Showing 201 - 250 of 272
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 18991 KB, 42 P. : ill.
Alam Rimba digegarkan dengan masalah keracunan makanan. Gerai Ghani Gagak terpaksa ditutup dan Bomoh Burung Hantu mendakwa mempunyai air azimat yang dapat menyelesaikan semua masalah orank kampung. Namun, Mat Labi tidak percaya akan air azimat itu.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 45876 KB, 130 p. : ill.
Dalam kehidupan yang serba mewah, Amin membesar sebagai remaja yang bongkak dan suka menghina orang lain. Namun, segala-galanya berubah apabila Amin terdengar ura-ura bahawa muncul seorang remaja lelaki berwajah mirip seperti Amin yang tinggal di kawasan rumahnya.
Author: Fidah Rahmad
Publisher: DB United | Audience: Children | 33913 KB, 24 p.
Siri Wirawan Si Cilik memaparkan watak kanak-kanak yang digambarkan sebagai kanak-kanak yang bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab itu merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang berlaku di sekeliling mereka.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 26692 KB, 130 p. : ill.
Zeti, kawan sekelas Azlina, berasa cemburu apabila Azlina ditempatkan di sebuah bilik khas di asrama. Namun, bilik itu tidaklah 'seistimewa' seperti yang disangkakannya. Azlina menghadapi banyak pengalaman aneh di bilik itu.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 14233 KB, 50 p. : ill.
Pada hujung minggu, Mat Labi telah mengunjungi Kampung Sungai Buaya. Kunjungannya itu bertukar menjadi kes baru apabila dia terdengar kisah mengenai Buaya Tembaga Keramat di situ. Dia berasa sangsi akan dakwaan penduduk Kampung Sungai Buaya itu.
Author: Norislah Shafiq
Publisher: DB United | Audience: Children | 5764 KB, 120 p. : ill.
Amri berasa curiga dengan bungkusan merah yang baru saja dia jumpa di kebun sayurnya. Dia mengambil keputusan untuk mengetahui isinya. Pintu biliknya ditutup rapat. Perlahan-lahan dia membuka bungkusan itu. Tiba-tiba dia tersentak apabila melihat ketulan-ketulan duit yang berlambak di dalamnya.
Author: Hazimi Marek
Publisher: DB United | Audience: Children | 5832 KB, 24 p. ill
Sang harimau mengajak sang gajah menyiasat bunyi aneh yang datang dari dalam gua. Imajinasi tentang pemilik suara itu membuatkan kedua-duanya takut lalu lari dan tertiarap di luar pintu gua. Tidak disangka suara aneh itu adalah suara katak yang sedang sakit kerongkong.
Author: Nir Shahmir
Publisher: DB United | Audience: Young people | 1332 KB, 128 p.
Siri ini memaparkan cerita berkenaan amalan khurafat yang sering berlaku dalam masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan masyarakat Melayu. Amalan tidak baik ini harus dihindari dan dijauhi.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 3.20 MB, 53 p. :ill.
Shahril mengajak Kamal pulang bercuti ke rumah datuk di kampungnya. Ketika itu musim buah-buahan. Shahril dan Kamal mengikut Atuk bermalam di dusun durian. Di situ berlaku suatu kejadian yang tidak diduga. Atuk didapati hilang. Apakah yang terjadi kepada Atuk?
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 17910 KB, 50 p. : col. ill.
Semasa berada di perpustakaan, Fendi telah menyebabkan buku-buku di atas rak bertaburan di atas lantai. Semasa sedang menyusun buku-buku itu, Fendi telah menemui sebuah novel yang telah diconteng dengan beberapa patah perkataan yang amat mencurigakan.
Author: Jamilah Hj. Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 24925 KB, 50 p. : ill.
Cerita ini berkisar di sebuah kampung bernama Kampung Anak Bukit. Seluruh kampung sudah heboh dengan berita yang mengatakan ada harimau mengamuk di kampung mereka. Akibat kejadian kehilangan banyak lembu, orang kampung takut hendak keluar malam kerana bimbang diserang harimau.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 26080 KB, 130 p. : ill.
Kejadian banjir di Kampung Kapital seolah-olah membawa rahmat kepada penduduk kampung apabila segelintir penduduk kampung menjumpai barang-barang kemas. Malangnya, barang kemas yang telah dijumpai itu telah menyebabkan berlaku pertelingkahan di kampung.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 25952 KB, 130 p. : ill.
Hidup Andaliya mula berubah setelah mendengar ucapan Datuk Melati, ahli korporat wanita yang berjaya dalam bidang kewartawanan dan penerbitan akhbar. Menerusi Datuk Melati, Andaliya mengenali erti 'idealisme' dan cuba mengikut jejak idolanya itu.
