Showing 151 - 200 of 272
Author: W. S. Uzala
Publisher: DB United | Audience: Children | 2099 KB, 28 p. : col. ill.
David dan Neil adalah angkasawan Amerika yang menjelajah di angkasa. Sewaktu meninjau planet Saturnus, mereka menemui pelbagai perkara-perkara baru yang tidak pernah mereka lihat.
Author: Hamran
Publisher: DB United | Audience: Children | 1518 KB, 28 p. : ill.
Kerbau dan Lembu sudah jemu memakan rumput. Mereka inginkan makanan yang lain. Maka mereka pun keluar merayau-rayau bersama mencari makanan. Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bakul yang penuh dengan berbagai jenis sayuran. Mereka pun berebut-rebut mahu makan. Oleh kerana keduanya tidak mahu bertolak ansur, kambing mengesyorkan satu jalan bagi menyelesaikan masalah itu.
Author: Zakaria Arif
Publisher: DB United | Audience: Children | 1843 KB, 30 p. : col. ill.
Lembu dan kerbau yang diternak oleh tuan mereka, Hong sudah jemu memakan rumput setiap hari. Mereka pun merayau-rayau di sekitar kampung. Lembu dan kerbau terjumpa sayuran di dalam bakul. Kambing, yang kebetulan berada di situ, berjanji untuk membahagikan sama rata antara mereka berdua. Namun, dia juga mempunyai helah untuk mengambil sayuran itu.
Author: Wan Nor Saedah
Publisher: DB United | Audience: Children | 14292 KB, 114 p. : ill.
Kehadiran pelajar baru di Asrama Kemboja mengejutkan Marlisa yang sudah setahun tinggal di situ. Ini kerana salah seorang daripada pelajar baru itu ialah Nurul Ain. Mereka pernah belajar di sekolah yang sama semasa di sekolah rendah. Namun, Marlisa tidak pernah menyenangi Nurul Ain.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 6.51 MB, 116 p. :ill.
Yasmin menyambung persekolahan menengahnya di sebuah sekolah berasrama. Di sekolah itu, dia melihat pelbagai ragam pelajar, antaranya ialah kerenah Azura. Yasmin melalui pelbagai pengalaman yang menarik semasa tinggal di asrama. Dia juga cuba mengorek rahsia di sebalik hubungan baik Azura dengan Kak Suraya. Apakah agaknya rahsia tersebut?
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 4.91 MB, 55 p. :ill.
Amir berasa sedih melihat kehidupan keluarganya menjadi tidak menentu setelah ayahnya diberhentikan kerja. Kak Long terpaksa berhenti sekolah kerana ingin bekerja untuk menyara keluarga. Amir diberitahu bahawa ayahnya sakit. Sejak itu juga perangai ayah berubah menjadi bengis dan suka marah-marah. Amir sering tertanya-tanya tentang penyakit ayahnya. Sehinggalah pada suatu hari, suatu peristiwa yang mengejutkan telah berlaku. Apakah penyakit ayah Amir? dan apakah peistiwa yang mengejutkan itu?
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 2093 KB, 16 p.
Nabi Muhammad SAW disusukan oleh Halimatus Sa'adiah.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 2074 KB, 16 p.
Abdullah, bapa Nabi Muhammad SAW meninggal dunia.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 40437 KB, 34 p. col. : ill.
Profesor Q, Arman, Huey Ling dan Sailesh masih melarikan diri dari Atot dan kini telah sampai di sebuah kawasan tanah lembik. Sedang mereka asyik bermain melontarkan tanah, tiba-tiba, Arman dan Huey Ling telah ditangkap oleh seekor burung yang besar.
Author: Sulaiman Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 2072 KB, 16 p.
Puteri yang pemalu.
Author: Lau Lee Lyn
Publisher: DB United | Audience: Young People | 89144 KB, 66 p.ill
Berkisarkan tentang remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti seharian, penyiasatan, pencegahan jenayah serta membantu masyarakat.cerita ini menerapkan nilai-nilai moral dan sifat-sifat positif.
Author: Norlela Mohd. Nor
Publisher: DB United | Audience: Young people | 1016 KB, 96 p.
Koleksi cerpen yang berkisar tentang kehidupan remaja masa kini. Ia digarap dengan berkesan supaya mampu memberi impak kepada golongan remaja dalam aspek hubungan sesama remaja berlainan jantina.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Young People, Children | 40277 KB, 190 p.
Kisah percutian Azman, Radzi, Suhaimi, Julia dan Faizah yang inginkan aktiviti percutian yang lebih mencabar. Salah seorang daripada mereka hilang dalam sebuah banglo besar dan ini ada kaitan dengan sindikit dadah.
Author: Krishnan Panikker
Publisher: DB United | Audience: Children | 645 KB, 104 p. : col. ill.
