Malay banner


Showing 1,051 - 1,100 of 2,296

  1. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 17545 KB, 114 p. : ill.

    Sofea yang tinggal di Asrama Kemboja kerap pulang ke kampung. Hal ini menimbulkan tanda tanya di kalangan rakan-rakan sebiliknya. Mereka telah menemui Sofea di kampung dan terkejut apabila mengetahui bahawa Ibu Sofea telah menghidap penyakit mental semenjak ayah Sofea hilang di laut. Sofea terpaksa menjaga dua orang adiknya yang masih kecil.

  2. Author: Noor Idayu Ahmad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 890 KB, 100 p. : ill.

    Siri Sejambak Cerpen Bestari ini merupakan sebuah siri antologi cerpen kontemporari yang diterbitkan khusus untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah rendah. Naskah ini mengandungi sepuluh cerpen yang merangkumi pelbagai tema yang menarik seperti kasih sayang, unsur kemanusiaan, alam sekitar, agama, kritikan sosial dan budaya.

  3. Author: Maruwiah Ahmat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 90971 KB, 64 p.

    Ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang budaya tradisi masyarakat Malaysia yang pelbagai.

  4. Author: Sariah Ramlee

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2692 KB, 36 p. col. ill.

    Deni adalah seorang pelajar yang rajin dan pintar, namun dia mempunyai suatu perangai yang sangat buruk. Dia suka menggigit kukunya. Sudah pelbagai cara yang telah dia cuba untuk membuang perangai buruknya itu. Namun, akhirnya dia mendapat solusi yang terbaik setelah bertemu dengan seorang lelaki bernama Pak Cik Man.

  5. Author: Rahmad D

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 176524 KB, 22 p.

    Ini memuatkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengalaman harian kanak-kanak.

  6. Author: Mohd. Reduan Haikal

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 962 KB, 87 p. : ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang Cikgu Mawarni, seorang guru baru. Dia telah diberi tugas untuk mengendalikan Kelab Pidato. Cikgu Mawarni telah memilih tiga orang pelajar yang dilatihnya untuk berpidato dalam pertandingan pidato antara sekolah-sekolah. Dapatkah Cikgu Mawarni dan pelajar-pelajar meraih kemenangan?

  7. Author: Atiqah Najib

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 1142 KB, 48 p.

    Adit seorang murid yang nakal. Setiap hari ada sahaja masalah yang dibuat. Ramai yang tidak suka pada Adit. Namun pada suatu hari ada sesuatu yang berlaku menyebabkan Adit bertukar. Malangnya dia tidak di indahkan oleh kawan-kawannya.

  8. Author: Jantan Umbat, 1945-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 27266 KB, 32 p. ill.

    Buku cerita 'Siri bacaan khazanah bangsa' ini adalah himpunan beberapa kisah dongeng untuk menjadi sebahagian daripada sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar.

  9. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1797 KB, 16 p.

    Kucing sahabat tidak setia.

  10. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1854 KB, 26 p. : col. ill.

    Nani, Mei Ling, dan Shanti memelihara tiga anak-anak kucing yang telah mereka jumpai. Tetapi, pada suatu hari, anak-anak kucing mereka itu hilang.

  11. Author: Halim Ibrahim, 1948-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1143 KB, 26 p. : ill.

    Hitam berjalan di tepi jalan. Ia kelihatan sungguh comot. Sejak malam tadi Hitam belum makan. Ia sungguh lapar dan dahaga. Hitam teringat akan tuannya. Ia berasa sangat sedih kerana dibuang oleh tuannya.

  12. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 52176 KB, 26 p. : col ill.

    Ini adalah sebuah cerita tentang Maria yang baru sahaja berpindah ke bandar dari kampung. Rumah itu lebih besar berbanding dengan rumah lama mereka di kampung. Dia menjadi sombong dan tidak melayan kawan-kawannya yang menelefonnya dari kampung.

  13. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1988 KB, 16 p.

    Kucing yang bijak membantu tuannya mendapat kejayaan.

  14. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2851 KB, 16 p.

    Dua ekor kera yang tamak diperdaya kucing.

  15. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1689 KB, 16 p.

    Musang membantu kuda supaya mendapat perhatian daripada Jabar.

