Showing 1 - 50 of 76
Author: Rahmad D
Publisher: DB United | Audience: Children | 39375 KB, 22 p.
Ini memuatkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.
Author: Maisarah Taufik
Publisher: DB United | Audience: Adult | 141657 KB, 307 p.
Buku ini ditujukan khas untuk para ibubapa yang prihatin terhadap pelajaran cemerlang anak mereka.
Author: Jauhar Isnani
Publisher: DB United | Audience: Adult | 44003 KB, 105 p.
Memaparkan rahsia dan peranan kasih sayang dalam keluarga.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 5.51 MB, 117 p. :ill.
Author: Rosnani Rifin
Publisher: DB United | Audience: Children | 13133 KB, 66 p. ill.
Mengisahkan kehidupan Asri yang dibelenggu kemiskinan berada dalam dilema antara ingin meneruskan persekolahan ataupun berhenti sekolah.
Author: Nur Azlan Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 3674 KB, 66 p. : col. ill.
Karim terpinga-pinga melihat Chong Beng tergesa-gesa mendayung sampannya. Tiba-tiba dia terpandang sampan kecil yang bergerak laju seperti menggunakan enjin. Cerita yang selalu dia dengar tentang sampan itu baru sekarang dipercayainya.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 12324 KB, 50 p. : col. ill.
Selepas menemui sebuah tempat istimewa di istana lama Zorio, Rio telah mengajak Hairi, Chang Chan, dan Sylesh melawat tempat itu. Lawatan ke kota lama yang amat menakjubkan itu akhirnya berubah menjadi malapetaka apabila mereka terjerumus ke dalam sebuah lubang yang ditemui mereka.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 39209 KB, 34 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita mengenai Gua Katu yang terletak jauh di pendalaman Hutan Kemuning. Terdapat beberapa cerita pelik mengenai gua itu dan ada yang mengatakan bahawa Gua Katu mempunyai penunggu.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 4654 KB, 88 p. : ill.
Hubungan Amy dengan jiran barunya yang bernama Kak Anne semaking renggang kerana suatu salah faham. Dia mula membenci jirannya itu dan menganggap wanita itu aneh setelah mengetahui dia sebenarnya adalah seorang tukang tilik. Amy mengesyaki dia juga terlibat dalam kegiatan penipuan dan akibat dari itu, Amy telah diculik.
Author: Mohd Sofwan Amrullah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 144003 KB, 271 p.
Memaparkan rahsia bagaimana manusia mencapai kebahagiaan dan ketenangan jiwa.
Author: Fidah Rahmad
Publisher: DB United | Audience: Children | 46141 KB, 24 p.
Siri Wirawan Si Cilik memaparkan watak kanak-kanak yang digambarkan sebagai kanak-kanak yang bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab itu merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang berlaku di sekeliling mereka.
Author: Hj. Abdul Halim Bashah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 25836 KB, 171 p.
Kupasan tentang lebah dan manfaatnya.
Author: Al-Syeikh Muchtar bin. Abu Bakar Bawazir
Publisher: DB United | Audience: Adult | 8512 KB, 167 p.
Rujukan khas untuk kaum adam.
Author: Amina Noor
Publisher: DB United | Audience: Adult | 4341 KB, 114 p.
Pelbagai cara tradisional dimuatkan di dalam buku ini.
Author: S. A. Dian
Publisher: DB United | Audience: Children | 2466 KB, 56 p. : ill.
Oleh kerana marah terhadap isterinya yang membantu kanak-kanak miskin dengan wangnya, Pak Malau telah memukulnya hingga mati tanpa sengaja. Dia ingin merahsiakan hal tersebut tetapi, seorang budak miskin yang bernama Wahab telah menyaksikan kejadian itu.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2591 KB, 36 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita tentang seorang budak perempuan yang bernama Leela. Dia adalah budak yang paling kurus berbanding dengan kawan-kawannya. Walau sebanyak mana pun yang Leela makan, badannya tetap kurus. Ibunya sangat risau tentang berat badan anaknya itu, lalu merancang untuk berjumpa dengan doktor.
