Malay banner


Showing 1 - 50 of 283

  1. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4425 KB, [15] p. :ill. col.

    Saad bin Abi Waqqas seorang pemanah yang handal dan antara keistimewaannya yang lain ialah doa-doanya dikabulkan Allah swt.

  2. Author: Muhd Nur Azian Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 16228 KB, 22 p. ill.

    Cerita Pak Pandir telah diperdengarkan turun temurun secara lisan oleh nenek moyang kita. Justeru itu Pak Pandir sememangnya sudah sinonim dengan sifat kebodohan dan lurus bendulnya yang sering diperkatakan dalam masyarakat Melayu untuk memberi teladan dan pengajaran kepada kanak-kanak. Dalam Siri Jenaka Pak Pandir ini watak utamanya berkisar kepada kehidupan Pak Pandir yang dungu dan terlalus lurus. Sifatnya yang demikian menjadikan kehidupannya sering ditimpa masalah. Namun, di sebalik kedunguan dan kebodohan Pak Pandir, terselit unsur-unsur moral dan pengajaran serta hiburan kepada para pembaca.

  3. Author: Hanie Kamiel

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7399 KB, 90 p.

    Jun 12 bukanlah tarikh biasa. Ia adalah tarikh yang saya sentiasa menunggu setiap tahun. Begitu juga dengan keuarga saya. Persoalannya, apa yang istimewa dengan tarikh itu?

  4. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 33800 KB, 70 p. ill.

    Keperwiraan dan semangat kebangsaan peribumi Sarawak terserlah dalam novel ini. Hanya dengan menggunakan senjata tradisional, Sadar dan rakan-rakannya turut berjuang dengan Syarif Masahor, pemerintah Sarikei menentang Inggeris di bumi tanah air mereka.

  5. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 51249 KB, 34 p. col. : ill.

    Profesor Q, Arman, Sailesh, dan Huey Ling sedang berada di kawasan padang yang luas sekali, Safari Afrika. Mereka berada di situ kerana mereka sedang mencari Atot yang telah lari dari rumah dengan menggunakan Mesin Terowong Jelajah.

  6. Author: Rozana Armila Sazali

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 24433 KB, 18 p. ill.

    Siri haiwan harmoni ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita yang disampaikan adalah dengan mudah, menarik, dan sarat dengan teladan.

  7. Author: Fauziah Wan Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 15771 KB, 19 p. ill.

    Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi yang menarik pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.

  8. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1138 KB, 41 p. : ill.

    Fazli sudah mendapat ramai sahabat e-mel sejak menjadi pelanggan majalah Mingguan Pelajar. Sahabat-sahabat emelnya berasal dari berbilang tempat di dalam negara. Dia juga mempunyai kawan dari luar negara. Dia berasa seronok sekali berkenalan dengan mereka.

  9. Author: Mohd. Hanafiah Abdul Latif

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 24235 KB, 17 p.ill

    Siri Bacaan Riang Ria menyasarkan pembaca muda demi membantu mereka mewujudkan minat terhadap pembacaan. Bertemakan nilai-nilai murni kebanyakan wataknya dari dunia haiwan. Pola ayatnya pendek dan mudah difahami juga mempunyai ilustrasi yang menarik.

  10. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3.09 MB, 20 p. :ill. col.

    Kisah kura-kura yang rajin selalu memberi makan pada helang yang pemalas. Kerana selalu dicaci kura-kura tidak mahu lagi memberi helang makan. Helang marah dan mematuk kura-kura tetapi kura-kura dapat menyelamatkan diri.

  11. Author: Nurul Haida

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 64901 KB, 26 p. : col. ill.

    Teman-teman Jojo berasa risau kerana sudah dua hari Jojo tidak ke sekolah. Apabila salah seorang temannya, Nini, pergi ke rumahnya, dia mengetahui bahawa Jojo sedang demam panas. Dia pun mengajak teman-temannya yang lain untuk pergi melawat Jojo.

  12. Author: Halim Ibrahim, 1948-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1196 KB, 26 p. : ill.

    Pipit dan enggang bersahabat baik. Pipit adalah seekor burung yang kecil manakala enggang pula seekor burung yang besar. Enggang sangat baik hati dan tidak sombong. Ia suka menolong pipit. Pipit berasa sangat bertuah mendapat sahabat seperti enggang.

