Showing 201 - 250 of 283
Author: Prof. Madya Md Shah
Publisher: DB United | Audience: Young people | 3136 KB, 152 p.
Siri kemantapan sahsiah memfokuskan aspek pembangunan mentaliti ke arah pembentukan kualiti diri insan yang konsisten yang secara khususnya disasarkan kepada golongan remaja.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 1030 KB, 79 p. : ill.
Cerita ini mengisahkan tentang Erie, seorang budak lelaki yang diganggu oleh seorang wanita yang mengaku dia sebagai ibu kandung Erie. Wanita itu mendakwa bahawa pihak hospital telah tertukar bayi sewaktu Erie dilahirkan. Untuk membuktikan bahawa Erie adalah anak kandung mereka, ibu, ayah dan Erie menjalani ujian DNA.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 6.00 MB, 127 p. :ill.
Kehadiran seorang gadis bernama Suhaila menimbulkan banyak tanda tanya kepada Alfi. Di sekolah dan di luar sekolah, sikap Suhaila berbeza sekali. Peristiwa kecurian di sebuah pasar raya tambah memeningkan kepala Alfi. Benarkah Suhaila terlibat dalam kecurian itu? Siapa sebenarnya Suhaila? Alfi cuba mencari jawapannya.
Author: Anim
Publisher: DB United | Audience: Children | 2472 KB, 36 p. : col. ill.
Buku ini mengandungi tiga buah cerita pendek yang mengisahkan tentang sikap dan kehidupan manusia. Cerita-cerita yang dipersembahkan juga menyelitkan nilai-nilai murni untuk diteladani para pembaca.
Author: Arif Salleh
Publisher: DB United | Audience: Children | 2250 KB, 32 p. : col. ill.
Musim menuai padi baru sahaja berakhir. Kini Ramli boleh berehat setelah sekian lama menolong ayahnya. Petang semalam, Taha ada mengajaknya untuk bermain gasing. Ramli sudah tidak sabar untuk bermain gasing lagi. Dia ingin sekali menang dan menebus kekelahannya tahun lalu.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Young people | 742 KB, 22 p.ill
Setiap cerita di tulis dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi kaya dengan unsur-unsur sastera misalnya penggunaan perumpamaan, bahasa kiasan dan sebagainya.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 742 KB, 14 p. : ill.
Ini adalah cerita mengenai tanggungjawab dan peranan setiap benda yang bernyawa ataupun tidak. Pada suatu hari, Angin ingin membuktikan bahawa ia lebih kuat daripada Matahari. Mereka mengadakan pertandingan beradu kehebatan, iaitu siapa antara mereka berdua yang mampu membuka pakaian manusia akan dikira sebagai pemenang. Akhirnya, Angin meminta maaf kerana bercakap besar dan memperkecilkan kemampuan Matahari apabila melihat Pak Mat membuka bajunya and meletakkan baju itu di atas kepala untuk melingdungi diri daripada cahaya Matahari yang terik. Anggota badan Pak Mat juga menguji peranan masing-masing dengan mengadakan mogok.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 149489 KB, 26 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita tentang Yaya, seekor pepatung yang suka mengembara. Pada suatu hari, dia telah melintasi sebatang pokok kelapa lalu terdengar banyak suara dari arah pokok tersebut. Rupa-rupanya, suara-suara itu telah datang dari sebiji buah kelapa, sebatang pokok kelapa dan juga daun kelapa. Mereka sedang bergaduh tentang siapakah yang lebih layak digelar pokok kelapa.
Author: Zaidi Mat Ali
Publisher: DB United | Audience: Children | 16089 KB, 56 p.
Siri ini mengandungi enam judul buku yang sarat dengan unsur-unsur sejarah yang berbentuk pengajaran. Akhlak terpuji, pesanan berharga serta kisah teladan amat penting dan perlu dihayati oleh semua.
