Malay banner


Showing 201 - 250 of 305

  1. Author: Ismail Azman Omar

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 163060 KB, 145 p. ill.

    Buku ini meninjau khusus tentang perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Melayu Melaka sebagaimana yang dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu. Sebelum meneroka persoalan yang berkenaan, terlebih dahulu akan ditelusuri perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Palembang-Jambi dan Singapura Tua yang menjadi punca kekeluargaan Raja-raja Melayu Melaka. Sama ada disedari ataupun tidak, perkahwinan Raja-raja ketiga-tiga buah kerajaan itu berlaku dalam bentuk atau pola tertentu.

  2. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5005 KB, 92 p. : ill.

    Memandangkan perniagaan mereka tidak menentu, Pak Tam dan Mak Lijah berasa tertekan. Hari perkahwinan anak mereka semakin hampir. Wang yang telah disimpan untuk perbelanjaan perkahwinan anaknya itu terpaksa digunakan untuk menampung kehidupan.

  3. Author: Puteri Zulaikha Baharuddin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3228 KB, 68 p. : ill.

    Edi Zairil dan kawan-kawannya telah bercadang untuk ke perkampungan orang asli yang tidak jauh dari kampung mereka. Mereka ingin membuat kajian tentang penghidupan seharian orang asli di sana. Namun begitu, mereka semua sangat risau jika kedatangan mereka tidak dapat diterima oleh orang-orang asli tersebut.

  4. Author: Nordin Razak

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 12645 KB, 80 p.

    Siri ini diterbitkan dengan tujuan untuk membantu pembaca memahami secara lebih mendalam tentang aspek-aspek penting yang terkandung dalam bidang bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan negara Malaysia.

  5. Author: Lau Lee Lyn

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 219260 KB, 120 p.ill

    Berkisarkan tentang remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti seharian, penyiasatan, pencegahan jenayah serta membantu masyarakat.cerita ini menerapkan nilai-nilai moral dan sifat-sifat positif.

  6. Author: Nur Nadia Ismail

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 9429 KB, 40 p.

    Bacaan Awal Kesihatan Reproduktif berusaha memberi pendidikan berkaitan hal-hal kesihatan reproduktif kepada para pembaca. Ilmu berkaitan reproduktif amat penting agar remaja dapat mengenal sistem tubuh diri sendiri serta tahu apa perbuatan baik dan buruk berkaitan seksualiti.

  7. Author: Lau, Yee Mei

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6250 KB, 52 p. : col. ill.

    Buku ini menerangkan tentang perluasan dunia gurun yang menarik. Tumbuh-tumbuhan, haiwan, malahan manusia telah menyesuaikan diri untuk hidup di persekitaran yang melampau ini. Namun, kecuaian manusia telah menyebabkan perluasan gurun. Buku ini memberitahu kita tentang punca serta masalah perluasan gurun dan apa yang dapat kita lakukan untuk menghalangnya.

  8. Author: Halim Ibrahim, 1948-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1346 KB, 26 p. : ill.

    Arnab ingin sekali berlumba dengan Kura-kura. Dia mahu menebus kekalahan moyangnya yang lalai ketika berlumba dengan moyang Kura-kura. Sejak kekalahan itu, keluarga Arnab telah menyisihkan diri kerana malu. Kini, Arnab ingin mengembalikan maruah keluarganya dengan mencabar Kura-kura untuk mengulangi perlumbaan bersejarah.

  9. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2565 KB, 48 p. ill

    Permainan tradisional yang diketengahkan dalam buku ini adalah batu seremban, lompat untai gelang, tating lawi, sepak raga ratus, kelereng, dam harimau, congkak, dam aji dan konda kondi.

  10. Author: Maruwiah Ahmat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 89320 KB, 64 p.

    Ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang budaya tradisi masyarakat Malaysia yang pelbagai.

  11. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2348 KB, 48 p. ill

    Permaianan warisan zaman silam yang masih di permainkan sehingga hari ini antaranya gasing, guli, sepak raga jaring, wau atau layang-layang, ketinting, katuk keli, galah panjang .