  13. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2770 KB, 16 p.

    Sahabat yang baik menyelamatkan puteri.

  14. Author: Rosalind A.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9503 KB, 20 p. ill.

    Buku cerita 'Siri haiwan pintar' ini adalah himpunan beberapa kisah dongeng untuk menjadi sebahagian daripada sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar.

  15. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5927 KB, 26 p. : col. ill.

    Seekor lebah bernama Meg teringatkan sahabatnya, Kupu-kupu. Sudah lama dia tidak bertemu dengannya. Meg pun keluar mencari Kupu-kupu. Dia tidak tahu di mana Kupu-kupu berada. Maka itu dia pun bertanya serangga-serangga yang dia lihat untuk mengetahui tempat tinggal Kupu-kupu.

  16. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8138 KB, 32 p. ill

    Gagak dan merak bersahabat baik dan kedua-duanya berwarna putih. Raja ingin mempunyai burung yang cantik untuk menjadi penghibur hati di istana. Merak dan gagak mahu mewarnakan bulu mereka supaya nampak cantik. Gagak telah mewarnakan bulu merak dengan berbagai warna dan kelihatan sangat cantik. Sebaliknya merak merasa dengki dan berniat jahat meyimbahkan warna hitam kebulu gagak.

  17. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 663 KB, 22 p.ill

    Setiap cerita di tulis dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi kaya dengan unsur-unsur sastera misalnya penggunaan perumpamaan, bahasa kiasan dan sebagainya.

  18. Author: Samsuddin Pehan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1204 KB, 28 p. : col. ill.

    Fuad dan Azmi adalah dua sahabat yang baik. Mereka telah berkawan sejak kecil lagi. Azmi mempunyai sebuah syarikat sendiri sementara Fuad pula asyik menukar pekerjaan. Pada suatu hari, Fuad membuat kuputusan untuk berniaga dan Azmi telah berjanji untuk menolongnya sekiranya Fuad berhenti dari kerjanya. Namun, Azmi memungkiri janjinya.

  19. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 13044 KB, 10 p. :ill. col.

    Umar al-khattab yang ketika itu belum memeluk Islam memarahi adiknya Fatimah dan iparnya Said kerana memeluk agama Islam. Setelah melihat kandungan al-Quran hatinya berubah.

  20. Author: Sharifah Omar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2072 KB, 28 p. : ill.

    Kassim Baba adalah orang miskin yang pemalas tetapi baik hati. Pada suatu hari, isteri Kassim Baba menyuruhnya untuk mencari kayu api. Ketika mencari kayu api, Kassim Baba berehat seketika lalu tertidur. Tiba-tiba, dia dikejutkan oleh satu bunyi yang bising. Dia pun melihat ke arah itu dan ternampak sekumpulan penyamun sedang membawa barang-barang.

  21. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1700 KB, 16 p.

    Pembunuhan berlaku akibat salah faham.

  22. Author: Nurul Hawa Mohd. Sanif

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 992 KB, 160 p.

    Siri Bersatu Banteras Kriminil ditulis berunsurkan semangat perpaduan dalam kehidupan pelajar. Cerita-cerita yang dipaparkan mengandungi unsur-unsur motivasi, panduan dan pembimbing kepada pelajar supaya dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia, berkualiti dan berintegriti.

  23. Author: Hakimi, Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6.10 MB, 119 p. :ill.

  24. Author: Hamdan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5655 KB, 24 p. : ill.

    Salmah hidup sebatang kara tanpa keluarga ataupun saudara-mara. Dia menyara hidup dengan mengambil upah mencuci kain. Pada suatu hari, ketika mencuci kain, Salmah terjumpa sebiji pinggan emas timbul di permukaan air.

  25. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5.40 MB, 55 p. :ill.

    Mengisahkan nasib Rajan yang selalu dibuli oleh budak-budak nakal. Setiap hari Bob dan Man mengganggu Rajan serta merampas wang sakunya. Akibatnya, Rajan terpaksa menahan lapar ketika di sekolah. Rajan mendapat tahu bahawa beberapa orang murid lain juga menghadapi masalah yang sama. Rajan bercadang hendak melaporkan hal itu kepada guru disiplin tetapi rakan-rakannya takut kepada Bob dan Man. Apakah tindakan Rajan? Dapatkah Rajan menyelesaikan masalahnya?

