Malay banner


Showing 501 - 550 of 2,296

  1. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5511 KB, 100 p. : col. ill.

    Abu adalah seorang pelajar yang berasa bangga dengan kenakalannya, sehinggalah dia mengusik seorang pelajar bernama Linda. Linda adalah seorang pelajar pintar yang juga aktif dalam kegiatan luar. Dia bukan sahaja tidak suka akan Abu, malah dia juga merupakan pelajar pertama yang berani mencabar perbuatan budak nakal itu.

  2. Author: Fatiqa Oky

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 524 KB, 74 p. : col. ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki tua. Isterinya telah pun meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia, isterinya berpesan untuk membesarkan kedua-dua orang anak mereka dengan baik. Dia juga mengingatkan suaminya untuk memberikan seruling kepada anak sulungnya dan bakul yang telah dianyamnya kepada anak bongsunya.

  3. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Young People, Children | PDF icon 35219 KB, 154 p.

    Beberapa buah cerita pendek yang menarik yang berkisarkan kesaktian raja-raja, cerita zaman dahulu kala mengisahkan tentang ibu tiri yang tamak dan sebagainya.

  4. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 30289 KB, 47 p. ill.

    Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.

  5. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2935 KB, 26 p. : ill.

    Anis seorang anak murid yang rajin dan suka berjimat cermat. Pada hari jadinya yang lepas, ayahnya telah memberikannya sebuah tabung sebagai hadiah. Dia akan memasukkan duit lebih belanja sekolahnya ke dalam tabung itu.

  6. Author: S. A. Dian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3287 KB, 58 p. : ill.

    Ini adalah kisah Shamsiah yang membawa diri ke tengah laut setelah hatinya terguris dengan kata-kata suaminya. Seekor duyung lelaki telah menyelamatkan Shamsiah setelah kolek yang dinaikinya di pukul ombak yang besar. Shamsiah kemudian di hidupkan semula menjadi ikan duyung oleh Maharaja Duyung bernama Pak Yoyo.

  7. Author: Lee Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 25665 KB, 16 p.ill

    Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran.

  8. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 32.73 MB, 20 p. :ill. col.

    Siri mari membca peringkat 2 ini memperkenalkan binatang liar dan ciri-cirinya.

  9. Author: Farahanis

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 826 KB, 120 p. ill

    Kisah ekspedisi cuti sekolah berbasikal mendaki Bukit Puteri Fitri bersama kawan-kawannya Eric Leo dan Loga.

  10. Author: Ayob Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8293 KB, 18 p.

    Pengenalan kepada haiwan di sekeliling kita.

  11. Author: Isma

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 48898 KB, 27 p. : ill. col.

    Durian dan Nanas sedang mencabut pokok-pokok kacang tanah apabila mereka di kejar seekor anjing. Mereka berlari lintang-pukang dan kaki Nanas tersangkut pada duri kawat. Durian berjaya melepaskan Nanas daripada kawat berduri itu. Nanas pengsan akibat terlalu banyak darah keluar dari kakinya yang luka. Durian menjerit meminta pertolongan. Mempelam yang mendengar jeritan Durian menolong Durian membawa Nanas pulang ke rumah. Durian menyesal mengajak Nanas mencuri kacang tanah di kebun.

  12. Author: Suriani Zulkifli

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 52023 KB, 24 p.

    Siri ini memberi pengetahuan dan maklumat yang tepat kepada murid-murid tentang pelbagai jenis buah-buahan seperti nangka, nanas, pisang, rambutan, langsat, manggis, durian dan betik. Cerita dalam siri ini dipersembahkan dengan ilustrasi berwarna yang menarik dan bahasa yang mudah difahami.

  13. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9125 KB, 50 p. : col. ill.

    Kampung Sejati yang dahulunya mundur berubah menjadi indah dengan bantuan kerajaan. Timbul pula berita bahawa ada pihak yang ingin membeli tanah di situ. Semua penduduk kampung setuju, kecuali keluarga Ahmad.

