Showing 101 - 150 of 305
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 1260 KB, 63 p. : col. ill.
Leftenan Ridwan ditugaskan untuk menjejak dan menumpaskan pengganas komunis yang mengganggu kehidupan kaum Orang Asli di Sungai Gapis. Pengganas komunis itu merampas segala hasil tanaman mereka dan menyuruh mereka patuh dengan arahan mereka.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 149820 KB, 26 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita tentang Yaya, seekor pepatung yang suka mengembara. Pada suatu hari, dia telah mengembara ke sebuah taman bunga yang cantik. Dia ingin berehat di situ. Namun, suatu kekecohan telah berlaku. Beberapa kuntum bunga sedang bergaduh kerana merebutkan gelaran Ratu Bunga.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 4589 KB, 24 p. : col. ill.
Kisah ini menceritakan tentang seorang pengail yang miskin dan tabah hati. Dia mengail ikan setiap hari untuk menyara hidup keluarganya. Pada suatu hari, seekor ikan yang cantik tersangkut di mata kailnya. Ikan itu berkata bahawa ia adalah Raja Ikan. Ia berjanji akan memberikan pengail sebiji permata jika dia melepaskannya.
Author: Riza Irhan
Publisher: DB United | Audience: Children | 2894 KB, 32 p. : col. ill.
Pak Sudin, seorang pengail, terlelap ketika sedang mengail ikan. Apabila dia tersedar, kailnya tidak ada di tangannya. Tiba-tiba, muncul seorang lelaki tua yang menghulurkan tiga batang kail yang diperbuat daripada emas, perak dan buluh.
Author: Anim
Publisher: DB United | Audience: Children | 2585 KB, 36 p. : col. ill.
Buku ini mengandungi tiga buah cerita pendek yang mengisahkan tentang sikap dan kehidupan manusia. Cerita-cerita yang dipersembahkan juga menyelitkan nilai-nilai murni yang boleh diteladani oleh para pembaca.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 26379 KB, 34 p. : col. ill.
Anna adalah seekor anak arnab yang sangat pelupa. Dia menganggap sikap pelupanya itu sebagai perkara yang kecil. Namun, tanpa disedari sikapnya itu telah membawa kepada banyak tabiat buruk yang lain.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Young people | 731 KB, 19 p.ill
Koleksi Cerita Rakyat Pertama yang diterbitkan untuk bacaan kanak-kanak. Buku ini memuatkan lapan buah cerita rakyat Malaysia yang merangkumi cerita jenaka, cerita binatang, cerita tauladan, cerita asal usul dan sebagainya. Setiap cerita terkandung pengajaran dan nilai moral untuk membentuk sahsiah kanak-kanak.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 731 KB, 12 p. : ill.
Di dalam sebuah kampung tinggal sepasang suami isteri. Pada suatu hari, lelaki itu menjumpai seekor anak merpati yang lemah dan merawatnya sehingga sihat. Hasratnya untuk membela dan menjaga anak merpati itu ditentang oleh si isteri namun dia tetap bertekad untuk menjaga anak merpati itu. Pada suatu hari ketika lelaki itu ke hutan mencari kayu, si isteri telah membuang anak merpati itu ke hutan dan mencabut bulunya. Pada keesokan harinya, lelaki itu telah masuk ke hutan menjejaki anak merpati dan menemuinya di pangkal sebatang tunggul. Sebelum lelaki itu berangkat pulang, anak merpati itu menawarkan dua buah peti padanya. Si isteri yang bersikap tamak memarahi suaminya kerana memilih peti yang kecil mengandungi intan berlian dan batu permata. Lelaki itu berharap isterinya itu diberikan petunjuk oleh yang Maha Kuasa.
Author: A. Ghani Abdullah (Abdul Ghani Abdullah)
Publisher: DB United | Audience: Children | 20491 KB, 22 p. ill.
Buku ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 sekolah rendah.
Author: Rozita Mohamed
Publisher: DB United | Audience: Children | 4018 KB, 28 p. : col. ill.
