Showing 301 - 350 of 2,296
Author: Khairul
Publisher: DB United | Audience: Children | 5390 KB, 18 p. : col. ill.
Tim dan Tam adalah dua ekor tikus yang berkawan baik. Ketika musim tengkujuh hendak tiba, Tim sudah mula giat mengumpul makanan. Berlainan dengan Tim, Tam pula lebih suka bergembira dan bermain-main. Tim sudah puas menasihatkan Tam. Tetapi malangnya, Tam langsung tidak mempedulikan nasihat kawannya itu.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1282 KB, 28 p. : col. ill.
Suriati mempunyai seorang ayah yang suka mengajaknya bersiar-siar ke taman-taman. Semasa cuti, ayah Suriati membawanya ke taman burung dan taman rama-rama.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 1970 KB, 64 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 188149 KB, 62 p.ill
Siri ini memaparkan nilai-nilai moral yang tinggi serta boleh membentuk keperibadian para pelajar
Author: Wan Nor Saedah
Publisher: DB United | Audience: Children | 4945 KB, 76 p. : ill.
Keluarga Encik Amir berasa runsing apabila mendapati Siti asyik termenung dan tidak banyak bercakap seperti biasa. Rupa-rupanya, Siti sedang merindui Tuk Andak dan ingin menziarahinya di gua tempat tinggalnya. Namun, semasa dalam perjalanan ke Bandar Jerantut, kereta mereka mengalami kerosakan di dalam hutan.
Author: Muhamad Ashraf Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young People | 714 KB, 156 p. ill
Mengandungi 28 cerita-cerita tentang orang-orang soleh, para penganut Islam yang ditindas dan orang-orang yang diuji dan mendapat pertolongan dari Allah dan Rasulullah.
Author: Muhamad Ashraf Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 26536 KB, 144 p.
Siri Muhasabah Minda memuatkan riwayat dan kisah perjuangan para sahabat Nabi Muhammad SAW dan para wali selepas kewafatan baginda. Siri ini mengisahkan tentang semangat jihad yang tinggi dan kesanggupan para sahabat untuk mengorbankan harta benda serta nyawa dalam menempuh pelbagai rintangan demi menegakkan agama Islam.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1375 KB, 28 p. : col. ill.
Ahmad, Jamal, Ah Lek, dan Muthu sahabat baik. Ketika berkhemah di Bukit Berayun, mereka telah bertemu dengan makhluk asing yang dalam perjalanan ke planet Jupiter.
Author: Farahanis
Publisher: DB United | Audience: Children | 779 KB, 96 p. ill
Bob dan Mus cuba mencari gadis yang diculiknya dua bulan lalu yang tertinggal di hutan ketika mereka mengalami perlanggaran. Gadis yang bernama Siti itu ada di dalam hutan bersama Pak Tua yang berupa separuh harimau.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2562 KB, 36 p. : col. ill.
Lisa dan keluarganya baru berpindah ke sebuah rumah yang terletak di sebuah pekan kecil. Pada suatu hari, seekor burung yang sangat cantik hinggap di sebatang dahan pokok. Terpegun dengan kecantikan burung itu, Lisa pun mengekorinya. Tanpa dia sedari, dia mendapati dirinya di sebuah kampung di tengah-tengah hutan.
Author: Norlela Mohd. Nor
Publisher: DB United | Audience: Young people | 963 KB, 80 p.
Koleksi cerpen yang berkisar tentang kehidupan remaja masa kini. Ia digarap dengan berkesan supaya mampu memberi impak kepada golongan remaja dalam aspek hubungan sesama remaja berlainan jantina.
Author: Rosli Nik Mat
Publisher: DB United | Audience: Children | 10779 KB, 22 p. ill.
Siri menghadap Raja Sulaiman adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah bagi mengasah minda pelajar. Buku ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami dengan menggunakan kaedah bercerita.
Author: Harun Arrasyid Hj.Tuskan
Publisher: DB United | Audience: Adult | 6287 KB, 161 p.
Panduan untuk berubat menggunakan ayat Kursi.
Author: Najib A. H.
Publisher: DB United | Audience: Children | 6055 KB, 52 p.
