Showing 201 - 250 of 281
Author: Nurul Haida
Publisher: DB United | Audience: Children | 65918 KB, 26 p. : col. ill.
Kimi adalah seekor arnab yang sangat cantik, tetapi angkuh dan suka menunjuk-nunjuk. Oleh sebab sikapanya itu, dia tidak mempunyai banyak kawan. Apabila ada haiwan lain yang memujinya, dia pasti akan memperkecilkan haiwan-haiwan itu dan berkata dialah yang paling cantik.
Author: Mohd. Afiq Aqmal M. Zaini.
Publisher: DB United | Audience: Children | 5288 KB, 80 p. : col. ill.
Suriati sangat berminat untuk mengikuti perkembangan tentang Adik Afiq. Adik Afiq menghidapi sebuah penyakit yang serius. Dia hanya boleh diselamatkan dengan cara pemindahan hati daripada seorang penderma. Suriati berasa sangat simpati dan kasihan dengan nasib Adik Afiq.
Author: Mohd. Kamal Abdul Kadir
Publisher: DB United | Audience: Young people | 1432 KB, 144 p.
Siri ini memuatkan empat judul pengkisahan kehidupan tentang remaja yang sangat menarik dan menghiburkan. Persoalan-persoalannya kontemporari dan amat berkait dengan suasana emosi remaja dan pelajar masa kini. Plot cerita dijalin dengan menarik dan mudah difahami.
Author: Badrul Risham Nuruddin
Publisher: DB United | Audience: Young People | 1124 KB, 152 p. ill
Kisah Raja Sheikh Ahmanuddin memerintah negeri Indera Nilam Kasti yang tersangat luas dan kaya raya bersama isterinya Permaisuri Kembang Kemboja Raya. Namun kedua-duanya berasa sedih kerana belum dikurniakan cahaya mata. Dengan pertolongan seorangtua berjanggut putih isterinya pun hamil namun dikeranakan raja tidak menepati janji sesuatu yang kurang baik terjadi padanya.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 2322 KB, 36 p. : col. ill.
Nazrul, Danish, dan Vivian menganggap Profesor Kuarif sebagai manusia yang mempunyai perwatakan yang ganjil. Setelah mengenali Profesor Kuarif dengan lebih dekat, mereka amat terkejut apabila mengetahui suatu rahsia tentang beliau.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Young People, Children | 35621 KB, 155 p.
Sembilan buah cerita yang menarik yang boleh dijadikan tauladan. Kisah gadis pelahap, pemuda yang cerdek dalam memilih isteri dan berbagai lagi.
Author: Nur Zalida
Publisher: DB United | Audience: Children | 13199 KB, 22 p. ill.
Siri teladan intan adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita dan ilustrasinya menarik.
Author: Suzlina Idris
Publisher: DB United | Audience: Children | 46552 KB, 32 p. :ill. col.
Raja Badrul Shah mempunyai dua orang putera yang gagah dan cerdik. Kedua-dua orang puteranya disuruh mencari isteri. Tengku Indra dengan mudah dapat berkahwin dengan seorang puteri raja. Tetapi Tengku Iskandar harus mengembara, bertembung dengan gergasi dan berbagai-bagai lagi.
Author: Ishak Hamzah
Publisher: DB United | Audience: Children | 14408 KB, 22 p. ill.
Harumnya bau si bunga tanjung,Ikat di sanggul rambut di hujung;Ikan kolam datang berkunjung,Kerana haruan hidup sekampung.
Author: Zabri Hazry
Publisher: DB United | Audience: Children | 879 KB, 97 p. : ill.
Siri Sejambak Cerpen Bestari ini merupakan sebuah siri antologi cerpen kontemporari yang diterbitkan khusus untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah rendah. Naskah ini mengandungi sepuluh cerpen yang merangkumi pelbagai tema yang menarik seperti kasih sayang, unsur kemanusiaan, alam sekitar, agama, kritikan sosial dan budaya.
