Malay banner


Showing 51 - 100 of 128

  1. Author: Salina Ibrahim

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 1010 KB, 124 p.

    Penghayatan dan perungkaian rahsia di sebalik sesuatu doa.

  2. Author: Mohd Rosli Saludin

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 160099 KB, 309 p. ill.

    Buku ini adalah berguna untuk semua lapisan masyarakat yang meminati budaya Melayu, terutama yang banyak menggunakan kata-kata kias iaitu teromba.

  3. Author: Mohd Rosli Saludin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 109426 KB, 210 p. ill.

    Pada era globalisasi kini kita ketandusan guru-guru sastera yang berkarisma, kreatif dan mempunyai banyak idea untuk menarik perhatian pelajar apabila mengajar. Mereka kebanyakannya telah diasuh dengan kaedah yang tradisi iaitu bercakap, menyalin nota, membuat latihan, menyuruh pelajar deklamasi puisi, berlakon, hasilkan puisi, cerpen dan novel. Tetapi pada hakikatnya tiada model yang konkrit daripada guru tersebut. Buku ini adalah tulisan yang boleh membantu guru-guru untuk mencari jawapan permasalahan yang ditimbulkan di atas. Tulisan dalam buku ini semuanya adalah berdasarkan pengalaman pengarang sendiri sebagai pensyarah, guru, aktivis, penasihat dan pengamalnya. Ia bukanlah andaian kerana apa yang dipaparkan adalah berdasarkan pengalaman yang telah ditempuh, dirasai dan dilihat di depan mata sendiri.

  4. Author: Mohd Rosli Saludin

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 363662 KB, 210 p. ill.

    Apakah teromba? Apakah kaitan teromba dengan Adat Perpatih? Teromba merupakan alat komunikasi dalam kepimpinan Adat Perpatih yang bukan setakat adat sopan santun dalam pergaulan sahaja. Akan tetapi, lebih menekankan tentang landasan berfikir, nilai-nilai dalam kehidupan, norma-norma dalam pergaulan, falsafah hidup dan hukum-hukum yang harus dipatuhi. Kalau dipelajari lebih mendalam, teromba sebagai alat komunikasi adalah suatu konsep kehidupan yang disiapkan oleh nenek moyang masyarakat Adat Perpatih untuk anak cucunya bagi bertujuan mencapai suatu kehidupan yang bahagia dan sejahtera di dunia serta akhirat. Buku ini menyingkap tentang peranan teromba dalam kepimpinan masyarakat yang bertunjangkan Adat Perpatih.

  5. Author: Isma

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 46984 KB, 27 p. : col. ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang Oren dan Epal. Pada suatu hari, sedang mereka cuba melarikan diri dari tikus, mereka telah termasuk perangkap tikus yang dipasang manusia. Mereka berdua merasa amat takut dimakan oleh manusia. Sedang mereka memikirkan apa yang harus dilakukan, rakan mereka Betik telah terdengar jeritan mereka. Dapatkah Betik menyelamatkan Oren dan Epal?

  6. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 48362 KB, 34 p. col. : ill.

    Untuk mencari manusia robotik ciptaan Profesor Q, Atot, Profesor dan rakan-rakan ciliknya telah menjelajah ke suatu kawasan gurun. Namun, di sana mereka menghadapi pelbagai jenis bahaya.

  7. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 41798 KB, 34 p. col. : ill.

    Ini adalah sebuah cerita tentang Profesor Q, Arman, Huey Ling dan Sailesh yang sedang melarikan diri dari Atot, iaitu robot nakal yang telah dicipta oleh Profesor Q. Mereka membuat keputusan untuk bersembunyi di dalam lubang di bawah tanah.

  8. Author: R. Ismaz

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 9967 KB, 180 p. :ill. col.

    Kisah hidup Mak Cik Ezah yang telah beberapa tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya dan membiarkan orang tua itu hidup bersendirian.

  9. Author: Anis Anisa

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 2145 KB, 88 p.

    Hakimi seorang murid yang bermasalah di sekolah. Nasibnya baik kerana Cikgu Nazli sentiasa ada untuk menasihatinya. Tetapi sewaktu Hakimi memerlukannya dia sudah tidak ada di sekolah itu lagi. Lebih menyedihkan apabila dia mendapat tahu Encik Nazli adalah bapa kandungnya.