  16. Author: Z. Leman

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 199177 KB, 62 p.ill

    Siri ini memaparkan nilai-nilai moral yang tinggi serta boleh membentuk keperibadian para pelajar

  17. Author: Nurazizan Aziz

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12649 KB, 38 p. : col. ill.

    Buku ini bertujuan untuk membantu murid-murid mengenali bahagian-bahagian penting dalam tubuh kita dan mengetahui cara-cara untuk menjaganya. Dengan cara penulisan yang mudah difahami, buku ini amat sesuai untuk murid-murid peringkat sekolah rendah.

  18. Author: Isma

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 49601 KB, 27 p. : ill. col.

    Salad dan Lobak sedang minum petang apabila mereka terdengar suara meminta tolong. Mereka melihat seekor Kumbang dalam kesakitan. Lobak membawa Kumbang pulang ke rumah dan merawatnya sehingga sembuh. Salad yang bersikap buruk sangka menyarankan Lobak menghalau Kumbang kerana Kumbang adalah musuh mereka. Pada suatu hari, Salad terdengar jeritan Lobak dan mencapai sebatang kayu lalu berlari menuju ke rumah Lobak. Salad melihat Kumbang sedang berlawan dengan seekor ulat yang cuba menggigit Lobak.

  19. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 21486 KB, 130 p. : ill.

    Sungguhpun sukar untuk mempercayainya, Fiona bakal menggantikan vokalis utama sebuah kumpulan muzik yang mempunyai beribu-ribu peminat. Fiona mula menyedari bahawa kebahagiaan yang dicari-carinya dalam bidang itu tidak dapat diperolehnya dengan mudah.

  20. Author: Mohd. Kamal Abdul Kadir

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 1552 KB, 160 p.

    Siri ini memuatkan empat judul pengkisahan kehidupan tentang remaja yang sangat menarik dan menghiburkan. Persoalan-persoalannya kontemporari dan amat berkait dengan suasana emosi remaja dan pelajar masa kini. Plot cerita dijalin dengan menarik dan mudah difahami.

  21. Author: Siti Dalila

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2782 KB, 14 p. :ill. col.

    Arnab yang sombong dapat dikalahkan oleh kura-kura dalam acara lumba lari.

  22. Author: M. Aini

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3252 KB, 18 p. : col. ill.

    Melihat burung-burung di langit, Kura-kura berfikir untuk terbang seperti mereka. Tiba-tiba datang Helang menghampiri Kura-kura. Kura-kura meminta Helang untuk mengajarnya terbang. Kura-kura berjanji untuk memberikan Helang makan ikan di laut jika Helang dapat menolongnya.

  23. Author: M. Aini

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4381 KB, 18 p. : col. ill.

    Ular mengadakan Majlis perkahwinan di rumahnya. Majlisnya dihadiri semua binatang. Mereka datang awal untuk menikmati hidangan yang disediakan Ular. Cuma Kura-kura sahaja yang datang lewat. Dia sampai setelah selesai majlis Ular. Ular sangat marah terhadap Kura-kura.

  24. Author: Ahmad Marzuki Ismail

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 94671 KB, 156 p. ill.

    Dalam menimba ilmu pengetahuan, maklumat dan kemahiran, setiap pelajar tanpa mengira tahap persekolahan perlu mendekatkan diri dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa memiliki kejayaan dan kecemerlangan. Mereka mampu membantu diri kita mencorak perjalanan hidup yang lebih bermanfaat. Kegigihan kita dalam soal ini, membantu diri sendiri memulakan tindakan untuk mengenal pasti pendekatan terbaik meminimumkan kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Buku-buku dalam siri ini mengupas persoalan yang terdapat di dalam diri setiap pelajar dengan cuba menangani masalah dan memberi idea-idea yang mampu membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan diri.

  25. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12260 KB, 130 p. : ill.

    Apabila dilanda masalah, Tarmizi selalu pergi ke satu kolam untuk meluangkan masa dengan seekor katak di sana. Suatu hari, dia mendapati bahawa seorang budak cuba menangkap katak itu.

  26. Author: Abu Nur Fatimah Hanani, Abu Nur Sakinah An-Najiyyah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 6184 KB, 146 p.