  12. Author: Mohd Israry Hamid

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 46234 KB, 31 p.ill

    Merupakan cerita klasik tentang kepahlawanan Badang. Mengisahkan kegigihan seorang pemuda yang miskin tetapi atas usahanya berjaya menjadi terkenal dan berbakti pada negeri.

  13. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12330 KB, 50 p. : col. ill.

    Setelah enam bulan memegang tampuk pemerintahan, akhirnya Rio sudah bersiap sedia untuk ditabalkan sebagai raja baru di Zorio. Namun, ada masalah besar pula yang berlaku. Sebelum layak bergelar raja, Rio perlu mencari seorang permaisuri.

  14. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9939 KB, 84 p. : ill.

    Pak Dol, seorang nelayan ternampak sebuah objek dari langit jatuh ke dalam laut. Objek itu adalah 'permata biru' yang menjadi tarikan ikan. Namun, Pak Dol telah hilang ketika menangkap ikan di kawasan 'permata biru' itu.

  15. Author: Othman Haji Ibrahim

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 102440 KB, 248 p.

    Naskah ini membantu para pembaca memahami ilmu berumahtangga.

  16. Author: Jamiah Sapari

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 103191 KB, 26 p. : col. ill.

    Pada zaman dahulu, di dalam hutan tinggal seekor harimau yang sangat cekap menangkap mangsanya. Suatu hari, ia jatuh sakit dan tidak dapat mencari makanan sendiri. Sang Harimau mula memikirkan helah untuk memperdayakan haiwan-haiwan lain untuk di jadikan mangsa.

  17. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2151 KB, 16 p.

    Memulakan dakwah secara rahsia kemudian secara terang-terangan.

  18. Author: Rahman Shaari, 1949-

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 54586 KB, 209 p.

    Lubuk Hantu menemukan dan menjodohkan Dayang Tusix dengan Kapten Abeh, Laksamana dengan Siti Ofisa. Mereka ialah penulis, pengarah dan pelakon. Adakah ianya benar-benar terjadi atau berolok-olok sahaja?

  19. Author: Isma

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 49679 KB, 27 p. : ill. col.

    Tomato, Terung dan Cili Merah merasa badan mereka gatal-gatal setelah balik dari mandi di sungai. Mereka bersetuju untuk menyiasat punca pencemaran itu. Mereka melihat beberapa ekor kera sedang memunggah sisa racun ke dalam sungai. Tomato mendapat akal dan mengambil sehelai daun yang besar lalu membuat corong. Tomato berteriak bahawa pegawai Jabatan Alam Sekitar akan menahan kera-kera itu kerana membuang sisa-sisa racun ke dalam sungai. Kumpulan kera itu melarikan diri ke dalam hutan dan meninggalkan tong-tong sisa racn bertaburan di situ.

  20. Author: Jamilah Haji Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 42481 KB, 24 p.

    Siri Moral Jauhi Buli telah digarap untuk diteladani oleh pembaca tentang keburukan sikap buli yang berlaku di sekolah dan di mana-mana.

  21. Author: Hazimi Marek

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5711 KB, 24 p. ill

    Ciki selalu mempersendakan haiwan-haiwan lain dalam hutan. Suatu hari dia ingin berlumba lari dengan burung unta namun dia kalah dan terpaksa berhenti kerana merasa lemah. Masa itulah serigala datang untuk memakannya. Nasibnya baik kerana di tolong oleh burung unta.

  22. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2379 KB, 33 p. : col. ill.

    Pada suatu hari, semua binatang telah berkumpul untuk memilih raja mereka. Sang Kancil dan Sang Singa telah dicalonkan untuk menjadi raja. Sebuah pertandingan kekuatan dan kecekepan telah diadakan untuk mengetahui siapa yang lebih layak menjadi raja.

  23. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6.04 MB, 117 p. :ill.

  24. Author: Fauziah Wan Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 13513 KB, 19 p. ill.

    Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi yang menarik pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.

  25. Author: Bahasa Othman

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3498 KB, 32 p.

    Buku ini adalah himpunan koleksi sastera Melayu yang banyak contoh pengajaran, hiburan dan menguji minda setiap orang yang membacanya. Ia amat berguna untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

  26. Author: Nordin Razak

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 14942 KB, 96 p.