  14. Author: Sidang Pengarang

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 4011 KB, 79 p. : ill.

    Zakuan adalah anak yang rajin membantu ibunya menjaja kuih-muih. Akan tetapi, dia seringkali diejek dan diusik oleh budak-budak di kampung. Justeru itu, untuk membantu nasib keluarganya, Zakuan mencadangkan agar mereka memulakan perniagaan sendiri.

  15. Author: Danieel Zulfar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 11025 KB,114 p. : ill.

    Semasa berjalan kaki ke sekolah, Ramzi, Sailesh, dan Chang Li terserempak dengan sebuah pusat pemulihan yang amat aneh sekali. Mereka pun masuk ke dalam. Tidak mereka sangkakan bahawa mereka akan terperangkap di dalam dunia asing sebuah permainan video.

  16. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5821 KB, 64 p.

    Buaya menggigit ekor arnab sehingga putus.

  17. Author: Sidang Pengarang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 27710 KB, 54 p. ill.

    Siri pengalaman ekpedisi ini memaparkan para pelajar sekolah menengah yang berani, cekal dan tabah serta mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengharungi cabaran yang pelbagai.

  18. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 14449 KB, 130 p. : ill.

    Shariman rajin membantu di gerai makanan ibunya. Namun, kemelut mula melanda kehidupan mereka apabila Aman, pekerja di gerai ibunya itu menimbulkan masalah. Shariman pun mula memikirkan cara untuk menghidupkan perniagaan ibunya semula.

  19. Author: Z.Aida

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 4719 KB, 224 p.

    Siri ini mengandungi empat buah novel yang sangat menarik untuk dibaca. Kehidupan manusia yang pelbagai ragam dan penuh liku menjadi tema utama dalam menghiasi siri ini.

  20. Author: Noraini Mohd Dom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 19.21 MB, 56 p. :ill.

    Buku yang mengimbas kembali sejarah kegemilangan Melaka, pelabuhan yang sibuk, kedatangan Islam sehinggalah kejatuhan Melaka ditangan Portugis. Banyak gambar-gambar yang menarik dan info ringkas yang disediakan di setiap bahagian,

  21. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4355 KB, 80 p.

    Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.

  22. Author: H. M. Yusuf Sinaga

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 29863 KB, 670 p.

    Kupasan lengkap sejarah lengkap Mekah Al-Mukarramah.

  23. Author: Fairuz Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 20472 KB, ix, 222 p. :photos.

    Autobiografi seorang penghidap depresi. Hayati perjuangan hidup yang dilaluinya dengan bantuan dan sokongan keluarga, teman-teman dan doktor hingga ia berjaya mencorakkan masa depannya yang lebih gemilang.

  24. Author: S. A. Dian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2787 KB, 60 p. : ill.

    Zulkifli, seorang kanak-kanak yang miskin, ingin sekali membeli coklat yang dijual di kedai Pak Melan. Coklat itu sangat mahal. Zulkifli pun berazam untuk mengumpul duitnya sendiri. Zulkifli hanya kekurangan sepuluh sen dan telah menipu Pak Melan dengan menjual karung guni yang bocor.

  25. Author: Ghazali Lateh, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 67280 KB, 146 p.

    Kompilasi puisi moden antaranya adalah tulisan Syed Mahadzir, Ghazali Lateh, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Abdul Rahman Jusuh dan ramai lagi.

  26. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 85627 KB, 26 p. : col ill.

    Ini adalah sebuah cerita tentang Adi, seekor anak kambing yang nakal dan manja. Dia suka mengacau adik-adiknya. Emaknya selalu menceritakan kepada Adi tentang datuknya yang garang dan suka memarahi budak yang nakal. Pada suatu hari, Adi terpaksa menemani datuknya di kampung setelah neneknya meninggal dunia.

  27. Author: Arif Salleh

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2090 KB, 30 p. : col. ill.

