Malay banner


Showing 2,151 - 2,200 of 2,296

  1. Author: Najibah Hassan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 883 KB, 40 p.

    Izad seorang murid yang hidup sederhana mula menjual nasi lemak di Sekolah Sri Delima. Namun dia terpaksa berhenti kerana tidak dibenarkan oleh pihak sekolah. Akhirnya dia mendapat pertolongan daripada gurunya untuk memulakan perniagaan baru.

  2. Author: Ruslan Ngah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1688 KB, 160 p. : col. ill.

    Daniel ingin menjadi seorang jedi seperti di filem Starwars dan mengesan makhluk asing. Walaupun sering ditertawakan oleh rakan-rakannya, minat Daniel tidak pernah pudar. Pada masa yang sama, di Air Terjun Jeram sedang heboh cerita tentang objek asing. Daniel pasti menyiasati kebenaran cerita itu akan memberinya satu pengalaman yang luar biasa.

  3. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7670 KB, 122 p. : ill.

    Buku ini menyingkap kisah kehidupan peniaga-peniaga pasar malam yang unik dan tersendiri. Salah seorang dari mereka ialah Rashid. Dia dan ayahnya menjual air tebu di pasar malam. Pada suatu hari, dia berasa terkejut apabila terlihat salah seorang daripada musuh ketatnya telah membuka gerai menjual air kelapa muda di pasar malam itu. Lalu, perniagaan yang dijalankan pun disulami dengan perasaan iri hati, dendam, dan kemarahan.

  4. Author: Najibah Hassan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 633 KB, 40 p.

    Rizal seorang murid yang telah menanamkan sifat bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Dia bekerja keras untuk memenuhi impiannya.

  5. Author: Bahasa Othman

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4232 KB, 32 p.

    Buku ini adalah himpunan koleksi sastera Melayu yang banyak contoh pengajaran, hiburan dan menguji minda setiap orang yang membacanya. Ia amat berguna untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

  6. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4383 KB, 52 p. : ill.

    Buku ini membincangkan tentang pelbagai maklumat teknologi dan peralatan canggih yang berkaitan. Para pembaca akan mengetahui bagaimana teknologi tersebut digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita.

  7. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4413 KB, 52 p. : ill.

    Di dalam buku ini para pembaca akan dapat mengetahui lebih dekat lagi tentang sistem pengangkutan dan jenis-jenis pengangkutan yang menggunakan teknologi dan peralatan canggih. Para pembaca akan mengetahui bagaimana teknologi tersebut digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita.

  8. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4344 KB, 52 p. : ill.

    Buku ini membincangkan tentang teknologi robotik dalam bidang perindustrian, teknologi robotik dalam bidang permainan, dan teknologi robotik dalam bidang Sains dan penyelidikan. Para pembaca juga akan mengetahui bagaimana teknologi tersebut digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita.

  9. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4280 KB, 52 p. : ill.

    Di dalam buku ini para pembaca akan dapat mengetahui lebih dekat lagi tentang perkembangan teknologi telekomunikasi, teknologi telefon bimbit, teknologi telefon video dan telefon internet. Para pembaca juga akan mengetahui bagaimana teknologi tersebut digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita.

  10. Author: Riza Irhan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1453 KB, 28 p. : col. ill.

    Pak Megat seorang tukang kayu yang rajin. Kemahirannya diketahui oleh Raja Antah Kirana. Beliau ingin membina sebuah istana baru yang cantik. Pak Megat menghadapi pelbagai kesusahan sewaktu membina istana itu. Namun, dia tidak hilang semangat.

  11. Author: Halim Hj. Ibrahim

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2288 KB, 26 p. : col. ill.

    Ketika Nabi Ibrahim sedang berada di suatu tempat di padang pasir, Allah telah memerintahkan baginda meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail. Setelah beberapa hari, bekalan makanan dan minuman pun habis. Mereka merasa amat lapar dan dahaga.

  12. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6391 KB, 56 p.

    Sejak televisyen mereka rosak, Amin berasa sedih. Dia sering meminta bapanya untuk membeli televisyen baru. Encik Ramli mengenakan syarat-syarat sebelum dia bersetuju untuk membeli televisyen baru untuk anaknya. Mampukan Amin memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh bapanya?

  13. Author: Nurazizan Aziz

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12715 KB, 38 p. : col. ill.