Author: Misnon
Publisher: DB United | Audience: Children | 3830 KB, 18 p. : col. ill.
Imam Bukahri adalah ulama terkemuka yang berasal dari Bukhara. Dia sangat hebat dalam bidang hadis. Ulama yang kuat ingatannya ini dapat mengenali sebuah hadis yang telah dirombak isi dan perawinya tanpa merujuk kepada buku-buku hadis. Kerana kehebatannya ini, dia dikenali oleh semua ulama dan pembesar negara di zamannya.
Author: Hamran
Publisher: DB United | Audience: Children | 1677 KB, 28 p. : ill.
Kura-Kura dan Monyet terlihat sebuah pokok pisang yang sudah masak buahnya di seberang sungai. Mereka bersepakat untuk menyeberangi sungai dan memakan pisang itu bersama-sama. Malangnya setelah Kura-kura memikul Monyet ke seberang sungai, Monyet telah mungkiri janji dan terus menghabiskan kesemua pisang itu.
Author: Hamdan Mohd Ali
Publisher: DB United | Audience: Children | 40992 KB, 32 p.
Sudin seorang yang miskin tapi berhati mulia. Satu hari Sudin menjumpai kayu dan mangkuk logam. Kehidupannya berubah setelah mendapat mangkuk tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat seorang pedagang yang cemburu dengan apa yang dia ada.
Author: Hamdan Mohd Ali
Publisher: DB United | Audience: Children | 54471 KB, 32 p.
Sejak kematian kedua-dua ibu bapanya, Megat hanya bermain seruling dari peninggalan bapanya. Megat dianiayakan oleh abang dan kakak iparnya. Satu hari, Megat bermimpi bertemu ibu bapanya. Berbekalkan nasihat daripada mimpi itu, Megat kini menjadi orang yang dihormati.
Author: Jamiah Sapari
Publisher: DB United | Audience: Children | 77826 KB, 26 p. : col. ill.
Miki, Titi dan Kiki adalah tiga ekor tikus yang tinggal berjiran. Mereka sentiasa mencari makanan bersama-sama dan membahagikannya sama rata. Namun, sejak beberapa hari yang lalu, Kiki telah berubah menjadi tikus yang pemalas. Dia tidak mahu mencari makanan sendiri, malah dia mencuri makanan dari rumah Miki.
Author: Haslinda Hamid
Publisher: DB United | Audience: Children | 1720 KB, 30 p. : ill.
Kura-kura telah membawa sahabat baiknya, monyet untuk pergi mengambil pisang. Setelah memanjat pokok itu, monyet tidak memberikan kura-kura buah yang dijanjinya. Kecewa dan hampa, kura-kura pun memberikan monyet satu pengajaran.
Author: Abdul Raup
Publisher: DB United | Audience: Children | 1648 KB, 30 p. : col. ill.
Nabi Ayub telah ditimpakan cubaan yang amat berat. Harta bendanya hilang, dan anak-anaknya pula mati. Tidak cukup dengan itu, Nabi Ayub ditimpa penyakit yang teruk bertahun-tahun lamanya. Iblis sangat berharap agar Nabi Ayub tewas dalam menghadapai cubaan yang dihadapinya itu.
Author: Abdul Raup
Publisher: DB United | Audience: Children | 1476 KB, 30 p. : col. ill.
Nabi Hud sangat dukacita melihat kaum Ad kembali kepada kesesatan. Baginda sangat kesal kerana segala nasihatnya tidak dipedulikan oleh kaumnya. Nabi Hud telah pergi bertapa di atas sebuah bukit untuk mententeramkan jiwanya.
Author: Abdul Raup
Publisher: DB United | Audience: Children | 1530 KB, 30 p. : col. ill.
Berkat kuasa Allah, Makkah yang dahulu tandus kini telah pun mempunyai mata air. Mata air itu telah menarik burung-burung dan khalifah yang berjalan di padang pasir. Airnya sangat bersih dan jernih sekali. Siapa yang meminumnya akan merasa segar dan puas sekali.
