Malay banner


Showing 101 - 150 of 281

  1. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2416 KB, 33 p. : col. ill.

    Salmah tinggal di sebuah kampung yang aman dan damai bernama Sri Cempaka. Penduduknya terdiri dari berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Penduduk Sri Cempaka sentiasa hidup dalam harmoni dan saling hormat-menghormati.

  2. Author: Lau Lee Lyn

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 79963 KB, 53 p.ill

    Berkisarkan tentang remaja yang melibatkan diri dalam aktiviti seharian, penyiasatan, pencegahan jenayah serta membantu masyarakat.cerita ini menerapkan nilai-nilai moral dan sifat-sifat positif.

  3. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 44321 KB, 34 p. col. : ill.

    Manusia robotik ciptaan Profesor Q, Atot telah melarikan diri dengan Mesin Terowong Jelajahnya. Mesin itu berupaya untuk membawa manusia ke mana-mana dengan sekelip mata. Profesor Q ingin mencari Atot, malangnya lagi satu mesin terowong jelajah miliknya juga telah hilang entah ke mana.

  4. Author: M. A. Rauf

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1954 KB, 32 p. : ill.

    Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang miskin yang berhati mulia bernama Usop. Setiap hari, dia akan menjual pisang untuk menampung hidupnya. Pada suatu hari, seorang lelaki tua yang aneh telah membeli kesemua pisangnya dan melemparkan wang tiga ringgit ke dalam bakul pisang. Bakul itu kemudiannya dipenuhi dengan wang syiling emas dan Usop pun menjadi kaya.

  5. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 234 MB, 587 p. :ill. col.

    Orang eteis selalu bertanya kalau benar ada Tuhan dimanakah Dia. Kewujudan Tuhan dapat dilihat dari apa yang diciptakannya. Ikuti hujjah-hujjah menarik tentang kebesaran Tuhan dan meyakini keberadaanNya.

  6. Author: Riza Irhan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2972 KB, 32 p. : col. ill.

    Miza seorang budak perempuan yang telah dididik oleh neneknya agar sentiasa bersifat jujur. Sewaktu berjalan ke kedai pada suatu hari, dia disekat oleh seorang pencuri. Namun, kejujurannya telah menerbitkan rasa insaf dalam diri pencuri itu.

  7. Author: Nur Nadia Ismail

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 9397 KB, 40 p.

    Bacaan Awal Kesihatan Reproduktif berusaha memberi pendidikan berkaitan hal-hal kesihatan reproduktif kepada para pembaca. Ilmu berkaitan reproduktif amat penting agar remaja dapat mengenal sistem tubuh diri sendiri serta tahu apa perbuatan baik dan buruk berkaitan seksualiti.

  8. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1203 KB, 63 p. : col. ill.

    Anggota Platun No. 1 terus mara sambil berwaspada dalam menjejak musuh. Mereka bukan kumpulan pengganas yang dilihat Daim beberapa hari yang lalu. Daim merasakan seperti ada pertempuran yang bakal berlaku.

  9. Author: Kamil Ghazali

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1711 KB, 29 p. : col. ill.

    Kumpulan pengakap di sebuah sekolah telah diarahkan untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah mereka. Cerita ini menunjukkan bagaimana sebuah kerja boleh dilakukan dengan mudah dan pantas apabila wujudnya sikap bergotong-royong.

  10. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12040 KB, 162 p. : col. ill.

    Di dalam buku ini terdapat beberapa cerita yang bertajuk Tugas Baru, Masalah Keluarga Lagi, Dilema Hidup, Memulakan Kios Baru, Memutuskan Hubungan, Malang tidak Berbau, Serba Salah, Perniagaan Baru, Masalah Serius, dan Erti Suatu Kejayaan.

  11. Author: Puteri Zulaikha Baharuddin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 663 KB, 69 p. : col. ill.

    Swee Ping telah menyertai kumpulan gamelan sebagai penari. Dia sangat menyukai tarian gamelan tetapi kehadiran Tahir membuatkan dia ingin menarik diri. Swee Ping sudah tidak tahan lagi dengan mulut lancang Tahir yang suka menyakatnya.

  12. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5003 KB, 92 p. : ill.