    Buku ini mengandungi fakta-fakta asas yang perlu diketahui oleh murid-murid dalam penjagaan salah satu bahagian penting tubuh mereka, telinga. Ia juga menerangkan tentang pemakanan yang sihat dan petua-petua untuk menjaga telinga, serta cara mengubati kecederaan atau penyakit ringan telinga.

  14. Author: Isma

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 44801 KB, 27 p. : col. ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang persahabatan Labu dengan seekor anak kucing yang diberi nama Comel. Comel adalah kucing terbiar yang diperlihara Labu. Mereka saling menemani dan menyayangi satu sama lain. Pada suatu hari, Labu diserang Tupai dan Comel mendapat peluang untuk menunjukkan keberaniannya.

  15. Author: Zainorraini Nordin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1948 KB, 28 p. : col. ill.

    Damak dan keluarganya hidup dalam kemiskinan. Mereka cuma bergantung hidup kepada tanah yang luasnya hanya sekangkang kera. Pada suatu hari, anaknya yang bernama Melati telah melihat pokok tembikai yang mempunyai buah yang sangat ganjil di belakang rumahnya.

  16. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 122069 KB, 26 p. : col. ill.

    Ini adalah sebuah cerita tentang Yaya, seekor pepatung yang suka mengembara. Pada suatu hari, dia telah sampai di sebuah kebun tembikai. Sebiji tembikai telah mengajaknya ke sebuah bilik yang dipenuhi dengan makanan. Rupa-rupanya, mereka ingatkan Yaya adalah seekor burung yang mereka takutkan. Burung itu akan membunuh mereka jika mereka tidak menyediakan makanan untuknya.

  17. Author: Rosli Nik Mat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 11232 KB, 22 p. ill.

    Siri menghadap Raja Sulaiman adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah bagi mengasah minda pelajar. Buku ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami dengan menggunakan kaedah bercerita.

  18. Author: Halim Ibrahim, 1948-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1272 KB, 26 p. : ill.

    Tenggiling adalah seekor haiwan yang hidup di dalam hutan. Ia tidak berbahaya kepada manusia. Badannya bersisik tebal. Makanan kegemarannya pula adalah semut dan anai-anai. Kerana ia semakin pupus, Tenggiling kini menjadi binatang yang dilindungi.

  19. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1893 KB, 16 p.

    Raja negeri Pulau Paya.

  20. Author: Talib Samat

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 620819 KB, 836 p. ill.

    Kisah Tokoh Korporal Bijih Timah Melayu Terulung Long Jaafar dan Ngah Ibrahim Pengasas Taiping Bandar Warisan 1790-an Hingga 1895 mengisahkan kegigihan dan perjuangan korporal Melayu yang muncul pada abad Kesembilan belas iaitu Long Jaafar (bapa) dan Ngah Ibrahim (anak) di daerah Larut Matang, Perak Darul Ridzuan.

  21. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1878 KB, 16 p.

    Pelbagai tentangan yang dilalui Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam.

  22. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 22894 KB, 130 p. : ill.

    Iskandar membesar menjadi seorang remaja dalam limpahan kasih sayang ibu bapanya. Namun, segalanya berubah apabila berlaku suatu peristiwa ngeri yang melibatkan adik, nenek, dan kawan baiknya. Dia merasakan dirinya bersalah dan tidak mampu memaafkan dirinya sendiri.

  23. Author: Nor Aslina Mamat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 22571 KB, 28 p. ill.

    Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.

  24. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 869 KB, 42 p. : ill.

    Pada suatu hari, Cikgu Badrul telah menyuruh murid-muridnya membuat karangan betajuk 'Orang yang kamu sanjungi'. Setelah dikumpulkan semua karangan-karangan itu, Cikgu Badrul mula menyemaknya. Dia tertarik dengan salah satu karangan dari anak muridnya. Orang yang disanjungi tidak lain dari Cikgu Badrul sendiri.

  25. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 995 KB, 42 p. : ill.

    Imran telah mencadangkan kepada ayahnya untuk membawa mereka sekeluarga ke Zoo Negara pada musim cuti. Cadangan Imran telah disambut baik oleh ayahnya. Imran dan adik-adiknya sangat gembira bercampur ghairah menanti hari yang dijanjikan ayahnya itu.

  26. Author: Salina Ibrahim

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 1010 KB, 124 p.

    Penghayatan dan perungkaian rahsia di sebalik sesuatu doa.

  27. Author: Mohd Rosli Saludin

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 160099 KB, 309 p. ill.

    Buku ini adalah berguna untuk semua lapisan masyarakat yang meminati budaya Melayu, terutama yang banyak menggunakan kata-kata kias iaitu teromba.