    Siri ini diterbitkan dengan tujuan untuk membantu pembaca memahami secara lebih mendalam tentang aspek-aspek penting yang terkandung dalam bidang bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan negara Malaysia.

  27. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1202 KB, 64 p. : col. ill.

    Detik-detik yang ditunggu Kapten V.M Chandran telah tiba. Dia telah ditugaskan untuk memburu askar komunis. Kapten V.M Chandran tidak sabar untuk memulakan tugasnya menentang musuh nombor satu negaranya.

  28. Author: Mohamad Abdul Hamid

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 80388 KB, 127 p.

    Imran, seorang anak yang dimanjakan ayahnya berubah setelah ayahnya meninggal dunia. Dia dipaksa oleh ibu tirinya untuk berhenti sekolah dan menampung kehidupan keluarga atas alasan mereka sekarang tiada tempat bergantung.

  29. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6684 KB, 64 p.

    Seorang anak yang taat dan patuh pada pesanan ibunya.

  30. Author: Khairul

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5327 KB, 18 p. : col. ill.

    Bam adalah seekor arnab yang pandai bermain silap mata. Dia suka menunjukkan kebolehannya itu di hadapan binatang-binatang yang lain. Mereka sangat kagum dengan kemampuan Bam. Pada suatu hari, Bam berfikir untuk mengenakan bayaran buat persembahannya.

  31. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 39125 KB, 26 p. : ill.

    Pet Pet adalah seekor penyu yang sangat pemalas. Dia seringkali menipu haiwan lain dan menyuruh mereka membawakannya makanan. Ibu Pet Pet berasa malu dengan sikap anaknya. Jiji cuba membantu Pet Pet menjadi penyu yang rajin.

  32. Author: Ahmad Riefqiey

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 15596 KB, 29 p.

    Kisah-kisah teladan yang boleh diterapkan di dalam hidup kanak-kanak.

  33. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9871 KB, 14 p. ill.

    Buku ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk pelajar-pelajar Tahap 1 sekolah rendah.

  34. Author: Amina Hj. Noor

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 7889 KB, 184 p.

    Pelbagai cara merawat dengan menggunakan petua yang tidak bercanggah di dalam agama Islam.

  35. Author: Farahanis

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 750 KB, 104 p. ill

    Ika dan Liyen membantu Haiqal yang cacat untuk mendapatkan semula lukisan asli yang diwarisinya.

  36. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1251 KB, 65 p. : col. ill.

    Pengganas komunis, musuh ketat askar Melayu, sedang berkeliaran di hutan. Mereka bersiap-sedia menunggu kedatangan tentera yang ingin menumpaskan mereka. Askar Melayu, yang dipimpin oleh Leftenan Mohd. Hanafiah, tidak boleh lalai menghadapi musuh ini.

  37. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5054 KB, 26 p. : col. ill.

    Edy sudah bosan menaiki basikal roda tiganya. Dia ingin menunggang motosikal ayahnya. Ayahnya menyuruh Edy pergi mencari pilihan yang lebih sesuai. Edy terlihat kereta, bas dan ambulans. Kenderaan-kenderaan ini semua tidak sesuai untuk Edy.

  38. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 18317 KB, 70 p. ill.

    Pilus sangat meminati mata pelajaran Sejarah. Kerana minatnya itu, Pilus sanggup meminjam novel daripada kawan sekolahnya Dani. Sewaktu pulang dari sekolah, Pilus tersesat ke dalam hutan. Apabila dia sedar, didapati dirinya berada bersama Jakir dan Tapa di Tabuh, Naning.

  39. Author: S. A. Dian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1975 KB, 45 p. : ill.

    Sabrina merupakan anak kepada bangsawan yang kaya, Encik Razali. Dia hanya akan memakan makanan yang lazat mengikut seleranya. Makanan yang berkhasiat akan dibuang sahaja. Dalam kerisauannya melihat tabiat Sabrina, Encik Razali telah membeli pinggan hikmah untuk mengubah perangai anaknya itu.

  40. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2998 KB, 16 p.

    Rakyat kerengga kekurangan bekalan makanan.