    Mak Lijah sentiasa memikirkan tentang kerenah anak-anaknya. Shelida, anak gadisnya, beria-ia ingin memasak untuk keluarga mereka kerana ingin membuka gerai. Fahmi pula telah mendapat keputusan peperiksaan yang agak teruk, manakala anak sulungnya mengatakan bahawa dia akan membawa seorang tetamu istimewa apabila pulang ke rumah nanti.

  13. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 38055 KB, 34 p. col. : ill.

    Profesor Q dan rakan-rakan ciliknya berada di dasar kolam. Pada sangkaan mereka, mereka tidak akan diserang oleh apa-apa haiwan lagi. Namun, sangkaan mereka itu meleset apabila mereka diganggu oleh haiwan-haiwan yang tinggal di dalam kolam.

  14. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 60733 KB, 34 p. col. : ill.

    Profesor Q, Arman, Huey Ling dan Sailesh ingin melarikan diri daripada orang hutan yang menjaga mereka. Untuk melakukan demikian, mereka terpaksa terjun ke dalam sungai. Namun, Arman dan Sailesh terjatuh dalam mulut buaya pula.

  15. Author: Abdul Raup

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1601 KB, 30 p. : col. ill.

    Nabi Muhammad telah dilahirkan pada 12 Rabiul-Awal, Tahun Gajah. Ayahnya telah meninggal dunia sebelum dia dilahirkan. Ketika baginda berusia tujuh hari, datuk baginda, Abdul Mutalib, telah menamakan baginda Muhammad. Muhammad bermaksud yang dipuji.

  16. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1988 KB, 16 p.

    Kelahiran yang luar biasa.

  17. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2860 KB, 16 p.

    Kelawar malu atas perbuatannya.

  18. Author: M. Aini

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4157 KB, 18 p. : col. ill.

    Singa berasa sangat lapar. Dia ingin makan daging keldai. Ketika berjalan, dia ternampak seekor keldai sedang meragut rumput. Singa cuba menghampiri keldai yang sedang leka itu. Tiba-tiba seekor ayam jantan yang berdekatan terlihat Singa. Ia pun berkokok mengejutkan keldai.

  19. Author: M. Aini

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3977 KB, 18 p. : col. ill.

    Keldai bekerja membawa gandum dan makanan. Pada suatu hari, ia disuruh Petani untuk membawa guni-guni gandum yang berat ke pasar. Ketika berjalan ke pasar, Keldai terasa haus dan penat. Tiba-tiba ia ternampak pokok kaktus hijau yang sangat menyelerakan.

  20. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2701 KB, 16 p.

    Saudagar memahami bahasa haiwan.

  21. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1877 KB, 16 p.

    Ringkikan keldai.

  22. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1792 KB, 16 p.

    Rubah dengan Raja Singa.

  23. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 28135 KB, 70 p. ill.

    Bunyi kocakan air dan pengayuh tertindas di bibir perahu semakin ketara. Mereka menantikan dengan sabar. Sebaik sahaja perahu itu sampai ke arah selat, sebuah cahaya lagi berkelip dan mereka tidak mendengar air sungai itu lagi.

  24. Author: Manivasam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1989 KB, 34 p. : col. ill.

    Encik Chan dan isterinya telah mendapat sepucuk surat mengkhabarkan bahawa ibu Encik Chan sedang sakit kuat. Dia dan isterinya ingin ke rumah ibunya. Oleh itu, anak-anak mereka diletakkan di bawah penjagaan jiran mereka, Puan Nathan.

  25. Author: Halimah Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Remaja menengah rendah dan atas | PDF icon 29980 KB, 28 p.ill

    Siri Keluarga Encik Amin ditulis khusus untuk bacaan murid-murid tahap satu terutamanya Tahun Dua dan Tiga. Ini memandangkan bahan bacaan peringkat ini agak kurang. Siri Keluarga Encik Amin mengisahkan kehidupan keluarga Encik Amin. Siri ini mengandungi banyak pengajaran seperti menghormati dan menyayangi ibu bapa, semangat kejiranan, semangat bekerjasama dan sebagainya. Bahan bacaan seperti ini sangat bermanfaat kerana dapat membentuk peribadi anak-anak. Bahasa yang digunakan amat sesuai dengan kebolehan berbahasa murid. Ilustrasi yang menarik dapat menambahkan minat dan memupuk semangat suka membaca di kalangan anak-anak.