Author: Azwani, Ustaz
Publisher: DB United | Audience: Children | 2187 KB, 45 p. : col. ill.
Pak Seman telah diberhentikan kerja di kilang. Dia sekarang hanya mengganggur dan membuang masa dengan berborak-borak bersama kawan-kawannya. Isterinya tidak berani menegur Pak Seman kerana bimbang kalau suaminya itu akan melenting padanya.
Author: Norafidah Bachik
Publisher: DB United | Audience: Children | 46498 KB, 24 p.
Menerusi cerita dalam siri ini, watak-watak digambarkan sebagai murid-murid yang genius dan bijak. Rajin membantu serta peka tentang pelbagai perkara.
Author: Marjan Mohd Noor
Publisher: DB United | Audience: Children | 2716 KB, 26 p. ill.
Siri kisah teladan merupakan koleksi kisah teladan pengalaman para anbia, sahabat, salihin dan tokoh tertentu pada zaman lampau. Kisah-kisah ini dipersembahkan untuk dijadikan iktibar dan panduan dalam kehiduapan pembaca. Melalui siri ini, pembaca dibawa mengembara ke zaman silam dengan gaya penceritaan kreatif, daripada satu cerita ke satu cerita dalam bentuk cerita pendek. Persembahan buku ini lebih menarik dengan ilustrasi yang berwarna-warni sebagai bahan sokongan untuk tatapan pembaca.
Author: Marjan Mohd Noor
Publisher: DB United | Audience: Children | 2263 KB, 26 p. ill.
Siri kisah teladan merupakan koleksi kisah teladan pengalaman para anbia, sahabat, salihin dan tokoh tertentu pada zaman lampau. Kisah-kisah ini dipersembahkan untuk dijadikan iktibar dan panduan dalam kehiduapan pembaca. Melalui siri ini, pembaca dibawa mengembara ke zaman silam dengan gaya penceritaan kreatif, daripada satu cerita ke satu cerita dalam bentuk cerita pendek. Persembahan buku ini lebih menarik dengan ilustrasi yang berwarna-warni sebagai bahan sokongan untuk tatapan pembaca.
Author: Mohd. Nazim, Nik
Publisher: DB United | Audience: Children | 3944 KB, 64 p. ill
Buku ini adalah rujukan bagi para pelajar yang ingin menceburkan diri dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Para pelajar akan diajar beberapa cara gerak silat dan juga seni mempertahankan diri tae kwan do.
Author: Nordin Razak
Publisher: DB United | Audience: Young people | 16332 KB, 104 p.
Siri ini diterbitkan dengan tujuan untuk membantu pembaca memahami secara lebih mendalam tentang aspek-aspek penting yang terkandung dalam bidang bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan negara Malaysia.
Author: Nafisah Yaakob
Publisher: DB United | Audience: Young people | 1739 KB, 107 p.ill
Bertujuan membantu murid-murid memahami pelbagai aspek keindahan Bahasa Melayu yang diolah dengan teliti berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR yang terkini. KOLEKSI WARISAN BAHASA MELAYU sewajarnya menjadi pilihan kerana memberikan bahan rujukan berkualiti, melalui gabungan teks yang mudah difahami berserta ilustrasi yang menarik bagi menambah pemahaman. Siri ini juga dilengkapi pelbagai bentuk latihan bagi menguji kefahaman murid-murid terhadap bahan yang dimuatkan berserta jawapan yang lengkap. KOLEKSI WARISAN BAHASA MELAYU diharapkan dapat membantu murid-murid memahami dan menguasai pelbagai aspek Bahasa Melayu dengan lebih baik lagi.
Author: Bahasa Othman
Publisher: DB United | Audience: Children | 4067 KB, 64 p.
Buku ini adalah himpunan koleksi sastera Melayu yang banyak contoh pengajaran, hiburan dan menguji minda setiap orang yang membacanya. Ia amat berguna untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Author: Muḥammad Hārūn, 1940-
Publisher: DB United | Audience: Children | 1884 KB, 38 p. : col. ill.