Kisah Pak Teh dengan beruk pintar bernama Pusingan. Pusingan monyet nakal, tetapi dia juga rajin. Pusingan sering membantu Pak Teh memetik buah kelapa. Satu hari, sesuatu telah berlaku kepada Pusingan. Pak Teh kecewa.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 1172 KB, 64 p. : col. ill.
Ugih melihat Jalik berlari ke arahnya dengan wajah yang cemas. Jalik memberitahunya bahawa dia telah melihat pengganas. Mereka terus memberitahu Askar Melayu tentang kehadiran kumpulan pengganas itu.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 5746 KB, 26 p. : col. ill.
Kisah ini menceritakan tentang anak monyet bernama Miki. Pada suatu hari, Miki menangis kerana berasa lapar. Ibunya menyuruh Miki supaya pergi mencari pisang sendiri. Ibunya kata dia perlu hidup berdikari. Miki pun keluar seorang diri untuk mencari pisang.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 6229 KB, 26 p. : col. ill.
Abby ingin mengetahui binatang apakah yang paling besar. Dia pun bertanya kepada ibunya. Ibunya menyuruh Abby mencari jawapannya sendiri. Katanya lagi, Abby perlu berusaha mencari ilmu. Abby berjumpa dengan bermacam-macam binatang tetapi dia masih tidak nampak binatang yang paling besar. Abby tidak putus asa. Dia tetap ingin mencari jawapannya.
Author: LCNA:Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 1735 KB, 64 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author: Suriani Zulkifli
Publisher: DB United | Audience: Children | 26554 KB, 24 p.
Siri ini memberi pengetahuan dan maklumat yang tepat kepada murid-murid tentang pelbagai jenis buah-buahan seperti nangka, nanas, pisang, rambutan, langsat, manggis, durian dan betik. Cerita dalam siri ini dipersembahkan dengan ilustrasi berwarna yang menarik dan bahasa yang mudah difahami.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 169091 KB, 26 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita tentang Yaya, seekor pepatung yang telah mengembara ke merata-rata tempat. Di dalam pengembaraannya itu, dia telah bertemu dengan dua biji betik.
Author: Ishak Hamzah
Publisher: DB United | Audience: Children | 5216 KB, 21 p. ill.
Siri peribahasa emas karisma adalah bahan bacaan murid-murid sekolah rendah. Cerita dan Ilustrasinya menarik. Ia dapat menguji minda murid-murid dengan soalan-soalan yang disediakan.
Author: Rozana Armila Sazali
Publisher: DB United | Audience: Children | 22501 KB, 18 p. ill.
Siri haiwan harmoni ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita yang disampaikan adalah dengan mudah, menarik, dan sarat dengan teladan.
Author: Muhd Nur Azian Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 20571 KB, 22 p. ill.
Cerita Pak Pandir telah diperdengarkan turun temurun secara lisan oleh nenek moyang kita. Justeru itu Pak Pandir sememangnya sudah sinonim dengan sifat kebodohan dan lurus bendulnya yang sering diperkatakan dalam masyarakat Melayu untuk memberi teladan dan pengajaran kepada kanak-kanak. Dalam Siri Jenaka Pak Pandir ini watak utamanya berkisar kepada kehidupan Pak Pandir yang dungu dan terlalus lurus. Sifatnya yang demikian menjadikan kehidupannya sering ditimpa masalah. Namun, di sebalik kedunguan dan kebodohan Pak Pandir, terselit unsur-unsur moral dan pengajaran serta hiburan kepada para pembaca.
Author: Bahasa Othman
Publisher: DB United | Audience: Children | 4945 KB, 56 p.
Buku ini adalah himpunan koleksi sastera Melayu yang banyak contoh pengajaran, hiburan dan menguji minda setiap orang yang membacanya. Ia amat berguna untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Author: M. A. Rauf
Publisher: DB United | Audience: Children | 1982 KB, 32 p. : ill.
Mak Munah dan anaknya Bidin hidup dalam keadaan susah. Mak Munah bekerja keras untuk membiayai Budin bersekolah. Malangnya, Bidin seorang budak yang nakal di sekolah. Dia tidak pernah buat kerja rumah dan suka ponteng sekolah. Pada suatu hari, Bidin ditangkap kerana telah menggores-gores kereta cikgunya dengan pisau.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 6170 KB, 80 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author: Norafidah Bachik
Publisher: DB United | Audience: Children | 49629 KB, 24 p.