  41. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2989 KB, 16 p.

    Anak patung kayu bertukar menjadi manusia.

  42. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2462 KB, 36 p. : col. ill.

    Nazrul, Danish, dan Vivian menganggap Profesor Kuarif sebagai manusia yang mempunyai perwatakan yang ganjil. Setelah mengenali Profesor Kuarif dengan lebih dekat, mereka amat terkejut apabila mengetahui suatu rahsia tentang beliau.

  43. Author: Suriani Zulkifli

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 49197 KB, 24 p.

    Siri ini memberi pengetahuan dan maklumat yang tepat kepada murid-murid tentang pelbagai jenis buah-buahan seperti nangka, nanas, pisang, rambutan, langsat, manggis, durian dan betik. Cerita dalam siri ini dipersembahkan dengan ilustrasi berwarna yang menarik dan bahasa yang mudah difahami.

  44. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 144560 KB, 26 p. : col. ill.

    Ini adalah sebuah cerita tentang Yaya, seekor pepatung yang di dalam perjalanan untuk menghadiri hari jadi temannya yang bernama Riri. Apabila Yaya sedang berehat, seekor katak melompat ke arahnya dan menyebabkan sayapnya patah sedikit.

  45. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 10380 KB, 50 p. : col. ill.

    Keputusan Rashid dalam peperiksaan yang lepas telah mengatasi keputusan kawan baiknya, Huey Loon. Akibat itu, hubungan mereka menjadi renggang. Rashid pula telah mendapat kawan baru yang bernama Helmi.

  46. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 698 KB, 21 p.ill

    Koleksi Cerita Rakyat Pertama yang diterbitkan untuk bacaan kanak-kanak. Buku ini memuatkan lapan buah cerita rakyat Malaysia yang merangkumi cerita jenaka, cerita binatang, cerita tauladan, cerita asal usul dan sebagainya. Setiap cerita terkandung pengajaran dan nilai moral untuk membentuk sahsiah kanak-kanak.

  47. Author: Hakimi, Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 699 KB, 13 p. : ill.

    Pada zaman dahulu kala, terdapat seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang sangat pemalu. Setiap kali rombongan meminang datang, puteri itu pasti menolaknya kerana tidak sanggup berhadapan dengan putera atau sesiapa sahaja kerana malu. Pada suatu hari, rombongan daripada Raja Sargus datang meminang puteri tersebut. Raja negeri itu terpaksa menerima peminangan Raja Sargus kerana ada kemungkinan sekiranya ditolak, negerinya pasti bermandi darah. Puteri itu meminta pertolongan daripada Raja Gedembai untuk melepaskan dirinya daripada Raja Sargus. Raja Gedembai telah menyumpah Raja Sargus menjadi pohon lalang kerana sifat sombongnya. Baginda juga menyumpah puteri tersebut menjadi pohon semalu kerana sikapnya yang pemalu.

  48. Author: Fahimi

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2849 KB, 36 p. : col. ill.

    Setelah kematian ayah mereka, Suria dan Murni pun menjadi anak yatim piatu. Ibu tiri mereka pula sangat garang dan selalu menyuruh mereka membuat kerja-kerja berat. Akibat tidak tahan dengan kehidupan sebegitu, mereka pun melarikan diri.

  49. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4994 KB, 24 p. : col. ill.

    Setelah ibunya meninggal dunia, Melati selalu disuruh ibu tirinya untuk melakukan semua kerja rumah. Dia juga kerap-kali diherdik dan ditengking. Pada suatu malam, Melati bermimpi ibunya menyuruh anaknya itu mencari sebuah pokok yang berbunga emas di pinggir hutan.

  50. Author: Halim Ibrahim, 1948-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1201 KB, 26 p. : ill.

    Pokok enau tumbuh di dalam hutan dan di tepi sungai dan paya. Pokok enau tumbuh tinggi dan batangnya seperti batang pokok pinang. Daunnya pula berpelepah seperti daun kelapa. Pokok enau memberikan bermacam-macam manfaat buat manusia.

F: 216AND73AND216AND200;

R: 100AND121AND102AND28;

0
False
False
https