Showing 1,451 - 1,500 of 2,296
Author: Nur Azlan Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 3569 KB, 66 p. : ill.
Ketika Krishnan dalam perjalanan untuk berjumpa Satar dan Poh Nam, dia terpandang seorang pemuda yang mencurigakan. Baju dan seluar pemuda itu koyak dan berdarah. Betisnya mengalami kecederaan parah kerana terkena tembakan. Kelakuannya menunjukkan seperti dia sedang diburu orang.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 1159 KB, 76 p. : ill.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Johari. Johari tinggal di hutan seorang diri setelah kematian ibu dan ayahnya. Pada suatu hari, Johari telah menemui dan menyelamatkan Profesor Makruf yang telah dicederakan oleh sekumpulan orang yang berniat jahat. Setelah keadaan Profesor Makruf beransur pulih, Johari bercadang menghantarnya pulang ke bandar. Malangnya, bahaya mengekori mereka dan niat Johari untuk ke bandar tidak kesampaian.
Author: Nik Amirul Nik Min
Publisher: DB United | Audience: Children | 3857 KB, 64 p.
Buku ini menceritakan kisah seorang pembantu rumah yang bernama Kak Leha. Seorang lelaki yang meminatinya itu telah menggunakan ilmu hitam untuk menggodanya. Tindakan ini telah menyebabkan Kak Leha diganggu oleh makhluk misteri dan timbullah kekecohan.
Author: Azwani, Ustaz
Publisher: DB United | Audience: Children | 2301 KB, 45 p. : col. ill.
Asmat selalu dihina oleh Dani. Dia tahu Dani menghinanya sebab dia seorang yang miskin. Orang miskin sepertinya tidak layak untuk berkawan dengan orang berada seperti Dani. Namun begitu, Asmat tidak sedikit pun menyimpan dendam terhadap Dani.
Author: Nurul Rina
Publisher: DB United | Audience: Children | 1478 KB, 28 p. : col. ill.
Raja Tapir adalah raja yang adil dan saksama. Di dalam istananya, ada seorang lelaki bijak bernama Mujik. Kerana kepintarannya, dia suka menyakiti Raja Tapir di khalayak ramai. Tidak puas hati dengan perbuatan Mujik, Raja Tapir mula memikirkan cara untuk menguji kebijaksanaan Mujik.
Author: Ishak Hamzah
Publisher: DB United | Audience: Children | 12087 KB, 22 p. ill.
Buah manggis buah rambutan,Mangga muda rasanya masam;Sang singa tinggal di hutan,Mukanya garang, kukunya tajam.
Author: Samsuddin Pehan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1286 KB, 28 p. : col. ill.
Pak Hamid baru sahaja bersara. Dia berasa sangat sunyi kerana tidak mempunyai apa-apa pekerjaan untuk mengisi masa lapangnya. Pak Hamid akhirnya mendapat akal untuk memulakan program Skim Cepat Kaya.
Author: Ishak Hamzah
Publisher: DB United | Audience: Children | 13466 KB, 22 p. ill.
Mencari rotan pergi ke hutan,Merempuh hutan hujan renyai;Terputuslah tali dari ikatan,Keldai jatuh di dalam sungai.
Author: Z. Leman
Publisher: DB United | Audience: Young People | 175825 KB, 60 p.ill
Siri ini memaparkan nilai-nilai moral yang tinggi serta boleh membentuk keperibadian para pelajar
Author: Riza Irhan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1416 KB, 28 p. : col. ill.
Seekor kera dan kura-kura adalah kawan baik. Pada suatu hari kura-kura kelihatan amat sedih sekali. Ibunya sakit, dan ia hanya boleh sembuh dengan memakan hati kera. Kera merasakan bahawa kura-kura tidak jujur terhadapnya kerana ia sedar bahawa kura-kura berniat jahat terhadapnya.
Author: Amer Haji Matsom
Publisher: DB United | Audience: Children | 8470 KB, 32 p. ill
Burung puyuh angkoh dan sombong mempunyai ekor yang cantik berkilau-kilauan. Dia terpaksa berkawan dengan kerbau kerana burung-burung lain tidak suka dengan sikapnya. Dengan tidak disengaja kerbau terpijak ekornya lalu patah. Sejak dari itu puyuh malu untuk terbang bersama burung lain, dia hanya merayap ditanah saja.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 9018 KB, 50 p. : col. ill.