    Buku ini memberi bimbingan kepada bakal pengantin untuk membina rumahtangga yang berlandaskan syariat Islam.

  27. Author: Aidh Al-Qarni

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 4855 KB, 676 p.

    Memaparkan pedoman supaya menjadikan hidup insan itu lebih aman dan tenteram.

  28. Author: Mohamad Zaem

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1457 KB, 28 p. : col. ill.

    Kalid telah berjumpa dengan Pak Fikir, seorang tua yang bijaksana, untuk mengetahui cara untuk mendapatkan emas yang banyak. Hairannya, Pak Fikir menyuruh Kalid untuk mengusahakan tanam-tanaman di sebuah kawasan.

  29. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 13525 KB, 14 p. ill.

    Buku ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk pelajar-pelajar Tahap 1 sekolah rendah.

  30. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2437 KB, 33 p. : col. ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Mahsuri. Dia adalah gadis yang paling jelita di Pulau Langkawi. Ramai pemuda yang menaruh hati dengan Mahsuri termasuk tiga orang panglima pulau itu, Deramang, Kelana dan Lela. Bagaimanapun, Mahsuri hanya menyintai Kelana. Deramang cemburu dengan perkara itu dan mencari jalan untuk memisahkan mereka berdua.

  31. Author: Hanif Hj. Ghazali

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 3953 KB, 101 p.

    Amalan dan cara supaya dapat memperolehi malam mulia iaitu malam Lailatulqadar.

  32. Author: Azwani, Ustaz

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2172 KB, 45 p. : col. ill.

    Lahid dan Lajmi adalah dua sahabat karib yang sangat rajin bekerja. Mereka bekerja keras untuk mengumpul duit supaya menjadi kaya. Namun begitu, sikap mereka menggunakan duit mereka sungguh berbeza. Lahid lebih suka menyimpan duitnya untuk dirinya, manakala Lajmi suka membelanjakan sebahagian duitnya membeli makanan kepada orang miskin.

  33. Author: Chan, Siew Mooi

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1921 KB, 26 p. : col. ill.

    Serumpun lalang yang cantik tetapi sombong sentiasa menghina tumbuh-tumbuhan yang lain. Tanpa disedarinya, kacang hitam yang telah dihina olehnya tumbuh menjadi pucuk yang semakin tinggi dan cantik setiap hari.

  34. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1100 KB, 42 p. : ill.

    Pada suatu hari, Imran telah mendapat hadiah besar yang istimewa dari ayahnya. Hadiah itu merupakan sebuah komputer. Imran sangat gembira menerimanya. Ayahnya mengajarnya cara menggunakan komputer itu. Dia juga mengajar Imran cara untuk mereka laman sesawang atau website.

  35. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 11514 KB, 43 p. : ill.

    Renuka merasa sedih apabila mendapati ibu dan ayahnya jarang bercakap antara satu dengan yang lain. Renuka sedar masalah ibu dan ayahnya semakin serius apabila ayahnya meninggalkan rumah lalu pergi ke Kucing, Sarawak.

  36. Author: Mohamad Abdul Hamid

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 87551 KB, 137 p.

    Setelah memeluk agama Islam, Siti menganggap siapa sahaja yang bukan Islam adalah musuhnya termasuk ayahnya sendiri. Namun ketika ayahnya sedang sakit tenat dan meminta Siti mengajarnya syahadah, barulah Siti sedar akan kesilapannya selama ini.

  37. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2.97 MB, 47 p. :ill.

    Kak Mila mengajak Rina ke Pulau Tioman. Pada mulanya emak dan ayah tidak mengizinkan tetapi setelah dipujuk, akhirnya mereka berubah fikiran. Rina berasa sangat seronok kerana dapat bercuti di Pulau Tioman. Bagaimanakah pengalaman Rina sewaktu berada di sana?

  38. Author: Ramuzam Dahlan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 21862 KB, 18 p. ill.

    Ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita yang disampaikan adalah mudah, menarik dan sarat dengan teladan.

  39. Author: Leen

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 18183 KB, 24 p.

    Encik dan Puan Porcupine mendapat anak sulung dan menamakannya Si Gebu.Kelihatan Si Gebu tidak berbulu. Keadaan ini menyebabkan Si Gebu sering diketawakan oleh haiwan lain.

