Showing 51 - 76 of 76
Author: Atiqah Najib
Publisher: DB United | Audience: Young People | 1293 KB, 48 p.
Kehidupan keluarga bertambah susah dengan kematian ayahnya. Ibu harus membesarkan mereka sendirian. Dengan sabar dan kesungguhan mereka dapat mengharungi hidup ini. Namun ibunya pula dipanggil Illahi. Siti berasa sedih. Sekarang dia harus mengambil alih tanggung jawab ibubapanya.
Author: Nurazizan Aziz
Publisher: DB United | Audience: Children | 15535 KB, 50 p. : col. ill.
Buku ini mengandungi fakta-fakta yang pendek, jelas dan baik tentang reptilia. Terdapat juga 60 gambar foto dan ilustrasi yang bermutu tinggi di dalam buku ini. Ianya adalah satu buku pengetahuan yang baik untuk bacaan kanak-kanak.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 657 KB, 71 p. : col. ill.
Yudin benar-benar kecewa dengan sikap Said. Skrip telah disiapkan dan pemilihan pelakon telah dijalankan. Namun, Said telah menarik diri ketika latihan sedang dijalankan. Yudin tidak tahu apa sebab yang membuatkan Said tarik diri.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 11616 KB, 146 p. : ill.
Remy, Chien Wei, dan Prakash teringin sekali menyertai Program Pembimbing Rakan Sebaya. Namun, disebabkan beberapa masalah, Remy dan Prakash terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir.
Author: LCNA:Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 2042 KB, 64 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author: Nurazizan Aziz
Publisher: DB United | Audience: Children | 14570 KB, 38 p. : col. ill.
Buku ini memaparkan punca-punca bencana semula jadi seperti hurikan, puting beliung, ombak gempa dan taufan. Ianya juga mengandungi tentang kesan-kesan kemusnahan dan beberapa langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk ribut.
Author: Leen
Publisher: DB United | Audience: Children | 24215 KB, 24 p.
Keldai sangat pintar dan berani. Dia cuba untuk menuntut kembali wang dan emas yang berlebih-lebihan daripada raja.
Author: Nur Azwani Zulkurnain
Publisher: DB United | Audience: Children | 735 KB, 101 p. : ill.
Siri Sejambak Cerpen Bestari ini merupakan sebuah siri antologi cerpen kontemporari yang diterbitkan khusus untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah rendah. Naskah ini mengandungi sepuluh cerpen yang merangkumi pelbagai tema yang menarik seperti kasih sayang, unsur kemanusiaan, alam sekitar, agama, kritikan sosial dan budaya.
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Children | 22735 KB, 54 p. ill.
Siri pengalaman ekpedisi ini memaparkan para pelajar sekolah menengah yang berani, cekal dan tabah serta mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengharungi cabaran yang pelbagai.
Author: Nur Nadia Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young People | 9603 KB, 40 p.
Bacaan Awal Kesihatan Reproduktif berusaha memberi pendidikan berkaitan hal-hal kesihatan reproduktif kepada para pembaca. Ilmu berkaitan reproduktif amat penting agar remaja dapat mengenal sistem tubuh diri sendiri serta tahu apa perbuatan baik dan buruk berkaitan seksualiti.
Author: Zafe
Publisher: DB United | Audience: Adult | 36838 KB, 147 p. :ill. col.
Kisah cinta dua insan yang berlainan agama. Sue Ann Lin memeluk agama Islam untuk berkawin dengan pemuda yang dicitainya semenjak dari menara gading. Berjayakah pasangan ini mengharungi kehidupan mereka?.
Author: Muḥammad Hārūn, 1940-
Publisher: DB United | Audience: Children | 3114 KB, 33 p. : col. ill.
Kedai emas Sri Baling telah dirompak oleh sekumpulan perompak yang bersenjata. Mereka telah mengambil sejumlah barang kemas yan berharga ratusan ribu ringgit. Perompak-perompak itu dikatakan telah melarikan diri ke sebuah kampung yang berdekatan, kampung Mukim Siong, iaitu kampung kumpulan Tiga Serangkai.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 10912 KB, 80 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1419 KB, 28 p. : col. ill.
Pak Munir telah disuruh oleh isterinya Mak Zilah untuk mencari rotan di dalam hutan. Sewaktu berehat, Pak Munir terlena di bawah sebatang pokok yang rendang. Dia bermimpi bahawa seekor rusa putih memberikannya serumpun benih rotan ajaib.
Author: Zainorraini Nordin
Publisher: DB United | Audience: Children | 1947 KB, 28 p. : col. ill.
