Malay banner


Showing 1 - 45 of 45

  1. Author: Aidh Al-Qarni

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 4855 KB, 676 p.

    Memaparkan pedoman supaya menjadikan hidup insan itu lebih aman dan tenteram.

  2. Author: Mohamad Zaem

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1457 KB, 28 p. : col. ill.

    Kalid telah berjumpa dengan Pak Fikir, seorang tua yang bijaksana, untuk mengetahui cara untuk mendapatkan emas yang banyak. Hairannya, Pak Fikir menyuruh Kalid untuk mengusahakan tanam-tanaman di sebuah kawasan.

  3. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 13525 KB, 14 p. ill.

    Buku ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk pelajar-pelajar Tahap 1 sekolah rendah.

  4. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2437 KB, 33 p. : col. ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mahsuri. Dia adalah gadis yang paling jelita di Pulau Langkawi. Ramai pemuda yang menaruh hati dengan Mahsuri termasuk tiga orang panglima pulau itu, Deramang, Kelana dan Lela. Bagaimanapun, Mahsuri hanya menyintai Kelana. Deramang cemburu dengan perkara itu dan mencari jalan untuk memisahkan mereka berdua.

  5. Author: Hanif Hj. Ghazali

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 3953 KB, 101 p.

    Amalan dan cara supaya dapat memperolehi malam mulia iaitu malam Lailatulqadar.

  6. Author: Azwani, Ustaz

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2172 KB, 45 p. : col. ill.

    Lahid dan Lajmi adalah dua sahabat karib yang sangat rajin bekerja. Mereka bekerja keras untuk mengumpul duit supaya menjadi kaya. Namun begitu, sikap mereka menggunakan duit mereka sungguh berbeza. Lahid lebih suka menyimpan duitnya untuk dirinya, manakala Lajmi suka membelanjakan sebahagian duitnya membeli makanan kepada orang miskin.

  7. Author: Chan, Siew Mooi

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1921 KB, 26 p. : col. ill.

    Serumpun lalang yang cantik tetapi sombong sentiasa menghina tumbuh-tumbuhan yang lain. Tanpa disedarinya, kacang hitam yang telah dihina olehnya tumbuh menjadi pucuk yang semakin tinggi dan cantik setiap hari.

  8. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1100 KB, 42 p. : ill.

    Pada suatu hari, Imran telah mendapat hadiah besar yang istimewa dari ayahnya. Hadiah itu merupakan sebuah komputer. Imran sangat gembira menerimanya. Ayahnya mengajarnya cara menggunakan komputer itu. Dia juga mengajar Imran cara untuk mereka laman sesawang atau website.

  9. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 11514 KB, 43 p. : ill.

    Renuka merasa sedih apabila mendapati ibu dan ayahnya jarang bercakap antara satu dengan yang lain. Renuka sedar masalah ibu dan ayahnya semakin serius apabila ayahnya meninggalkan rumah lalu pergi ke Kucing, Sarawak.

  10. Author: Mohamad Abdul Hamid

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 87551 KB, 137 p.

    Setelah memeluk agama Islam, Siti menganggap siapa sahaja yang bukan Islam adalah musuhnya termasuk ayahnya sendiri. Namun ketika ayahnya sedang sakit tenat dan meminta Siti mengajarnya syahadah, barulah Siti sedar akan kesilapannya selama ini.

  11. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2.97 MB, 47 p. :ill.

    Kak Mila mengajak Rina ke Pulau Tioman. Pada mulanya emak dan ayah tidak mengizinkan tetapi setelah dipujuk, akhirnya mereka berubah fikiran. Rina berasa sangat seronok kerana dapat bercuti di Pulau Tioman. Bagaimanakah pengalaman Rina sewaktu berada di sana?

  12. Author: Ramuzam Dahlan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 21862 KB, 18 p. ill.

    Ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita yang disampaikan adalah mudah, menarik dan sarat dengan teladan.

  13. Author: Leen

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 18183 KB, 24 p.

    Encik dan Puan Porcupine mendapat anak sulung dan menamakannya Si Gebu.Kelihatan Si Gebu tidak berbulu. Keadaan ini menyebabkan Si Gebu sering diketawakan oleh haiwan lain.

  14. Author: Muḥammad Hārūn, 1940-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1941 KB, 30 p. : col. ill.

    Mat Sirat dilanggar oleh sebuah kereta. Ketika dia sedang mengayuh basikal, datang sebuah kereta dari arah belakang dan melanggarnya. Mat Sirat dan basikalnya tercampak masuk ke dalam parit. Kereta itu pula terus memecut laju tanpa menghiraukan Mat Sirat. Kumpulan Tiga Serangkai ingin menyelidiki kemalangan tersebut.

  15. Author: Suriani Zulkifli

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 29065 KB, 24 p.

    Siri ini memberi pengetahuan dan maklumat yang tepat kepada murid-murid tentang pelbagai jenis buah-buahan seperti nangka, nanas, pisang, rambutan, langsat, manggis, durian dan betik. Cerita dalam siri ini dipersembahkan dengan ilustrasi berwarna yang menarik dan bahasa yang mudah difahami.