Pakcik Nutcracker adalah pakcik Sugu. Dia adalah bekas ahli fizik nuklear. Selepas bersara, Pakcik Nutcracker tinggal bersama keluarga Sugu. Dia telah mengubah suai garaj rumah Sugu menjadi sebuah makmal. Di dalam makmal itu, Pakcik Nutcracker telah mencipta sebuah mesin masa yang dapat menjelajahi zaman silam.
Author: Nurazizan Aziz
Publisher: DB United | Audience: Children | 3685 KB, 66 p. : ill.
Cerita ini membawa para pembaca menjengah suasana dan kehidupan manusia 50 tahun yang akan datang. Melalui program penukaran pelajar, sepasang remaja dari sebuah subplanet yang lain telah berpeluang datang ke bumi bersama-sama bapa-bapa mereka.
Author: Ruslan Ngah
Publisher: DB United | Audience: Children | 1242 KB, 152 p. : col. ill.
Mat Jenin selalu ditertawakan kerana angan-angannya yang tinggi. Mereka sebenarnya tidak faham maksud angan-angan Mat Jenin. Pada Mat Jenin, angan-angannya adalah cita-cita yang akan tercapai pada suatu hari nanti.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 647 KB, 67 p. : col. ill.
Ah Seng ingin sekali melihat tarian Dabus yang baginya sungguh menggerunkan. Di dalam tarian Dabus, penari-penari akan menetak atau menghiris badan mereka dengan senjata tajam. Namun, badan mereka tidak tercedera ataupun terluka kerana mereka menggunakan ilmu kebal.
Author: Muḥammad Hārūn, 1940-
Publisher: DB United | Audience: Children | 2594 KB, 34 p. : col. ill.
Wak Yaakob mengenalkan anak angkatnya yang bernama Safuan kepada kumpulan Tiga Serangkai. Pemuda itu kelihatan tertib dan bersopan santun. Namun, Aiman merasakan seperti ada yang tidak kena tentang pemuda itu. Dia seakan-akan pernah melihat pemuda itu sebelum ini.
Author: Nur Zalida
Publisher: DB United | Audience: Children | 12296 KB, 22 p. ill.
Siri teladan intan adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita dan ilustrasinya menarik.
Author: Nurul Hawa Mohd. Sanif
Publisher: DB United | Audience: Children | 975 KB, 160 p.
Siri Bersatu Banteras Kriminil ditulis berunsurkan semangat perpaduan dalam kehidupan pelajar. Cerita-cerita yang dipaparkan mengandungi unsur-unsur motivasi, panduan dan pembimbing kepada pelajar supaya dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia, berkualiti dan berintegriti.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 31572 KB, 47 p. ill.
Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.
Author: Halimah Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 38.66 MB, 24 p. :col. ill.
Asiah membantu seorang budak lelaki yang terjatuh dalam sebuah longkang besar daripada hanyut. Dia melemparkan sebuah tayar buruk kearah budak itu supaya dia dapat berpaut dan tidak tenggelam sementara menunggu pertolongan.
Author: W. S. Uzala
Publisher: DB United | Audience: Children | 2049 KB, 28 p. : col. ill.
Doktor Steven dan Doktor Arshad adalah pakar penyelamat binatang. Mereka telah berangkat ke Kutub Utara untuk membantu seekor mengkarung raksasa dan seekor beruang yang terperangkap di tepi lembah salji. Palbagai rintangan yang perlu mereka hadapi sebelum mereka sampai di situ.
Author: Isma
Publisher: DB United | Audience: Children | 37832 KB, 27 p. : ill. col.
Kubis Bunga, Tomato, Cili Merah dan Buncis sedang bermain ombak apabila terdengar jeritan Tomato. Mereka ternampak sekumpulan nelayan mencampakkan sesuatu ke atas pasir. Mereka melihat seekor penyu yang sedang terkial-kial menterbalikkan dirinya semula dan menolongnya. Penyu menceritakan bahawa ia terperangkap di dalam pukat nelayan dan nelayan akan membunuh spesis penyu yang di anggap perosak pukat mereka. Kubis Bunga, Tomato, Cili Merah dan Bunci menolak penyu ke laut supaya ia dapat kembali ke tempat asalnya.
Author: Nir Shahmir
Publisher: DB United | Audience: Young people | 1317 KB, 128 p.
Siri ini memaparkan cerita berkenaan amalan khurafat yang sering berlaku dalam masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan masyarakat Melayu. Amalan tidak baik ini harus dihindari dan dijauhi.
Author: Arif Salleh
Publisher: DB United | Audience: Children | 1787 KB, 35 p. : col. ill.