    Mee Ling ditimpa kemalangan. Ia berlaku apabila sebuah kereta telah terbabas lalu melanggarnya ketika dia dan Faridah sedang menyeberangi jalan. Mee Ling perlukan darah jenis O. Faridah, tanpa berlengah-lengah, terus pergi memeriksa darah. Alangkah gembiranya Faridah mendapat tahu darahnya jenis O. Dis terus mendermakan darah untuk menyelamatkan sahabatnya.

  28. Author: S. A. Dian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2850 KB, 49 p. : ill.

    Zulkifli ingin membeli coklat yang dijual di kedai Pak Melan. Oleh kerana coklat itu sangat mahal, Zulkifli bercadang untuk mencari duit untuk memenuhi keinginannya. Dia mengambil upah dengan mengumpul botol dan suratkhabar serta memetik buah rambutan.

  29. Author: Jamilah Hj. Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 26933 KB, 98 p. : col. ill.

    Keadaan keluarga Syidah, jiran baru Banun menjadi misteri kepadanya. Apabila kecurian demi kecurian berlaku di kawasan perumahan mereka, Banun berpendapat bahawa ayah Syidah adalah dalang di sebalik kesemua kejadian itu.

  30. Author: Danieel Zulfar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8591 KB, 114 p. : ill.

    Kehidupan Rashid berubah setelah ayahnya dipecat kerana dituduh bersubahat dengan penjenayah. Rashid tidak mempercayai akan dakwaan itu. Namun, setelah apa yang terjadi seterusnya, dia sendiri meragui ayahnya itu.

  31. Author: Sufi Noryani Supian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 33604 KB, 48 p.

    Pantun adalah khazanah bangsa yang sangat bernilai tinggi. Pantun mengandungi seribu satu maksud yang amat dalam dan menjadi wadah dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.

  32. Author: Ridzuan Amin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8715 KB, 16 p.

    Fahim dan Haziq suka pergi ke sekolah. Bermacam-macam perkara menarik yang boleh mereka lakukan.

  33. Author: Sulaiman Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 39567 KB, 60 p. : col. ill.

    Siri Kenali Dunia Anda ini menyajikan maklumat yang amat menarik hati yang terdapat di sekeliling kita. Tujuan terbitan ini adalah supaya pembaca akan dapat menambahkan khazanah ilmu di dalam dada mereka. Ia mendorong pembaca supaya terus membaca kerana semakin banyak membaca, kita semakin sedar bahawa masih banyak lagi yang tidak kita ketahui.

  34. Author: Puteri Zulaikha Baharuddin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3461 KB, 69 p. : col. ill.

    Seng Hai begitu tertarik sekali dengan cerita Dani. Dani telah menceritakan kepadanya tentang Pesta Puja Pantai. Ia adalah pesta yang diraikan di kawasan pantai. Dalam pesta itu akan diadakan permainan rakyat seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan sebagainya. Di pesta itu, mereka telah berjumpa dengan satu budak lelaki yang mencurigakan, bernama Fandi.

  35. Author: Samsuddin Pehan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1262 KB, 28 p. : col. ill.

    Pada suatu hari, Farid sedang asyik membaca buku cerita angkasa lepas sambil berbaring di atas katil. Tiba-tiba, Farid terasa seakan-akan berada di dalam sebuah kapal angkasa. Kapal angkasa yang bernama Gagah-Teroka itu sedang berbalas tembakan dengan sebuah kapal angkasa yang lain.

  36. Author: Rahmad D

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 26270 KB, 22 p.

    Ini memuatkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.

  37. Author: Ainurjah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 46898 KB, 203 p. ill.

    Novel ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang guru iaitu Cikgu Halim telah lama kehilangan isteri tersayang Marish akibat penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya serta tidak dapat diubati.

  38. Author: Sulaiman Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 45716 KB, 55 p. : col. ill.

    Terbitan Siri Kenali Dunia Anda ini menyajikan pelbagai perkara dan maklumat yang amat menarik hati. Tujuan terbitan ini adalah untuk menambahkan khazanah ilmu pengetahuan para pembaca dalam segi festival atau pesta yang dirayakan oleh suku kaum-suku kaum di merata dunia.