  16. Author: Muhd Nur Azian Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 16308 KB, 22 p. ill.

    Cerita Pak Pandir telah diperdengarkan turun temurun secara lisan oleh nenek moyang kita. Justeru itu Pak Pandir sememangnya sudah sinonim dengan sifat kebodohan dan lurus bendulnya yang sering diperkatakan dalam masyarakat Melayu untuk memberi teladan dan pengajaran kepada kanak-kanak. Dalam Siri Jenaka Pak Pandir ini watak utamanya berkisar kepada kehidupan Pak Pandir yang dungu dan terlalus lurus. Sifatnya yang demikian menjadikan kehidupannya sering ditimpa masalah. Namun, di sebalik kedunguan dan kebodohan Pak Pandir, terselit unsur-unsur moral dan pengajaran serta hiburan kepada para pembaca.

  17. Author: Muḥammad Hārūn, 1940-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2196 KB, 34 p. : col. ill.

    Nazri, teman sekolah kumpulan Tiga Serangkai, telah melarikan diri dari rumah. Dia telah keluar pada awal pagi ketika bapa dan emaknya masih tidur. Nazri melarikan diri disebabkan bapanya memarahinya kerana dia tidak mahu belajar.

  18. Author: Muhamad Ashraf Ismail

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 23853 KB, 144 p.

    Siri Muhasabah Minda memuatkan riwayat dan kisah perjuangan para sahabat Nabi Muhammad SAW dan para wali selepas kewafatan baginda. Siri ini mengisahkan tentang semangat jihad yang tinggi dan kesanggupan para sahabat untuk mengorbankan harta benda serta nyawa dalam menempuh pelbagai rintangan demi menegakkan agama Islam.

  19. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5116 KB, 80 p.

    Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.

  20. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2323 KB, 33 p. : col. ill.

    Hari itu, Fifi melawat Kuala Lumpur. Dia bersama ibu dan ayahnya berjalan-jalan di serata bandar yang sangat sibuk itu. Mereka melawat bangunan Parlimen, Tugu Negara, Muzium Negara dan bermacam-macam tempat lagi.

  21. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5938 KB, 36 p. col. ill.

    Nazrul, Danish, dan Vivian menganggap Profesor Kuarif sebagai manusia yang mempunyai perwatakan yang ganjil. Setelah mengenali Profesor Kuarif dengan lebih dekat, mereka amat terkejut apabila mengetahui suatu rahsia tentang beliau.

  22. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2005 KB, 26 p. : col. ill.

    Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Taman Aman telah mengadakan lawatan ke rumah tumpangan warga tua. Hasil beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh ahli-ahli kelab itu, banyak pengajaran telah mereka perolehi.

  23. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1797 KB, 16 p.

    Layang-layang mengajar pipit membuat sarang.

  24. Author: A. Ghani Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7398 KB, 18 p. ill.

    Siri ini sesuai sebagai bahan bacaan tambahan untuk murid-murid tahap 1 sekolah rendah. Ia sarat dengan nilai-nilai murni yang boleh memberi pengajaran kepada murid-murid.

  25. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5150 KB, 92 p. : ill.

    Setelah kematian ayahnya, Daniel dan ibunya berpindah ke kampung. Daniel berasa amat sunyi sekali walaupun nenek dan datuknya menyambutnya dengan gembira sekali. Namun kesunyiannya terubat apabila Daniel bertemu dengan seorang lelaki misteri yang berkaki satu.

  26. Author: Halim Ibrahim, 1948-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1094 KB, 26 p. : ill.

    Lebah adalah seekor serangga yang hidup dalam kumpulan yang besar. Ia suka menghisap madu yang terdapat pada bunga. Madu adalah makanan utama lebah. Ia akan terbang secara berkumpulan untuk mencari madu.

  27. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 762 KB, 24 p.ill

    Setiap cerita di tulis dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi kaya dengan unsur-unsur sastera misalnya penggunaan perumpamaan, bahasa kiasan dan sebagainya.

  28. Author: Hakimi, Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 763 KB, 15 p. :ill.

    Pak Lebai telah dijemput menghadiri tiga majlis kenduri pada hari yang sama. Sebelum membuat keputusan untuk menghadiri majlis, Pak Lebai telah memikirkan tentang habuan yang akan diperolehi. Malang menimpa apabila Pak Lebai terlewat sampai ke semua tempat dan hanya mendapat sebungkus lempeng penganan sahaja di majlis khatam Quran. Dalam perjalanan pulang, Pak Lebai memanjat pokok kabung kerana hendak mengambil air nira. Lempengnya dicuri oleh seekor anjing. Pak Lebai dipukul oleh isterinya dengan kayu api kerana pulang ke rumah tanpa baju.

  29. Author: Rozita Mohamed

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 50599 KB, 26 p. : col. ill.

