Showing 1,101 - 1,150 of 2,296
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 5150 KB, 92 p. : ill.
Setelah kematian ayahnya, Daniel dan ibunya berpindah ke kampung. Daniel berasa amat sunyi sekali walaupun nenek dan datuknya menyambutnya dengan gembira sekali. Namun kesunyiannya terubat apabila Daniel bertemu dengan seorang lelaki misteri yang berkaki satu.
Author: Halim Ibrahim, 1948-
Publisher: DB United | Audience: Children | 1094 KB, 26 p. : ill.
Lebah adalah seekor serangga yang hidup dalam kumpulan yang besar. Ia suka menghisap madu yang terdapat pada bunga. Madu adalah makanan utama lebah. Ia akan terbang secara berkumpulan untuk mencari madu.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Young people | 762 KB, 24 p.ill
Setiap cerita di tulis dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi kaya dengan unsur-unsur sastera misalnya penggunaan perumpamaan, bahasa kiasan dan sebagainya.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 763 KB, 15 p. :ill.
Pak Lebai telah dijemput menghadiri tiga majlis kenduri pada hari yang sama. Sebelum membuat keputusan untuk menghadiri majlis, Pak Lebai telah memikirkan tentang habuan yang akan diperolehi. Malang menimpa apabila Pak Lebai terlewat sampai ke semua tempat dan hanya mendapat sebungkus lempeng penganan sahaja di majlis khatam Quran. Dalam perjalanan pulang, Pak Lebai memanjat pokok kabung kerana hendak mengambil air nira. Lempengnya dicuri oleh seekor anjing. Pak Lebai dipukul oleh isterinya dengan kayu api kerana pulang ke rumah tanpa baju.
Author: Rozita Mohamed
Publisher: DB United | Audience: Children | 50599 KB, 26 p. : col. ill.
Ciki begitu leka dengan permainan video X-Fortress. Ketika dia berasa sukar untuk tidur, dia menyambung permainan tersebut. Sebaik sahaja dia tiba di aras 13, biliknya bergegar. Dia menutup mata kerana ketakutan. Apabila dia membuka mata, Ciki mendapati dirinya berada di dalam sebuah istana.
Author: Karim Sayed
Publisher: DB United | Audience: Children | 34676 KB, 28 p. ill.
Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 3620 KB, 18 p. : col. ill.
Seorang lelaki tua dan anaknya membawa keldai ke pasar. Dalam perjalanan mereka ke pasar, mereka bertemu dengan orang-orang yang mepersoalkan keadaan mereka berjalan. Ada yang berkata mereka bodoh kerana tidak menunggangi keldai mereka. Ada pula yang kata lelaki tua itu pemalas kerana membiarkan dirinya menunggang keldai manakala anaknya disuruh berjalan. Runsing mereka dibuat oleh orang-orang ini.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 32170 KB, 47 p. ill.
Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.
Author: Karim Sayed
Publisher: DB United | Audience: Children | 30276 KB, 28 p. ill.
Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.
Author: Norislah Shafiq
Publisher: DB United | Audience: Children | 5540 KB, 120 p. : ill.
Kampung Selamat sudah tidak selamat lagi. Telah tersebar berita mengenai lembaga yang bertubuh manusia dan berkepala anjing. Penduduk kampung sudah tidak berani keluar malam kerana takut diganggu lembaga itu. Namun, Azim merasakan ini adalah helah mereka yang ingin menakut-nakutkan orang kampung. Ternyata sangkaanya itu benar apabila dia mendapati bekalan dadah telah disembunyikan di tanah perkuburan.
Author: Rosalind A
Publisher: DB United | Audience: Children | 11649 KB, 20 p. ill.
Buku cerita 'Siri haiwan pintar' ini adalah himpunan beberapa kisah dongeng untuk menjadi sebahagian daripada sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar.
Author: Sasjira
Publisher: DB United | Audience: Adult | 5284 KB, 142 p. :ill. col.
Kebahagiaan tidak semestinya tergambar di ruang penglihatan. Kebahagiaan menjelma di dalam ruang yang tidak tergambarkan. Ikuti novel yang melankolis dengan bahasa yang puitis tentang Lestari cintaku.
