Malay banner


Showing 351 - 400 of 2,296

  1. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 51395 KB, 34 p. col. : ill.

    Ini adalah sebuah cerita tentang Profesor Q, Arman, Huey Ling dan Sailesh yang sedang melarikan diri dari Atot, iaitu robot nakal yang telah di cipta oleh Profesor Q. Setelah terkena cahaya daripada Mesin Serbaguna Profesor Q, saiz badan mereka mengecut.

  2. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 17741 KB, 50 p. : col. ill.

    Jayishah, Fendi dan Hisham pergi berkelah di hujung kampung. Di pertengahan jalan, Fendi telah menghilangkan diri. Ini menyebabkan Jayishah dan Hisham berasa sangat bimbang. Namun, tidak lama kemudian Fendi muncul dengan seorang budak lelaki yang sebaya dengannya, bernama Badar.

  3. Author: Md Shah

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 3112 KB, 152 p.

    Siri kemantapan sahsiah memfokuskan aspek pembangunan mentaliti ke arah pembentukan kualiti diri insan yang konsisten yang secara khususnya disasarkan kepada golongan remaja.

  4. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1809 KB, 26 p. : ill.

    Chong Beng sudah terlewat untuk ke sekolah. Tiba-tiba sahaja Saiful yang dihantar oleh ayahnya dengan kereta muncul. Dia dan ayahnya mengajak Chong Beng tumpang sekali agar tidak terlewat ke sekolah. Pada hari yang lain, kebaikan mereka pun dibalas oleh Chong Beng and ayahnya.

  5. Author: Hashim

    Publisher: DB United | Audience: Young Adult | PDF icon 2.82 MB, 69 p. :ill.

    Hilyani seoranga adik yang banyak menolong abangnya, Ikram. Dia bekerja sambilan untuk membeli ubat abangnya yang sedang sakit. Kaki abangnya semakin membesar dan tidak dapat ke sekolah. Mujurlah bapa Fikri bersedia untuk membelikan kerusi roda untuknya.

  6. Author: Rozita Mohamed

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4172 KB, 28 p. : col. ill.

    Sang Belang berasa sangat sunyi kerana dia tidak mempunyai kawan. Semua binatang di Hutan Serdam menyisihnya kerana menyangka dia jahat dan garang. Namun segalanya berubah apabila Sang Belang menghulurkan bantuan kepada Sang Kakak Tua.

  7. Author: Izawati

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 66870 KB, 26 p. : col. ill.

    Sang Kancil dan Sang Gajah adalah sahabat baik. Sang Gajah selalu membantu Sang Kancil untuk menyeberang sungai. Pada suatu hari, ketika menyeberang sungai kaki Sang Gajah telah digigit oleh Sang Buaya. Malangnya Sang Buaya tidak mahu melepaskan kaki Sang Gajah.

  8. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8574 KB, 32 p. ill

    Suatu hari sang burung meyelamatkan sang semut yang hampir lemas dengan menjatuhkan buah ara supaya semut dapat bertenggek disitu. Pada hari yang lain pula semut meyelamatkan burung yang hampir dimakan ular dengan menggigit ekornya.

  9. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4846 KB, 52 p.

    Kisah seorang pelajar bernama Kamariah yang tidak mahir dalam menulis karangan. Walaupun sering diejek oleh Zaidi, Kamariah tidak berputus asa. Beliau bertekad untuk membuktikan kepada Encik Zaidi dan Maimunah bahawa dia juga mampu menulis esei yang baik.

  10. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Young People, Children | PDF icon 30517 KB, 149 p.

    Kisah seorang pemuda yang bernama Awang Jali yang jujur, amanah, berakhlak, bersopan santun dan suka menolong sesama insan terutama yang tidak bernasib baik.

  11. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5.06 MB, 55 p. :ill.

    Mengisahkan kehidupan Sarah, seorang anak mangsa perceraian ibu bapa. Perebutan hak penjagaan Sarah oleh kedua-dua ibu bapanya benar-benar mengganggu fikiran Sarah. Sarah diminta membuat pilihan sama ada tinggal dengan mama atau dengan papa dan emak baru. Apakah keputusan Sara?