Buku ini adalah sebuah kompilasi simpulan bahasa untuk dipelajari oleh anak-anak. Ia merupakan sebahagian dari pusaka bahasa Melayu yang dihadiahkan oleh nenek moyang kita. Semoga kita bersama menjaga dan menggunakannya.
Author: Muḥammad Hārūn, 1940-
Publisher: DB United | Audience: Children | 1774 KB, 37 p. : col. ill.
Buku ini adalah sebuah kompilasi simpulan bahasa untuk dipelajari oleh anak-anak. Ia merupakan sebahagian dari pusaka bahasa Melayu yang dihadiahkan oleh nenek moyang kita. Semoga kita bersama menjaga dan menggunakannya.
Author: Amina Haji Noor
Publisher: DB United | Audience: Children | 27337 KB, 198 p.
Pelbagai simpulan bahasa dan peribahasa untuk rujukan pelajar.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 12675 KB, 42 p. : ill.
Raihana dan adiknya, Reza tinggal bersama-sama datuk dan nenek mereka yang telah tua dan agak uzur. Mereka menjadi yatim piatu setelah ibu bapa mereka meninggal dunia dalam suatu kebakaran. Namun, mereka tetap bersyukur kerana mempunyai datuk dan nenek yang amat menyayangi mereka.
Author: Jamilah Hj. Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 4145 KB, 72 p. : ill.
Buku ini mengisahkan tentang kehidupan empat orang adik-beradik yang kehilangan ayahnya dalam suatu tragedi di tempat kerja. Ibunya terpaksa keluar bekerja untuk menampung kehidupan mereka. Malangnya, dia dan adik bongsu mereka telah terbabit dalam satu kemalangan jalan raya. Ibu mereka pula meninggal dunia dan adiknya dimasukkan ke hospital. Kos rawatannya telah ditanggung oleh seseorang yang tidak mahu dikenali.
Author: Arif Salleh
Publisher: DB United | Audience: Children | 2343 KB
Syahid berasa sungguh gelisah dan susah hati. Cikgu Raiz menyuruhnya membayar wang peperiksaan sekolah. Jikalau dia menangguhkan pembayaran lagi, dia tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan.
Author: Fidah Rahmad
Publisher: DB United | Audience: Children | 39826 KB, 24 p.
Siri Wirawan Si Cilik memaparkan watak kanak-kanak yang digambarkan sebagai kanak-kanak yang bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab itu merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang berlaku di sekeliling mereka.
Author: M. Aini
Publisher: DB United | Audience: Children | 4230 KB, 18 p. : col. ill.
Singa tua sedang sakit. Banyak binatang yang pergi menziarahinya. Musang juga ingin melawat Singa tua. Dia pun keluar untuk pergi ke tempat kediaman Singa tua. Malangnya, Musang tidak tahu bahawa semua binatang yang melawat Singa tua akan dimakannya.
Author: Siti Ida Alias
Publisher: DB United | Audience: Children | 23531 KB, 32 p.
Siri ini menyediakan bahan bacaan berunsur kreatif tentang pementasan teater atau drama pentas untuk kanak-kanak. Lapan cerita yang dipaparkan merangkumi pelbagai tema seperti tema fantasi, realiti, kemasyarakatan, haiwan dan sebagainya.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 1973 KB, 16 p.
Singa mengenali tentera yang menolongnya..
Author: Norul Azila Arifin
Publisher: DB United | Audience: Children | 1927 KB, 16 p.
Singa ditipu oleh pelanduk.
Author: Adi Alhadi
Publisher: DB United | Audience: Children | 12435 KB, 47 p. :ill. col.
Singapura dilanggar todak adalah antara cerita lisan turun temurun yang diabadikan dalam buku penglipur lara kanak-kanak. Kisah seorang anak yang pintar mencadangkan supaya membuat benteng dari batang pisang untuk menyelamatkan nyawa penduduk Singapura dari ditikam dengan ikan todak. Malangnya kecerdekan anak yang pintar dibalas dengan dia dia hukum bunuh.
