Showing 201 - 250 of 2,296
Author: Ab Manaf Mohd Yasir
Publisher: DB United | Audience: Children | 2975 KB, 147 p.
Andi Mirza cuba menyelamatkan ibu bapanya dari bercerai. Berbagai-bagai cara yang dia lakukan. Hadi adiknya mengalami tekanan perasaan kerana merasa dirinya tidak disayangi.Andi cuba pula untuk menolongnya.
Author: Marjan Mohd Noor
Publisher: DB United | Audience: Children | 2557 KB, 26 p. ill.
Siri kisah teladan merupakan koleksi kisah teladan pengalaman para anbia, sahabat, salihin dan tokoh tertentu pada zaman lampau. Kisah-kisah ini dipersembahkan untuk dijadikan iktibar dan panduan dalam kehiduapan pembaca. Melalui siri ini, pembaca dibawa mengembara ke zaman silam dengan gaya penceritaan kreatif, daripada satu cerita ke satu cerita dalam bentuk cerita pendek. Persembahan buku ini lebih menarik dengan ilustrasi yang berwarna-warni sebagai bahan sokongan untuk tatapan pembaca.
Author: A. Ghani Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 11373 KB, 18 p. ill.
Siri ini sesuai sebagai bahan bacaan tambahan untuk murid-murid tahap 1 sekolah rendah. Ia sarat dengan nilai-nilai murni yang boleh memberi pengajaran kepada murid-murid.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 10188 KB, 50 p. : col. ill.
Ibu bapa Anis begitu sibuk sekali dengan perniagaan mereka hinggakan tiada masa untuk bermesra dengan keluarga. Ketika Anis sedang berjalan-jalan untuk menghilangkan kebosanan, dia terlihat seorang gadis yang sedang menangis. Rupa-rupanya, gadis itu juga senasib dengannya.
Author: A. Ghani Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 10058 KB, 18 p. ill.
Siri ini sesuai sebagai bahan bacaan tambahan untuk murid-murid tahap 1 sekolah rendah. Ia sarat dengan nilai-nilai murni yang boleh memberi pengajaran kepada murid-murid.
Author: Jamilah Hj. Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 26451 KB, 98 p. : col. ill.
Sejak enam tahun yang lalu, ayah Najmi yang telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan hilang tanpa berita. Mujur Najmi rajin membantu keluarganya mencari rezeki. Suatu hari, mereka menerima sepucuk surat yang amat menyedihkan.
Author: Amer Haji Matsom
Publisher: DB United | Audience: Children | 8708 KB, 32 p. ill
Semua binatang bersatu padu menentang gergasi yang ganas yang mahu menangkap mereka. Gergasi terpaksa lari lintang pukang menyelamatkan diri. Apabila gergasi melihat semua binatang berpecah belah dan berkelompok-kelompok dia mula datang menyerang mereka satu persatu.
Author: Rosnani Rifin
Publisher: DB United | Audience: Children | 14735 KB, 66 p. ill.
Kisah ini mengenai Ady yang berkonflik kesan kehadiran ibu tirinya telah membuat keputusan yang salah dengan ponteng sekolah bersama seorang rakannya, Nicholas.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 5211 KB, 24 p. : col. ill.
Kad-kad bacaan Bahasa Melayu ini bertujuan untuk menggalak murid-murid untuk membaca. Di halaman belakang setiap kad, terdapat aktiviti yang telah disertakan.
Author: Bahasa Othman
Publisher: DB United | Audience: Children | 5612 KB, 26 p. ill
Raja Sulaiman murka kerana kaum ayam malas bangun pagi. Dia menyuruh semua ayam jantan meminum air cula gami yang diambil oleh jin dari Gua Antutu supaya mereka dapat bangun pagi. Semua ayam jantan diperintahkan untuk berkokok bila melihat fajar di hujung langit. Semua binatang dalam hutan rasa gembira kerana mereka juga mendapat manfaat.
Author: Zainorraini Nordin
Publisher: DB United | Audience: Children | 2067 KB, 28 p. : col. ill.
Raja Iqbal adalah seorang raja yang memerintah negera yang sangat besar dan kaya. Dia suka memakai baju yang cantik. Setiap hari, dia akan menyuruh tukang jahit istana menjahit baju baru untuknya.
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Young People | 3923 KB, 75 p. : ill.
Kamal dan Aidah merupakan teman karib sejak sekolah rendah lagi. Sejak itu, hubungan mereka semakin mesra dan ketika memasuki alam remaja, mereka menjadi sepasang kekasih yang tidak boleh dipisahkan lagi. Malangnya, abang Aidah, Malik, tidak merestui hubungan itu dan mereka dipaksa untuk berpisah.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 3557 KB, 69 p. : col. ill.