Alia, Huey San, dan Sabariah sama-sama telah memenangi pertandingan pantun sebagai satu pasukan. Namun, timbul pula rasa cemburu antara satu dengan yang lain selepas itu. Mulanya Sabariah disingkirkan kemudian Huey San pula menarik diri.
Author: Arif Salleh
Publisher: DB United | Audience: Children | 1893 KB, 35 p. : col. ill.
Gopalan adalah seorang pelajar berusia dua belas tahun yang mempunyai tubuh yang besar. Dia sangat bangga dengan badannya itu. Namun, Gopal tidak menggunakan kelebihannya itu untuk kebaikan. Dia gemar membuli dan bergaduh dengan mereka yang lemah.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 5698 KB, 26 p. : col. ill.
Ini kisah mengenai seekor anak badak bernama Bad. Pada suatu hari, gigi Bad sakit. Ibunya menyuruh Bad pergi berjumpa doktor gigi. Dia pun keluar mencari doktor gigi. Dalam perjalanan, Bad terjumpa nelayan, kelasi kapal, askar dan bermacam-macam orang lagi.
Author: Rubiah Jusoh
Publisher: DB United | Audience: Children | 4068 KB, [15] p. :ill. col.
Hasan pada mulanya jengkel dengan burung pipit yang memakan padinya. Tetapi setelah dinasihatkan oleh seorang nenek tua dia membiarkan padinya dikongsi sama bahkan merasa gembira dengan telatah burung-burung itu. Padinya telah bertukar menjadi emas dan Hasan menjadi orang kaya yang baik hati.
Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-
Publisher: DB United | Audience: Children | 5422 KB, 80 p.
Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 6798 KB, 64 p.
Banon orang pertama menanam benih padi di Perlis.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 5490 KB, 18 p. : col. ill.
Di kota Balakh ada seorang pahlawan bernama Bahadur. Dia sangat gagah dan handal bermain senjata. Dia juga cekap menunggang kudanya yang berwarna putih. Pada suatu hari, Raja Samair telah mengadakan pertandingan berlawan senjata. Bahadur dan pahlawan-pahlawan lain pergi menurut serta dalam pertandingan itu.
Author: Amer Haji Matsom
Publisher: DB United | Audience: Children | 2464 KB, 33 p. : col. ill.
Buku ini mengandungi pantun-pantun Melayu yang sesuai untuk kanak-kanak. Ia dapat mendekatkan generasi muda dengan bahasa ibunda, dan menabur minat mereka untuk mempelajarinya.
Author: Badrul Risham Nuruddin
Publisher: DB United | Audience: Young People | 1153 KB, 144 p. ill
Author: Jamilah Haji Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 937 KB, 32 p. ill
Asrul dan adik-adiknya kesukaan apabila ayah mereka, Encik Ramli mahu membawa mereka bercuti ke kampung Atuk mereka yang berada di Naning berdekatan dengan bandar Alor Gajah, Melaka. Selepas makan Atuk bercerita tentang Pahlawan Naning iaitu Dol Said yang cuba melawan penjajah Inggeris bersama-sama anak-anak buahnya tetapi gagal kerana kekurangan senjata.
Author: Jamilah Haji Bujang
Publisher: DB United | Audience: Children | 145947 KB, 32 p.
Siri Legenda Gemilang ditulis mengikut kisah benar seawal abad ke 15 sehinggalah abad ke 17. Ini adalah satu rakaman sejarah yang popular tetapi dikisahkan kembali dengan cara yang terkini, segar dan menarik.
Author: Samsuddin Pehan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1430 KB, 28 p. : col. ill.
Dalam sebuah kampung, tinggal seorang lelaki bernama Pak Ali. Dia selalu pergi ke hutan untuk mencari rotan manau yang ditempah penduduk kampung. Pada suatu hari, ketika berjalan di hutan, dia terserempak dengan seekor harimau yang sedang mengerang kesakitan. Dia telah menolong harimau itu.
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Children | 32469 KB, 54 p. ill.
Siri pengalaman ekpedisi ini memaparkan para pelajar sekolah menengah yang berani, cekal dan tabah serta mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengharungi cabaran yang pelbagai.
Author: Sharifah Omar
Publisher: DB United | Audience: Children | 2188 KB, 28 p. : ill.