Pada suatu hari, seorang ahli sihir telah memberikan sebiji benih kepada sepasang suami isteri untuk ditanam. Mereka pun menanamnya dan menyiramnya setiap hari. Benihnya itu tumbuh menjadi sekuntum bunga yang besar. Pada suatu hari, si isteri sangat terkejut apabila menjumpai seorang kanak-kanak yang comel dalam kelopak bunga besar itu.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 74561 KB, 26 p. : ill.
Rumah-rumah di Kampung Jaya telah rosak teruk ditiup angin kencang. Penghulu kampong menyuruh semua orang kampong berhimpun dan mereka bercadang untuk membina rumah yang baru, tetapi tidak ada satu di antara mereka yang pandai bertukang kecuali Pak Jago. Penduduk kampung telah meminta bantuan dari Pak Jago tetapi dia tidak mahu menolong mereka dengan alasan dia juga mempunyai rumah dan kebun yang harus di uruskan.
Author: Norafidah Bachik
Publisher: DB United | Audience: Children | 53220 KB, 24 p.
Menerusi cerita dalam siri ini, watak-watak digambarkan sebagai murid-murid yang genius dan bijak. Rajin membantu serta peka tentang pelbagai perkara.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 20343 KB, 70 p. ill.
Jamal tidak hadir ke kelas malam Cikgu Farid. Inilah yang menghairankan Zaiyan, Seng Hai dan Kumar. Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Jamal? Apakah Jamal takutkan hantu kubur yang sering digemburkan oleh rakan-rakannya?
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Children | 27713 KB, 73 p. ill.
Dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya, Afiq mencapai dahan pokok kecil itu dan terus menariknya pula. Kemarahan dan kehairanannya bertambah lagi apabila mendapati bahawa seakan-akan terdapat satu kuasa dari dasar tanah itu yang cuba menarik pokok itu ke bawah.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 4362 KB, 52 p. : ill.
Buku ini mengajak para pembaca untuk mengenali teknologi dan peralatan canggih dengan lebih jelas. Rumah pintar adalah salah satu teknologi canggih masa kini. Ianya adalah sebuah rumah biasa yang dilengkapi dan dikawal oleh pelbagai peralatan canggih seperti alat elektrik, teknologi maklumat dan telekomunikasi.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 155085 KB, 26 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita tentang Yaya, seekor pepatung yang suka mengembara dan suka membantu sesiapa sahaja. Pada suatu hari, Yaya hinggap di atas rumput yang hijau dan cantik untuk berehat. Rumput itu dikenali sebagai rumput karpet. Tiba-tiba, rumput itu memarahinya kerana berehat di atasnya.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 1911 KB, 16 p.
Siput mencabar rusa berlumba.
Author: Muhd Nur Azian Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 16206 KB, 22 p. ill.
Cerita Pak Pandir telah diperdengarkan turun temurun secara lisan oleh nenek moyang kita. Justeru itu Pak Pandir sememangnya sudah sinonim dengan sifat kebodohan dan lurus bendulnya yang sering diperkatakan dalam masyarakat Melayu untuk memberi teladan dan pengajaran kepada kanak-kanak. Dalam Siri Jenaka Pak Pandir ini watak utamanya berkisar kepada kehidupan Pak Pandir yang dungu dan terlalus lurus. Sifatnya yang demikian menjadikan kehidupannya sering ditimpa masalah. Namun, di sebalik kedunguan dan kebodohan Pak Pandir, terselit unsur-unsur moral dan pengajaran serta hiburan kepada para pembaca.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1955 KB, 28 p. : ill.
Pak Munir telah disuruh oleh isterinya, Mak Zilah untuk mencari rotan di dalam hutan. Sewaktu berehat, Pak Munir tertidur di bawah sebatang pokok yang rendang. Dia bermimpi bahawa seekor rusa putih memberikannya serumpun benih rotan ajaib.
Author: Rozana Armila Sazali
Publisher: DB United | Audience: Children | 21997 KB, 18 p. ill.
Siri haiwan harmoni ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita yang disampaikan adalah dengan mudah, menarik, dan sarat dengan teladan.
Author: M. Aini
Publisher: DB United | Audience: Children | 4566 KB, 18 p. : col. ill.
Ini kisah tentang seekor rusa yang sombong. Ia sangat bangga dengan tanduknya yang cantik. Tetapi ia tidak suka kakinya yang hodoh. Dia inginkan kaki yang cantik. Pada suatu hari, Rusa terdengar bunyi tembakan. Dia terus berlari meyusup ke dalam semak. Tanpa disedari tanduknya yang cantik tersangkut pada dahan pokok.