Showing 101 - 150 of 202
Author: Bahasa Othman
Publisher: DB United | Audience: Children | 5464 KB, 26 p. ill
Raja Mahawangsa telah memerintahkan semua manusia dan binatang tidak boleh keluar mencari makan atau membuat aktiviti lain pada waktu. Burung pungguklah binatang yang paling berat sekali memikul tanggungjawab ini. Ketua burung pungguk berjumpa dengan Raja tentang masalah mereka tidak dapat meihat dengan jelas pada waktu siang. Raja memahami dan membenarkan kaum pungguk keluar pada waktu malam.
Author: Ishak Hamzah
Publisher: DB United | Audience: Children | 5161 KB, 21 p. ill.
Siri peribahasa emas karisma adalah bahan bacaan murid-murid sekolah rendah. Cerita dan Ilustrasinya menarik. Ia dapat menguji minda murid-murid dengan soalan-soalan yang disediakan.
Author: Ramuzam Dahlan
Publisher: DB United | Audience: Children | 21109 KB, 18 p. ill.
Ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita yang disampaikan adalah mudah, menarik dan sarat dengan teladan.
Author: Jamilah Haji Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 37447 KB, 24 p.
Siri Moral Jauhi Buli telah digarap untuk diteladani oleh pembaca tentang keburukan sikap buli yang berlaku di sekolah dan di mana-mana.
Author: Arif Salleh
Publisher: DB United | Audience: Children | 2646 KB, 35 p. : col. ill.
Kampung Titi Nipah dilanda banjir. Sewaktu Adam berada di tempat pemindahan, dia teringat akan Nenek Pinah, seorang nenek tua yang baik hati dan pandai bercerita. Adam pun segera mengajak temannya untuk melihat keadaan Nenek Pinah.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 2057 KB, 28 p. : col. ill.
Telah lama Anira dan Bakri memandang Mak Mah dari jauh. Mereka berasa sangat kasihan dengan orang tua itu yang hidup sebatang kara. Mereka berdua akhirnya membuat keputusan untuk menziarahi Mak Mah.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 2200 KB, 28 p. : col. ill.
Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Milah bercadang untuk menziarahi datuk dan neneknya di kampung. Dia juga bercadang untuk membawa Nani bersamanya. Nani, yang mendapat tahu tentang ajakan Milah, sangat gembira dan ghairah untuk bercuti di kampung.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 5009 KB, p. 92 : ill.
Apabila pihak sekolah menganjurkan pertandingan kebudayaan, Pasukan Pengakap Darat tidak melihat pertandingan itu sebagai suatu tugas yang mencabar. Mereka bersikap sambil lewa sehinggalah hari terakhir untuk mendaftarkan penyertaan. Mereka ingin membuat persembahan Opera Cina, tetapi telah ada kumpulan lain yang akan mempersembahkannya.
Author: Halimah Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Remaja menengah rendah dan atas | 20080 KB, 25 p.ill
Siri Keluarga Encik Amin ditulis khusus untuk bacaan murid-murid tahap satu terutamanya Tahun Dua dan Tiga. Ini memandangkan bahan bacaan peringkat ini agak kurang. Siri Keluarga Encik Amin mengisahkan kehidupan keluarga Encik Amin. Siri ini mengandungi banyak pengajaran seperti menghormati dan menyayangi ibu bapa, semangat kejiranan, semangat bekerjasama dan sebagainya. Bahan bacaan seperti ini sangat bermanfaat kerana dapat membentuk peribadi anak-anak. Bahasa yang digunakan amat sesuai dengan kebolehan berbahasa murid. Ilustrasi yang menarik dapat menambahkan minat dan memupuk semangat suka membaca di kalangan anak-anak.
Author: Arif Salleh
Publisher: DB United | Audience: Children | 2421 KB, 32 p. : col. ill.
Adam adalah seorang pemuda yang berhati mulia. Dia tidak boleh melihat orang dalam kesusahan. Kerana itu dia sengat gemar berbakti kepada orang-orang susah. Adam adalah pemuda contoh yang patut diikuti semua generasi.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1770 KB, 28 p. : ill.
Gundana ahli sihir yang mempunyai anak yang bernama Nurdana. Dia selalu menganggu ibunya. Pada suatu hari, akibat terlalu marah terhadap anaknya, Gundana telah menyumpah Nurdana menjadi buah yang mempunyai banyak mata.