Menerusi cerita dalam siri ini, watak-watak digambarkan sebagai murid-murid yang genius dan bijak. Rajin membantu serta peka tentang pelbagai perkara.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 4153 KB, [15] p. :ill. col.
Bilal bin Rabah orang yang pertama melaungkan azan di Masjid Nabawi. Bilal juga orang yang pertama melaungkan azan di Kaabah setelah Islam menakluk kota Mekah.
Author: Muhammad Sulaiman Sidek
Publisher: DB United | Audience: Adult | 1125 KB, 200 p.
Khusus untuk bakal jemaah yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah.
Author: Abu Nur Husnina
Publisher: DB United | Audience: Adult | 1272 KB, 94 p.
Naskah ini sesuai dijadikan bahan rujukan untuk mendalami solat.
Author: Abu Nur Husnina
Publisher: DB United | Audience: Adult | 1183 KB, 93 p.
Naskah ini sesuai dijadikan bahan rujukan untuk mendalami solat.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2449 KB, 28 p. : ill.
Seekor ibu beruang telah melahirkan lima ekor anak. Namun, yang bongsu sedikit berbeza dengan yang lain. Badannya berbintik-bintik. Apabila ia sudah besar, ia bertemu dengan seorang ahli sihir bernama Mimi untuk menukar warna bulu badannya.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 22177 KB, 70 p. ill.
Apakah misteri yang terdapat pada biola Pak Tua itu? Mengapakah pemuda itu berhajat mendapatkan biola itu daripada Pak Tua? Rohanti dan Safiah pula cuba mencungkil rahsia biola itu daripada Pak Tua dan keganjilan pemuda bermotosikal yang berwajah bengis yang sering mengunjungi Pak Tua.
Author: Nur Nadia Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 10072 KB, 40 p.
Bacaan Awal Kesihatan Reproduktif berusaha memberi pendidikan berkaitan hal-hal kesihatan reproduktif kepada para pembaca. Ilmu berkaitan reproduktif amat penting agar remaja dapat mengenal sistem tubuh diri sendiri serta tahu apa perbuatan baik dan buruk berkaitan seksualiti.
Author: Nur Nadia Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young People | 9096 KB, 40 p.
Bacaan Awal Kesihatan Reproduktif berusaha memberi pendidikan berkaitan hal-hal kesihatan reproduktif kepada para pembaca. Ilmu berkaitan reproduktif amat penting agar remaja dapat mengenal sistem tubuh diri sendiri serta tahu apa perbuatan baik dan buruk berkaitan seksualiti.
Author: Hazimi Marek
Publisher: DB United | Audience: Children | 5611 KB, 24 p. ill
Bobo seekor anjing tua di halau oleh tuannya kerana tidak dapat menjaga tanaman sayur yang dirosakkan oleh sekumpulan arnab. Kerana takut mati ditembak atau mati kelaparan arnab-arnab tersebut bersepakat dengan anjing supaya dia dapat bekerja semula dan mereka dapat memakan sayur dengan aman.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1749 KB, 28 p. : ill.
Jantan telah mencuri buah-buahan di dusun Pak Daud. Setelah dia mendapatkan buah-buahan itu, dia enggan berkongsi dengan rakan-rakannya. Lalu, mereka pun memperbodohkannya.
Author: Riza Irhan
Publisher: DB United | Audience: Children | 2909 KB, 32 p. : col. ill.
Seekor kijang telah dikurung oleh Pak Hamid yang ingin menyembelihnya untuk sebuah kenduri. Menyedari hakikat tersebut, kijang pun membuat satu helah dan menipu kambing hingga kambing sanggup mengambil tempatnya dalam kurungan.
Author: Ahmad Marzuki Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 77223 KB, 126 p. ill.