Author: Hazli Mat Saat
Publisher: DB United | Audience: Children | 9655 KB, 82 p. : ill.
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah datuk Indera di daerah pendalaman, Indera dan Razak telah basah ditimpa hujan. Indera telah membawa Razak berteduh di sebuah vila usang di tengah-tengah hutan. Namun, mereka berdua terkejut apabila mendengar jeritan seorang wanita.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 30580 KB, 47 p. ill.
Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 14933 KB, 42 p. : ill.
Mengisahkan penyiasatan Mat Labi tentang kes kapal angkasa yang mendarat di sawah Pak Kaduk Kerbau.
Author: Nurazizan Aziz
Publisher: DB United | Audience: Children | 4696 KB, 84 p. : ill.
Pada zaman pemerintahan Hitler, sebuah kapal selam Jerman telah karam berhampiran Pulau Langkawi. Kini, setelah berpuluh-puluh tahun kejadian itu berlaku, sekumpulan budak remaja yang sedang berenang-renang si situ menemui kapal tersebut.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 21685 KB, 42 p. : ill.
Telur-telur dari Kampung Itik telah dicuri. Penghulu dan para penduduk kampung itu telah memasang perangkap, dan mereka berjaya menangkap Cik Nab, seekor arnab yang bermulut murai. Namun, Cik Nab tidak mengaku bersalah atas perbuatannya itu.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 17086 KB, 42 p. : ill.
Kali ini, Mat Labi menghadapi masalah yang besar dalam kes harta pusaka Hong Helang, iaitu ahli perniagaan yang kaya. Kematian Hong Helang telah menimbulkan banyak tanda tanya. Lebih-lebih lagi, Mat Labi mendapati Hong Helang terlibat dengan kegiatan penyeludupan.
Author: Nurazizan Aziz
Publisher: DB United | Audience: Children | 4101 KB, 76 p. : ill.
Iskandar dan Sue Kyi terkandas di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam. Atas sebab-sebab tertentu, penerbangan mereka ke Kuala Lumpur ditunda. Dalam kesempatan itu, mereka telah dibawa melawat ke Pameran Bunga Kuekenhof. Pada ketika itulah keanehan mula berlaku.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 5.65 MB, 117 p. :ill.
Alfi dilanggar seorang lelaki ketika berada di bandar. Sejak itu dia diselubungi misteri dengan penemuan anak kunci dan sekeping kertas yang bertulis kod rahsia. Dengan bantuan rakan baiknya, Alfi cuba menyelesaikan misteri itu. Pelbagai rintangan ditempuh oleh Alfi sebelum dapat mengetahui rahsia yang tersirat di sebalik kod tersebut.
Author: Hazli Mat Saat
Publisher: DB United | Audience: Children | 7090 KB, 78 p. : ill.
Ketika berada di Pulau Permata, Shakir, Mukhlis, dan Waren telah terjatuh ke dalam sebuah lubang sewaktu cuba mendapatkan cincin rakan mereka yang hilang. Namun, mereka terpaksa menghadapi pelbagai rintangan yang mencabar dalam gua itu untuk keluar.
Author: Norislah Shafiq
Publisher: DB United | Audience: Children | 5795 KB, 120 p. : ill.
Satu kampung sudah heboh tentang cerita hantu Mak Timah yang mengganggu orang kampung pada malam hari. Huru-hara keadaan kampung dibuatnya, hingga tiada orang yang berani keluar pada malam hari. Pada masa yang sama, Tuk Hassan, salah seorang penduduk kampung itu, masih tertunggu-tunggu ketibaan cucu kesayangannya, Amril.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 27967 KB, 130 p. : ill.
Apa yang bermula sebagai gurauan antara Baha dan kawan-kawan baiknya, Tee Hoy dan Aru, bertukar menjadi tragedi apabila Kampung Rajah menyaksikan kematian mengejut dua orang budak remaja. Baha berasa begitu tertekan sekali dengan kematian kawan-kawannya itu.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 22794 KB, 42 p. : ill.
Mat Labi dan anggota polis Alam Rimba telah dihantar untuk mengikuti kelas komputer. Masalah berlaku apabila tenaga pengajar komputer mereka, Cik Kartina Kancil, mengalami kecelakaan jalan raya. Cik Kartina tidak sedarkan diri semenjak hari itu.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 23892 KB, 42 p. : ill.
Menceritakan kelurga Pak Kura dan Mat Labu yang berkelah di kawasan Air Terjun Sungai Tupai. Suasana di sekitar kawasan air terjun itu menjadi kecoh apabila seekor tupai terjerit-jerit menyebut mawas gergasi. Pak Kura dan Mat Labu pun pergi ke perkampungan tupai untuk menyiasat.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 34508 KB, 133 p. : col. ill.