Cerita ini mengisahkan tentang keseronokan Sang Buaya menyambut kedatangan Raja Rimba ke Sungai Pinang. Sang Labi-labi dan Sang Kodok yang tinggal di tepi sungai juga ingin turut serta. Namun, Sang Buaya telah memperkecil-kecilkan kemampuan Sang Labi-labi dan Sang Kodok.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2484 KB, 28 p. : col. ill.
Si Berang adalah seekor kambing yang selalu cepat marah dan tidak pernah sabar. Dia sentiasa merungut-rungut sendirian. Pada suatu hari, dia telah merosakkan jamuan petang seekor tikus yang bernama Fifi. Fifi pun memikirkan cara untuk memberi Si Berang satu pengajaran.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 75928 KB, 26 p. : ill.
Si Bujur suka mengusik orang atau haiwan yang berada di sekelilingnya. Suatu hari, Si Bujur ingin mengacau seekor anak kucing yang sedang makan. Namun, belum sempat dia melakukan demikian, anak kucing itu melompat ke arah Si Bujur. Dia pun jatuh dan pengsan. Apabila dia bangun, dia mendapati dirinya berada di Alam Kucing.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2558 KB, 36 p. : col. ill.
Ricky dan Rita adalah pasangan adik-beradik kembar yang suka bertengkar. Tidak seperti pasangan kembar yang lain, mereka tidak rapat. Tidak mereka duga bahawa sikap mereka yang suka bertengkar itu boleh menimbulkan masalah yang boleh membuatkan mereka menyesal.
Author: Izawati
Publisher: DB United | Audience: Children | 99235 KB, 26 p. : col. ill.
Turi adalah seekor anak tikus yang suka bermain-main dengan teman-temannya Tipot dan Tomok. Ibu Turi sering meminta ia agar membantu dengan kerja-kerja rumah kerana dia sudah tua. Namun, Turi menganggap ibunya sengaja menyusahkan dirinya, lalu membuat keputusan untuk lari dari rumah.
Author: Rozita Mohamed
Publisher: DB United | Audience: Children | 129711 KB, 26 p. : col. ill.
Bani adalah seekor arnab yang suka menakut-nakutkan haiwan lain. Sudah puas ibu bapanya menasihatinya, namun dia tetap berdegil. Pada suatu malam, ketika dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya, Bani terdengar satu suara yang amat menakutkan.
Author: Fidah Rahmad
Publisher: DB United | Audience: Children | 33692 KB, 24 p.
Siri Wirawan Si Cilik memaparkan watak kanak-kanak yang digambarkan sebagai kanak-kanak yang bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab itu merangkumi pelbagai aspek kehidupan yang berlaku di sekeliling mereka.
Author: Manivasam
Publisher: DB United | Audience: Children | 2003 KB, 33 p. : col. ill.
Bozo si beruang tidak dapat bersarapan kerana tiada makanan di rumahnya. Atas saranan seekor gagak hitam, Bozo pun pergi ke bandar untuk mencari makanan.
Author: Arif Salleh
Publisher: DB United | Audience: Children | 2191 KB, 30 p. : col. ill.
Badrul dan Sulaiman bercadang untuk ke Alor Gajah pada masa cuti. Mereka ingin melawat kawan lama mereka, Samad, yang tinggal di kampung. Sulaiman yang belum pernah bercuti di kampung berasa tidak sabar untuk merasai kehidupan di sana.
Author: Fatiqa Oky
Publisher: DB United | Audience: Children | 847 KB, 158 p. : col. ill.
Di Kampung Kubu, ada seorang lelaki bernama Malau. Dia adalah seorang petani yang sangat rajin dan juga seorang pemburu yang handal. Malau mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang cantik. Kedua-duanya mempunyai sikap yang baik, cerdik dan rajin belajar.
Author: Karim Sayed
Publisher: DB United | Audience: Children | 33521 KB, 28 p. ill.
Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.
Author: Atikah Ghazali & Fauziah Mohammad
Publisher: DB United | Audience: Adult | 94190 KB, 232 p.