Author: Nur Azlan Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 3695 KB, 68 p. : ill.
Daun tingkap yang terbuka luas membuat angin dingin masuk ke bilik Azri pada malam itu. Azri pun merapatkan tingkapnya. Tiba-tiba, dia terpandang cahaya lampu terpancar ke arah sebuah pokok di sebelah rumahnya. Cahaya itu datang dari sebuah kenderaan. Timbul keinginan di hati Azri untuk mengetahui siapa yang datang pada tengah-tengah malam begini.
Author: Deana Yusof
Publisher: DB United | Audience: Adult | 3685 KB, 208 p.
Liana, gadis malang yang terkorban akibat percintaan yang terlarang. Bangkitnya bukan untuk melunaskan dendam tapi untuk memindahkan semula "rumah" persemadiannya yang telah disalah tempatkan.
Author: Zabri Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 17.56 MB, 56 p. :ill.
Author: Abdul Razak Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 104590 KB, 242 p. ill.
Hidup berpoligami banyak mengajar Ikram, bahawa untuk berlaku adil dan saksama bukanlah sesuatu yang mudah. Biarpun madu itu manis bagi kaum sejenisnya tetapi hempedu bagi wanita. Akhirnya seorang terpaksa mengalah demi kebahagiaan tiga hati.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 12559 KB, 162 p. : ill.
Remy sepatutnya berasa gembira apabila mengetahui bahawa dia bakal menerima seorang adik baru. Namun disebabkan perniagaan ayahnya yang semakin merosot, berlaku salah faham antara ibu dan ayahnya. Chein Wei berasa tidak senang apabila mengetahui kak Jenny bakal berkahwin dengan ayahnya. Prakesh pula mempunyai masalah sendiri. Cara mereka menyelesaikan masalah amat berbeza sekali.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 10267 KB, 42 p. : ill.
Jason belajar dalam tahun empat di Sekolah Kebangsaan Taman Indah. Dia adalah seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Namun, kedatangan Cikgu Marina, guru baru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni di sekolah itu bakal mengubah kehidupan Jason.
Author: Mohd Fadlan Tuan Jaafar, Tuan
Publisher: DB United | Audience: Children | 5909 KB, 16 p.
Mazwani meminati lukisan. Hari ini Mazwani mahu menghasilkan karya seni lukis.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 74470 KB, 26 p. : ill.
Azman, Lai Hoon dan Ravi berasa begitu seronok. Mereka akan memasuki acara lumba lari dan ingin memenangi acara itu. Namun, tiga pasukan lain yang bertanding juga handal-handal belaka.
Author: Hamdan Mohd Ali
Publisher: DB United | Audience: Children | 561 KB, 27 p.
Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 33296 KB, 132 p. : col. ill.
Jeslinda damba akan kasih sayang daripada anaknya, Lili Masrianti. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memperbaiki hubungan dengan anak perempuannya itu. Tetapi, apabila peluang itu datang, kehidupan Jeslinda diganggu ugutan maut pula.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 5702 KB, 100 p. : ill.
Selepas keputusan peperiksaan telah diumumkan, Bahari dan rakannya Salleh pergi memancing di kawasan lombong berdekatan dengan rumah mereka. Namun, suatu kemalangan besar berlaku di situ. Kemalangan itu telah mengubah hidup Bahari sepenuhnya.
Author: Najib A. H.
Publisher: DB United | Audience: Children | 1939 KB, 121 p. : ill.
Pak Diman begitu gembira apabila dikurniakan anak lelaki. Dia memang menantikan kehadiran anak lelaki selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang bernama Noni. Dia mengharap anak lelakinya itu akan dapat membantu keluarga mereka apabila mereka sudah tua kelak.
Author: Halimah Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 417176 KB, 21 p.ill
Bertemakan masyarakat prihatin. Siri ini sesuai dibaca oleh murid-murid tahap 1. Cerita di- sampaikan dalam bahasa yang mudah dan disertakan ilustrasi yang menarik
Author: Jamilah Hj. Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 26593 KB, 98 p. : col. ill.