Author: Nurul Hawa Mohd. Sanif
Publisher: DB United | Audience: Children | 974 KB, 160 p.
Siri Bersatu Banteras Kriminil ditulis berunsurkan semangat perpaduan dalam kehidupan pelajar. Cerita-cerita yang dipaparkan mengandungi unsur-unsur motivasi, panduan dan pembimbing kepada pelajar supaya dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia, berkualiti dan berintegriti.
Author: Farahanis
Publisher: DB United | Audience: Children | 740 KB, 112 p. ill
Melissa diculik oleh Abang Zack dan Black untuk dijual kepada sindiket pelacur. Black ditembak oleh Zack dalam satu pertengkaran. Melissa sempat diselamatkan oleh kawan-kawannya.
Author: Bawazir, Syeikh Muchtar Abu Bakar
Publisher: DB United | Audience: Adult | 966 KB, 167 p.
Rujukan khas untuk kaum hawa.
Author: Luqman Hadi
Publisher: DB United | Audience: Adult | 34771 KB, 120 p.
Seribu satu rahsia yang perlu anda tahu tentang wanita.
Author: Ahmad Marzuki Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 88023 KB, 152 p. ill.
Dalam menimba ilmu pengetahuan, maklumat dan kemahiran, setiap pelajar tanpa mengira tahap persekolahan perlu mendekatkan diri dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa memiliki kejayaan dan kecemerlangan. Mereka mampu membantu diri kita mencorak perjalanan hidup yang lebih bermanfaat. Kegigihan kita dalam soal ini, membantu diri sendiri memulakan tindakan untuk mengenal pasti pendekatan terbaik meminimumkan kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Buku-buku dalam siri ini mengupas persoalan yang terdapat di dalam diri setiap pelajar dengan cuba menangani masalah dan memberi idea-idea yang mampu membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan diri.
Author: Nur Zalida
Publisher: DB United | Audience: Children | 13357 KB, 22 p. ill.
Siri teladan intan adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita dan ilustrasinya menarik.
Author: Sulaiman Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 1989 KB, 16 p.
Raja yang gemar akan darah manusia.
Author: Adi Alhadi
Publisher: DB United | Audience: Children | 10704 KB, 43 p. :ill. col.
Raja bersiung adalah antara cerita lisan turun temurun yang diabadikan dalam buku penglipur lara kanak-kanak. Kisah seorang raja yang jahat dan kegemarannya ialah memakan makanan yang bercampur dengan darah dan juga daging mnusia. keran tabiatnya itu, gusi baginda ditumbuhi siung dan dari itu dia dikenali dengan nama Raja Bersiung.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 1794 KB, 16 p.
Tukang lawak berjaya mehilangkan rasa bosan raja.
Author: Siti Dalila
Publisher: DB United | Audience: Children | 2522 KB, 14 p. :ill. col.
Sang Singa, Raja hutan menguji kesetiaan rakyatnya samada mereka taat atau ingin mengambil alih tempatnya.
Author: Hazimi Marek
Publisher: DB United | Audience: Children | 5326 KB, 24 p. ill
Seekor katak berjumpa dengan tutup botol yang disangkanya mahkota. Dia mula berangan-angan memilih puteri jelita menjadi isterinya. Nyawanya hampir melayang apabila kakinya tersangkut lumpur kerana cuba menyelamatkan mahkotanya yang jatuh ke dasar kolam. Nasib baik katak betina datang menolong dan dialah yang menjadi puteri idamannya.
Author: A. Ghani Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 6764 KB, 14 p. ill.
Siri cerita klasik adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Pengolahan cerita dan ilustrasinya menarik. la dapat menguji minda murid-murid dengan soalan pemahaman, cari jalan, bina perkataan dan perkataan seerti.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 3738 KB, 18 p. : col. ill.