Pada suatu hari, Pak Darwis disuruh isterinya pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Ketika selesai mencari kayu api, tiba-tiba dia terdengar satu suara sedang meminta tolong. Dia pun mencari dari mana datangnya suara itu. Pak Darwis terkejut apabila mendapati seekor ular yang tersepit di celah-celah batu yang sedang meminta tolong.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 31165 KB, 34 p. : col. ill.
Pak Hipo adalah seekor badak yang tinggal di hujung kampung. Dia mempunyai rumah yang besar dan cantik tetapi bersifat pemarah, tamak, dan suka hidup menyendiri. Pak Hipo berasa insaf apabila penduduk kampung menyelamatkannya semasa dia dirompak.
Author: Muhd Nur Azian Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 16752 KB, 22 p. ill.
Cerita Pak Pandir telah diperdengarkan turun temurun secara lisan oleh nenek moyang kita. Justeru itu Pak Pandir sememangnya sudah sinonim dengan sifat kebodohan dan lurus bendulnya yang sering diperkatakan dalam masyarakat Melayu untuk memberi teladan dan pengajaran kepada kanak-kanak. Dalam Siri Jenaka Pak Pandir ini watak utamanya berkisar kepada kehidupan Pak Pandir yang dungu dan terlalus lurus. Sifatnya yang demikian menjadikan kehidupannya sering ditimpa masalah. Namun, di sebalik kedunguan dan kebodohan Pak Pandir, terselit unsur-unsur moral dan pengajaran serta hiburan kepada para pembaca.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 9107 KB, 64 p.
Kebodohan Pak Pandir menyebabkan ketulan garam hancur.
Author: Aznie Fahsyar
Publisher: DB United | Audience: Children | 2362 KB, 32 p. ill
Pak Pandir diminta membantu membasuh, menjemur dan mengangkat kain tapi kerana lurus bendul semua pekerjaan yang dibuat salah.
Author: Riza Irhan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1314 KB, 28 p. : col. ill.
Pak Pandir lelaki rajin tetapi tidak bijak. Dia tinggal bersama isterinya Mak Andeh. Suatu hari, Mak Andeh menyuruhnya menjemput Tok Imam yang berbadan besar untuk membacakan doa di kenduri mereka. Namun, kerana kejahilannya Pak Pandir telah menjemput si gergasi.
Author: Aznie Fahsyar
Publisher: DB United | Audience: Children | 2267 KB, 32 p. ill
Walaupun tidak tahu tentang komputer Pak Pandir dapat juga bekerja di Cyberjaya. Suatu hari dia membawa banyak tikus untuk diberikan pda pegawai yang minta tetikus mereka ditukar kerana telah rosak.
Author: Aznie Fahsyar
Publisher: DB United | Audience: Children | 2124 KB, 32 p. ill
Setelah bersusah payah mendapatkan kijang jantan yang diingini oleh Puteri Dang Kemboja, Pak Pandir meminta upah supaya dia disebat sebayak tiga kali.
Author: Aznie Fahsyar
Publisher: DB United | Audience: Children | 1886 KB, 32 p. ill
Pak Pandir cuba mengeluarkan wang dari mesin ATM di Cyberjaya. Dia ditangkap polis kerana dituduh merosakkan mesin dengan memasukkan kad penegenalan dalam mesin tersebut.
Author: Aznie Fahsyar
Publisher: DB United | Audience: Children | 1957 KB, 32 p. ill
Pak Pandir diajak oleh anak saudaranya Mat Pandak melawat Putrajaya. Dia sangat takjub melihat keindahan bangunan pejabat pemerintah, masjid putrajaya, rumah perdana menteri dan banyak lagi.
Author: Aznie Fahsyar
Publisher: DB United | Audience: Children | 2083 KB, 32 p. ill
Mak Andih ingin memasak lemak cili api ikan keli. Dia menyuruh Pak Pandir memancing ikan keli. Setelah lama memancing dia tak juga mendapat ikan keli yang bermisai seperti kata Mak Andih. Mak Andih terperanjat lalu pengsan apabila Pak Pandir pulang membawa memerang yang bermisai.
Author: Aznie Fahsyar
Publisher: DB United | Audience: Children | 1965 KB, 32 p. ill
Pak Pandir hendak membeli kereta kerana mudah untuk membayar hutang dengan bunga-bunga yang ada di taman. Pak Pandir harus belajar memandu untuk mendapatkan lesen sebelum boleh memandu kereta idamannya iaitu Proton Perdana.
