481 KB, 25 p. : col. ill.
Carta pendidikan moral ini membincangkan tentang nilai-nilai berkaitan dengan perkembangan diri, diri dan keluarga, diri dan masyarakat, diri dan alam sekitar, dan diri dan negara. Secara keseluruhannya, terdapat dua puluh empat nilai-nilai yang diperkatakan.
Author: Nor Azizul Harun
Publisher: DB United | Audience: Children | 1753 KB, 11 p. : col. ill.
Buku ini mengandungi himpunan carta-carta informatif mengenai penjagaan kesihatan diri, kebersihan diri, hinggalah menjaga keselamatan di jalan raya. Ia disertakan dengan gambar-gambar berwarna yang boleh menarik minat para pembaca cilik.
Author: Nor Azizul Harun
Publisher: DB United | Audience: Children | 3180 KB, 21 p. : ill.
Buku ini mengenai tatabahasa yang perlu dipelajari oleh murid-murid pelajar rendah, seperti kata kerja dan kata seru. Semuanya digambarkan melalui ilustrasi. Buku ini sesuai untuk para pelajar UPSR dan yang seusia dengan mereka.
Author: Z.Aida
Publisher: DB United | Audience: Young people | 3114 KB, 144 p.
Siri ini mengandungi empat buah novel yang sangat menarik untuk dibaca. Kehidupan manusia yang pelbagai ragam dan penuh liku menjadi tema utama dalam menghiasi siri ini.
Author: Norziana
Publisher: DB United | Audience: Children | 7790 KB, 24 p.
Siri bacaan program nilam diolah berdasarkan watak-watak legenda yang terkenal dengan keberanian, kebijaksanaan dan kepahlawanan.
Author: Zabri Hazry
Publisher: DB United | Audience: Children | 977 KB, 101 p. : ill.
Siri Sejambak Cerpen Bestari ini merupakan sebuah siri antologi cerpen kontemporari yang diterbitkan khusus untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah rendah. Naskah ini mengandungi sepuluh cerpen yang merangkumi pelbagai tema yang menarik seperti kasih sayang, unsur kemanusiaan, alam sekitar, agama, kritikan sosial dan budaya.
Author: Siti Zawiyah Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 3070 KB, 36 p. : col. ill.
Cempaka adalah seorang gadis yang selalu didera oleh ibu tirinya, Mak Senah, kerana mempunyai paras rupa yang menawan. Semasa ketiadaan Pak Ali yang pergi berdagang ke negeri orang selama dua bulan, Mak Senah telah mendera dan menyeksa Cempaka untuk melakukan berbagai pekerjaan.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 5743 KB, 80 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 144530 KB, 26 p. : col. ill.
Pada suatu hari, seekor pepatung yang bernama Yaya terbang dan sampai di sebuah kawasan di tepi hutan. Tempat itu agak lembap. Di situlah Yaya telah berjumpa dengan tumbuhan yang agak aneh yang bernama Cendawan.
Author: Norul Azila Arifin
Publisher: DB United | Audience: Children | 1962 KB, 16 p.
Kamat tidak menghirau nasihat Cenderawasih.
Author: M. Aini
Publisher: DB United | Audience: Children | 3826 KB, 18 p. : col. ill.
Ketika Anak Katak bermain-main di kolam, dia terjumpa seekor binatang besar yang tidak pernah dilihatnya. Dia pulang untuk menanya bapanya tentang binatang besar yang dilihatnya tadi. Bapa Katak pun cuba menggambarkan apa yang dikatakan oleh anaknya.
Author: Maruwiah Ahmat
Publisher: DB United | Audience: Children | 107212 KB, 64 p.
Ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang budaya tradisi masyarakat Malaysia yang pelbagai.
Author: Halim Ibrahim, 1948-
Publisher: DB United | Audience: Children | 1112 KB, 26 p. : ill.
