Showing 1,751 - 1,800 of 2,296
Author: Che Zaharah Omar
Publisher: DB United | Audience: Children | 4749 KB, 42 p. : col. ill.
Sejak akhir-akhir ini, Farah kerap mendengar abangnya Hasbul, memperkatakan tentang Puteri Impian. Namun, identiti Puteri Impian masih lagi menjadi misteri bagi Farah. Farah ingin sekali mengetahui tentang Puteri Impian yang dikatakan abangnya itu.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 2047 KB, 29 p.ill
Antara khazanah rakyat Malaysia ialah cerita-cerita rakyat dan khazanah ini seharusnya dipelihara supaya kekal sepanjang zaman. Oleh itu, buku-buku cerita seperti ini sering diterbitkan dalam pelbagai bentuk.
Author: Zaidi Yaman
Publisher: DB United | Audience: Children | 4.28 MB, 32 p. :ill.
Pencuri telah mencuri sebuah labu yang besar dari kebun nenek kebayan. Dia memotong buah labu dan keluarlah seorang puteri. Puteri marahkan si pencuri kerana telah memotong buah itu dengan pisau menyebabkan sifatnya menjadi tidak sempurna. Untuk tidak di hukum pencuri harus mencari seorang lelaki yang berasal dari burung yang berada di kebun Nenek Kebayan untuk ditemukan dengan Puteri Labu.
Author: Jamilah Haji Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 1119 KB, 32 p. ill
Pak Ipin menceritakan kepada Suri dan keluarganya yang datang bercuti di Pulau Langkawi tentang sejarah Mahsuri. Dia difitnah dan dihukum bunuh. Penduduk kampung terpearnjat kerana darah putih yang mengalir dari tubuh Mahsuri dan sumpahnya benar-benar terjadi pada Pulau Langkawi.
Author: Jamilah Haji Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 138496 KB, 32 p.
Siri Legenda Gemilang ditulis mengikut kisah benar seawal abad ke 15 sehinggalah abad ke 17. Ini adalah satu rakaman sejarah yang popular tetapi dikisahkan kembali dengan cara yang terkini, segar dan menarik.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 4220 KB, 29 p.ill
Antara khazanah rakyat Malaysia ialah cerita-cerita rakyat dan khazanah ini seharusnya dipelihara supaya kekal sepanjang zaman. Oleh itu, buku-buku cerita seperti ini sering diterbitkan dalam pelbagai bentuk.
Author: Zaidi Yaman
Publisher: DB United | Audience: Children | 6.75 MB, 32 p. :ill.
Si ular tedung adalah anak kepada keluarga miskin iaitu Pak Malau dan Mak Endut. Si ular tedung berjaya berkahwin dengan puteri raja setelah memenuhi syarat membina jembatan emas dan perak. Si ular tedung keluar dari kulitnya dan menjadi seorang pemuda yang kacak untuk bersuka ria bersama rakyat, namun apabila ia tahu yang isterinya telah membakar kulitnya, dia lari meninggalkan istana.
Author: Fahimi
Publisher: DB United | Audience: Children | 2466 KB, 36 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita tentang Raja Syahnam dan permaisurinya yang terlalu menginginkan cahaya mata. Malangnya, setiap kali permaisuri hamil, anak itu akan meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan. Apabila Raja Syahnam pergi berburu, dia telah terjumpa dengan seorang bayi di bawah pokok. Bayi itu berwajah hodoh, tetapi dia tetap membawanya pulang untuk dijadikan anak angkat.
Author: A. Ghani Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 3339 KB, 14 p. ill.
Siri cerita klasik adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Pengolahan cerita dan ilustrasinya menarik. la dapat menguji minda murid-murid dengan soalan pemahaman, cari jalan, bina perkataan dan perkataan seerti.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 2102 KB, 28 p. : col. ill.
Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang mempunyai seorang puteri dan sebelas orang putera. Setalah raja itu mati, isterinya, yang merupakan seorang ahli sihir, telah menukarkan kesemua sebelas putera raja itu menjadi angsa. Sang Puteri pula bernasib baik dapat menyelamatkan diri.