  10. Author: Nor Aslina Mamat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 23824 KB, 28 p. ill.

    Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.

  11. Author: Sidang Pengarang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 25411 KB, 54 p. ill.

    Siri pengalaman ekpedisi ini memaparkan para pelajar sekolah menengah yang berani, cekal dan tabah serta mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mengharungi cabaran yang pelbagai.

  12. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3628 KB, 18 p. : col. ill.

    Habib Jauhar merupakan orang miskin yang sangat warak. Namun begitu, dia sangat rapat dengan raja. Raja selalu meminta pendapat dari Habib Jauhar dalam segala macam masaalah. Melihat hubungan baik antara raja dan Habib Jauhar, timbul rasa dengki di dalam hati Panglima Shayyad, orang kepercayaan raja.

  13. Author: Halim Hj. Ibrahim

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2302 KB, 26 p. : col. ill.

    Firaun telah memerintahkan agar semua bayi lelaki yang dilahirkan oleh kaum Bani Israel dibunuh. Pada suatu hari, ibu Nabi Musa melahirkannya. Lalu dia pun mengambil keputusan untuk meletakkan bayinya dalam peti dan menghanyutkannya. Peti itu terhenti di tepi Sungai Nil di hadapan istana Firaun.

  14. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 35009 KB, 34 p. col. : ill.

    Setelah menjadi kerdil kerana ciptaan baru Profesor Q, Profesor Q, Arman, Sailesh dan Huey Ling telah bersembunyi di dalam sebuah sarang yang begitu aneh bentuknya. Rupa-rupanya, mereka berada di dalam sarang lebah.

  15. Author: Hashim

    Publisher: DB United | Audience: Young Adult | PDF icon 3.35 MB, 93 p. :ill.

    Ayub dan Borhan suka pada keramaian kerana pda waktu sibuk begini mudah mereka meragut beg pengunjung yang datang ke situ. Tetapi jenayah yang sering mereka lakukan terhidu oleh pihak polis. Mereka ditangkap di sekolah sewaktu bersama-sama kawan-kaawn yang lain membuat persiapan perlawanan bola.

  16. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6973 KB, 64 p.

    Mat Lawi berjaya mengubah sikap sombong dua orang sahabat.

  17. Author: Ghazali Ngah Azia

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 29842 KB, 47 p. ill.

    Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.

  18. Author: Nur Zafiera

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6772 KB, 90 p.

    Sikap taksub terhadap komputer membuat Hanif bercita-cita untuk memiliki sebuah komputer sendiri. Walau bagaimanapun, bapanya melarang keras dan memberikan pelbagai sebab. Sebaik sahaja dia mendapat tahu bahawa terdapat kebaikan dalam alat ini, segala-galanya berubah. Adakah Haniff mempunyai komputer sendiri?

  19. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4876 KB, 92 p. : ill.

    Kasut sukan Fahmi telah hilang, lalu Fahmi bercadang untuk memasang perangkap untuk menangkap pencuri tersebut. Sementara itu, Mimi pula telah membawa tetamu baru ke rumah mereka yang membuatkan seluruh rumah menjadi riuh rendah. Mak Lijah pula berhasrat untuk menjadi seorang pengasuh bayi supaya dapat meringankan beban keluarganya.

  20. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2701 KB, 44 p. : col. ill.

    Karim Ketot teringin memiliki bilik sendiri setelah melihat bilik kawan baiknya, Gedempol yang begitu cantik itu. Setelah berjaya memujuk emak dan bapanya, dia berasa gembira mendapat biliknya sendiri. Namun, Karim mendapati ada 'tetamu' yang tidak diundang di dalam biliknya dan berasa takut untuk tidur di situ lagi.

  21. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 10730 KB, 50 p. : col. ill.

    Pakcik Hairi telah meminjamkan sebuah teleskop kepada Hairi, Chang Chan, dan Sylesh untuk mengisi masa lapang mereka. Sedang mereka asyik memandang ke angkasa dengan teropong itu, tiba-tiba, mereka terlihat sebutir bola api yang pelik melintasi angkasa itu.