Di halaman rumah Hasnah, ada banyak pokok bunga yang berbagai jenis sedang berbunga. Ada bunga Mawar, bunga Matahari, bunga Cempaka dan bermacam-macam bunga lagi. Bunga-bunga ini suka berbual dan memuji diri mereka masing-masing.
Author: Wan Aimi
Publisher: DB United | Audience: Children | 7495 KB, 88 p.
Kisah sebuah keluarga yang baru-baru ini berpindah ke sebuah rumah lama penuh dengan misteri. Penemuan peta telah membongkar banyak cerita misteri yang akan meninggalkan pembaca dengupan jantung terus berdenyut lebih cepat.
Author: Mariah N. S.
Publisher: DB United | Audience: Children | 27928 KB, 52 p. ill.
Buku cerita 'Siri bacaan klasik' ini mengandungi aneka kisah yang menyentuh pelbagai misteri dalam kehidupan. Terdapat kisah sejarah, kisah misteri, kisah pembunuhan dan rompakan. Kisah-kisah ini dikumpulkan untuk mengkayakan lagi sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar. Selamat membaca .
Author: Ishak Hamzah
Publisher: DB United | Audience: Children | 14020 KB, 22 p. ill.
Memukul telur, membuat bahulu, Sedap dimakan, boleh dijaja; Cerita berlaku di zaman dahulu, Ketika Singapura mempunyai raja.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Young people | 780 KB, 25 p.ill
Koleksi Cerita Rakyat Pertama yang diterbitkan untuk bacaan kanak-kanak. Buku ini memuatkan lapan buah cerita rakyat Malaysia yang merangkumi cerita jenaka, cerita binatang, cerita tauladan, cerita asal usul dan sebagainya. Setiap cerita terkandung pengajaran dan nilai moral untuk membentuk sahsiah kanak-kanak.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 781 KB, 15 p. : ill.
Pada suatu masa dahulu, negeri Langka Sukma diperintah oleh seorang raja yang sangat suka mendengar cerita dan baginda digelar Raja Penglipurlara. Raja Penglipurlara mempunyai seorang puteri bernama Puteri Seri Di Awan yang sangat jelita. Pada suatu hari, Raja Penglipurlara mengadakan pertandingan bercerita untuk mencari menantu. Ramai peserta yang tewas and menjadi miskin akibat syarat pertandingan yang sangat berat. Lama-kelamaan, tiada perserta yang sanggup menyertai pertandingan tersebut. Akhirnya raja mengeluarkan titah yang baru yang dimana perserta yang gagal akan menjadi hamba di istana selama-lamanya. Ramai peserta yang gagal dan bilangan hamba di istana semakin bertambah. Pada suatu hari, seorang nelayan ingin mencuba nasib untuk menyampaikan cerita. Nelayan itu bertuah kerana ceritannya tidak pernah berakhir dan ia menjadi menantu raja.
Author: Rahmad D
Publisher: DB United | Audience: Children | 59349 KB, 22 p.
Ini memuatkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.
Author: Rahmad D
Publisher: DB United | Audience: Children | 25550 KB, 22 p.
Ini memuatkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.
Author: Nurul Haida
Publisher: DB United | Audience: Children | 72222 KB, 26 p. : col. ill.
Chumi adalah seekor arnab yang gemar melakukan aktiviti yang lasak, terutamanya bermain sukan papan luncur. Namun, dia sering mengabaikan aspek keselamatan. Sudah puas ibu dan bapanya menasihatinya tetapi tidak diendahkannya.
Author: Siti Dalila
Publisher: DB United | Audience: Children | 3199 KB, 14 p. :ill. col.
Cik Men Ti dan Cik Ku menjadi kawan baik setelah Cik Men Ti merasa kesihan melihat Cik Ku dikurung akibat kesalahan yang dibuat oleh Cik Men Ti.
Author: Fahimi
Publisher: DB United | Audience: Children | 2742 KB, 36 p. : col. ill.