Author: Daud Mohd Salleh
Publisher: DB United | Audience: Adult | 96241 KB, 181 p.
Membincangkan mengenai perkhabaran gembira kemenangan Islam.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 4634 KB, 18 p. : col. ill.
Ini adalah kisah mengenai seorang alim bernama Abdul Malek. Doanya sangat maqbul. Dia mampu menyembuhkan berbagai penyakit dengan doa dan ayat-ayat al-quran yang dibacanya. Kebolehannya itu membuatkan dia masyhur di serata negeri.
Author: Anis Sabrina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1277 KB, 93 p. : ill.
Cerita ini mengisahkan tentang Milah dan keluarganya. Keluarga Milah kurang pendapatan maka ibu Milah menolong suaminya dengan menjaja kuih-muih dan nasi lemak. Ibu Milah cuba memujuk Milah supaya membawa jajaannya ke sekolah. Pada mulanya Milah segan tetapi lama-kelamaan Milah mula mengambil tempahan dari rakan-rakan dan guru-gurunya. Usaha mereka sekeluarga semakin berhasil dan ibu dan bapa Milah berjaya menjadi usahawan.
Author: Noorma Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young People | 1400 KB, 125 p.ill
Cerita-cerita dalam buku ini menerapkan pengajaran untuk dijadikan panduan kepada para pembaca muda sekali gus melengkapkan diri dengan pengetahuan.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1576 KB, 28 p. : col. ill.
Seekor kera dan kura-kura adalah sahabat baik. Kura-kura telah menanam pokok pisang, dan setelah pokok itu berbuah, kura-kura ingin memberikan pisangnya kepada kera. Akan tetapi, kera berbohong kerana sifat egonya dan berkata bahawa dia telah memakan pisang dari pokoknya sendiri.
Author: Noorma Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young People | 1412 KB, 128 p.ill
Cerita-cerita dalam buku ini menerapkan pengajaran untuk dijadikan panduan kepada para pembaca muda sekali gus melengkapkan diri dengan pengetahuan.
Author: Mohamad Zaem
Publisher: DB United | Audience: Children | 1455 KB, 28 p. : col. ill.
Murad suka berangan bahawa dia adalah watak dalam buku yang dibacanya. Ketika membaca sebuah buku tentang pengembaraan angkasa lepas, dia membayangkan bahawa dia adalah kapten kapal angkasa yang bernama Gagah-Teroka.
Author: Aishah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 19971 KB, 81 p. :ill. col.
Sebuah buku kraftangan yang dihasilkan oleh Aishah sendiri untuk dikongsikan pengalaman bersama pembaca.
Author: M. Saleh Mahyat
Publisher: DB United | Audience: Children | 1071 KB, 48 p. ill
Ibu bapa Amin mempunyai ladang menternak ayam, kawan-kawan Amin kagum melihatkan kegigihan mereka. Selain menternak mereka juga menjual ayam goreng.
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Children | 28339 KB, 54 p. ill.
Siri pengalaman ekpedisi ini memaparkan para pelajar sekolah menengah yang berani, cekal dan tabah serta mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengharungi cabaran yang pelbagai.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 1207 KB, 64 p. : col. ill.
Koperal Mohd. Nasir bertugas sebagai ketua seksyen dalam Rejimen Renjer Malaysia. Dia dan kumpulannya ditugaskan untuk menjejaki musuh yang masih berkeliaran di hutan itu. Koperal Mohd. Arif adalah seorang yang berani dan bertanggungjawab.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 6736 KB, 114 p. : ill.
Kehidupan glamor Johan bermula apabila dia menjadi model bagi iklan minuman ringan. Namun, populariti dan glamour ada harganya. Banyak masalah baru yang berlaku hingga hampir-hampir memusnahkan hidup Johan.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 33982 KB, 34 p. col. : ill.
Bagi Profesor Q dan tiga orang rakan-rakannya, menjadi manusia kerdil amat membahayakan. Mereka pun membuat keputusan untuk berperang dengan Atot, manusia robotik ciptaan Profesor Q yang telah menjadikan mereka manusia kerdil itu.