  12. Author: Noor Idayu Ahmad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 823 KB, 99 p. : ill.

    Siri Sejambak Cerpen Bestari ini merupakan sebuah siri antologi cerpen kontemporari yang diterbitkan khusus untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah rendah. Naskah ini mengandungi sepuluh cerpen yang merangkumi pelbagai tema yang menarik seperti kasih sayang, unsur kemanusiaan, alam sekitar, agama, kritikan sosial dan budaya.

  13. Author: Mohd. Faris Ikmal

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1670 KB, 113 p. : ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang Razlan, seorang anak yatim yang tinggal bersama ibunya. Walaupun miskin, mereka tetap berusaha untuk mempertingkatkan hidup mereka. Akhirnya Razlan berjaya memasuki asrama seperti yang diidamkannya.

  14. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2906 KB, 16 p.

    Burung mendapat warna.

  15. Author: Prof. Madya Md Shah

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 3163 KB, 168 p.

    Siri kemantapan sahsiah memfokuskan aspek pembangunan mentaliti ke arah pembentukan kualiti diri insan yang konsisten yang secara khususnya disasarkan kepada golongan remaja.

  16. Author: Lau Lee Lyn

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 102064 KB, 67 p.ill

    Berkisarkan tentang remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti seharian, penyiasatan, pencegahan jenayah serta membantu masyarakat.cerita ini menerapkan nilai-nilai moral dan sifat-sifat positif.

  17. Author: Bailey, Donna

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 15414 KB, 46 p. : col. ill.

    Buku ini menerangkan beberapa perkara mengenai burung. Terdapat fakta-fakta yang jelas serta 60 gambar foto dan ilustrasi yang bermutu tinggi di dalamnya. Buku ini sesuai untuk bacaan kanak-kanak sebagai buku pengetahuan.

  18. Author: A. Ghani Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3529 KB, 14 p. ill.

    Siri cerita klasik adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Pengolahan cerita dan ilustrasinya menarik. la dapat menguji minda murid-murid dengan soalan pemahaman, cari jalan, bina perkataan dan perkataan seerti.

  19. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2930 KB, 16 p.

    Melihat burung merpati yang banyak.

  20. Author: Krishnan Panikker

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 668 KB, 66 p. : col. ill.

    Pasar Peshawar adalah sebuah kawasan perniagaan di Pakistan. Terdapat berbagai barang yang dijual di pasar itu. Di sana, Fairuz Khan telah membeli seekor burung kakak tua. Burung itu telah menjadi sesuatu yang amat bernilai baginya, namun dia tidak dapat membawanya ke Malaysia.

  21. Author: Halimah Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 436843 KB, 21 p.ill

    Bertemakan masyarakat prihatin. Siri ini sesuai dibaca oleh murid-murid tahap 1. Cerita di- sampaikan dalam bahasa yang mudah dan disertakan ilustrasi yang menarik

  22. Author: Aniq Shafiq Mohd Syahrul

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 47211 KB, 14 p. :ill. col.

    Burung tukang tidak mengindahkan nasihat Nabi Sulaiman untuk bersiap sedia melindungi dari banjir.

  23. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2379 KB, 48 p. ill

    Busana Melayu tradisional yang diperkenalkan ialah baju kebaya, baju cekak musang, baju kurung Kedah, baju kurung teluk Belanga, baju Melayu, baju kurung Teluk Belanga, baju Melayu dan banyak lagi. Antara perhiasannya pula ialah caping, cincin, dokoh, gelang, kerongsang pending dan beberapa perhiasan kepala.

  24. Author: Danieel Zulfar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9741 KB, 114 p. : ill.

    Selepas hampir tiga tahun tidak pulang melawat datuknya di kampung, Cheng Sin pulang untuk menghabiskan cuti sekolah bersama datuknya. Namun, dia mengalami kejadian-kejadian yang pelik sebaik sahaja dia menaiki bas ekspres. Di kampung pula, Adnan telah memberitahunya suatu perkara yang aneh tentang datuknya itu.