Raja Amrushah telah meninggalkan istana. Dia keluar menyamar sebagai pengembala kambing untuk mengetahui keadaan hidup rakyatnya. Apabila dia sampai ke kampung rakyatnya, dia mendapati rakyatnya hidup susah disebabkan musim kemarau yang sedang melanda. Dia bertekad untuk melakukan sesuatu.
Author: Nik Amirul Nik Min
Publisher: DB United | Audience: Children | 4155 KB, 64 p.
Sekumpulan ahli-ahli Persatuan Alam Semuljaja pergi ke Pulau Ular. Banyak kegiatan yang dilakukan oleh kumpulan itu semasa kem di sana, tetapi apa yang berlaku kepada Azri telah membongkar cerita sebenar di sebalik misteri yang menyelubungi pulau itu.
Author: Kuek Ser, Kuang Hong
Publisher: DB United | Audience: Children | 2556 KB, 16 p.
Doktor Rayyan difitnah.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Children | 168896 KB, 55 p.ill
Siri ini memaparkan nilai-nilai moral yang tinggi serta boleh membentuk keperibadian para pelajar
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 4072 KB, 24 p. : col. ill.
Mamat seorang budak pemalas yang suka tidur. Dia sering kali dinasihati dan dimarahi ibunya kerana sifat malasnya. Pada suatu hari, Mamat disuruh ibunya untuk mengisi tempayan dengan air. Dia melakukannya dengan tidak bermaya. Dia berasa sangat malas. Ketika mengambil air, Mamat terlihat sekumpulan semut sedang bekerja membawa makanan.
Author: Samsuddin Pehan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1226 KB, 28 p. : col. ill.
Penduduk kampung berasa hairan melihat Kasim mengumpul tayar buruk. Mereka mengejeknya dan mengatakan bahawa dia telah gila. Namun, Kasim tidak mempedulikan mereka. Dia yakin bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi kaya.
Author: Samsuddin Pehan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1235 KB, 28 p. : col. ill.
Pak Samat adalah seorang yang bijaksana dan berpengetahuan luas. Pada suatu hari, seorang pemuda bernama Kalid telah datang berjumpanya. Dia bertanyakan Pak Samat bagaimana caranya untuk mendapatkan emas yang banyak.
Author: Noorma Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young People | 1359 KB, 125 p.ill
Cerita-cerita dalam buku ini menerapkan pengajaran untuk dijadikan panduan kepada para pembaca muda sekali gus melengkapkan diri dengan pengetahuan.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 649 KB, 69 p. : col. ill.
Bapa Mala adalah seorang bekas pemain bangsawan. Mala selalu membawa pulang kawan-kawannya untuk berjumpa dengan ayahnya untuk membuat kajian. Namun, mereka telah menyebabkan kemarahan ayahnya apabila barang-barang yang mereka pinjam darinya tidak dikembalikan.
Author: Fatiqa Oky
Publisher: DB United | Audience: Children | 955 KB, 93 p. : col. ill.
Setelah kematian suaminya, Dang Mayang terpaksa menjaga dan membesarkan tiga anak perempuannya. Mereka adalah Dang Anum, Dang Mawar dan Dang Melati. Mereka bertiga sangat cantik. Dang Anum dan Dang Mawar mempunyai sifat yang sombong dan mementingkan diri sendiri, sementara Dang Melati pula mempunyai sifat yang lemah lembut dan suka menolong orang.
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Children | 28797 KB, 73 p. ill.
Sara termanggu seketika. Apa yang dikatakan Milan tadi memang ada kebenaran. Terlampau ramai orang yang dijumpainya pada hari ini, mustahil pula kesemua mereka mampu dikesan. Namun, apa yang dijelaskan tukang tilik itu tidak pula mampu diketepikan begitu saja.
Author: Nurazizan Aziz
Publisher: DB United | Audience: Children | 12055 KB, 34 p. : col. ill.
Buku ini mengandungi fakta-fakta menarik mengenai rambut yang penting untuk diketahui. Ia juga menerangkan cara-cara menjaga rambut, makanan-makanan yang perlu dimakan untuk mengekalkan kesihatan rambut, cara-cara mengatasi masalah rambut seperti kelemumur, rambut beruban dan lain-lain lagi.