  22. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3.30 MB, 53 p. :ill.

    Perubahan sikap ayah menimbulkan tanda tanya kepada Rizal dan adik-beradiknya. Ayah kelihatan sangat gembira dan tidak sabar-sabar menanti kedatangan seorang tetamu istimewa. Siapakah tetamu tersebut?

  23. Author: Anizah Mohd. Said

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 871 KB, 128 p.

    Cerpen yang ditulis memaparkan plot cerita yang menarik, gaya bahasa yang ringkas serta suasana penceritaan yang dekat dengan diri pembaca.

  24. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1936 KB, 16 p.

    Thumbelina gadis bersaiz kecil.

  25. Author: Hakimi, Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 902 KB, 78 p. : ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang Seri dan Rima, dua orang adik-beradik yang berlainan ibu. Rima amat membenci Seri kerana dalam sangkaan Rima, Seri cuba mengambil segala yang menggembirakan Rima. Keadaan berubah apabila Seri mengalami kemalangan dan berada dalam keadaan koma. Rima amat menyesal akan perbuatannya dan sangat mengharapkan kepulihan Seri.

  26. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6312 KB, 130 p. : ill.

    Kematian ibu Sze Moi menjadikan hidupannya terumbang-ambing. Dia kemudiannya tinggal dengan pakcik dan makciknya, namun dia dihalau keluar. Tidak dia duga bahawa kehidupannya akan membawa pelbagai kedukaan selepas itu.

  27. Author: LCNA:Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3547 KB, 64 p.

    Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.

  28. Author: Ahmad Marzuki Ismail

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 74315 KB, 127 p. ill.

    Dalam menimba ilmu pengetahuan, maklumat dan kemahiran, setiap pelajar tanpa mengira tahap persekolahan perlu mendekatkan diri dengan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan yang sentiasa memiliki kejayaan dan kecemerlangan. Mereka mampu membantu diri kita mencorak perjalanan hidup yang lebih bermanfaat. Kegigihan kita dalam soal ini, membantu diri sendiri memulakan tindakan untuk mengenal pasti pendekatan terbaik meminimumkan kekurangan dan kelemahan diri sendiri. Buku-buku dalam siri ini mengupas persoalan yang terdapat di dalam diri setiap pelajar dengan cuba menangani masalah dan memberi idea-idea yang mampu membantu pelajar meningkatkan kecemerlangan diri.

  29. Author: Arif Salleh

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2783 KB, 35 p. : col. ill.

    Razak, Zahid dan Majid berada di kawasan berdekatan dengan tasik Lombong Tinggal untuk menangkap belalang. Apabila telah letih menangkap belalang, Zahid dan Majid ingin bermandi di dalam tasik itu. Walaupun ditegah oleh Razak, mereka tetap berdegil.

  30. Author: Rozana Armila Sazali

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 28480 KB, 18 p. ill.

    Siri haiwan harmoni ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita yang disampaikan adalah dengan mudah, menarik, dan sarat dengan teladan.

  31. Author: Azwani, Ustaz

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2344 KB, 45 p. : col. ill.

    Ali adalah seorang budak rajin yang suka bercakap benar. Dia tidak pernah berdusta. Ibunya selalu berpesan supaya dia tidak bercakap dusta. Ali tahu bahawa sifat dusta akan merugikan dirinya. Dia tidak akan dipercayai malahan dibenci dan dimusuhi orang.

  32. Author: Riza Irhan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1179 KB, 28 p. : ill.

    Seekor itik dan kura-kura merupakan sahabat baik yang tinggal di sebuah kawasan yang subur. Pada suatu hari, kawasan itu dilanda kemarau. Itik pun membuat keputusan untuk berpindah ke tempat lain dengan kura-kura. Namun, kura-kura telah mendapat padah akibat sikap yang kurang sabar.

  33. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1981 KB, 16 p.

    Jalil tidak menghargai pengorbanan memerang.

  34. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2630 KB, 16 p.

    Cemburu pada kejayaan adik bongsu.

  35. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1993 KB, 16 p.

    Permintaan pemotong kayu dengan isteri.