Ibu bapa Siti Aliah berasa sangat kesal dan marah kerana pelajaran anaknya merosot. Mereka melarang Siti Aliah untuk berjumpa dengan kawan-kawannya. Dia mesti selalu berada di rumah dan belajar. Lalu, dia pun membuat keputusan untuk melarikan diri.
Author: H.M. Qadirun Nur, Ahmad Musyafiq
Publisher: DB United | Audience: Adult | 196613 KB, 470 p.
Pembahasan lengkap tentang 'Ulumul Quran.
Author: Rahman dan Aishah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 119175 KB, 255 p.
Menyingkap rahsia disebalik perkahwinan dengan mengambil kira pelbagai faktor sebelum dan sesudah berumahtangga.
Author: Nur Najiha
Publisher: DB United | Audience: Children | 35896 KB, 24 p.
Siri Bahasa Arab ditulis sebagai bahan bacaan tambahan bagi memahirkan sebutan dan bacaan dalam bahasa Arab. Sasaran adalah kanak-kanak di sekolah rendah untuk membantu pembelajaran mereka.
Author: Hamdan Mohd Ali
Publisher: DB United | Audience: Children | 45959 KB, 32 p.
Meon dari golongan miskin sering ditindas oleh saudaranya. Suatu hari isterinya mendapati sebekas biji labu. Biji labu yang akhirnya berjaya merrubah nasib Meon.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 35508 KB, 34 p. col. : ill.
Profesor Q dan rakan-rakan ciliknya sudah kembali kepada saiz asal mereka setelah Atot, si manusia robotik menyebabkan mereka menjadi kerdil. Atot pula berjanji untuk menjadi manusia robotik yang baik. Untuk meraikan kejayaan mereka semua, Profesor mengadakan majlis makan di rumahnya.
Author: Jantan Umbat, 1945-
Publisher: DB United | Audience: Children | 28797 KB, 32 p. ill.
Buku cerita 'Siri bacaan khazanah bangsa' ini adalah himpunan beberapa kisah dongeng untuk menjadi sebahagian daripada sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar.
Author: Rosli Nik Mat
Publisher: DB United | Audience: Children | 10649 KB, 22 p. ill.
Siri menghadap Raja Sulaiman adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah bagi mengasah minda pelajar. Buku ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami dengan menggunakan kaedah bercerita.
Author: M. Aini
Publisher: DB United | Audience: Children | 4517 KB, 17 p. : col. ill.
Merak sangat megah dengan bulunya yang cantik. Dia suka menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Pada suatu hari, ketika berjalan, Merak terjumpa seekor burung yang mempunyai leher dan kaki yang panjang. Merak pun menghampiri burung itu untuk menunjukkan ekornya yang cantik.
Author: Halim Ibrahim, 1948-
Publisher: DB United | Audience: Children | 1299 KB, 26 p. : ill.
Merbau dan Cengal adalah spesis pokok kayu keras yang besar dan tinggi. Mereka bersahabat baik. Merbau dan Cengal hidup di dalam hutan dan tumbuh berdekatan. Pokok di sekeliling mereka banyak yang sudah ditebang. Mereka kini berasa sangat takut dan khuatir bahawa giliran mereka ditebang akan tiba.
Author: Fidah Rahmad
Publisher: DB United | Audience: Children | 46299 KB, 24 p.
Siri Wirawan Si Cilik memaparkan watak kanak-kanak yang digambarkan sebagai kanak-kanak yang bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab itu merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang berlaku di sekeliling mereka.
Author: Farahanis
Publisher: DB United | Audience: Children | 735 KB, 104 p. ill
Bagi Aleeya, Serena dan Mardihah, walaupun pengalaman menjadi mangsa culik kemudian menjadi mangsa tsunami kecil serta menjalani kehidupan di Pulau Kampung Air bersama masyarakat Bajau di Sabah itu sungguh pahit dan mengerikan, namun pengalaman itu juga menjadi sesuatu yang paling menarik dalam hidup mereka. Malah langsung tidak mematahkan minat mereka untuk meneruskan hobi mereka yang gemar mengembara itu.
Author: Adi Alhadi
Publisher: DB United | Audience: Children | 13450 KB, 30 p. :ill.col.
Kisah pelayaran Merong Mahawangsa dari Rom mahu menuju ke negeri Cina tetapi terhalang. Akhirnya dia menjadi raja di negara Langkasuka. Nama itu kemudian ditukar menjadi Kedah Zamin Turan dan menabalkan putera-puteranya menjadi raja sebelum beliau pulang ke Rom.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 68235 KB, 130 p. : ill.
Non selalu diejek kerana kegemukannya, menyebabkan dirinya begitu dahagakan perhatian dan populariti. Non merasakan bahawa peluangnya untuk diberi perhatian oleh orang lain sudah tiba apabila berlaku suatu kemalangan yang melibatkan seorang penarik beca.