    Ciki begitu leka dengan permainan video X-Fortress. Ketika dia berasa sukar untuk tidur, dia menyambung permainan tersebut. Sebaik sahaja dia tiba di aras 13, biliknya bergegar. Dia menutup mata kerana ketakutan. Apabila dia membuka mata, Ciki mendapati dirinya berada di dalam sebuah istana.

  30. Author: Karim Sayed

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 34676 KB, 28 p. ill.

    Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.

  31. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3620 KB, 18 p. : col. ill.

    Seorang lelaki tua dan anaknya membawa keldai ke pasar. Dalam perjalanan mereka ke pasar, mereka bertemu dengan orang-orang yang mepersoalkan keadaan mereka berjalan. Ada yang berkata mereka bodoh kerana tidak menunggangi keldai mereka. Ada pula yang kata lelaki tua itu pemalas kerana membiarkan dirinya menunggang keldai manakala anaknya disuruh berjalan. Runsing mereka dibuat oleh orang-orang ini.

  32. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 32170 KB, 47 p. ill.

    Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.

  33. Author: Karim Sayed

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 30276 KB, 28 p. ill.

    Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.

  34. Author: Norislah Shafiq

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5540 KB, 120 p. : ill.

    Kampung Selamat sudah tidak selamat lagi. Telah tersebar berita mengenai lembaga yang bertubuh manusia dan berkepala anjing. Penduduk kampung sudah tidak berani keluar malam kerana takut diganggu lembaga itu. Namun, Azim merasakan ini adalah helah mereka yang ingin menakut-nakutkan orang kampung. Ternyata sangkaanya itu benar apabila dia mendapati bekalan dadah telah disembunyikan di tanah perkuburan.

  35. Author: Rosalind A

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 11649 KB, 20 p. ill.

    Buku cerita 'Siri haiwan pintar' ini adalah himpunan beberapa kisah dongeng untuk menjadi sebahagian daripada sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar.

  36. Author: Sasjira

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 5284 KB, 142 p. :ill. col.

    Kebahagiaan tidak semestinya tergambar di ruang penglihatan. Kebahagiaan menjelma di dalam ruang yang tidak tergambarkan. Ikuti novel yang melankolis dengan bahasa yang puitis tentang Lestari cintaku.

  37. Author: Nur Azlan Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3695 KB, 68 p. : ill.

    Daun tingkap yang terbuka luas membuat angin dingin masuk ke bilik Azri pada malam itu. Azri pun merapatkan tingkapnya. Tiba-tiba, dia terpandang cahaya lampu terpancar ke arah sebuah pokok di sebelah rumahnya. Cahaya itu datang dari sebuah kenderaan. Timbul keinginan di hati Azri untuk mengetahui siapa yang datang pada tengah-tengah malam begini.

  38. Author: Deana Yusof

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 3685 KB, 208 p.

    Liana, gadis malang yang terkorban akibat percintaan yang terlarang. Bangkitnya bukan untuk melunaskan dendam tapi untuk memindahkan semula "rumah" persemadiannya yang telah disalah tempatkan.

  39. Author: Zabri Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 17.56 MB, 56 p. :ill.

  40. Author: Abdul Razak Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 104590 KB, 242 p. ill.

    Hidup berpoligami banyak mengajar Ikram, bahawa untuk berlaku adil dan saksama bukanlah sesuatu yang mudah. Biarpun madu itu manis bagi kaum sejenisnya tetapi hempedu bagi wanita. Akhirnya seorang terpaksa mengalah demi kebahagiaan tiga hati.

  41. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12559 KB, 162 p. : ill.

    Remy sepatutnya berasa gembira apabila mengetahui bahawa dia bakal menerima seorang adik baru. Namun disebabkan perniagaan ayahnya yang semakin merosot, berlaku salah faham antara ibu dan ayahnya. Chein Wei berasa tidak senang apabila mengetahui kak Jenny bakal berkahwin dengan ayahnya. Prakesh pula mempunyai masalah sendiri. Cara mereka menyelesaikan masalah amat berbeza sekali.

  42. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 10267 KB, 42 p. : ill.

    Jason belajar dalam tahun empat di Sekolah Kebangsaan Taman Indah. Dia adalah seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Namun, kedatangan Cikgu Marina, guru baru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni di sekolah itu bakal mengubah kehidupan Jason.

  43. Author: Mohd Fadlan Tuan Jaafar, Tuan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5909 KB, 16 p.

    Mazwani meminati lukisan. Hari ini Mazwani mahu menghasilkan karya seni lukis.

  44. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 74470 KB, 26 p. : ill.

    Azman, Lai Hoon dan Ravi berasa begitu seronok. Mereka akan memasuki acara lumba lari dan ingin memenangi acara itu. Namun, tiga pasukan lain yang bertanding juga handal-handal belaka.

  45. Author: Hamdan Mohd Ali

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 561 KB, 27 p.

    Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya.

F: 18AND226AND163AND238;

R: 100AND121AND102AND74;

0
False
False
https