  26. Author: A. Ghani Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4809 KB, 18 p. ill.

    Siri asal usul tempat adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita dan ilustrasinya menarik. Ia dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang asal usul sesuatu tempat.

  27. Author: Rosli Nik Mat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12143 KB, 22 p. ill.

    Siri menghadap Raja Sulaiman adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah bagi mengasah minda pelajar. Buku ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami dengan menggunakan kaedah bercerita.

  28. Author: Lee Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 18970 KB, 17 p.ill

    Siri Bacaan Riang Ria menyasarkan pembaca muda demi membantu mereka mewujudkan minat terhadap pembacaan. Bertemakan nilai-nilai murni kebanyakan wataknya dari dunia haiwan. Pola ayatnya pendek dan mudah difahami juga mempunyai ilustrasi yang menarik.

  29. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 29.44 MB, 20 p. :ill. col.

    Buaya melepaskan semua binatang kecil yang ditangkapnya dengan harapan dia dapat makan gajah yang besar supaya dia boleh kenyang sebulan. Akhirnya dia mati dipijak oleh gajah.

  30. Author: Rosli Nik Mat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 13034 KB, 22 p. ill.

    Siri menghadap Raja Sulaiman adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah bagi mengasah minda pelajar. Buku ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami dengan menggunakan kaedah bercerita.

  31. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 913 KB, 26 p.ill

    Setiap cerita di tulis dengan menggunakan bahasa yang mudah tetapi kaya dengan unsur-unsur sastera misalnya penggunaan perumpamaan, bahasa kiasan dan sebagainya.

  32. Author: Hakimi, Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 914 KB, 16 p. : ill.

    Sang Kancil telah terjatuh ke dalam perigi buta. Dia cuba melompat naik namun tidak berhasil. Sang Kancil mendapat akal lalu bernyanyi-nyanyi kuat dengan harapan suaranya akan didengari oleh binatang lain. Sang Harimau, Sang Gajah, Sang Badak, Seladang, Rusa serta Kijang terpedaya dengan helah Sang Kancil dan mereka turut terjun ke dalam perigi kerana bimbang tentang malapetaka yang dikatakan oleh Sang Kancil. Sang Kancil menggeletek Sang Gajah sehingga membuat Sang Gajah marah lalu dibelit tubuh Sang Kancil dengan belalainya dan dihumban ke aras perigi. Sang Gajah dan binatang-binatang yang lain mula sedar bahawa mereka telah ditipu oleh Sang Kancil.

  33. Author: Jantan Umbat, 1945-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 25461 KB, 32 p. ill.

    Buku cerita 'Siri bacaan khazanah bangsa' ini adalah himpunan beberapa kisah dongeng untuk menjadi sebahagian daripada sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar.

  34. Author: Puteri Zulaikha Baharuddin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2183 KB, 28 p. : col. ill.

    Pada suatu hari, Sang Kancil ternampak pokok rambutan yang lebat buahnya di tepi sungai. Malangnya dia tidak mampu berenang. Tiba-tiba dia terpandang Buaya muncul di permukaan air. Akhirnya Sang Kancil yang cerdik itu mendapat akal bagaimana untuk menyeberang sungai.

  35. Author: Izawati

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 45120 KB, 26 p. : col. ill.

    Suasana di Hutan Balau sangat aman damai. Semua binatang yang tinggal di situ saling bantu-membantu antara satu sama lain. Hanya Sang Kancil sahaja yang meminggirkan dirinya kerana merasa dirinya pandai.

  36. Author: Rosli Nik Mat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 10408 KB, 22 p. ill.

    Siri menghadap Raja Sulaiman adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah bagi mengasah minda pelajar. Buku ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami dengan menggunakan kaedah bercerita.

  37. Author: Hazimi Marek

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6007 KB, 24 p. ill

    Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh semua biantang dalam mesyuarat setiap hari seekor binatang akan menjadi mangsa sipemburu apabila dia datang kehutan. Apabila datang giliran monyet, dia tidak menyerah begitu saja. Dengan kepintarannya sipemburu telah tertembak sarang tabuan.