  26. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 30.04 MB, 20 p. :ill. col.

    Buku ini memperkenalkan tentang konsep keluarga pada anak-anak.

  27. Author: Lee Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 23247 KB, 16 p.ill

    Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran.

  28. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1879 KB, 26 p. : col. ill.

    Kisah ini menceritakan tentang kehidupan seorang murid yang baik bernama Amira. Dia mempunyai ramai kawan dan tidak pernah menyusahkan orang. Jasa ibu bapanya juga sentiasa dikenang. Keluarganya adalah keluarga yang amat bahagia.

  29. Author: Mohd Reduan Haikal

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 3623 KB, 64 p.ill

    Novel Keluarga Rahimah menceritakan kesusahan hidup Rahimah dan keluarganya. Abah Rahimah menghilangkan diri dan emaknya pula jatuh sakit lalu dibawa ke hospital. Sepanjang ketiadaan orang tuanya, Rahimahlah yang menguruskan makan minum adik-adik dan kerja-kerja rumah tangga. Rahimah kesal kerana selama ini dia memandang ringan akan tugas-tugas yang dilakukan oleh emaknya. Barulah dia tahu bahawa tidak mudah hendak melakukan semua urusan rumah tangga dan melayan kerenah adik-adik. Dia berharap agar emak dan abah segera kembali ke pangkuan mereka.

  30. Author: Halim Ibrahim, 1948-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1348 KB, 26 p. : ill.

    Sungai Jernih termenung. Ia berasa sedih mengenang nasibnya kini. Suatu ketika dahulu, airnya begitu jernih dan bersih. Suasana di sekitarnya pula sangat indah. Tetapi kini Sungai Jernih sudah berubah wajah. Warnanya telah menjadi kuning dan baunya pula sangat busuk akibat perbuatan manusia yang lalai.

  31. Author: Arif Salleh

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1840 KB, 35 p. : col. ill.

    Ronny Chan adalah seorang anak usahawan yang berjaya. Dia hidup dalam serba kesenangan. Namun, Ronny Chan tidak sombong dan bangga diri. Dia selalu ihklas menolong kawan-kawannya yang susah. Ini membuatkan Ronny Chan disenangi oleh orang ramai.

  32. Author: Shamimi Subri, 1981-

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 36626 KB, 228 p.

    Antara keluarga dan kekasih, mana yang lebih utama? Kisah perjalanan hidup Nurul Hazimah yang penuh ranjau dan liku-liku, penuh dengan cabaran dan dugaan.

  33. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1974 KB, 16 p.

    Aminah meninggal dunia di Abwa.

  34. Author: Ustaz Forzi

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 83425 KB, 48 p.

    Siri Kecemerlangan Islam diterbitkan atas dasar memberikan suatu gambaran tentang kesyumulan dan kesempurnaan Islam supaya dapat direalisasikan pada masa kini.

  35. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6231 KB, 56 p.

    Sejak dibebaskan dari pusat pemulihan, Rosman berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan masa lalu. Walau bagaimanapun, kembali dialu-alukan oleh keluarga. Rosman cuba untuk mendapatkan pekerjaan dan menerima rezeki yang sah. Walau bagaimanapun, beliau telah ditawarkan pekerjaan yang menjanjikan ganjaran yang sangat lumayan. Jangan Rosman menerima tawaran itu?

  36. Author: Amril Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1821 KB, 35 p. : col. ill.

    Ainol Basri tidak suka pergi ke sekolah. Baginya, belajar setiap hari amat membosankan. Dia tidak tahu bahawa sikap negatifnya itu akan merugikan dirinya sendiri. Pelajar-pelajar lain tidak patut mencontohinya.

  37. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5073 KB, 18 p. : col. ill.

    Sheikh Ghafur suka berkelana dari satu tempat ke tempat yang lain. Pada suatu masa, dia telah berkelana ke negeri Mesir. Sheikh Ghafur terkejut dengan keadaan negeri itu. Para penduduknya hidup berfoya-foya. Mereka lansung tidak mengendahkan kewajipan untuk beribadah.