Iffa telah lari dari rumah kerana tidak tahan dengan leteran ibunya. Mujurlah setelah berjumpa dengan sahabat penanya di Kuala Lumpur, Iffa mula menyedari kebaikan ibu bapanya selama ini. Namun, untuk kembali ke pangkal jalan, tidaklah semudah yang Iffa sangkakan.
Author: Fidah Rahmad
Publisher: DB United | Audience: Children | 46515 KB, 24 p.
Siri Wirawan Si Cilik memaparkan watak kanak-kanak yang digambarkan sebagai kanak-kanak yang bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab itu merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang berlaku di sekeliling mereka.
Author: Jamilah Haji Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 43710 KB, 24 p.
Siri Moral Jauhi Buli telah digarap untuk diteladani oleh pembaca tentang keburukan sikap buli yang berlaku di sekolah dan di mana-mana.
Author: Rozita Mohamed
Publisher: DB United | Audience: Children | 3995 KB, 28 p. : col. ill.
Neni seekor anak itik yang telah dimarahi ibunya. Neni merajuk lalu membawa diri ke dalam Hutan Serdam. Sewaktu memasuki Hutan Serdam, Neni ternampak Sang Katak. Ia melarang Neni daripada masuk lebih dalam ke hutan. Namun, Neni tetap berkeras untuk melakukan demikian.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 182330 KB, 61 p.ill
Siri ini memaparkan nilai-nilai moral yang tinggi serta boleh membentuk keperibadian para pelajar
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 187782 KB, 60 p.ill
Siri ini memaparkan nilai-nilai moral yang tinggi serta boleh membentuk keperibadian para pelajar
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 177276 KB, 54 p.ill
Siri ini memaparkan nilai-nilai moral yang tinggi serta boleh membentuk keperibadian para pelajar
Author: Abdul Karim Najib Al-Khatib
Publisher: DB United | Audience: Adult | 11488 KB, 283 p.
Membantu para pembaca mengetahui pelbagai khasiat madu lebah dan aplikasinya sebagai penawar mujarab.
Author: S. A. Dian
Publisher: DB United | Audience: Children | 2358 KB, 42 p. : ill.
Sabrina yang dilahirkan dalam keluarga bangsawan tidak pernah menghargai barang mainan dan makanan. Dia enggan menghabiskan makanan dan hanya bermain-main dengan makanannya setiap kali makanan dihidangkan. Perangai Sabrina yang suka membuang makanan membimbangkan kedua-dua ibu bapanya.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1974 KB, 28 p. : ill.
Madusa lelaki yang amat gagah di sebuah pulau. Semua orang takut kepadanya. Sungguhpun begitu, seorang lelaki berani yang bernama Spartan datang lalu mengajak Madusa berlawan. Madusa tewas, lalu membawa diri ke sebuah pulau.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 32277 KB, 47 p. ill.
Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.
Author: Jamilah Hj. Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 18359 KB, 50 p. : ill.
Fasihah yang berusia sebelas tahun adalah seorang murid yang lincah, periang, peramah dan aktif dalam bidang olahraga di sekolahnya. Dia juga mempunyai rambut yang panjang hingga ke pinggang. Pada mulanya, Fasihah tidak mempunyai masalah dengan rambutnya yang pancang itu. Konflik mulai timbul apabila kawan-kawan sering menegur tentang rambutnya.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 7003 KB, 114 p. : ill.
Yassin dan Tarmizi hidup dalam dua dunia yang berbeza. Kehidupan Yassin berubah sama sekali setelah suatu kemalangan berlaku. Tarmizi pula telah lari dari rumah setelah tidak mampu menerima ibu tirinya. Pada suatu hari, dua pemuda yang berbeza ini bertemu dan berkenalan.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 2579 KB, 29 p.ill
Antara khazanah rakyat Malaysia ialah cerita-cerita rakyat dan khazanah ini seharusnya dipelihara supaya kekal sepanjang zaman. Oleh itu, buku-buku cerita seperti ini sering diterbitkan dalam pelbagai bentuk.
Author: Zaidi Yaman
Publisher: DB United | Audience: Children | 9.74 MB, 32 p. :ill.