  39. Author: Sulaiman Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 50696 KB, 55 p. : col. ill.

    Terbitan Siri Kenali Dunia Anda ini menyajikan pelbagai perkara dan maklumat yang amat menarik hati. Tujuan terbitan ini adalah untuk menambahkan khazanah ilmu pengetahuan para pembaca dalam segi festival atau pesta yang dirayakan oleh suku kaum-suku kaum di merata dunia.

  40. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9975 KB, 130 p. : ill.

    Rahayu dan Andalia bermusuhan. Permusuhan itu menjadi hebat apabila ianya melibatkan salah-faham yang berpunca daripada kucing kesayangan mereka. Namun, tanpa mereka sedari, dua kucing itu mempunyai misi mereka yang tersendiri.

  41. Author: Mustafar A. R. (Mustafar Abdul Rahim), 1943-

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 84652 KB, 355 p. :ill.

    Dalam buku ini bukan saja mendedahkan segala macam ciplak dan tiru yang terdapat dalam filem-filem P.Ramlee tetapi ringkasan cerita, ulasan dan kritik penilaian terhadap P. Ramlee sebagai pelakon dan pengarah disamping menyorot di belakang tabir filem-filem lakonan dan arahannya.

  42. Author: Riza Irhan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3083 KB, 32 p. : col. ill.

    Amsyar seorang budak yang berhati mulia dan disukai ramai. Namun, Mamat membencinya. Pada suatu masa, Kampung Tenteram heboh dengan beberapa kes kecurian. Mamat berasa dengki dan menuduh Amsyar yang melakukannya.

  43. Author: Nor Azizul Haron

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4687 KB, 29 p. : col. ill.

    Buku ini memberikan format dan panduan menulis karangan Bahasa Melayu. Setiap jenis karangan dijelaskan dengan terperinci melalui rangka karangan, panduan guru, dan juga contoh karangan oleh guru pakar.

  44. Author: Danieel Zulfar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8706 KB, 114 p. : ill.

    Datuk Hadi telah meninggalkan wasiat yang cukup istimewa untuk Hadi. Datuknya telah memberikannya sekeping sampul surat besar yang mengandungi peta di dalamnya. Dia telah pulang ke kampung bersama-sama kawan baiknya, Chong Heng dan Dinesh untuk mencari harta itu.

  45. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1762 KB, 16 p.

    Serigala menyamar sebagai nenek gadis.

  46. Author: S. A. Dian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2894 KB, 48 p. : ill.

    Sultan Azam Shah telah jatuh sakit dan dia ingin melihat anaknya, Tengku Iskandar, beristeri sebelum mangkat. Tengku Iskandar telah dititah mencari calon isteri yang cantik, berbudi pekerti dan pandai dalam segala hal. Baginda berserta dua orang pengawal peribadinya telah berlagak sebagai seorang pedangan kain untuk mencari gadis idaman.

  47. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1750 KB, 16 p.

    Violetta difitnah oleh dayang-dayang yang cemburu kepadanya.

  48. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2829 KB, 16 p.

    Gagak dengan Bangau.

  49. Author: Haisson

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8518 KB, 20 p.

    Di sebuah kampung ada sekumpulan burung gagak. Mereka adalah kawan yang terbaik. Satu hari mereka sedang mencari makan. Apabila berjaya mendapat makanan, masing-masing berasa tamak menyebabkan mereka jatuh keluar.

  50. Author: M. Aini

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3785 KB, 18 p. : col. ill.

    Ini adalah kisah mengenai seekor gagak yang sedang kelaparan. Ketika dia terbang mencari makanan, ia ternampak sebiji kerang. Ia cuba memakan kerang itu tetapi malangnya ia tidak mampu memecahkan kulitnya yang keras. Tiba-tiba datang seekor gagak yang jahat. Ia juga ingin makan kerang itu.

F: 216AND73AND216AND161;

R: 100AND121AND102AND154;

0
False
False
https