Author: Zabri Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Young people | 1618 KB, 86 p.ill
Bertujuan membantu murid-murid memahami pelbagai aspek keindahan Bahasa Melayu yang diolah dengan teliti berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR yang terkini. KOLEKSI WARISAN BAHASA MELAYU sewajarnya menjadi pilihan kerana memberikan bahan rujukan berkualiti, melalui gabungan teks yang mudah difahami berserta ilustrasi yang menarik bagi menambah pemahaman. Siri ini juga dilengkapi pelbagai bentuk latihan bagi menguji kefahaman murid-murid terhadap bahan yang dimuatkan berserta jawapan yang lengkap. KOLEKSI WARISAN BAHASA MELAYU diharapkan dapat membantu murid-murid memahami dan menguasai pelbagai aspek Bahasa Melayu dengan lebih baik lagi.
Author: Kuek Ser, Kuang Hong
Publisher: DB United | Audience: Children | 3091 KB, 16 p.
Perlumbaan siput dengan rusa.
Author: Muhammad Haziq
Publisher: DB United | Audience: Children | 3907 KB, 64 p.
Siri ini membincangkan jenis-jenis lebihan aluminum dan kegunaannya apabila dikitar semula.
Author: Muhammad Haziq
Publisher: DB United | Audience: Children | 5792 KB, 64 p.
Siri ini memperkatakan pembinaan dan sisa pertanian yang terdapat di negara kita, termasuk punca ia berlaku, kesan ke atas alam sekitar dan manusia serta langkah-langkah untuk mengitar semula bahan-bahan tesebut.
Author: Muhammad Haziq
Publisher: DB United | Audience: Children | 5587 KB, 64 p.
Siri ini membincangkan jenis sisa elektronik dan kelebihan bahan-bahan kitar semula
Author: Muhammad Haziq
Publisher: DB United | Audience: Children | 4174 KB, 64 p.
Siri ini membincangkan jenis-jenis kaca dan bagaimana ia dijadikan. Juga membincangkan proses kaca dikitar semula.
Author: Muhammad Haziq
Publisher: DB United | Audience: Children | 4819 KB, 64 p.
Siri ini membincangkan jenis-jenis kertas yang dibuang dan kegunaannya apabila dikitar semula.
Author: Muhammad Haziq
Publisher: DB United | Audience: Children | 3598 KB, 64 p.
Siri ini membincangkan jenis-jenis plastik dan kegunaannya apabila dikitar semula.
Author: Ibnu AlHusni, Nashir Shalih
Publisher: DB United | Audience: Adult | 141576 KB, 265 p.
Karya terjemahan yang memaparkan ilmu-ilmu kedoktoran di zaman Rasulullah SAW.
Author: Fatiqa Oky
Publisher: DB United | Audience: Children | 3378 KB, 34 p. : col. ill.
Siti Haida mempunyai ibu yang bekerja sebagai pembuat batik di Kuala Terengganu. Setiap kali cuti sekolah, dia akan menolong ibunya. Pada hari itu, temannya yang bernama Vanida telah datang untuk bercuti bersamanya. Siti Haida membawa Vanida melawat kilang batik.
Author: Nur Zalida
Publisher: DB United | Audience: Children | 2974 KB, 34 p. : col. ill.
Ibu Siti Haida, Puan Safiah, adalah seorang pembuat batik. Siti Haida sering membantu ibunya sewaktu cuti sekolah. Ketika sahabat pena Siti Hajar, Vanida, datang menziarahinya, dia telah membawanya ke kilang batik.
Author: Siti Zawiyah Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 2906 KB, 36 p. : col. ill.