Author: Khairul
Publisher: DB United | Audience: Children | 4606 KB, 18 p. : col. ill.
Cerita ini mengisahkan tentang seekor anak tupai bernama Tik. Pada suatu hari, dia mendapat hadiah sebiji bola daripada bapanya. Tik pun bermain bola itu di padang. Apabila temannya datang untuk bermain bersama, Tik terus menghalau mereka. Dia tidak mahu bermain bersama mereka.
Author: Ishak Hamzah
Publisher: DB United | Audience: Children | 5734 KB, 21 p. ill.
Siri peribahasa emas karisma adalah bahan bacaan murid-murid sekolah rendah. Cerita dan Ilustrasinya menarik. Ia dapat menguji minda murid-murid dengan soalan-soalan yang disediakan.
Author: Lee Guat Eam
Publisher: DB United | Audience: Children | 15080 KB, 17 p.ill
Siri Bacaan Riang Ria menyasarkan pembaca muda demi membantu mereka mewujudkan minat terhadap pembacaan. Bertemakan nilai-nilai murni kebanyakan wataknya dari dunia haiwan. Pola ayatnya pendek dan mudah difahami juga mempunyai ilustrasi yang menarik.
Author: Haisson
Publisher: DB United | Audience: Children | 8464 KB, 16 p.
Di kampung, terdapat seorang lelaki tua yang sakit. Dia mempunyai empat anak lelaki selalu berbeza pendapat. Lelaki tua itu berasa sedih. Dia mahu anak-anaknya hidup dengan aman dan saling mencintai antara satu sama lain. Apakah cara yang cuba dilakukan oleh lelaki tua itu?
Author: Lee, Guat Eam
Publisher: DB United | Audience: Children | 26.94 MB, 20 p. :ill. col.
Anak lebah mahu tinggal sendiri di sebuah sarang yang kecil. Ribut kuat merobohkan sarangnya dan dia bersatu semula dengan lebah-lebah yang lain di sarang mereka yang lebih besar dan kuat.
Author: Khairul
Publisher: DB United | Audience: Children | 5390 KB, 18 p. : col. ill.
Tim dan Tam adalah dua ekor tikus yang berkawan baik. Ketika musim tengkujuh hendak tiba, Tim sudah mula giat mengumpul makanan. Berlainan dengan Tim, Tam pula lebih suka bergembira dan bermain-main. Tim sudah puas menasihatkan Tam. Tetapi malangnya, Tam langsung tidak mempedulikan nasihat kawannya itu.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1282 KB, 28 p. : col. ill.
Suriati mempunyai seorang ayah yang suka mengajaknya bersiar-siar ke taman-taman. Semasa cuti, ayah Suriati membawanya ke taman burung dan taman rama-rama.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 1970 KB, 64 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 188149 KB, 62 p.ill
Siri ini memaparkan nilai-nilai moral yang tinggi serta boleh membentuk keperibadian para pelajar
Author: Wan Nor Saedah
Publisher: DB United | Audience: Children | 4945 KB, 76 p. : ill.
Keluarga Encik Amir berasa runsing apabila mendapati Siti asyik termenung dan tidak banyak bercakap seperti biasa. Rupa-rupanya, Siti sedang merindui Tuk Andak dan ingin menziarahinya di gua tempat tinggalnya. Namun, semasa dalam perjalanan ke Bandar Jerantut, kereta mereka mengalami kerosakan di dalam hutan.
Author: Muhamad Ashraf Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young People | 714 KB, 156 p. ill
Mengandungi 28 cerita-cerita tentang orang-orang soleh, para penganut Islam yang ditindas dan orang-orang yang diuji dan mendapat pertolongan dari Allah dan Rasulullah.
Author: Muhamad Ashraf Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 26536 KB, 144 p.
Siri Muhasabah Minda memuatkan riwayat dan kisah perjuangan para sahabat Nabi Muhammad SAW dan para wali selepas kewafatan baginda. Siri ini mengisahkan tentang semangat jihad yang tinggi dan kesanggupan para sahabat untuk mengorbankan harta benda serta nyawa dalam menempuh pelbagai rintangan demi menegakkan agama Islam.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1375 KB, 28 p. : col. ill.
Ahmad, Jamal, Ah Lek, dan Muthu sahabat baik. Ketika berkhemah di Bukit Berayun, mereka telah bertemu dengan makhluk asing yang dalam perjalanan ke planet Jupiter.