  28. Author: Mohd Rosli Saludin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 109426 KB, 210 p. ill.

    Pada era globalisasi kini kita ketandusan guru-guru sastera yang berkarisma, kreatif dan mempunyai banyak idea untuk menarik perhatian pelajar apabila mengajar. Mereka kebanyakannya telah diasuh dengan kaedah yang tradisi iaitu bercakap, menyalin nota, membuat latihan, menyuruh pelajar deklamasi puisi, berlakon, hasilkan puisi, cerpen dan novel. Tetapi pada hakikatnya tiada model yang konkrit daripada guru tersebut. Buku ini adalah tulisan yang boleh membantu guru-guru untuk mencari jawapan permasalahan yang ditimbulkan di atas. Tulisan dalam buku ini semuanya adalah berdasarkan pengalaman pengarang sendiri sebagai pensyarah, guru, aktivis, penasihat dan pengamalnya. Ia bukanlah andaian kerana apa yang dipaparkan adalah berdasarkan pengalaman yang telah ditempuh, dirasai dan dilihat di depan mata sendiri.

  29. Author: Mohd Rosli Saludin

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 363662 KB, 210 p. ill.

    Apakah teromba? Apakah kaitan teromba dengan Adat Perpatih? Teromba merupakan alat komunikasi dalam kepimpinan Adat Perpatih yang bukan setakat adat sopan santun dalam pergaulan sahaja. Akan tetapi, lebih menekankan tentang landasan berfikir, nilai-nilai dalam kehidupan, norma-norma dalam pergaulan, falsafah hidup dan hukum-hukum yang harus dipatuhi. Kalau dipelajari lebih mendalam, teromba sebagai alat komunikasi adalah suatu konsep kehidupan yang disiapkan oleh nenek moyang masyarakat Adat Perpatih untuk anak cucunya bagi bertujuan mencapai suatu kehidupan yang bahagia dan sejahtera di dunia serta akhirat. Buku ini menyingkap tentang peranan teromba dalam kepimpinan masyarakat yang bertunjangkan Adat Perpatih.

  30. Author: Isma

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 46984 KB, 27 p. : col. ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang Oren dan Epal. Pada suatu hari, sedang mereka cuba melarikan diri dari tikus, mereka telah termasuk perangkap tikus yang dipasang manusia. Mereka berdua merasa amat takut dimakan oleh manusia. Sedang mereka memikirkan apa yang harus dilakukan, rakan mereka Betik telah terdengar jeritan mereka. Dapatkah Betik menyelamatkan Oren dan Epal?

  31. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 48362 KB, 34 p. col. : ill.

    Untuk mencari manusia robotik ciptaan Profesor Q, Atot, Profesor dan rakan-rakan ciliknya telah menjelajah ke suatu kawasan gurun. Namun, di sana mereka menghadapi pelbagai jenis bahaya.

  32. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 41798 KB, 34 p. col. : ill.

    Ini adalah sebuah cerita tentang Profesor Q, Arman, Huey Ling dan Sailesh yang sedang melarikan diri dari Atot, iaitu robot nakal yang telah dicipta oleh Profesor Q. Mereka membuat keputusan untuk bersembunyi di dalam lubang di bawah tanah.

  33. Author: R. Ismaz

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 9967 KB, 180 p. :ill. col.

    Kisah hidup Mak Cik Ezah yang telah beberapa tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya dan membiarkan orang tua itu hidup bersendirian.

  34. Author: Anis Anisa

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 2145 KB, 88 p.

    Hakimi seorang murid yang bermasalah di sekolah. Nasibnya baik kerana Cikgu Nazli sentiasa ada untuk menasihatinya. Tetapi sewaktu Hakimi memerlukannya dia sudah tidak ada di sekolah itu lagi. Lebih menyedihkan apabila dia mendapat tahu Encik Nazli adalah bapa kandungnya.

  35. Author: Nor Aslina Mamat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 23824 KB, 28 p. ill.

    Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.

  36. Author: Sidang Pengarang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 25411 KB, 54 p. ill.

    Siri pengalaman ekpedisi ini memaparkan para pelajar sekolah menengah yang berani, cekal dan tabah serta mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengharungi cabaran yang pelbagai.

  37. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3628 KB, 18 p. : col. ill.

    Habib Jauhar merupakan orang miskin yang sangat warak. Namun begitu, dia sangat rapat dengan raja. Raja selalu meminta pendapat dari Habib Jauhar dalam segala macam masaalah. Melihat hubungan baik antara raja dan Habib Jauhar, timbul rasa dengki di dalam hati Panglima Shayyad, orang kepercayaan raja.