Kes-kes penganiayaan terhadap kanak-kanak dan penyelesaiannya menurut Islam.
Author: Riza Irhan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1287 KB, 28 p. : ill.
Amran seorang pengayuh beca yang miskin. Pada suatu hari, seorang wanita cantik bernama Hamidah telah menahan becanya. Dia meminta Amran untuk menghantarnya pulang setiap hari dengan bayaran yang lumayan. Oleh kerana Amran baik hati, Hamidah mula menaruh perasaan terhadapnya.
Author: Muḥammad Hārūn, 1940-
Publisher: DB United | Audience: Children | 3440 KB, 30 p. : col. ill.
Kumpulan Tiga Serangkai berasa pelik dengan Kamal. Dia membawa banyak wang sekolah, manakala bapanya pula memandu kereta yang mewah. Mereka adalah orang berada tetapi mereka hanya menyewa rumah Pak Karman yang serba daif itu untuk menetap.
Author: Puteri Zulaikha Baharuddin
Publisher: DB United | Audience: Children | 649 KB, 68 p. : col. ill.
Jamal sudah tidak sabar lagi untuk ke Johor Baharu. Selain berjumpa dengan Husin, dia juga akan berpeluang menyaksikan tarian Kuda Kepang di sana, tarian tradisional yang berasal dari Tanah Jawa itu. Dia ingin menumpang kenderaan Karim, pemandu lori sayur untuk pergi ke sana. Namun, Karim menyuruhnya menjadi pengedar kotak-kotak kecil yang berisi dadah pula.
Author: M. Aini
Publisher: DB United | Audience: Children | 4257 KB, 18 p. : col. ill.
Ini kisah mengenai dua orang pengembara yang bersahabat baik. Mereka suka berjalan di dalam hutan sambil melihat keindahan alam. Ketika mereka asyik melihat bunga-bunga, salah seorang daripada mereka ternampak seekor beruang. Dia terus berlari memanjat sebuah pokok yang tinggi tanpa menghiraukan sahabatnya.
Author: Suzlina Idris
Publisher: DB United | Audience: Children | 47618 KB, 30 p. :ill. col.
Raja Shahrum Syah telah disihir menjadi situa bongkok. Sumpahannya akan berakhir jika dia dapat membunuh burung garuda. Awang Laksana yang telah bergelar Raja Awang Gagah Perkasa pula bermimpi yang dia harus membantu seorang raja dengan membunuh burung garuda. Awang Laksana pun meninggalkan kerajaannya dan mula mengembara.
Author: A. Ghani Abdullah (Abdul Ghani Abdullah)
Publisher: DB United | Audience: Children | 23167 KB, 22 p. ill.
Buku ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 sekolah rendah.
Author: Samsuddin Pehan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1208 KB, 26 p. : col. ill.
Doktor Steven dan Doktor Arshad telah berangkat pergi ke Kutub Selatan. Mereka ingin menyelamatkan mengkarung raksasa yang terperangkap dalam gaung. Malangnya, ketika dalam perjalanan, bot mereka pula yang terperangkap dalam ketulan salji yang licin.
Author: S. A. Dian
Publisher: DB United | Audience: Children | 2418 KB, 53 p. : ill.
Jafri, Effendi, Suzi, dan Rubi berniat untuk pergi ke Indonesia dengan kapal untuk menghabiskan percutian mereka di sana. Malangnya, akibat cuaca yang buruk di laut, rancangan percutian itu telah bertukar menjadi bencana yang amat dahsyat.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 3034 KB, 44 p. : col. ill.
Nazrul, Danish, dan Vivian menganggap Profesor Kuarif sebagai manusia yang mempunyai perwatakan yang ganjil. Setelah mengenali Profesor Kuarif dengan lebih dekat, mereka amat terkejut apabila mengetahui suatu rahsia tentang beliau.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 5815 KB, 36 p. : col. ill.