Author: Rubiah Jusoh
Publisher: DB United | Audience: Children | 3745 KB, [15] p. :ill. col.
Seorang puteri raja yang pemalu rela dirinya ditukarkan menjadi pokok semalu kerana tidak mahu legi melukakan hati ayanhandanya. Puteri selalu menolak pinangan siapa saja kerana sifatnya yang pemalu.
Author: Fahimi
Publisher: DB United | Audience: Children | 2572 KB, 36 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita tentang sebuah negeri yang diperintah oleh Sultan Iskandar Syah dan permaisurinya, Tuan Puteri Mas Ayu. Tuanku permaisuri baru melahirkan seorang puteri yang cantik paras rupanya. Walaupun mereka berasa bahagia, mereka tetap berasa bimbang akan keselamatan puteri mereka kerana burung geroda kerap menyerang negeri itu.
Author: Norul Azila Arifin
Publisher: DB United | Audience: Children | 1986 KB, 16 p.
Raja Muda menamatkan sumpahan Puteri Mayang Sari.
Author: Siti Ida Alias
Publisher: DB United | Audience: Children | 16781 KB, 32 p.
Siri ini menyediakan bahan bacaan berunsur kreatif tentang pementasan teater atau drama pentas untuk kanak-kanak. Lapan cerita yang dipaparkan merangkumi pelbagai tema seperti tema fantasi, realiti, kemasyarakatan, haiwan dan sebagainya.
Author: Kuek Ser, Kuang Hong
Publisher: DB United | Audience: Children | 2788 KB, 16 p.
Kerbau memijak ekor puyuh.
Author: Ruslan Ngah
Publisher: DB United | Audience: Children | 1500 KB, 150 p. : col. ill.
Qistina adalah seorang anak gadis yang dilahirkan di dalam keluarga yang berada. Kehidupannya dipenuhi dengan kemewahan dan kesenangan. Malangnya, Qistina merupakan seorang perempuan yang angkuh dan sombong. Lebih-lebih lagi dengan mereka yang bertaraf lebih rendah darinya seperti Pak Muin, pemandunya.
Author: Rahmad D
Publisher: DB United | Audience: Children | 39375 KB, 22 p.
Ini memuatkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.
Author: Maisarah Taufik
Publisher: DB United | Audience: Adult | 141657 KB, 307 p.
Buku ini ditujukan khas untuk para ibubapa yang prihatin terhadap pelajaran cemerlang anak mereka.
Author: Jauhar Isnani
Publisher: DB United | Audience: Adult | 44003 KB, 105 p.
Memaparkan rahsia dan peranan kasih sayang dalam keluarga.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 5.51 MB, 117 p. :ill.
Author: Rosnani Rifin
Publisher: DB United | Audience: Children | 13133 KB, 66 p. ill.
Mengisahkan kehidupan Asri yang dibelenggu kemiskinan berada dalam dilema antara ingin meneruskan persekolahan ataupun berhenti sekolah.
Author: Nur Azlan Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 3674 KB, 66 p. : col. ill.
Karim terpinga-pinga melihat Chong Beng tergesa-gesa mendayung sampannya. Tiba-tiba dia terpandang sampan kecil yang bergerak laju seperti menggunakan enjin. Cerita yang selalu dia dengar tentang sampan itu baru sekarang dipercayainya.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 12324 KB, 50 p. : col. ill.
Selepas menemui sebuah tempat istimewa di istana lama Zorio, Rio telah mengajak Hairi, Chang Chan, dan Sylesh melawat tempat itu. Lawatan ke kota lama yang amat menakjubkan itu akhirnya berubah menjadi malapetaka apabila mereka terjerumus ke dalam sebuah lubang yang ditemui mereka.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 39209 KB, 34 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita mengenai Gua Katu yang terletak jauh di pendalaman Hutan Kemuning. Terdapat beberapa cerita pelik mengenai gua itu dan ada yang mengatakan bahawa Gua Katu mempunyai penunggu.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 4654 KB, 88 p. : ill.