Author: Iskandar Shah
Publisher: DB United | Audience: Children | 14990 KB, 114 p. : col. ill.
Tarmizi telah pergi ke sebuah medan selera untuk mencari gerai mi udang Pak Ju tetapi mendapati gerai itu sudah pun ditutup. Dia dan rakannya Kin Seng cuba menjejaki gerai tersebut. Terbongkar seribu satu rahsia tentang penjual mi udang, pemilik medan selera, dan anak angkat Pak Ju sendiri.
Author: Jamiah Sapari
Publisher: DB United | Audience: Children | 77826 KB, 26 p. : col. ill.
Miko adalah seekor kambing biri-biri. Pada suatu hari, seekor serigala telah masuk ke dalam hutan. Ibu bapa Miko telah melarangnya keluar dari rumah untuk bertemu dengan temannya Dino. Namun Miko degil dan dia tetap keluar dari rumahnya.
Author: Lee Guat Eam
Publisher: DB United | Audience: Children | 22380 KB, 16 p.ill
Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran.
Author: Lee, Guat Eam
Publisher: DB United | Audience: Children | 29.35 MB, 20 p. :ill. col.
Buku ini memperkenalkan kanak-kanak dengan anggota deria.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2058 KB, 24 p. : col. ill.
Kit dan Kiti sepasang kembar yang sangat pemalas. Mereka hanya suka makan, tidur, dan menonton televisyen. Mereka juga tidak suka bermain dengan teman-teman mereka yang lain. Pada suatu malam, mereka mendapat satu mimpi yang aneh.
Author: Marjan Mohd Noor
Publisher: DB United | Audience: Children | 2356 KB, 26 p. ill.
Siri kisah teladan merupakan koleksi kisah teladan pengalaman para anbia, sahabat, salihin dan tokoh tertentu pada zaman lampau. Kisah-kisah ini dipersembahkan untuk dijadikan iktibar dan panduan dalam kehiduapan pembaca. Melalui siri ini, pembaca dibawa mengembara ke zaman silam dengan gaya penceritaan kreatif, daripada satu cerita ke satu cerita dalam bentuk cerita pendek. Persembahan buku ini lebih menarik dengan ilustrasi yang berwarna-warni sebagai bahan sokongan untuk tatapan pembaca.
Author: Munira Saira
Publisher: DB United | Audience: Young People | 39172 KB, 143 p.
Antara Amir dan Irfan, yang mana satukah pilihan Atiqah. Adakah Irfan yang memang sekian lama bertahta dihatinya atau Amir yang telah lama setia dan mendambakan cintanya.
Author: Cathoilda Sibin
Publisher: DB United | Audience: Adult | 44295 KB, 196 p. ill.
Normi Armila sering berhadapan dengan masalah adiknya, Nomi Amila yang sering menyebabkan kemarahan mereka sekeluarga. Asrul pula jejaka yang mewarisi perniagaan syarikat masih lagi dihantui peristiwa hitam entah ke mana.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Young people | 732 KB, 24 p.ill
Koleksi Cerita Rakyat Pertama yang diterbitkan untuk bacaan kanak-kanak. Buku ini memuatkan lapan buah cerita rakyat Malaysia yang merangkumi cerita jenaka, cerita binatang, cerita tauladan, cerita asal usul dan sebagainya. Setiap cerita terkandung pengajaran dan nilai moral untuk membentuk sahsiah kanak-kanak.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 732 KB, 15 p. : ill.
Salleh adalah seorang petani yang memelihara dua ekor binatang ternakan, seekor kambing dan seekor kerbau. Dia menyayangi kedua-dua ekor binatang itu sama rata. Kambing mula merasa iri hati terhadap kerbau kerana berpendapat bahawa tuannya Salleh lebih menyayangi kerbau daripada dirinya. Kambing mencari cara untuk menyingkirkan kerbau. Pada suatu petang, kambing menghasut kerbau bahawa tuan mereka tidak bersikap adil. Kambing menyarankan kerbau terjun dari atas busut sehingga tercedera. Apabila Salleh melihat kerbaunya jatuh terjelepok, dia segera berlari menuju ke pekan untuk menemui tabib haiwan. Tabib haiwan itu memberitahu Salleh bahawa luka itu mesti disapu dengan minyak yang diambil daripada lemak kambing jantan. Salleh tanpa berlengah terus menuju ke kandang untuk mendapatkan kambing untuk disembelih.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 12230 KB, 42 p. : ill.
Semenjak berkenalan dengan seorang kawan baru, hidup Deni mula berubah. Deni sering kelihatan termenung dan selalu pula pulang lewat daripada biasa. Hal ini menyebabkan ayah dan ibunya risau sekali.