Author: Suriani Zulkifli
Publisher: DB United | Audience: Children | 30707 KB, 24 p.
Siri ini memberi pengetahuan dan maklumat yang tepat kepada murid-murid tentang pelbagai jenis buah-buahan seperti nangka, nanas, pisang, rambutan, langsat, manggis, durian dan betik. Cerita dalam siri ini dipersembahkan dengan ilustrasi berwarna yang menarik dan bahasa yang mudah difahami.
Author: Lee Guat Eam
Publisher: DB United | Audience: Children | 19710 KB, 16 p.ill
Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran.
Author: Lee, Guat Eam
Publisher: DB United | Audience: Children | 26.23, 20 p. :ill. col.
Ramli mandi, berus gigi, memakai pakaian sekolah yang bersih dan bersarapan makanan yang sihat. Kemudian dia ke sekolah dan suka belajar.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 3020 KB, 65 p. : ill.
Pemandangan pulau itu sangat cantik jika dilihat dari jauh. Ini membuatkan Shahidan dan rakan-rakannya berminat untuk bercuti di sana. Namun, mereka berasa pelik kerana gambar pulau itu tidak wujud di dalam peta. Walaupun begitu, mereka telah membuat keputusan untuk mengembara pulau tersebut.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 4689 KB, 84 p. : ill.
Azli dan Fendi adalah sepasang teman yang sangat rapat ketika berada di kampung. Namun, Azli terpaksa berpindah ke bandar dan berjanji untuk tidak membenarkan jarak dan waktu memisahkan mereka. Walaupun mereka saling berhubung, mereka sudah tidak seakrab dahulu.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 1107 KB, 76 p. : ill.
Cerita ini mengisahkan tentang Fadli, seorang anak bandar yang bercuti di kampung asal ibunya. Sewaktu menginap di rumah datuk dan neneknya di kampung, banyak perkara yang dipelajari Fadli tentang keluarga ibunya. Di antara lain, hubungan baik di antara Mak Long dan ibunya, dan sebab mengapa Pak Ngahnya amat membenci ibu dan ayah Fadli.
Author: Fatiqa Oky
Publisher: DB United | Audience: Children | 987 KB, 57 p. : col. ill.
Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah negeri yang bernama Indera Kayangan. Ia diperintah oleh seorang ratu yang zalim bernama Ratu Isabella. Rakyatnya sentiasa hidup dalam kemiskinan dan ketakutan. Jika ada sesiapa yang membantah titahnya, orang itu akan dijatuhkan hukuman mati.
Author: Fatiqa Oky
Publisher: DB United | Audience: Children | 986 KB, 51 p. : col. ill.
Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang puteri muda yang cantik dan cerdik bernama Puteri Ratnasari. Selepas kemangkatan ayahandanya, dia bercita-cita untuk mengambil alih tahkta kerajaan. Puteri Ratnasari sangat berkeinginan untuk menjadi ratu. Lalu, dia pun mengupah seseorang untuk menangkap dan mengurung bonda dan kekanda-kekandanya di penjara istana.
Author: Hazli Mat Saat
Publisher: DB United | Audience: Children | 8111 KB, 78 p. : ill.
Arman dan Jasni secara tidak sengaja terlibat dalam misteri batas yang rebak di Kampong Tebok Padi. Mereka terserempak dengan beberapa orang lelaki yang menyeludup binatang-binatang eksotik ke dalam kampung itu. Namun, Arman dan Jasni tersilap langkah apabila mereka ditangkap oleh penyeludup-penyeludup tersebut.
Author: Nurul Aini Bakar
Publisher: DB United | Audience: Adult | 24457 KB, 370 p.
Yui Ito gadis berhati waja. Gadis yang bekelana dari negara matahari terbit memulakan alam persekolahannya di SMT Mahkota. Kehadirangnya menyebabkan orang lain juga turut berubah dalam kehidupan mereka.