Hubungan Amy dengan jiran barunya yang bernama Kak Anne semaking renggang kerana suatu salah faham. Dia mula membenci jirannya itu dan menganggap wanita itu aneh setelah mengetahui dia sebenarnya adalah seorang tukang tilik. Amy mengesyaki dia juga terlibat dalam kegiatan penipuan dan akibat dari itu, Amy telah diculik.
Author: Mohd Sofwan Amrullah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 144003 KB, 271 p.
Memaparkan rahsia bagaimana manusia mencapai kebahagiaan dan ketenangan jiwa.
Author: Fidah Rahmad
Publisher: DB United | Audience: Children | 46141 KB, 24 p.
Siri Wirawan Si Cilik memaparkan watak kanak-kanak yang digambarkan sebagai kanak-kanak yang bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab itu merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang berlaku di sekeliling mereka.
Author: Hj. Abdul Halim Bashah
Publisher: DB United | Audience: Adult | 25836 KB, 171 p.
Kupasan tentang lebah dan manfaatnya.
Author: Al-Syeikh Muchtar bin. Abu Bakar Bawazir
Publisher: DB United | Audience: Adult | 8512 KB, 167 p.
Rujukan khas untuk kaum adam.
Author: Amina Noor
Publisher: DB United | Audience: Adult | 4341 KB, 114 p.
Pelbagai cara tradisional dimuatkan di dalam buku ini.
Author: S. A. Dian
Publisher: DB United | Audience: Children | 2466 KB, 56 p. : ill.
Oleh kerana marah terhadap isterinya yang membantu kanak-kanak miskin dengan wangnya, Pak Malau telah memukulnya hingga mati tanpa sengaja. Dia ingin merahsiakan hal tersebut tetapi, seorang budak miskin yang bernama Wahab telah menyaksikan kejadian itu.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2591 KB, 36 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita tentang seorang budak perempuan yang bernama Leela. Dia adalah budak yang paling kurus berbanding dengan kawan-kawannya. Walau sebanyak mana pun yang Leela makan, badannya tetap kurus. Ibunya sangat risau tentang berat badan anaknya itu, lalu merancang untuk berjumpa dengan doktor.
Author: Nurul Hawa Mohd. Sanif
Publisher: DB United | Audience: Children | 974 KB, 160 p.
Siri Bersatu Banteras Kriminil ditulis berunsurkan semangat perpaduan dalam kehidupan pelajar. Cerita-cerita yang dipaparkan mengandungi unsur-unsur motivasi, panduan dan pembimbing kepada pelajar supaya dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia, berkualiti dan berintegriti.
Author: Farahanis
Publisher: DB United | Audience: Children | 740 KB, 112 p. ill
Melissa diculik oleh Abang Zack dan Black untuk dijual kepada sindiket pelacur. Black ditembak oleh Zack dalam satu pertengkaran. Melissa sempat diselamatkan oleh kawan-kawannya.
Author: Bawazir, Syeikh Muchtar Abu Bakar
Publisher: DB United | Audience: Adult | 966 KB, 167 p.
Rujukan khas untuk kaum hawa.
Author: Luqman Hadi
Publisher: DB United | Audience: Adult | 34771 KB, 120 p.
Seribu satu rahsia yang perlu anda tahu tentang wanita.
Author: Ahmad Marzuki Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 88023 KB, 152 p. ill.
Dalam menimba ilmu pengetahuan, maklumat dan kemahiran, setiap pelajar tanpa mengira tahap persekolahan perlu mendekatkan diri dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa memiliki kejayaan dan kecemerlangan. Mereka mampu membantu diri kita mencorak perjalanan hidup yang lebih bermanfaat. Kegigihan kita dalam soal ini, membantu diri sendiri memulakan tindakan untuk mengenal pasti pendekatan terbaik meminimumkan kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Buku-buku dalam siri ini mengupas persoalan yang terdapat di dalam diri setiap pelajar dengan cuba menangani masalah dan memberi idea-idea yang mampu membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan diri.