Dalam menimba ilmu pengetahuan, maklumat dan kemahiran, setiap pelajar tanpa mengira tahap persekolahan perlu mendekatkan diri dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa memiliki kejayaan dan kecemerlangan. Mereka mampu membantu diri kita mencorak perjalanan hidup yang lebih bermanfaat. Kegigihan kita dalam soal ini, membantu diri sendiri memulakan tindakan untuk mengenal pasti pendekatan terbaik meminimumkan kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Buku-buku dalam siri ini mengupas persoalan yang terdapat di dalam diri setiap pelajar dengan cuba menangani masalah dan memberi idea-idea yang mampu membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan diri.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 21165 KB, 50 p. : col. ill.
Akibat berulang kali ditimpa malang, Fendi mula merasakan bahawa dirinya mungkin terkena buatan orang. Apabila Fendi memberitahu perkara tersebut kepada Mak Jah, ibunya itu terus menunjukkan reaksi yang menimbulkan tanda tanya dalam diri Fendi, Jayishah, dan juga Hisham.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2483 KB, 28 p. : col. ill.
Tuti ialah seekor tupai yang suka memakan kekeras dan buah-buahan yang lain. Biasanya, dia akan menyimpan makanan itu di dalam batang kayu yang berlubang. Pada suatu hari, Tuti mendapati makanan yang disimpannya telah hilang.
Author: Fatiqa Oky
Publisher: DB United | Audience: Children | 688 KB, 61 p. : col. ill.
Pada zaman dahulu, ada seorang putera yang bernama Satria Jaya. Putera tersebut tinggal di Indera Maya, sebuah negeri yang kaya dan maju. Satria Jaya mempunyai seorang isteri yang jelita dan amat mencintainya, bernama Puspa Dewi.
Author: Fahimi
Publisher: DB United | Audience: Children | 12310 KB, 36 p. : col. ill.
Pada suatu hari, Sultan Sinar Alam ingin memakan nangka. Walaupun baginda telah menyuruh Datuk Paduka untuk mencarikannya buah itu, namun dia tidak berjaya untuk melakukan demikian. Datuk Paduka pun disuruh keluar dari negeri, semata-mata untuk mencari buah yang sultan inginkan itu.
Author: Ayob Jaafar
Publisher: DB United | Audience: Children | 5842 KB, 18 p.
Pengenalan kepada jenis-jenis buah.
Author: Riza Irhan
Publisher: DB United | Audience: Children | 2933 KB, 32 p. : col. ill.
Encik Abdul dan Puan Ana sepasang suami isteri yang sentiasa berdoa agar dikurniakan cahaya mata. Pada suatu hari ketika Encik Abdul pergi memburu, dia telah menyatukan seekor anak rusa yang ditangkapnya dengan ibunya. Kerana perbuatan baik Encik Abdul, Tuhan mengabulkan hajatnya.
Author: Mohamad Zaem
Publisher: DB United | Audience: Children | 1753 KB, 28 p. : col. ill.
Ketika berada di dalam hutan untuk mencari rotan, Pak Damar telah membantu seekor harimau yang sedang kesakitan. Pada suatu hari, sedang dia mencari rotan, dia terjatuh dan kakinya patah. Harimau yang ditolongnya tempoh hari telah datang membantunya pula untuk pulang ke rumah.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2633 KB, 36 p. : col. ill.
Di dalam sebuah kampung, ada seorang budak lelaki bernama Weng Choon. Dia tinggal bersama ibunya setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak kecil lagi, ibu bapa Weng Choon telah mendidiknya supaya berbuat baik dengan orang lain. Memang benar kata mereka, buat baik akan dibalas baik juga.
Author: Nur Rasyidatul Aini
Publisher: DB United | Audience: Children | 19151 KB, 35 p.
Kisah-kisah teladan yang boleh diterapkan di dalam hidup kanak-kanak.
Author: Kuek Ser, Kuang Hong
Publisher: DB United | Audience: Children | 2815 KB, 16 p.
Buaya yang mementingkan diri.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 17741 KB, 50 p. : col. ill.
Pekan Langgar digemparkan dengan berita bahawa anak jati kampung yang telah menjadi seorang pelakon terkenal sudah kembali dan akan terus menetap di situ. Namun, kepulangannya dengan seorang budak yang fizikalnya kelihat sedikit cacat menimbulkan tanda tanya yang besar.