Nazrul, Danish, dan Vivian menganggap Profesor Kuarif sebagai manusia yang mempunyai perwatakan yang ganjil. Setelah mengenali Profesor Kuarif dengan lebih dekat, mereka amat terkejut apabila mengetahui suatu rahsia tentang beliau.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 2409 KB, 36 p. : col. ill.
Nazrul, Danish, dan Vivian menganggap Profesor Kuarif sebagai manusia yang mempunyai perwatakan yang ganjil. Setelah mengenali Profesor Kuarif dengan lebih dekat, mereka amat terkejut apabila mengetahui suatu rahsia tentang beliau.
Author: Nurazizan Aziz
Publisher: DB United | Audience: Children | 4096 KB, 68 p. : ill.
Feri penambang merupakan pengangkutan yang paling utama khususnya di kawasan pedalaman. Pada suatu hari, sebuah feri penambang yang membawa murid sekolah dalam perjalanan pulang ke rumah telah hilang kawalan, lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras akibat hujan yang lebat.
Author: Suzlina Idris
Publisher: DB United | Audience: Children | 49054 KB, 35 p. :ill. col.
Puteri Ratna Sari Gemilang harus mengembara dan menyamar untuk mencari ibubapa kandungnya. Selama 16 tahun dia dibesarkan oleh ibubapa angkat dengan nama Lestari. Dalam pengembaraannya dia berkenalan dan berkawan dengan Tengku Kamarul dan akhirnya mereka berkahwin.
Author: Sariah Ramlee
Publisher: DB United | Audience: Children | 2353 KB, 28 p. : col. ill.
Apin adalah seekor arnab montel yang suka mencuba perkara-perkara yang baru dan mencabar. Perangainya ini menyebabkannya selalu mendapat kesusahan. Apabila umurnya bertambah, maka lebih banyak perkara yang ingin dicubanya.
Author: Karisma Arshad
Publisher: DB United | Audience: Children | 33699 KB, 34 p. : col. ill.
Ini adalah sebuah cerita mengenai Pak tikus dan keluarganya yang tinggal di perkampungan tikus. Pak tikus dan Mak tikus mempunyai dua ekor anak yang amat mereka sayangi bernama Tiku dan Tiki.
Author: Suzlina Idris
Publisher: DB United | Audience: Children | 46470 KB, 30 p. :ill. col.
Yatim Mustapa, seorang anak yatim piatu yang miskin bermimpi yang dia harus membantu seorang puteri raja yang telah diculik oleh seekor gergasi yang ganas. Untuk menyelamatkan tuan puteri, Yatim Mustapa terpaksa membunuh naga kepala tujuh dan gergasi tersebut.
Author:
Publisher: DB United | Audience: Children | 4106 KB, 18 p. : col. ill.
Cerita ini mengisahkan tentang Abu Jarir, seorang lelaki kaya yang sombong dan bongkak. Dia suka menghina orang-orang miskin. Pada suatu hari, dia telah dihampiri seorang pengemis. Dengan pantas Abu Jarir cuba mengelakkan diri. Dia tidak mahu memberikan wangnya kepada pengemis itu.
Author: Wan Nor Saedah
Publisher: DB United | Audience: Children | 10207 KB, 114 p. : ill.
Mira adalah seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di sebuah rumah anak-anak yatim. Semasa di Asrama Kemboja, dia sering mencuri dan menimbulkan masalah kepada penghuni yang lain. Encik Helmi, seorang kaunselor Asrama Kemboja, berjaya menemukan Mira dengan seseorang yang bakal mengubah kehidupannya.
Author: Riza Irhan
Publisher: DB United | Audience: Children | 1520 KB, 28 p. : col. ill.
Si Bongkok selalu diejek dan dihina di kampungnya. Setelah ke sebuah pesta untuk memberikan hadiah kepada Puteri Saodah, dia terlelap. Sebaik sahaja dia bangun, dia mendapati dirinya di alam bunian.
Author: S. A. Dian
Publisher: DB United | Audience: Children | 2871 KB, 48 p. : ill.