Yazid dan rakan-rakannya bercadang untuk mengadakan teater Main Peteri. Main Peteri pernah dikenali sebagai cara perubatan yang pernah diamalkan oleh orang Melayu. Kini, ia telah menjadi satu seni teater tradisional Melayu yang menarik. Di dalam teater itu terdapat unsur-unsur nyanyian mentera, muzik serta gerak tari, dan juga lakonan.
Author: Siti Zawiyah Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 3222 KB, 36 p. : col. ill.
Si Gemuk adalah seorang anak yang kuat makan dan tidak mempedulikan kesihatan. Ibunya berasa bimbang dengan keadaan si Gemuk yang kurang aktif dan cergas. Untuk menyedarkan si Gemuk, ibunya telah menyuruh anaknya mengambil upah membawa barang-barang orang dari pasar ke rumah mereka.
Author: Lee Guat Eam
Publisher: DB United | Audience: Children | 20093 KB, 17 p.ill
Siri Bacaan Riang Ria menyasarkan pembaca muda demi membantu mereka mewujudkan minat terhadap pembacaan. Bertemakan nilai-nilai murni kebanyakan wataknya dari dunia haiwan. Pola ayatnya pendek dan mudah difahami juga mempunyai ilustrasi yang menarik.
Author: Lee, Guat Eam
Publisher: DB United | Audience: Children | 32.39 MB, 20 p. :ill. col.
Sang semut membalas jasa sang Nuri yang menyelamatkannya dari mati lemas dengan menggigit kaki pemburu yang mahu menembak sang nuri.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 72107 KB, 26 p. : ill.
Tata ialah seorang ekor ayam yang malas bekerja dan menolong emak dan ayahnya. Apabila emak dan ayahnya meninggal dunia, hidupnya menjadi tidak tentu arah.
Author: Izawati
Publisher: DB United | Audience: Children | 72885 KB, 26 p. : col. ill.
Pada suatu hari, penghuni Hutan Balau menjadi gempar apabila kawasan mereka dimasuki oleh sekumpulan monyet liar yang diketuai oleh Si Komeng. Monyet-monyet liar ini mula membuat kacau di dalam hutan.
Author: Nor Azizul Harun
Publisher: DB United | Audience: Children | 1767 KB, 26 p. : col. ill.
Shafik tidak mempunyai wang untuk membeli makanan ketika waktu rehat. Mujur sahabat Shafik, Redzuan telah meminjamkan wangnya untuk dia berbelanja. Dengan itu, kisah ini menunjukkan sikap yang baik dalam persahabatan, sepertimana yang telah dipamerkan oleh Redzuan.
Author: Halim Hj. Ibrahim
Publisher: DB United | Audience: Children | 2327 KB, 26 p. : col. ill.
Nabi Ibrahim baru berjumpa dengan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail setelah lama tidak melihat mereka. Namun, apabila mereka bertemu dan berada di Muzdalifah, Allah telah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya sebagai korban.
Author: Mohamad Zaem
Publisher: DB United | Audience: Children | 1443 KB, 28 p. : col. ill.
Ramli dan Kamal adalah sahabat baik sejak kecil lagi. Oleh kerana Ramli ingin berniaga, Kamal bersetuju untuk membantu sahabatnya dengan memberikan wang modal. Akan tetapi, Kamal tidak berpegang pada janjinya.
Author: Rozita Mohamed
Publisher: DB United | Audience: Children | 4606 KB, 28 p. : col. ill.
Pada suatu hari, Sang Kurik dan Sang Hitam keluar mencari makanan bersama-sama. Di pertengahan jalan, Sang Kurik dan Sang Hitam terjumpa seketul daging. Mereka telah bergaduh sehingga keletihan kerana berebut daging tersebut. Peluang ini pun diambil oleh Sang Helang.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 46386 KB, 34 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita tentang seekor kura-kura yang bernama Si Kuring dan seekor monyet yang bernama Mondi. Si Kuring mempunyai sifat yang baik dan suka menolong haiwan-haiwan yang lain, manakala Mondi pula adalah seekor monyet yang jahat dan tidak disukai semua haiwan di dalam hutan itu.
Author: Amer Haji Matsom
Publisher: DB United | Audience: Children | 7782 KB, 32 p. ill
Bangau yang seharusnya memindahkan ikan-ikan dari kolam telah memakan ikan-ikan tersebut. Ketam mendapat tahu kejahatan bangau apabila melihat tulang-tulang ikan yang bertimbun di tepi kolam lalu menggigit leher bangau sampai mati.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 4515 KB, 52 p. : ill.