Siti Muslihat adalah anak bongsu kepada Encik Kassim dan isterinya, Mak Salmi dan mempunyai cita-cita menjadi seorang guru. Cita-cita Siti Muslihat di sokong oleh abangnya, Amir dan ayahnya telah berjanji untuk membawa mereka sekeluarga berjumpa dengan kawannya yang bekerja sebagai guru.
Author: Mohd Sofwan Amrullah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 21532 KB, 523 p.
Menjawab pelbagai kemusykilan dalam masalah ibadat dan kehidupan.
Author: Ramian Ahmad
Publisher: DB United | Audience: Children | 14177 KB, 24 p. ill.
Buku fardu ain Karisma adalah sesuai untuk para pelajar Tahap 1 dan 11 sekolah rendah. Buku ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami dengan menggunakan kaedah bercerita atau soal jawab.
Author: Azmi Ahmat
Publisher: DB United | Audience: Children | 29150 KB, 22 p. ill.
Rukun Islam mempunyai lima perkara iaitu mengucap dua kalimah shahadat, solat lima waktu sehari semalam, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan. Buku-buku dalam siri ini dibahagikan kepada enam dengan memisahkan wuduk dan solat agar pelajar boleh memahami langkah demi langkah. Diharapkan buku-buku ini mampu memberi pemahaman asas kepada pelajar mengenai Rukun Islam.
Author: Samsuddin Pehan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1237 KB, 28 p. : col. ill.
Encik Karim adalah seorang ahli perniagaan yang selalu mengabaikan kebajikan para pekerjanya. Dia sering melambat-lambatkan pembayaran gaji mereka. Oleh itu, mereka sangat benci kepada majikan mereka itu.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 3939 KB, 18 p. : col. ill.
Munawir adalah seorang pengembala yang gigih. Dengan kegigihannya itu, dia telah berjaya menjadi kaya. Tetapi malangnya selepas hidup Munawir dan keluarganya senang, dia mula bersikap malas dan sombong. Dia menyuruh hamba-hambanya untuk menguruskan semua keperluannya.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 33736 KB, 26 p. : ill.
Soni adalah seekor sotong yang cerdik. Pada suatu hari, duit Jiji telah dicuri di Selat Sotong. Soni telah menyiasat perkara tersebut dan mendapat satu rancangan untuk menangkap si pencuri itu.
Author: Muhd Nur Azian Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 21109 KB, 22 p. ill.
Cerita Pak Pandir telah diperdengarkan turun temurun secara lisan oleh nenek moyang kita. Justeru itu Pak Pandir sememangnya sudah sinonim dengan sifat kebodohan dan lurus bendulnya yang sering diperkatakan dalam masyarakat Melayu untuk memberi teladan dan pengajaran kepada kanak-kanak. Dalam Siri Jenaka Pak Pandir ini watak utamanya berkisar kepada kehidupan Pak Pandir yang dungu dan terlalus lurus. Sifatnya yang demikian menjadikan kehidupannya sering ditimpa masalah. Namun, di sebalik kedunguan dan kebodohan Pak Pandir, terselit unsur-unsur moral dan pengajaran serta hiburan kepada para pembaca.
Author: Abdul Razak Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 124147 KB, 275 p. ill.
Disangka tindakan melepaskan Som adalah jalan yang terbaik dalam hidupnya. Dengan mengejar cinta baru Karim yakin kebahagiaan akan menjadi miliknya buat kali kedua.Sayangnya permata yang disangka berharga rupanya kaca yang berselindung di balik kilauannya. Sinarnya tidak lama. Cinta yang dicurah dan ditatang, tuba pula yang diterimanya.
Author: Siti Ida Alias
Publisher: DB United | Audience: Children | 14359 KB, 32 p.
Siri ini menyediakan bahan bacaan berunsur kreatif tentang pementasan teater atau drama pentas untuk kanak-kanak. Lapan cerita yang dipaparkan merangkumi pelbagai tema seperti tema fantasi, realiti, kemasyarakatan, haiwan dan sebagainya.