Masnizam tidak menyangka bahawa dia akan mengalami kejutan demi kejutan apabila dia menjejakkan kakinya buat pertama kalinya di Kuala Lumpur. Selepas membuat siasatan bersama teman barunya di Kuala Lumpur, dia mendapati bahwa pakciknya itu mungkin seorang pembunuh yang kejam.
Author: Mariah N. S.
Publisher: DB United | Audience: Children | 24703 KB, 52 p. ill.
Buku cerita 'Siri bacaan klasik' ini mengandungi aneka kisah yang menyentuh pelbagai misteri dalam kehidupan. Terdapat kisah sejarah, kisah misteri, kisah pembunuhan dan rompakan. Kisah-kisah ini dikumpulkan untuk mengkayakan lagi sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar. Selamat membaca .
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 5839 KB, 106 p. : ill.
Hafiz suka memandang ke arah luar menerusi tingkap biliknya di tingkat empat. Entah malang ataupun bertuah, menerusi tingkap biliknya, Hafiz telah menyaksikan satu kes aneh yang berlaku di pangsapuri di hadapannya. Dia ternampak bayang-bayang seorang lelaki sedang mencekik seorang perempuan di pangsapuri mereka.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 27576 KB, 130 p. : ill.
Hairi selalu merasakan seperti dirinya tidak disayangi oleh ibu dan bapanya kerana seringkali dibebani dengan tugas di kebun. Namun, setelah adiknya menjumpai sebatang pen yang berwarna kuning, banyak peristiwa misteri yang menyusul. Peristiwa-peristiwa ini melibatkan ahli keluarganya sendiri.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 13479 KB, 42 p. : ill.
Brutus Belalang dan Lorenzo Lebah sudah lama bermusuhan. Masalah timbul apabila Brutus Belalang telah diculik. Sebagai anggota polis, Mat Labi pun ditugaskan untuk menyiasat kes ini. Namun, kes penculikan ini tidaklah semudah yang disangka.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 16033 KB, 42 p. : ill.
Mat Labi berasa cemas untuk bertemu dengan Ketua Inspektor Karnan Kura, ketuanya yang jarang di jumpa. Ketua Inspektor Karnan Kura sangat berpuas hati terhadap Mat Labi kerana dia dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna. Namun, keadaannya berubah sejak bulan lepas.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 5.93 MB, 117 p. :ill.
Author: Hazli Mat Saat
Publisher: DB United | Audience: Children | 7532 KB, 114 p. : ill.
Sapok, Faizul, Yuan Heng, dan Ronie telah menemui sepucuk pistol dan sekeping kertas yang kelihatan seperti peta sewaktu mereka berehat di sebuah gua. Namun, apabila mereka kembali keesokan hari, pistol itu sudah tiada.
Author: Nurazizan Aziz
Publisher: DB United | Audience: Children | 4209 KB, 76 p. : ill.
Sewaktu Rishi, Victor, Hairi, Hairani, dan Miriam berada di Pulau Batu Empat, mereka bertembung dengan sekumpulan rakyat Filipina yang begitu berminat dengan kandungan salah sebuah daripada pusara tentera Jepun yang terdapat di situ. Peliknya, mereka mencari pusara yang ke-13.
Author: Hazli Mat Saat
Publisher: DB United | Audience: Children | 7660 KB, 82 p. : ill.
Oleh kerana Shah nyaris-nyaris pernah dilanggar dengan sebuah kereta, dia sudah fobia menaiki basikal. Ayahnya yang menghantarnya ke sekolah. Suatu hari, ketika kereta ayahnya dihantar ke bengkel, Shah ternampak kereta yang hampir melanggarnya itu.
Author: Mariah N. S.
Publisher: DB United | Audience: Children | 29071 KB, 52 p. ill.
Buku cerita 'Siri bacaan klasik' ini mengandungi aneka kisah yang menyentuh pelbagai misteri dalam kehidupan. Terdapat kisah sejarah, kisah misteri, kisah pembunuhan dan rompakan. Kisah-kisah ini dikumpulkan untuk mengkayakan lagi sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar. Selamat membaca .
Author: Nik Amirul Nik Min
Publisher: DB United | Audience: Children | 5360 KB, 64 p.
Niat Puan Hasnah untuk memulakan hidup baru bertukar menjadi tragedi apabila berpindah ke sebuah banglo yang telah lama kosong. Banyak perkara-perkara pelik telah berlaku di dalam rumah itu tetapi tidak diendahkan Hasnah. Walau bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila Hasnah diganggu oleh penjaga rumah.