Akibat tidak dapat berkahwin dengan Mahsuri, Badik sanggup memfitnahkannya berlaku sumbang dengan lelaki lain sewaktu ketiadaan suaminya. Mahsuri dijatuhkan hukum bunuh. Mahsuri bersumpah jika darah yang mengalir dari tubuhnya berwarna putih menunjukkan dia tidak bersalah dan Pulau langkawi akan menjadi porak peranda selama tujuh keturunan.
Author: Adi Alhadi
Publisher: DB United | Audience: Children | 9976 KB, 42 p. :ill. col.
Mahsuri adalah antara cerita lisan turun temurun yang diabadikan dalam buku penglipur lara kanak-kanak. Kisah Pulau Langkawi yang disumpahkan oleh Mahsuri menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan. Mahsuri difitnah berzina dan dihukum bunuh dan disula walaupun dia merayu supaya hukuman ditunda sehingga suaminya pulang dari berjuang.
Author: Amer Haji Matsom
Publisher: DB United | Audience: Children | 2233 KB, 33 p. : col. ill.
Mak Endut mempunyai seorang anak bernama Sutong. Mereka berdua hidup dalam kemiskinan. Sutong adalah seorang budak yang nakal dan degil. Dia tidak suka mengikuti nasihat dan perintah ibunya.
Author: Mahmud Nashar
Publisher: DB United | Audience: Adult | 9256 KB, 196 p.
Huraian makan dan minum menurut cara Rasulullah SAW.
Author: Suhaibah Abdul Mutalib
Publisher: DB United | Audience: Young people | 57077 KB, 88 p.
Siri ini menyajikan maklumat yang sangat berguna tentang asal-usul makanan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia yang beraneka jenis. Juga tentang cara-cara makanan disediakan.
Author: Maruwiah Ahmat
Publisher: DB United | Audience: Children | 96800 KB, 64 p.
Ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang budaya tradisi masyarakat Malaysia yang pelbagai.
Author: Nurazizan Aziz
Publisher: DB United | Audience: Children | 12261 KB, 34 p. col. : ill.
Buku ini bertujuan untuk membantu murid-murid mempelajari tentang kesan makanan di dalam kehidupan kita dan juga tentang pemakananan sihat. Dengan cara penulisan yang mudah difahami, buku ini amat sesuai untuk murid-murid peringkat sekolah rendah.
Author: Nor Azizul Harun
Publisher: DB United | Audience: Children | 1689 KB, 26 p. : col. ill.
Sedang Govi dan Amir berlumba basikal dengan laju pada suatu hari, Hafiz ternampak sebuah motosikal di hadapan mereka. Akan tetapi, Govi dan Amir tidak sempat mengelak. Mereka berdua pun dilanggar oleh motosikal tersebut.
Author: Zainorraini Nordin
Publisher: DB United | Audience: Children | 2057 KB, 28 p. : col. ill.
Semasa orang ramai sibuk dengan persiapan Hari Krismas, kelihatan seorang gadis kecil sedang menggigil kesejukan di depan sebuah kedai. Gadis itu adalah seorang anak yatim piatu yang bernama Mala. Mala, yang berpakaian lusuh, sedang menjual mancis kepada orang ramai.
Author: Halimah Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 45.9 MB, 24 p. :ill. col.
Asiah dan Zetty menemui sebuah bayi yang dibuang didalam semak. Mereka menyelamatkan bayi itu dari dimakan anjing dan membawanya ke rumah Tuk penghulu. Guru besar sekolahnya merasa bangga dengan sikap Asiah dan Zety.
Author: Riza Irhan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1376 KB, 28 p. : col. ill.
Malim adalah seorang budak yang sangat nakal. Dia suka mencuri dan merosakkan harta-benda orang kampung. Semua orang sering berdoa agar dia berubah. Pada suatu hari, dia terjatuh dari pokok rambutan lalu tidak sedarkan diri. Malim bermimpi bahawa dia telah dibawa ke tempat pembalasan. Dia telah melihat orang dewasa yang memotong tangan mereka sendiri, kemudian ianya akan tumbuh kembali dan mereka akan memotongnya lagi.