  38. Author: Sidang Pengarang

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 4101 KB, 80 p. : ill.

    Ismail telah meraih pengalaman yang amat manis ketika bercuti di kampung datuknya, Kampung Selangkah Jaya. Kebetulan, setelah itu sekolahnya menganjurkan pertandingan mengarang. Ismail pun menyertai pertandingan tersebut berbekalkan pengalaman yang masih segar di ingatan.

  39. Author: R. Ismaz

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 1044 KB, 338 p.

    Mengisahkan Wan Razimin yang mengahwini pilihan hatinya Siti Masmauna tidak diterima keluarganya. Pelbagai tohmahan dan rintangan terpaksa dilaluinya dalam menjaga hati kesemua pihak.

  40. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 124360 KB, 34 p. col. : ill.

    Profesor Q dan kawan-kawannya yang cilik masih lagi mencari Atot kerana dia telah menggunakan Mesin Terowong Jelajah untuk mengembara ke serata tempat. Kali ini, mereka telah sampai di sebuah kawasan hutan tebal yang gelap dan menakutkan sekali.

  41. Author: Ruslan Ngah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1357 KB, 178 p. : col. ill.

    Tanggang telah membuat keputusan untuk mengembara. Dia terpaksa meninggalkan ibu dan kampungnya untuk mencapai cita-citanya. Dia mahu menunjukkan kepada orang kampung bahawa dia mampu menjadi orang yang berguna.

  42. Author: Puteri Zulaikha Baharuddin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 668 KB, 72 p. : col. ill.

    Cikgu Abdul Razak sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Muzik Cempoling, sebuah muzik tradisi Jawa. Ketika berbual-bual bersama Amirin, dia telah mengetahui bahawa ayah Amirin adalah seorang pemain Cempoling yang handal. Dia ingin sekali menemu-bual ayah Amirin.

  43. Author: Zuraida Mamat

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 1252 KB, 160 p. ill

    Buku ini mencatat fakta-fakta hasil kajian ilmiah tentang kepintaran manusia, keajaiban alam dan fenomena kejadian alam yang sangat mencabar minda.

  44. Author: Wan Ahmad Wan Ismail

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 14576 KB, 22 p. ill.

    Siri moral berunsur Islam mengetengahkan nilai moral berunsur keIslaman, unsur pengajaran serta hiburan kepada pembaca.

  45. Author: Muhamad Ashraf Ismail

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 30208 KB, 160 p.

    Siri Muhasabah Minda memuatkan riwayat dan kisah perjuangan para sahabat Nabi Muhammad SAW dan para wali selepas kewafatan baginda. Siri ini mengisahkan tentang semangat jihad yang tinggi dan kesanggupan para sahabat untuk mengorbankan harta benda serta nyawa dalam menempuh pelbagai rintangan demi menegakkan agama Islam.

  46. Author: Ayob Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7148 KB, 18 p.

    Memperkenal ciptaan Allah SWT kepada kanak-kanak.

  47. Author: Zulkeply Kamaruddin

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 49212 KB, 56 p.

    Tujuan penulisan siri ini ialah untuk memaparkan kepelbagaian budaya yang unik dari seantero dunia. Para pembaca dapat memahami betapa pentingnya budaya warisan dipelihara dan dipulihara demi tatapan generasi akan datang.

  48. Author: M. D. Rosnah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2003 KB, 11 p. : col. ill.

    Buku ini mengandungi himpunan carta-carta informatif mengenai bangsa-bangsa yang terdapat di Malaysia. Ia sesuai untuk bacaan kanak-kanak. Dengan buku ini, mereka dapat lebih mengenali masyarakat di negara itu.

  49. Author: Md Shah

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 858 KB, 176 p. ill

    Buku ini mengajak pembaca mengenali bermacam-macam jenis psikologi yang membina dan membentuk perwatakan dan kepribadian sesaorang.

  50. Author: Prof. Madya Md Shah

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 3265 Kb, 176 p.

    Siri kemantapan sahsiah memfokuskan aspek pembangunan mentaliti ke arah pembentukan kualiti diri insan yang konsisten yang secara khususnya disasarkan kepada golongan remaja.

F: 216AND73AND216AND200;

R: 100AND121AND102AND183;

0
False
False
https