Author: M. A. Rauf
Publisher: DB United | Audience: Children | 1858 KB, 32 p. : ill.
Pak Tani telah memasang racik di tepi sawahnya. Tidak berapa lama kemudian, dua ekor bangau telah terjerat ke dalam racik Pak Tani. Bangau-bangau itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Setelah berusaha menarik racik tersebut, akhirnya ia tercabut. Bangau-bangau itu berjaya melepaskan diri dan terbang bersama racik Pak Tani.
Author: Maruwiah Ahmat
Publisher: DB United | Audience: Children | 95989 KB, 64 p.
Ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang budaya tradisi masyarakat Malaysia yang pelbagai.
Author: Halimah Abdul Rahman
Publisher: DB United | Audience: Children | 13.57 MB, 56 p. :ill.
Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum memiliki pakaian tradisional masing-masing yang memaparkan budaya serba unik. Dalam buku ini juga dihidangkan dengan pelbagai jenis pakaian termasuk pakaian pengantin, perkembangannya dan juga pemakaian aksesori.
Author: Najibah Hassan
Publisher: DB United | Audience: Children | 870 KB, 40 p.
Mengisahkan Aziq dan kawan-kawannya yang telah membongkar aktiviti penjual jam tangan palsu.
Author: Muhd Nur Azian Abdullah
Publisher: DB United | Audience: Children | 21388 KB, 22 p. ill.
Cerita Pak Pandir telah diperdengarkan turun temurun secara lisan oleh nenek moyang kita. Justeru itu Pak Pandir sememangnya sudah sinonim dengan sifat kebodohan dan lurus bendulnya yang sering diperkatakan dalam masyarakat Melayu untuk memberi teladan dan pengajaran kepada kanak-kanak. Dalam Siri Jenaka Pak Pandir ini watak utamanya berkisar kepada kehidupan Pak Pandir yang dungu dan terlalus lurus. Sifatnya yang demikian menjadikan kehidupannya sering ditimpa masalah. Namun, di sebalik kedunguan dan kebodohan Pak Pandir, terselit unsur-unsur moral dan pengajaran serta hiburan kepada para pembaca.
Author: Ahmad Azzam
Publisher: DB United | Audience: Adult | 12782 KB, 339 p.
Di dalam buku ini terdapat beberapa jenis tafsir yang dapat membantu dalam memahami pentafsiran Al-Quran.
Author: Pustaka Ilmi
Publisher: DB United | Audience: Adult | 15994 KB, 93 p.
Khusus untuk bakal jemaah yang ingin menunaikan ibadah haji dan umrah.
Author: Haji Zakaria Haji Ahmad Wan Besar
Publisher: DB United | Audience: Adult | 95422 KB, 250 p.
Persediaan menempuh alam rumahtangga.
Author: Norwahida Mohamed
Publisher: DB United | Audience: Adult | 115795 KB, 246 p.
Pendedahan dan hikmah ibadah haji.
Author: Ustaz Hanafi A. Rashid
Publisher: DB United | Audience: Adult | 1002 KB, 76 p.
Panduan melaksanakan ibadah Qiamullail
Author: Noor Azimah Wahid
Publisher: DB United | Audience: Adult | 6245 KB, 31 p.
Panduan untuk menunaikan solat Istikharah.
Author: Mohamad Abdul Hamid
Publisher: DB United | Audience: Young People | 83321 KB, 138 p.
Azmi telah membunuh kawannya walaupun pada mulanya dia hanya mau menggertak saja. Dia teringat pesanan ustaz Ashari supaya dia menyebut nama Allah sekuatnya. Namun belums empat dia ke tali gantung Azmi telah menemui ajalnya.
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Children | 27294 KB, 73 p. ill.
Segala konsentrasi yang terkumpul sebentar tadi terlerai begitu laju sekali bergerak. Entah mengapa, keinginannya untuk meneruskan tindakannya itu tergendala di situ.
Author: Lau Lee Lyn
Publisher: DB United | Audience: Young People | 85495 KB, 52 p.ill
Berkisarkan tentang remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti seharian, penyiasatan, pencegahan jenayah serta membantu masyarakat.cerita ini menerapkan nilai-nilai moral dan sifat-sifat positif.