Author: Abdul Raup
Publisher: DB United | Audience: Children | 1601 KB, 30 p. : col. ill.
Selama sepuluh tahun, Nabi Musa tinggal bersama Nabi Syuaib di Madyan. Setelah itu, baginda pun kembali semula ke negeri Mesir. Baginda ingin sekali menemui kaum keluarganya dan sahabat-handainya yang telah dianiayai oleh Firaun.
Author: Abdul Raup
Publisher: DB United | Audience: Children | 1540 KB, 30 p. : col. ill.
Nabi Allah Sulaiman dan tenteranya sedang menuju ke selatan. Binatang-binatang dan jin turut mengiringi tentera yang ramai itu. Ketika mereka sampai di sebuah lembah semut, Nabi Sulaiman terdengar seekor semut menyuruh semut-semut yang lain masuk ke dalam rumah mereka supaya tidak dipijak tentera Nabi Sulaiman.
Author: Hamdan Mohd Ali
Publisher: DB United | Audience: Children | 59765 KB, 32 p.
Kisah tiga adik-beradik Leman, Usop dan Kamil yang tinggal dengan ibunya. Selepas Leman dan Usop berkahwin, mereka tidak pernah datang ke kampung untuk melawat ibunya. Kamil terpaksa menjaga ibunya sehingga ibunya meninggal dunia. Berita kematian ibunya telah mengejutkan Usop dan Leman. Sikap tamak mereka akhirnya memakan diri sendiri apabila hidup menjadi sukar.
Author: Aniq Shafiq Mohd Syahrul
Publisher: DB United | Audience: Children | 51065 KB, 14 p. :ill. col.
Anak-anak Punggok mati kelaparan kerana pungguk sibuk merayau-rayau mencari dan merindukan bulan.
Author: Zaidi Mat Ali
Publisher: DB United | Audience: Children | 17640 KB, 56 p.
Siri ini mengandungi enam judul buku yang sarat dengan unsur-unsur sejarah yang berbentuk pengajaran. Akhlak terpuji, pesanan berharga serta kisah teladan amat penting dan perlu dihayati oleh semua.
Author: Rozita Mohamed
Publisher: DB United | Audience: Children | 4580 KB, 28 p. : col. ill.
Sang Gajah terpaksa membayar bau sup daging yang dimasak oleh Sang Belang. Sang Belang membuat tuduhan bahawa Sang Gajah telah 'mencuri' bau sup itu. Oleh kerana tiada wang untuk membayar bau sup tersebut, Sang Belang telah membawa Sang Gajah bertemu dengan Raja Rimba.
Author: Aida Shahira
Publisher: DB United | Audience: Children | 1703 KB, 112 p. : ill.
Cerita ini mengisahkan tentang dua orang adik-beradik yang bernama Deris dan Rosnah yang merupakan yatim piatu. Oleh kerana ketiadaan ibu dan bapa, Rosnah mengambil keputusan untuk berkerja supaya adiknya Deris dapat meneruskan pelajaran. Dia juga menerima lamaran seorang lelaki dari kampung yang bersebelahan. Tetapi nasib Rosnah malang. Suaminya meninggal dunia akibat kemalangan dan Rosnah menjadi janda muda. Kehidupan Deris dan Rosnah semakin tertekan kerana orang kampung memandang serong terhadap mereka. Tetapi nasib mereka berubah menjadi baik apabila Rosnah bertemu kembali dengan sahabat lamanya yang bernama Suhaimi.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 2857 KB, 44 p. : col. ill.
Sewaktu Karim Ketot dan Goh Gedempol sedang berbasikal, mereka terjumpa sebuah rumah buruk di hujung kampung itu. Mereka dapat tahu bahawa terdapat seorang nenek yang kelihatan menakutkan tinggal di situ lalu mereka pun mula menyiasat.
Author: Siti Dalila
Publisher: DB United | Audience: Children | 2520 KB, 14 p. :ill. col.