  25. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4946 KB, 92 p. : col. ill.

    Pak Tam telah diberhentikan kerja. Hal ini menyebabkan kehidupan keluarga mereka tidak menentu, ditambah pula dengan kesedihan Mak Lijah yang bakal berpisah dengan anak asuhannya, Jason. Dengan pemergian Jason, pendapatan keluarga mereka akan berkurangan. Mak Lijah dan Pak Tam berasa sangat bingung.

  26. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2712 KB, 44 p. : col. ill.

    Karim Ketot dan Goh Gedempol mengikuti rombongan sekolah mereka ke Zoo Negara. Mereka berasa amat gembira sekali. Namun, cabaran hebat menanti mereka sebaik sahaja mereka sampai di taman haiwan itu.

  27. Author: Jamilah Hj. Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 18287 KB, 50 p. : ill.

    Nasrul baru sahaja bertukar sekolah kerana terpaksa mengikut ayahnya yang bertugas sebagai anggota polis. Di sekolah barunya, Nasrul mendapat kawan baru dan mereka menganggotai pengakap sekolah. Persatuan pangakap sekolah itu bercadang untuk menjalankan aktiviti perkhemahan di sebuah hutan simpanan. Mereka dikehendaki menubuhkan kumpulan untuk mencari wang sendiri bagi tujuan tersebut.

  28. Author: Mohd. Faisal Hamdi

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 1275 KB, 127 p.ill

    Cerita-cerita dalam buku ini menerapkan pengajaran untuk di jadikan panduan kepada para pembaca muda sekali gus melengkapkan diri dengan pengetahuan.

  29. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9576 KB, 76 p. : col. ill.

    Siti dan Shalin berada di kampung Pak Daling. Pak Daling adalah pengusaha calet Desa Pak Daling di Taman Negara. Walau bagaimanapun, calet Pak Daling itu didakwa berpuaka dan pelawat-pelawat yang menginap di situ selalu diganggu.

  30. Author: S. A. Dian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2498 KB, 53 p. : ill.

    Sultan Azam Shah telah jatuh sakit. Sebelum mangkat, beliau ingin sekali melihat puteranya, Tengku Iskandar, beristeri. Anaknya itu pun menurut permintaan ayahandanya dan pergi mencari pasangan yang cantik dan berbudi pekerti.

  31. Author: Hamran

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1712 KB, 30 p. : ill.

    Raja Badawi ingin sekali melihat Putera Aiman berkahwin tetapi keinginannya itu ditolak puteranya. Putera Aiman memberi alasan bahawa dia ingin pergi merantau dahulu sebelum berkahwin dengan gadis pilihan ayahnya. Setelah ayahandanya bersetuju, Putera Aiman berangkat ke luar negeri.

  32. Author: Rozita Mohamed

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4157 KB, 28 p. : col. ill.

    Kuzi telah mengadu kepada Raja Rimba bahawa dirinya bernasib malang. Ini kerana dia mempunyai kaki yang pendek dan hodoh serta cengkerang yang berat di belakangnya. Kawan-kawan Kuzi yang mendengar pengaduan itu pun memberi nasihat kepadanya.

  33. Author: Rusli Haji Ibrahim

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 45793 KB, 105 p.

    Buku ini menghuraikan dengan lengkap kaedah ataupun cara ketawa menurut ajaran Islam.

  34. Author: penyusun Mohd. Sofwan Amrullah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 6032 KB, 185 p.

    Naskah ini adalah satu usaha serta ikhtiar agar dapat mengelokkan bacaan Al-Quran.

  35. Author: Hanafi Abd.Rashid

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 8194 KB, 185 p.

    Kebersihan merupakan fitrah manusia. Buku ini mengajar kita cara-cara membersihkan diri dari najis dan kotoran.

  36. Author: LCNA:Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2928 KB, 64 p.

    Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.

  37. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4250 KB, 31 p. : col. ill.