Buku ini membincangkan tentang pelbagai maklumat teknologi dan peralatan canggih yang berkaitan. Para pembaca akan mengetahui bagaimana teknologi tersebut digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita.
Author: Sulaiman Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 51063 KB, 62 p. : col. ill.
Siri Kenali Dunia Anda ini membawa para pembaca melawat bandar raya-bandar raya di seluruh dunia melalui pembacaan. Dalam jilid pertama ini, pembaca dapat melawati bandar raya yang bermula dengan huruf A hingga C. Para pembaca akan mendapat maklumat mengenai latar sejarah, kegiatan ekonomi, tarikan pelancong dan sistem pengangkutan bagi setiap bandar raya yang di kemukakan.
Author: Sulaiman Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 57722 KB, 67 p. : col. ill.
Siri Kenali Dunia Anda ini membawa para pembaca melawat bandar raya-bandar raya di seluruh dunia melalui pembacaan. Dalam jilid kedua ini, pembaca dapat melawati bandar raya yang bermula dengan huruf C hingga M. Para pembaca akan mendapat maklumat mengenai latar sejarah, kegiatan ekonomi, tarikan pelancong dan sistem pengangkutan bagi setiap bandar raya yang di kemukakan.
Author: Sulaiman Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 55897 KB, 60 p. : col. ill.
Siri Kenali Dunia Anda ini membawa para pembaca melawat bandar raya-bandar raya di seluruh dunia melalui pembacaan. Dalam jilid ketiga ini, pembaca dapat melawati bandar raya yang bermula dengan huruf M hingga Z. Para pembaca akan mendapat maklumat mengenai latar sejarah, kegiatan ekonomi, tarikan pelancong dan sistem pengangkutan bagi setiap bandar raya yang di kemukakan.
Author: Kuek Ser, Kuang Hong
Publisher: DB United | Audience: Children | 2786 KB, 16 p.
Gurita mencuri telur bangau.
Author: Norul Azila Arifin
Publisher: DB United | Audience: Children | 2041 KB, 16 p.
Bangau membantu keluarga Pak Mat.
Author: Ahmad Riefqiey
Publisher: DB United | Audience: Children | 11759 KB, 23 p.
Kisah-kisah teladan yang boleh diterapkan di dalam hidup kanak-kanak.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 1581 KB, 119 p. : ill.
Cerita ini mengisahkan tentang Airin, seorang remaja yang memendam rasa rendah diri. Dia menganggap dirinya kurang baik dari orang lain dan suka memencilkan diri. Dengan dorongan ibunya, Airin akhirnya dapat merubah sikap dan berjaya untuk menggauli dengan rakan-rakan sekolahnya.
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Children | 30524 KB, 73 p. ill.
Pancaran lampu suluh itu terkena dinding. Jam yang tersangkut di situ menunjukkan waktu sudah pun pukul 7.05 minit. Mereka harus keluar dari rumah itu dengan segera sebelum malam menjelma. Sekiranya benar rumah itu berpuaka sudah tentu kepuakaannya akan memuncak sebaik saja matahari terbenam.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 35387 KB, 131 p. : col. ill.
Encik Affendi dan Puan Kathijah akhirnya menjumpai banglo idaman mereka di Bukit Belacan. Banglo itu bukan sahaja luas dan eksklusif, malah harganya murah. Namun, berlaku pula suatu perkara yang membuatkan mereka hampir membatalkan niat untuk membeli banglo itu.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 10776 KB, 43 p. : ill.
Sewaktu mula-mula berpindah ke Kampung Senu, banglo besar yang terletak di hujung kampung menarik perhatian Ali. Menurut orang kampung, banglo itu berusia hampir 50 tahun dan dihuni oleh seorang lelaki tua yang digelar sebagai 'Datuk Kebayan'.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 2364 KB, 36 p. : col. ill.
Nazrul, Danish, dan Vivian menganggap Profesor Kuarif sebagai manusia yang mempunyai perwatakan yang ganjil. Setelah mengenali Profesor Kuarif dengan lebih dekat, mereka amat terkejut apabila mengetahui suatu rahsia tentang beliau.
Author: Nurazizan Aziz
Publisher: DB United | Audience: Children | 16925 KB, 34 p. : col. Ill.
Buku ini menyingkap akan punca-punca banjir, bahaya yang dihadapi, serta beberapa tindakan yang diambil bagi mengurangkan kesan buruk di kawasan yang mudah dilanda banjir. Turut dipaparkan adalah tentang banjir-banjir yang baru melanda beberapa kawasan di dunia.