Kisah bangau yang tidak dapat makan ikan kerana ikan tak timbul. Pengajaran dari cerita ini ialah semua harus berusaha untuk berjaya.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 4478 KB, 18 p. : col. ill.
Ini adalah kisah mengenai seorang pengembara bernama Ahmad Maulana. Dia telah mengembara ke bermacam-macam tempat dan bertemu dengan pelbagai orang. Kisah pengembaraannya penuh dengan peristiwa suka dan duka.
Author: Hamdan Mohd Ali
Publisher: DB United | Audience: Children | 50823 KB, 32 p.
Cerita ini menceritakan tentang seorang puteri bernama Puteri Mas Ayu yang telah dikhianati oleh kakaknya Puteri Mas Anum. Dia disumpah menjadi ke siput emas. Selepas menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya Puteri Mas Anum pulang dan berjaya bertukar bentuk asalnya dan bersatu semula dengan tunangnya Putera Indra.
Author: Misnon
Publisher: DB United | Audience: Children | 4505 KB, 18 p. : col. ill.
Syeikh Abdul Qadir Jailani dikenali sebagai wali Allah yang mashur dan berwibawa. Sejak kecil lagi, dia sangat minat dengan ilmu kerohanian. Kerana minatnya yang sangat mendalam, Syeikh Abdul Qadir telah pergi ke Baghdad untuk mendalami ilmu itu.
Author: Hamdan Mohd Ali
Publisher: DB United | Audience: Children | 60456 KB, 32 p.
Ceritakan tentang seorang tua bernama Mak Tom yang tinggal kesunyian. Pada satu hari muncul jin yang menghadiahkan Mak Tom sebiji tembikai. Setelah ditanam, ia mengandungi satu tembikai emas. Di dalamnya terdapat seorang bayi perempuan yang sangat comel. Jin bersumpah untuk mengambil bayi tersebut.
Author: Hamdan Mohd Ali
Publisher: DB United | Audience: Children | 44366 KB, 32 p.
Kisah tiga adik-beradik Leman, Usop dan Kamil yang tinggal dengan ibunya. Selepas Leman dan Usop berkahwin, mereka tidak pernah datang ke kampung untuk melawat ibunya. Kamil terpaksa menjaga ibunya sehingga ibunya meninggal dunia. Berita kematian ibunya telah mengejutkan Usop dan Leman. Sikap tamak mereka akhirnya memakan diri sendiri apabila hidup menjadi sukar.
Author: Riza Irhan
Publisher: DB United | Audience: Children | 2842 KB, 32 p. : col. ill.
Seorang lelaki kaya telah mewasiatkan agar hartanya dibahagikan sama rata dengan ketiga-tiga anaknya, Hasan, Hazim, dan Hanif. Hasan telah berpakat dengan Hazim agar hanya mereka berdua yang berkongsi harta tersebut. Namun pada suatu hari, mereka jatuh miskin akibat sifat tamak mereka itu.
Author: Rohawi Sarnap
Publisher: DB United | Audience: Children | 21807 KB, 32 p.
Kisah-kisah kehidupan tokoh-tokoh sufi.
Author: Misnon
Publisher: DB United | Audience: Children | 3963 KB, 18 p. : col. ill.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang Majusi yang telah masuk Islam bersama anak dan isterinya. Setelah masuk Islam, mereka sekeluarga diuji dengan kelaparan. Suami yang diharapkan untuk membawa pulang makanan masih belum mendapat sebarang pekerjaan.
Author: Muhammad Baihaqi
Publisher: DB United | Audience: Adult | 9709 KB, 155 p.
Memaparkan kisah-kisah wanita yang mulia.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 3652 KB, 21 p. : ill.
Kit kemahiran hidup ini menyediakan pelbagai jenis aktiviti dan projek reka cipta yang menarik dan mencabar kreativiti para pelajar. Pelbagai bentuk latihan berserta jawapan disediakan untuk merangsang pembelajaran secara teori.