  36. Author: Chan, Siew Mooi

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1927 KB, 30 p. : col. ill.

    Ramli, Hock Seng, dan Dev telah menolong seorang perempuan tua yang tercedera. Ketika berada di hospital, dia menyuruh tiga sahabat itu untuk menghantar sebuah kotak kepada Pak Din di Kampung Ketam. Namun, ketika perjalanan ke sana, pemandu kereta yang melanggar perempuan tua tadi telah cuba untuk merebut kotak itu dari tangan mereka.

  37. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3030 KB, 16 p.

    Tikus menipu kucing.

  38. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2808 KB, 16 p.

    Tikus menyelamatkan Singa.

  39. Author: Riza Irhan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2801 KB, 32 p. : col. ill.

    Tok Khalid dan Tok Putih telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menziarahi anak mereka. Oleh kerana mereka sudah tua, rumah mereka tidak terurus dan tikus-tikus pun membiak. Semasa ketiadaan Tok Khalid dan isterinya, tikus rumah sudah pun menghabiskan semua makanan di rumah. Dia meminta bantuan tikus tanah untuk berikannya makanan, tetapi tikus tanah lokek dan sombong.

  40. Author: M. Aini

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4550 KB, 18 p. : col. ill.

    Tikus telah terpijak kaki Singa yang sedang tidur. Singa terjaga dari tidurnya dan berasa sangat marah. Dia terus menangkap Tikus. Tikus yang sangat ketakutan merayu kepada Singa supaya dia dilepaskan. Mendengar rayuan Tikus, Singa pun melepaskannya.

  41. Author: Haisson

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8442 KB, 20 p.

    Di rumah Mak bunga ada seekor tikus yang sering mencuri makanan Mak Bunga. Satu hari tikus menemui satu lubang kecil di dalam bekas beras Mak Bunga dan terus masuk ke dalam bekas tersebut. Bolehkah tikus mencuri beras Mak Bunga?

  42. Author: Najibah Hassan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 676 KB, 40 p.

    Mengisahkan Amran dan kawan-kawannya membongkar sindikit yang menyorokkan gula.

  43. Author: E-man

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2.6 MB, 133 p. :ill.

    Nama tokoh-tokoh terkenal dalam menentang penjajahan Inggeris diceritakan dalam buku ini. Mereka adalah Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau dan Ijau Layang.

  44. Author: Zarina Zainal Abidin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2534 KB, 49 p. : ill.

    Buku ini mengandungi biografi beberapa tokoh keamanan yang terkenal di dunia. Ia menyediakan maklumat mengenai data peribadi dan sumbangan mereka.

  45. Author: Zalifah Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2273 KB, 49 p. : ill.

    Buku ini mengandungi biografi beberapa tokoh korporat yang terkenal di dunia. Ia menyediakan maklumat mengenai data peribadi dan sumbangan mereka.

  46. Author: Norhayat Suboh

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2460 KB, 49 p. : ill.

    Buku ini mengandungi biografi beberapa tokoh politik yang terkenal di dunia. Ia menyediakan maklumat mengenai data peribadi dan sumbangan mereka.

  47. Author: Aznie Fahsyar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2469 KB, 48 p. : ill.

    Buku ini mengandungi biografi beberapa tokoh reformic yang terkenal di dunia. Ia menyediakan maklumat mengenai data peribadi dan sumbangan mereka.

  48. Author: Zalifah Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 15325 KB, 49 p. : ill.

    Buku ini mengandungi biografi beberapa tokoh sains yang terkenal di dunia. Ia menyediakan maklumat mengenai data peribadi dan sumbangan mereka.

  49. Author: Zarina Zainal Abidin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2473 KB, 47 p. : ill.

    Buku ini mengandungi biografi beberapa tokoh seni yang terkenal di dunia. Ia menyediakan maklumat mengenai data peribadi dan sumbangan mereka.

  50. Author: Mohd Hadi Rahim

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2700 KB, 49 p. : ill.

    Buku ini mengandungi biografi beberapa tokoh sukan yang terkenal di dunia. Ia menyediakan maklumat mengenai data peribadi dan sumbangan mereka.

F: 216AND73AND216AND200;

R: 100AND121AND102AND28;

0
False
False
https