  40. Author: Muḥammad Hārūn, 1940-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1941 KB, 30 p. : col. ill.

    Mat Sirat dilanggar oleh sebuah kereta. Ketika dia sedang mengayuh basikal, datang sebuah kereta dari arah belakang dan melanggarnya. Mat Sirat dan basikalnya tercampak masuk ke dalam parit. Kereta itu pula terus memecut laju tanpa menghiraukan Mat Sirat. Kumpulan Tiga Serangkai ingin menyelidiki kemalangan tersebut.

  41. Author: Suriani Zulkifli

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 29065 KB, 24 p.

    Siri ini memberi pengetahuan dan maklumat yang tepat kepada murid-murid tentang pelbagai jenis buah-buahan seperti nangka, nanas, pisang, rambutan, langsat, manggis, durian dan betik. Cerita dalam siri ini dipersembahkan dengan ilustrasi berwarna yang menarik dan bahasa yang mudah difahami.

  42. Author: Muhd Nur Azian Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 16308 KB, 22 p. ill.

    Cerita Pak Pandir telah diperdengarkan turun temurun secara lisan oleh nenek moyang kita. Justeru itu Pak Pandir sememangnya sudah sinonim dengan sifat kebodohan dan lurus bendulnya yang sering diperkatakan dalam masyarakat Melayu untuk memberi teladan dan pengajaran kepada kanak-kanak. Dalam Siri Jenaka Pak Pandir ini watak utamanya berkisar kepada kehidupan Pak Pandir yang dungu dan terlalus lurus. Sifatnya yang demikian menjadikan kehidupannya sering ditimpa masalah. Namun, di sebalik kedunguan dan kebodohan Pak Pandir, terselit unsur-unsur moral dan pengajaran serta hiburan kepada para pembaca.

  43. Author: Muḥammad Hārūn, 1940-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2196 KB, 34 p. : col. ill.

    Nazri, teman sekolah kumpulan Tiga Serangkai, telah melarikan diri dari rumah. Dia telah keluar pada awal pagi ketika bapa dan emaknya masih tidur. Nazri melarikan diri disebabkan bapanya memarahinya kerana dia tidak mahu belajar.

  44. Author: Muhamad Ashraf Ismail

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 23853 KB, 144 p.

    Siri Muhasabah Minda memuatkan riwayat dan kisah perjuangan para sahabat Nabi Muhammad SAW dan para wali selepas kewafatan baginda. Siri ini mengisahkan tentang semangat jihad yang tinggi dan kesanggupan para sahabat untuk mengorbankan harta benda serta nyawa dalam menempuh pelbagai rintangan demi menegakkan agama Islam.

  45. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5116 KB, 80 p.

    Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.

  46. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2323 KB, 33 p. : col. ill.

    Hari itu, Fifi melawat Kuala Lumpur. Dia bersama ibu dan ayahnya berjalan-jalan di serata bandar yang sangat sibuk itu. Mereka melawat bangunan Parlimen, Tugu Negara, Muzium Negara dan bermacam-macam tempat lagi.

  47. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5938 KB, 36 p. col. ill.

    Nazrul, Danish, dan Vivian menganggap Profesor Kuarif sebagai manusia yang mempunyai perwatakan yang ganjil. Setelah mengenali Profesor Kuarif dengan lebih dekat, mereka amat terkejut apabila mengetahui suatu rahsia tentang beliau.

  48. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2005 KB, 26 p. : col. ill.

    Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Taman Aman telah mengadakan lawatan ke rumah tumpangan warga tua. Hasil beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh ahli-ahli kelab itu, banyak pengajaran telah mereka perolehi.

  49. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1797 KB, 16 p.

    Layang-layang mengajar pipit membuat sarang.

  50. Author: A. Ghani Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7398 KB, 18 p. ill.

    Siri ini sesuai sebagai bahan bacaan tambahan untuk murid-murid tahap 1 sekolah rendah. Ia sarat dengan nilai-nilai murni yang boleh memberi pengajaran kepada murid-murid.

F: 216AND73AND216AND161;

R: 100AND121AND102AND154;

0
False
False
https