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Children | 29738 KB, 73 p. ill.
Tangan aku bergerak lagi tanpa kawalanku. Berus yang sepatutnya berada dalam beg galas aku pada ketika ini kini sedang mencalit-calit permukaan kertas putih yang berada di hadapan.
Author: Nik Amirul Nik Min
Publisher: DB United | Audience: Children | 4586 KB, 66 p.
Kisah seorang gadis bernama Hayati yang mendapat kawan baru. Banyak kejadian aneh berlaku semasa pengenalan dengan rakan sehingga Hayati terjumpa surat yang menerangkan segala-galanya tentang siapa rakan misteri.
Author: Norislah Shafiq
Publisher: DB United | Audience: Children | 5243 KB, 120 p. : ill.
Iskandar dan Kim Leng berasa tidak sedap hati. Suara-suara yang mereka dengar tadi sangat mencurigakan mereka. Mereka yakin ada yang tidak kena di Hutan Hijau. Mereka pun pulang ke khemah untuk memberitahu Halimah dan Sharma tentang perkara tersebut.
Author: Norislah Shafiq
Publisher: DB United | Audience: Children | 5517 KB, 120 p. : ill.
Hampir setiap malam Chee Keong terdengar suara ganjil itu. Suara itu selalu menggangunya dengan bisikan-bisikan dan hilai tawa. Chee Keong tidak tahu dari mana datangnya suara itu. Dia pun mengambil keputusan untuk memberitahu ayahnya tentang apa yang berlaku, tetapi ayahnya mengatakan bahawa dia hanya bermimpi.
Author: Norislah Shafiq
Publisher: DB United | Audience: Children | 5683 KB, 120 p. : ill.
Majlis besar-besaran telah diadakan untuk menyambut hari lahir Faizal. Namun, ayah Faizal, Encik Jamal telah keluar meninggalkan Faizal dan Puan Rohani. Sebelum keluar, dia meninggalkan pesanan bahawa hadiah hari lahir Faizal terletak di dalam meja almari. Faizal kecewa melihat ianya hanya sepucuk surat yang bersampul merah jambu.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 12443 KB, 42 p. : ill.
Mat Labi berhadapan dengan misteri sekali lagi. Semasa penghuni Alam Rimba sedang berpesta, mereka dikejutkan oleh berita seekor cicak yang telah terjatuh ke dalam sebuah telaga. Telaga yang bergelar Telaga Geroda Raksasa itu dikatakan bermisteri. Hampir kesemua binatang di Alam Rimba tidak berani mendekati telaga itu. Namun, Mat Labi terpaksa menyiasat telaga itu.
Author: Jamilah Hj. Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 20149 KB, 50 p. : ill.
Perkhemahan pasukan pengakap muda di Hutan Lipur Serting Ulu pada mulanya berlangsung dalam suasana yang penuh keriangan dan keseronokan. Namun, semuanya berubah pada malam pertama apabila Muhtady tiba-tiba hilang.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 27628 KB, 130 p. : ill.
Semasa Azam dan Lim sedang berjalan menuju ke tempat menunggu bas, seorang lelaki berkulit gelap dan berkaca mata telah menangkap gambar mereka. Setelah tiba di rumah, Azam mendapati sekeping kertas terlekat pada pintu sejuknya yang mengatakan 'Anda sedang diperhatikan'.
Author: Abdullah Fahim
Publisher: DB United | Audience: Children | 7298 KB, 84 p.
Mokhtar Dahari dilahirkan pada 13 November 1953 di Setapak, Selangor. Beliau adalah salah seorang pemain terbaik di Asia dalam tahun 1970-an dan dikenali sebagai pemain bola sepak Malaysia yang terbaik pada masa itu, seorang lagenda dalam bola sepak Malaysia.
Author: M. Aini
Publisher: DB United | Audience: Children | 4134 KB, 18 p. : col. ill.
Sampan layar Monyet ditiup angin yang sangat kencang. Air mula masuk ke dalam sampan layarnya. Akhirnya, sampan monyet karam di lautan. Tiba-tiba datang Lumba-lumba menyelamatkan monyet. Dia membawa monyet berenang bersamanya hingga mereka sampai di sebuah pulau.
Author: Aniq Shafiq Mohd Syahrul
Publisher: DB United | Audience: Children | 48201 KB, 14 p. :ill. col.
Seekor penyu menyelamatkan monyet yang terjatuh ke dalam air walaupun monyet telah merosakkan semua telur-telurnya yang ditanam dalam lubang.
Author: Kuek Ser, Kuang Hong
Publisher: DB United | Audience: Children | 2948 KB, 16 p.
Monyet raja yang pemalas.