Author: Nurul Iman Ramli
Publisher: DB United | Audience: Children | 5832 KB, 29 p. : ill., ports.
Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj adalah perdana menteri Malaysia yang pertama. Beliau telah dilantik sebagai perdana menteri selepas Malaysia merdeka daripada pemerintahan British. Kerana usaha dan peranannya dalam memerdekakan Malaysia, beliau telah menjadi lambang kemerdekaan Malaysia dan diberi gelaran "Bapa Kemerdekaan".
Author: Nurul Iman Ramli
Publisher: DB United | Audience: Children | 6096 KB, 29 p. : ill., ports.
Tun Abdul Razak adalah perdana menteri Malaysia yang kedua. Beliau dikenali sebagai tokoh pembangunan Malaysia. Bermacam program telah beliau jalankan untuk membangunkan negara dan memberikan kehidupan yang baik buat masyarakat.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 27601 KB, 70 p. ill.
Keberanian Lela dan Seri Adriati, sama-sama berjuang bersama bapanya menentang Inggeris, di Batu Berdinding cukup mengharukan. Semangat serikandi mereka begitu jitu mempertahankan tahan air dicerobohi oleh askar Inggeris.
Author: Kristal Merah
Publisher: DB United | Audience: Young People | 2085 KB, 276 p.
Kisah hidup Zulkarnain yang terpaksa tinggal bersama datuknya setelah kematian ayah, ibu dan adiknya Ina. Dari seorang yang pemurung Zul beransur-ansur menjadi seorang yang periang. Namun dia harus berdepan dengan pembuli-pembuli disekolahnya pula.
Author: Muḥammad Hārūn, 1940-
Publisher: DB United | Audience: Children | 2252 KB, 34 p. : col. ill.
Kampung Sentul telah digemparkan oleh kejadian kecurian di rumah Encik Zakaria. Kejadian ini berbeza sedikit kerana ia melibatkan ilmu pukau. Ini membuatkan Tiga Serangkai sangat berminat untuk menyiasat kes kecurian tersebut.
Author: Najib A. H.
Publisher: DB United | Audience: Children | 1008 KB, 41 p. : ill.
Imran seronok sekali melihat jirannya menunggang basikal. Dia pun meminta ayahnya membelikan sebuah basikal. Memandangkan Imran sudah besar, Encik Majid pun setuju dengan permintaannya. Imran sangat gembira apabila permintaannya itu disambut baik oleh ayahnya.
Author: Sulaiman Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 1994 KB, 16 p.
Kisah seorang ibu yang kempunan hendak makan telur ikan tembakul sehingga membawa diri ke batu belah batu bertangkup.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 489 KB, 29 p.ill
Antara khazanah rakyat Malaysia ialah cerita-cerita rakyat dan khazanah ini seharusnya dipelihara supaya kekal sepanjang zaman. Oleh itu, buku-buku cerita seperti ini sering diterbitkan dalam pelbagai bentuk.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Children | 12.66 MB, 32 p. :ill.
Batu belah batu bertangkup adalah antara cerita lisan turun temurun yang diabadikan dalam buku penglipur lara kanak-kanak. Kisah seorang ibu yang kempunan kerana tidak dapat makan telur ikan tembakul lalu berlari ke gua batu belah batu bertangkup untuk memakan dirinya.
Author: Nir Shahmir
Publisher: DB United | Audience: Young people | 1333 KB, 128 p.
Siri ini memaparkan cerita berkenaan amalan khurafat yang sering berlaku dalam masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan masyarakat Melayu. Amalan tidak baik ini harus dihindari dan dijauhi.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 76953 KB, 26 p. : ill.
Mengisahkan dua orang puteri yang cantik tinggal di Istana Kota Bawang. Puteri yang sulung bernama Bawang Besar dan yang bongsu bernama Bawang Kecil. Bawang Besar mempunyai sifat yang baik manakala Bawang Kecil mempunyai sifat yang sombong.
Author: Sulaiman Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 2062 KB, 16 p.
Kisah adik beradik tiri iaitu Bawang Putih yang cemburu terhadap kecantikan dan keperibadian Bawang Merah.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 2145 KB, 29 p.ill
Antara khazanah rakyat Malaysia ialah cerita-cerita rakyat dan khazanah ini seharusnya dipelihara supaya kekal sepanjang zaman. Oleh itu, buku-buku cerita seperti ini sering diterbitkan dalam pelbagai bentuk.