    Carta kajian tempatan tahun enam adalah carta yang berdasarkan Huraian Sukatan Carta Kajian Tempatan Tahun Enam. Ia dipenuhi dengan grafik, gambar-gambar, dan ringkasan nota yang tepat dan padat.

  38. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1163 KB, 11 p. : col. ill.

    Buku ini mengandungi carta karangan gambar tunggal dan bersiri. Ia boleh mengasah kemahiran kanak-kanak untuk menulis sebuah karangan berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.

  39. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4481 KB, 25 p. : col. ill.

    Carta pendidikan moral ini membincangkan tentang nilai-nilai berkaitan dengan perkembangan diri, diri dan keluarga, diri dan masyarakat, diri dan alam sekitar, dan diri dan negara. Secara keseluruhannya, terdapat dua puluh empat nilai-nilai yang diperkatakan.

  40. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1753 KB, 11 p. : col. ill.

    Buku ini mengandungi himpunan carta-carta informatif mengenai penjagaan kesihatan diri, kebersihan diri, hinggalah menjaga keselamatan di jalan raya. Ia disertakan dengan gambar-gambar berwarna yang boleh menarik minat para pembaca cilik.

  41. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3180 KB, 21 p. : ill.

    Buku ini mengenai tatabahasa yang perlu dipelajari oleh murid-murid pelajar rendah, seperti kata kerja dan kata seru. Semuanya digambarkan melalui ilustrasi. Buku ini sesuai untuk para pelajar UPSR dan yang seusia dengan mereka.

  42. Author: Z.Aida

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 3114 KB, 144 p.

    Siri ini mengandungi empat buah novel yang sangat menarik untuk dibaca. Kehidupan manusia yang pelbagai ragam dan penuh liku menjadi tema utama dalam menghiasi siri ini.

  43. Author: Norziana

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7790 KB, 24 p.

    Siri bacaan program nilam diolah berdasarkan watak-watak legenda yang terkenal dengan keberanian, kebijaksanaan dan kepahlawanan.

  44. Author: Zabri Hazry

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 977 KB, 101 p. : ill.

    Siri Sejambak Cerpen Bestari ini merupakan sebuah siri antologi cerpen kontemporari yang diterbitkan khusus untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah rendah. Naskah ini mengandungi sepuluh cerpen yang merangkumi pelbagai tema yang menarik seperti kasih sayang, unsur kemanusiaan, alam sekitar, agama, kritikan sosial dan budaya.

  45. Author: Siti Zawiyah Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3070 KB, 36 p. : col. ill.

    Cempaka adalah seorang gadis yang selalu didera oleh ibu tirinya, Mak Senah, kerana mempunyai paras rupa yang menawan. Semasa ketiadaan Pak Ali yang pergi berdagang ke negeri orang selama dua bulan, Mak Senah telah mendera dan menyeksa Cempaka untuk melakukan berbagai pekerjaan.

  46. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5743 KB, 80 p.

    Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.

  47. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 144530 KB, 26 p. : col. ill.

    Pada suatu hari, seekor pepatung yang bernama Yaya terbang dan sampai di sebuah kawasan di tepi hutan. Tempat itu agak lembap. Di situlah Yaya telah berjumpa dengan tumbuhan yang agak aneh yang bernama Cendawan.

  48. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1962 KB, 16 p.

    Kamat tidak menghirau nasihat Cenderawasih.

  49. Author: M. Aini

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3826 KB, 18 p. : col. ill.

    Ketika Anak Katak bermain-main di kolam, dia terjumpa seekor binatang besar yang tidak pernah dilihatnya. Dia pulang untuk menanya bapanya tentang binatang besar yang dilihatnya tadi. Bapa Katak pun cuba menggambarkan apa yang dikatakan oleh anaknya.

  50. Author: Maruwiah Ahmat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 107212 KB, 64 p.

    Ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang budaya tradisi masyarakat Malaysia yang pelbagai.

F: 216AND73AND216AND161;

R: 100AND121AND102AND154;

0
False
False
https