  38. Author: Halim Hj. Ibrahim

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2302 KB, 26 p. : col. ill.

    Firaun telah memerintahkan agar semua bayi lelaki yang dilahirkan oleh kaum Bani Israel dibunuh. Pada suatu hari, ibu Nabi Musa melahirkannya. Lalu dia pun mengambil keputusan untuk meletakkan bayinya dalam peti dan menghanyutkannya. Peti itu terhenti di tepi Sungai Nil di hadapan istana Firaun.

  39. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 35009 KB, 34 p. col. : ill.

    Setelah menjadi kerdil kerana ciptaan baru Profesor Q, Profesor Q, Arman, Sailesh dan Huey Ling telah bersembunyi di dalam sebuah sarang yang begitu aneh bentuknya. Rupa-rupanya, mereka berada di dalam sarang lebah.

  40. Author: Hashim

    Publisher: DB United | Audience: Young Adult | PDF icon 3.35 MB, 93 p. :ill.

    Ayub dan Borhan suka pada keramaian kerana pda waktu sibuk begini mudah mereka meragut beg pengunjung yang datang ke situ. Tetapi jenayah yang sering mereka lakukan terhidu oleh pihak polis. Mereka ditangkap di sekolah sewaktu bersama-sama kawan-kaawn yang lain membuat persiapan perlawanan bola.

  41. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6973 KB, 64 p.

    Mat Lawi berjaya mengubah sikap sombong dua orang sahabat.

  42. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 29842 KB, 47 p. ill.

    Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.

  43. Author: Nur Zafiera

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6772 KB, 90 p.

    Sikap taksub terhadap komputer membuat Hanif bercita-cita untuk memiliki sebuah komputer sendiri. Walau bagaimanapun, bapanya melarang keras dan memberikan pelbagai sebab. Sebaik sahaja dia mendapat tahu bahawa terdapat kebaikan dalam alat ini, segala-galanya berubah. Adakah Haniff mempunyai komputer sendiri?

  44. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4876 KB, 92 p. : ill.

    Kasut sukan Fahmi telah hilang, lalu Fahmi bercadang untuk memasang perangkap untuk menangkap pencuri tersebut. Sementara itu, Mimi pula telah membawa tetamu baru ke rumah mereka yang membuatkan seluruh rumah menjadi riuh rendah. Mak Lijah pula berhasrat untuk menjadi seorang pengasuh bayi supaya dapat meringankan beban keluarganya.

  45. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2701 KB, 44 p. : col. ill.

    Karim Ketot teringin memiliki bilik sendiri setelah melihat bilik kawan baiknya, Gedempol yang begitu cantik itu. Setelah berjaya memujuk emak dan bapanya, dia berasa gembira mendapat biliknya sendiri. Namun, Karim mendapati ada 'tetamu' yang tidak diundang di dalam biliknya dan berasa takut untuk tidur di situ lagi.

  46. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 10730 KB, 50 p. : col. ill.

    Pakcik Hairi telah meminjamkan sebuah teleskop kepada Hairi, Chang Chan, dan Sylesh untuk mengisi masa lapang mereka. Sedang mereka asyik memandang ke angkasa dengan teropong itu, tiba-tiba, mereka terlihat sebutir bola api yang pelik melintasi angkasa itu.

  47. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3.30 MB, 53 p. :ill.

    Perubahan sikap ayah menimbulkan tanda tanya kepada Rizal dan adik-beradiknya. Ayah kelihatan sangat gembira dan tidak sabar-sabar menanti kedatangan seorang tetamu istimewa. Siapakah tetamu tersebut?

  48. Author: Anizah Mohd. Said

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 871 KB, 128 p.

    Cerpen yang ditulis memaparkan plot cerita yang menarik, gaya bahasa yang ringkas serta suasana penceritaan yang dekat dengan diri pembaca.

  49. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1936 KB, 16 p.

    Thumbelina gadis bersaiz kecil.

  50. Author: Hakimi, Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 902 KB, 78 p. : ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang Seri dan Rima, dua orang adik-beradik yang berlainan ibu. Rima amat membenci Seri kerana dalam sangkaan Rima, Seri cuba mengambil segala yang menggembirakan Rima. Keadaan berubah apabila Seri mengalami kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Rima amat menyesal akan perbuatannya dan sangat mengharapkan kepulihan Seri.

F: 216AND73AND216AND161;

R: 100AND121AND102AND154;

0
False
False
https