Author: Farahanis
Publisher: DB United | Audience: Children | 779 KB, 96 p. ill
Bob dan Mus cuba mencari gadis yang diculiknya dua bulan lalu yang tertinggal di hutan ketika mereka mengalami perlanggaran. Gadis yang bernama Siti itu ada di dalam hutan bersama Pak Tua yang berupa separuh harimau.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2562 KB, 36 p. : col. ill.
Lisa dan keluarganya baru berpindah ke sebuah rumah yang terletak di sebuah pekan kecil. Pada suatu hari, seekor burung yang sangat cantik hinggap di sebatang dahan pokok. Terpegun dengan kecantikan burung itu, Lisa pun mengekorinya. Tanpa dia sedari, dia mendapati dirinya di sebuah kampung di tengah-tengah hutan.
Author: Norlela Mohd. Nor
Publisher: DB United | Audience: Young people | 963 KB, 80 p.
Koleksi cerpen yang berkisar tentang kehidupan remaja masa kini. Ia digarap dengan berkesan supaya mampu memberi impak kepada golongan remaja dalam aspek hubungan sesama remaja berlainan jantina.
Author: Rosli Nik Mat
Publisher: DB United | Audience: Children | 10779 KB, 22 p. ill.
Siri menghadap Raja Sulaiman adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah bagi mengasah minda pelajar. Buku ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami dengan menggunakan kaedah bercerita.
Author: Harun Arrasyid Hj.Tuskan
Publisher: DB United | Audience: Adult | 6287 KB, 161 p.
Panduan untuk berubat menggunakan ayat Kursi.
Author: Najib A. H.
Publisher: DB United | Audience: Children | 6055 KB, 52 p.
Kisah Pak Teh dengan beruk pintar bernama Pusingan. Pusingan monyet nakal, tetapi dia juga rajin. Pusingan sering membantu Pak Teh memetik buah kelapa. Satu hari, sesuatu telah berlaku kepada Pusingan. Pak Teh kecewa.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 1172 KB, 64 p. : col. ill.
Ugih melihat Jalik berlari ke arahnya dengan wajah yang cemas. Jalik memberitahunya bahawa dia telah melihat pengganas. Mereka terus memberitahu Askar Melayu tentang kehadiran kumpulan pengganas itu.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 5746 KB, 26 p. : col. ill.
Kisah ini menceritakan tentang anak monyet bernama Miki. Pada suatu hari, Miki menangis kerana berasa lapar. Ibunya menyuruh Miki supaya pergi mencari pisang sendiri. Ibunya kata dia perlu hidup berdikari. Miki pun keluar seorang diri untuk mencari pisang.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 6229 KB, 26 p. : col. ill.
Abby ingin mengetahui binatang apakah yang paling besar. Dia pun bertanya kepada ibunya. Ibunya menyuruh Abby mencari jawapannya sendiri. Katanya lagi, Abby perlu berusaha mencari ilmu. Abby berjumpa dengan bermacam-macam binatang tetapi dia masih tidak nampak binatang yang paling besar. Abby tidak putus asa. Dia tetap ingin mencari jawapannya.
Author: LCNA:Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 1735 KB, 64 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author: Suriani Zulkifli
Publisher: DB United | Audience: Children | 26554 KB, 24 p.
Siri ini memberi pengetahuan dan maklumat yang tepat kepada murid-murid tentang pelbagai jenis buah-buahan seperti nangka, nanas, pisang, rambutan, langsat, manggis, durian dan betik. Cerita dalam siri ini dipersembahkan dengan ilustrasi berwarna yang menarik dan bahasa yang mudah difahami.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 169091 KB, 26 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita tentang Yaya, seekor pepatung yang telah mengembara ke merata-rata tempat. Di dalam pengembaraannya itu, dia telah bertemu dengan dua biji betik.
Author: Ishak Hamzah
Publisher: DB United | Audience: Children | 5216 KB, 21 p. ill.
Siri peribahasa emas karisma adalah bahan bacaan murid-murid sekolah rendah. Cerita dan Ilustrasinya menarik. Ia dapat menguji minda murid-murid dengan soalan-soalan yang disediakan.