Author: Nur Zalida
Publisher: DB United | Audience: Children | 13357 KB, 22 p. ill.
Siri teladan intan adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita dan ilustrasinya menarik.
Author: Sulaiman Zakaria
Publisher: DB United | Audience: Children | 1989 KB, 16 p.
Raja yang gemar akan darah manusia.
Author: Adi Alhadi
Publisher: DB United | Audience: Children | 10704 KB, 43 p. :ill. col.
Raja bersiung adalah antara cerita lisan turun temurun yang diabadikan dalam buku penglipur lara kanak-kanak. Kisah seorang raja yang jahat dan kegemarannya ialah memakan makanan yang bercampur dengan darah dan juga daging mnusia. keran tabiatnya itu, gusi baginda ditumbuhi siung dan dari itu dia dikenali dengan nama Raja Bersiung.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 1794 KB, 16 p.
Tukang lawak berjaya mehilangkan rasa bosan raja.
Author: Siti Dalila
Publisher: DB United | Audience: Children | 2522 KB, 14 p. :ill. col.
Sang Singa, Raja hutan menguji kesetiaan rakyatnya samada mereka taat atau ingin mengambil alih tempatnya.
Author: Hazimi Marek
Publisher: DB United | Audience: Children | 5326 KB, 24 p. ill
Seekor katak berjumpa dengan tutup botol yang disangkanya mahkota. Dia mula berangan-angan memilih puteri jelita menjadi isterinya. Nyawanya hampir melayang apabila kakinya tersangkut lumpur kerana cuba menyelamatkan mahkotanya yang jatuh ke dasar kolam. Nasib baik katak betina datang menolong dan dialah yang menjadi puteri idamannya.
Author: A. Ghani Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 6764 KB, 14 p. ill.
Siri cerita klasik adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Pengolahan cerita dan ilustrasinya menarik. la dapat menguji minda murid-murid dengan soalan pemahaman, cari jalan, bina perkataan dan perkataan seerti.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 3738 KB, 18 p. : col. ill.
Raja Amrushah telah meninggalkan istana. Dia keluar menyamar sebagai pengembala kambing untuk mengetahui keadaan hidup rakyatnya. Apabila dia sampai ke kampung rakyatnya, dia mendapati rakyatnya hidup susah disebabkan musim kemarau yang sedang melanda. Dia bertekad untuk melakukan sesuatu.
Author: Nik Amirul Nik Min
Publisher: DB United | Audience: Children | 4155 KB, 64 p.
Sekumpulan ahli-ahli Persatuan Alam Semuljaja pergi ke Pulau Ular. Banyak kegiatan yang dilakukan oleh kumpulan itu semasa kem di sana, tetapi apa yang berlaku kepada Azri telah membongkar cerita sebenar di sebalik misteri yang menyelubungi pulau itu.
Author: Kuek Ser, Kuang Hong
Publisher: DB United | Audience: Children | 2556 KB, 16 p.
Doktor Rayyan difitnah.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Children | 168896 KB, 55 p.ill
Siri ini memaparkan nilai-nilai moral yang tinggi serta boleh membentuk keperibadian para pelajar
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 4072 KB, 24 p. : col. ill.
Mamat seorang budak pemalas yang suka tidur. Dia sering kali dinasihati dan dimarahi ibunya kerana sifat malasnya. Pada suatu hari, Mamat disuruh ibunya untuk mengisi tempayan dengan air. Dia melakukannya dengan tidak bermaya. Dia berasa sangat malas. Ketika mengambil air, Mamat terlihat sekumpulan semut sedang bekerja membawa makanan.
Author: Samsuddin Pehan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1226 KB, 28 p. : col. ill.
Penduduk kampung berasa hairan melihat Kasim mengumpul tayar buruk. Mereka mengejeknya dan mengatakan bahawa dia telah gila. Namun, Kasim tidak mempedulikan mereka. Dia yakin bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi kaya.