  38. Author: Hazimi Marek

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5382 KB, 24 p. ill

    Sang musang menyelamatkan petani dari di patuk ular. Sebagai balasan dia diberikan ayam oleh petani. Kerana kerakusannya yang mahukan ayam setiap hari, petani menjadi marah dan menyuruh anjing-anjingnya mengejar musang.

  39. Author: E-man

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3.08 MB, 159 p. :ill.

    Antara keluarga kehormat yang mendapat jolokan pahlawan Melayu menentang Inggris ialah Sang rajuna Tapa, Bendahara Datuk Seri Nara Diraja, Pengeran Muda Hashim dan Bndahara Paduka Raja.

  40. Author: A. Ghani Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3171 KB, 14 p. ill.

    Siri cerita klasik adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Pengolahan cerita dan ilustrasinya menarik. la dapat menguji minda murid-murid dengan soalan pemahaman, cari jalan, bina perkataan dan perkataan seerti.

  41. Author: Izawati

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 55395 KB, 26 p. : col. ill.

    Pada suatu hari, Sang Gajah dan Sang Kancil telah membantu Sang Samba yang telah terjatuh ke dalam sebuah lubang. Sang Samba berasa amat terhutang budi kepada mereka berdua. Dia membalas jasa Sang Kancil dan Sang Gajah apabila mereka ditimpa kesusahan.

  42. Author: Izawati

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 82383 KB, 26 p. : col. ill.

    Sang Samba sudah dua hari tidak makan. Nasibnya baik apabila dia ternampak seekor arnab. Arnab itu telah memujuk Sang Samba untuk memakan seekor sang kancil yang berada berdekatan di situ. Sang Samba yang tamak telah melepaskan si arnab untuk menangkap sang kancil yang belum tentu dia dapat.

  43. Author: Haslinda Hamid

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1699 KB

    Mastura adalah seorang anak yatim piatu yang hodoh. Dia telah diambil oleh Tuan Rais dan Puan Julia untuk dijadikan anak angkat. Malangnya, Puan Julia telah memperhambakan anak angkatnya itu.

  44. Author: Chan, Siew Mooi

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1586 KB, 25 p. : col. ill.

    Sara dan ibunya hidup di dalam keadaan yang miskin tetapi mereka tetap berhati mulia. Setelah membantu seorang perempuan tua pada suatu hari, mereka dihadiahkan dengan kuali sakti. Namun, tidak lama kemudian, kuali itu telah dicuri oleh majikan mereka.

  45. Author: Nurul Iman Ramli

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5728 KB, 29 p. : ill., ports.

    Dato' Shahnon Ahmad adalah seorang tokoh sastera negara. Beliau banyak melahirkan karya yang berlatarbelakangkan desa kelahirannya. Karya-karyanya banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan perjalan hidupnya sendiri.

  46. Author: Ridzuan Amin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8844 KB, 16 p.

    Fahim and Haziq berasa gembira dapat melawat zoo. Binatang apakah yang dapat mereka lihat di sana?

  47. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2.45 MB, 118 p. :ill.

  48. Author: Arif Salleh

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2517 KB, 35 p. : col. ill.

    Zaini adalah seorang ketua pengawas yang terlalu tegas dan sombong. Setiap kesalahan murid-murid akan dilapor kepada guru disiplin walaupun kesalahan itu amat kecil. Kesal dengan tindakannya, Rosni, Swee Lan dan Aznida ingin membuat sesuatu untuk mengajar Zaini.

  49. Author: Ruslan Ngah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1451 KB, 160 p. : col. ill.

    Kak Manirah sangat risau melihat emaknya yang semakin sakit. Gajinya yang kecil membuatkan dia tidak mampu untuk menghantar ibunya ke klinik pakar. Sementara itu, adiknya Zahar pula selalu keluar bermain di luar walaupun peperiksaannya semakin dekat.

  50. Author: Samsuddin Pehan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1193 KB, 28 p. : col. ill.

    Kisah ini mengenai seorang saudagar kaya yang berdagang kain sutera. Dia seorang yang sombong dan selalu menzalimi para pekerjanya. Pada suatu hari, datang seorang lelaki tua ingin menjual ulat-ulat sutera kepadanya. Malangnya, orang tua itu dihina dan dihalaunya.

F: 216AND73AND216AND200;

R: 100AND121AND102AND28;

0
False
False
https