Melur adalah seorang gadis yang suka membantu orang lain. Namun, kakaknya Melati tidak sepertinya. Pada suatu hari, Melur telah membantu seorang nenek tua. Nenek itu telah menghadiahkan Melur sebentuk cincin sakti. Katanya, sesiapa yang memakai cincin itu akan kelihatan lebih cantik daripada orang lain dan akan terselamat daripada segala bencana.
Author: Norul Azila Arifin
Publisher: DB United | Audience: Children | 2077 KB, 16 p.
Ayam Dogol mendapat cincin sakti kepunyaan nenek.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Adult | 19296 KB, 70 p. :ill. col.
Koleksi cerita-cerita benar yang menarik dan yang aneh yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran.
Author: Mohd. Sofwan Amrullah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 78833 KB, 250 p.
Cerita cinta seorang gadis terhadap penciptaNya Yang Maha Agung.
Author: Mohd. Kamal Abdul Kadir
Publisher: DB United | Audience: Young people | 1477 KB, 160 p.
Siri ini memuatkan empat judul pengkisahan kehidupan tentang remaja yang sangat menarik dan menghiburkan. Persoalan-persoalannya kontemporari dan amat berkait dengan suasana emosi remaja dan pelajar masa kini. Plot cerita dijalin dengan menarik dan mudah difahami.
Author: Md Shah
Publisher: DB United | Audience: Young people | 3236 KB, 168 p.
Siri kemantapan sahsiah memfokuskan aspek pembangunan mentaliti ke arah pembentukan kualiti diri insan yang konsisten yang secara khususnya disasarkan kepada golongan remaja.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 48286 KB, 34 p. col. : ill.
Arman, Huey Ling dan Sailesh pergi ke rumah Profesor Q untuk meminta bantuan dalam pelajaran. Profesor Q sempat memperkenalkan manusia robotik ciptaannya yang dinamakan Atot. Namun, Atot sangat nakal dan telah menyebabkan mereka semua bertukar menjadi manusia kerdil.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 72734 KB, 26 p. : ill.
Cit Cit adalah seekor tikus yang rajin mencari makanan. Beliau mempunyai seorang musuh yang bernama Miau-miau, seekor kucing liar yang sentiasa mencari peluang untuk menangkap Cit-cit.
Author: Ayob Jaafar
Publisher: DB United | Audience: Children | 7773 KB, 18 p.
Pengenalan tentang cita-cita yang boleh dikecapi kanak-kanak kelak.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 3565 KB, 72 p. : ill.
Rosmiah, Marina dan Kient Mai tidak menyangka bahawa lelaki segak itu sungguh baik hati. Dia telah memberikan mereka sekeping coklat setiap seorang. Bermacam-macam persoalan mengenai lelaki itu yang sedang bermain di fikiran mereka.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 9696 KB, 50 p. : col. ill.
Oleh sebab mahu merampas kuasa, spesies pemberontak Marangga di Zorio telah berkomplot untuk menculik raja Zorio, iaitu ayahanda Rio. Selepas itu, mereka meminta Rio untuk menyerahkan Cokmar Diraja Zorio kepada mereka sebagai tebusan. Hal ini menyebabkan Rio berasa serba salah kerana dia sendiri tidak pernah melihat cokmar tersebut, yang merupakan simbol pemerintahan kerajaan Zorio yang tertinggi sekali.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 9032 KB, 114 p. : ill.
Comel selalu dikutuk oleh pelajar lain kerana saiz badannya yang agak besar. Masalah besar pula menimpa apabila Azman telah memalukan Comel di perpustakaan sekolah. Akibat tindakan melulu Comel, Azman tercedera. Selepas berkenalan dengan keluarga Azman, barulah Comel mengetahui rahsia dan sejarah keluarga yang tidak pernah diketahuinya selama ini. Bahkan rahsia itu ada kena-mengena dengan nama Comel itu sendiri.
Author: LCNA:Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 2317 KB, 66 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.