Author: Ghazali Lateh, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Young People | 64001 KB, 154 p.
Kompilasi puisi moden antaranya adalah tulisan Syed Mahadzir, Rohana Ishak, Raja Hamidah, Dino S dan ramai lagi.
Author: Lau, Yee Mei
Publisher: DB United | Audience: Children | 10267 KB, 36 p : col. ill.
Tiga perempat daripada permukaan bumi diliputi air tetapi hanya dua peratus daripada air itu ialah air tawar yang dapat kita gunakan. Tetapi mengapa air ini tidak pernah habis? Buku ini menerangkan dengan jelas langkah demi langkah bagaimana alam semula jadi mengitarkan air tawar dunia.
Author: Zainurin Yusof
Publisher: DB United | Audience: Children | 11991 KB, 38 p. : col. ill.
Kita semua mempunyai makanan kegemaran masing-masing. Tetapi kita makan makanan bukan hanya kerana kelazatannya. Makanan seolah-olah bahan api yang membekalkan segala keperluan untuk kita meneruskan kehidupan. Buku ini menghuraikan dengan jelas tentang peranan makanan kepada kita sebagai sumber tenaga, kecergasan, dan kesihatan.
Author: Zainariah Abdul Wahab
Publisher: DB United | Audience: Children | 15614 KB, 36 p. : col. ill.
Kita dilahirkan, kita menjalani kehidupan kita, dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini. 'Kitar manusia' menyusuri lorong kehidupan kita, dari saat kita dilahirkan hingga masa kita mati.
Author: Zainurin Yusof
Publisher: DB United | Audience: Children | 11901 KB, 24 p. : col. ill.
Seperti manusia, tumbuh-tumbuhan perlukan makanan, air dan udara untuk membesar. Buku 'Kitar tumbuhan' ini menghuraikan dengan jelas tentang peringkat-peringkat dalam hidup pelbagai jenis tumbuhan dan setiap langkah dalam kitar semula jadinya.
Author: Lee Guat Eam
Publisher: DB United | Audience: Children | 23159 KB, 16 p.ill
Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran.
Author: Lee, Guat Eam
Publisher: DB United | Audience: Children | 29.38 MB, 20 p. :ill. col.
Dari beluncas menjadi kepompong dan akhirnya menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Author: Nazehran Jose Ahmad
Publisher: DB United | Audience: Adult | 48663 KB, 319 p. :ill. col.
Pembunuhan misteri ketua pengawas arkib , Arturo S. Eduardo di dalam Arkib Rahsia Vatican telah membongkar rahsia yang tersimpan selama 1,200 tahun. Persoalan timbul apabila si mati adalah pengikut The Cathar, iaitu satu kumpulan pergerakan medival dengan fahaman mereka yang percaya bahawa penyaliban Jesus adalah satu penipuan yang sengaja direka oleh Kristian Katolik. Seorang wartawan terkenal, Jesicca Keith ditugaskan untuk membongkar misteri pembunuhan tersebut.
Author: Lau Lee Lyn
Publisher: DB United | Audience: Young People | 118582 KB, 76 p.ill
Berkisarkan tentang remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti seharian, penyiasatan, pencegahan jenayah serta membantu masyarakat.cerita ini menerapkan nilai-nilai moral dan sifat-sifat positif.
Author: Pakhoruzi Mohamad
Publisher: DB United | Audience: Children | 141996 KB, 305 p.
Panduan menulis karangan dengan baik.
Author: SMahadzir & Fauziah AR
Publisher: DB United | Audience: Adult | 278 MB, 730 p. :ill. col.
Kumpulan cerita-cerita yang mengisahkan tentang iman, merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan seperti bersih daripada syirik khafi, riyak dan juga tentang kemanisan manisan.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Adult | 32805 KB, 273 p.
Memuatkan cerita-cerita jenaka dalam bentuk dialog dan cerpen yang boleh membuat pembaca tersenyum.