Amin adalah seorang anak yatim piatu yang bijak dan berfikiran luas. Dia juga adalah pemuda yang rajin dan bertanggungjawab. Selepas kematian ibu bapanya, Amin telah menumpang di rumah Ustaz Arshad. Pada suatu hari ketika mencari kayu api, Amin tersesat jalan dan telah bermalam di dalam hutan.
Author: S. A. Dian
Publisher: DB United | Audience: Children | 3026 KB, 48 p. : ill.
Empat orang sahabat iaitu Jefri, Effendi, Suzi dan Rubi telah bercadang untuk ke Indonesia. Tidak seperti biasa, pada kali ini mereka ingin menaiki kapal layar ke sana. Setelah mendapat keizinan ibu bapa, mereka pun berangkat. Namun, rancangan percutian mereka telah bertukar menjadi satu bencana yang dahsyat apabila kapal mereka terlanggar batu karang.
Author: Izawati
Publisher: DB United | Audience: Children | 54742 KB, 26 p. : col. ill.
Penghuni Hutan Balau merasa risau kerana musim panas telah pun bermula. Mereka bimbang jika air di Sungai Balau akan menjadi lebih cetek. Sekiranya ini berlaku, mereka terpaksa berpindah ke tempat lain.
Author: Lau, Yee Mei
Publisher: DB United | Audience: Children | 5533 KB, 52 p. : col. ill.
Berjuta-juta tonne bahan buangan telah dibuang setiap tahun. Ini akan merosakkan alam sekitar kita. Kita membazir lebih banyak dari yang sepatutnya, kerana 'sampah sarap' ini boleh dikitar semula dan dijadikan bahan mentah yang berguna. Di dalam buku ini, para pembaca boleh belajar betapa pentingnya pengitaran semula bahan buangan.
Author: Zakaria Arif
Publisher: DB United | Audience: Children | 1946 KB, 30 p. : col. ill.
Natasha adalah seorang ibu buta yang menyara kehidupan keluarganya dengan menjual bakul-bakul buatannya sendiri. Dia seringkali dipermainkan oleh orang lain kerana dia cacat penglihatan. Namun, dia tidak pernah berdendam. Tuhan telah memberikannya satu anugerah yang sangat besar kerana sikapnya yang penyabar itu.
Author: Arif Salleh
Publisher: DB United | Audience: Children | 2535 KB, 35 p. : col. ill.
Sebuah keluarga keturunan Cina baru berpindah di sebelah rumah Faridah. Anak mereka sebaya dengan Faridah. Namanya Mee Ling. Suatu hari, ketika berjalan ke rumah teman mereka Saridah, Mee Ling ditimpa kemalangan.
Author: Amer Haji Matsom
Publisher: DB United | Audience: Children | 2218 KB, 33 p. : col. ill.
Kamil seorang peniaga buah-buahan yang tinggal di Kampung Gelam. Dia bercita-cita untuk menjadi kaya tetapi malangnya dia menggunakan cara yang salah untuk mencapai cita-citanya itu. Kamil sanggup menipu pelanggannya untuk mendapatkan untung yang banyak.
Author: Nurul Hawa Mohd. Sanif
Publisher: DB United | Audience: Children | 866 KB, 160 p.
Siri Bersatu Banteras Kriminil ditulis berunsurkan semangat perpaduan dalam kehidupan pelajar. Cerita-cerita yang dipaparkan mengandungi unsur-unsur motivasi, panduan dan pembimbing kepada pelajar supaya dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia, berkualiti dan berintegriti.
Author: Kuek Ser, Kuang Hong
Publisher: DB United | Audience: Children | 3006 KB, 16 p.
Membantu penduduk Hamelin daripada ancaman tikus.
Author: Nur Nadia Ismail
Publisher: DB United | Audience: Young people | 9223 KB, 40 p.
Bacaan Awal Kesihatan Reproduktif berusaha memberi pendidikan berkaitan hal-hal kesihatan reproduktif kepada para pembaca. Ilmu berkaitan reproduktif amat penting agar remaja dapat mengenal sistem tubuh diri sendiri serta tahu apa perbuatan baik dan buruk berkaitan seksualiti.