Malay banner


Showing 51 - 100 of 169

  1. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 27.92 MB, 20 p. :ill. col.

    Seekor anak ikan tidak mengindahkan pesanan ibunya supaya tidak memakan cacing pada mata kail. Dia merasa menyesal setelah mulutnya merasa sakit terkait dengan dengan mata kail.

  2. Author: Khairul

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5440 KB, 18 p. : col. ill.

    Pada suatu hari, Belang, seekor harimau yang garang dan ganas, dihempap sebatang pokok. Dia cuba melepaskan dirinya tetapi tidak berjaya. Pokok itu terlalu berat. Seekor kambing bernama Siru ternampak Belang yang sedang terperangkap. Belang meminta Siru menolongnya. Siru pun bergegas mencari bantuan.

  3. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1688 KB, 16 p.

    Sifat tamak menyebabkan hilang punca rezeki.

  4. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 4314 KB, 64 p.ill

    Akil disuruh oleh emaknya menghantar makanan ke rumah Pak Tua. Selama ini Akil mendengar cerita-cerita yang kurang menyenangkan tentang Pak Tua. Namun begitu, setelah Akil mengenali Pak Tua ternyata cerita-cerita tersebut tidak benar. Pak Tua seorang yang baik. Pak Tua mengajar Akil bermain gasing. Dia juga dihadiahi sebiji gasing. Barulah Akil sedar akan pentingnya memelihara warisan budaya bangsa.

  5. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4595 KB, 52 p.

    Sikap Akmal yang bermain dan suka sekolah ponteng menjadi masalah pada ramai ramai orang. Akmal juga sering mencuri buah mangga milik petani. Ketika cuba melarikan diri, sesuatu telah berlaku kepadanya. Adakah ini akan menyebabkan Akmal bertukar selepas kejadian itu?

  6. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2054 KB, 16 p.

    Nabi Muhammad SAW berdakwah melalui surat.

  7. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6680 KB, 100 p. : ill.

    Alam pembelajaran merupakan bahagian yang paling besar dalam kehidupan remaja. Begitu besar sekali sehingga mampu mempengaruhi hubungan remaja itu dengan ibu bapanya. Oleh itu, buku ini menyentuh tentang teknik pembelajaran yang betul, agar pembelajaran yang baik dapat dipertingkatkan.

  8. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6833 KB, 100 p. : ill.

    Remaja dan cita-cita tidak dapat dipisahkan. Buku ini membincangkan segala-galanya tentang cita-cita, termasuk betapa pentingnya untuk mempunyai cita-cita di dalam kehidupan.

  9. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6769 KB, 100 p. : ill.

    Pembentukan diri kita yang sempurna harus terarah kepada pemahaman tiga elemen: pemikiran kita, perasaan kita, dan juga sikap kita. Mengambil kira faktor-faktor ini, buku ini disusun agar para pembaca dapat memahami dengan lebih lanjut tentang diri mereka sendiri.

  10. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7060 KB, 108 p. : ill.

    Sewaktu zaman kanak-kanak, segala-galanya ditentukan oleh ibu bapa kita. Apabila kita sudah meningkat dewasa, kadang-kala kita tidak menginginkan penglibatan mereka dalam masalah kita. Buku ini memberi manfaat terutamanya kepada para remaja kerana ia membincangkan tentang hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.

  11. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6629 KB, 98 p. : ill.

    Buku ini akan membincangkan secara praktikal tentang empat unsur kemahiran yang dapat kita manfaatkan sebagai seorang remaja, dalam menyediakan diri kita ke arah alam dewasa. Ia juga mengajak para pembaca untuk lebih memahami keempat-empat kemahiran itu agar dapat dipraktikkan menjadi suatu amalan yang berguna.

  12. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9880 KB, 98 p. : ill.

    Kreativiti tidak tertakluk hanya kepada kebolehan untuk melukis dan menulis. Kita sememangnya dilahirkan kreatif. Buku ini mengajak para pembaca mengenali cara-cara untuk membentuk kreativiti. Segala-galanya terletak dalam fikiran kita sendiri.

  13. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9991 KB, 100 p. : ill.

    Sebelum kita menyerahkan prinsip hidup dan pendirian kita atas nama sahabat, kita harus mengerti erti persahabatan yang sebenar-benarnya. Dengan kata lain, kita perlu kenali siapa sahabat yang sebenarnya, siapa sahabat yang sejati, dan siapa sahabat misali kita. Topik-topik sebeginilah yang akan dibincangkan dalam buku ini.

  14. Author: Hashim Yaacob

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 11783 KB, 76 p. :ill. col.

    Sebanyak 77 buah puisi yang dimuatkan dalam buku ini dan sekaligus menunjukkan pengetahuan sejarah penulis yang mendalam dan penuh keinsafan.

  15. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6726 KB, 100 p. :ill.

    Selain ibu bapa dan kawan-kawan, adik-beradik dan guru merupakan dua kumpulan individu yang penting dalam kehidupan kita. Melengkapkan pengembaraan hidup kita dalam alam remaja, buku ini akan membincangkan tentang hubungan kita dengan guru-guru dan juga adik-beradik.

  16. Author: Aida Shahira

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1280 KB, 94 p. : ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang Adlin, seorang anak muda yang ingin menjadi pemain bola sepak seperti arwah ayahnya. Adlin benar-benar ingin dipilih menjadi ahli pasukan A kumpulan bola sepak sekolahnya tetapi Cikgu Razak merasakan yang Adlin belum bersedia. Dapatkah Adlin mencapai cita-citanya?

  17. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1791 KB, 16 p.

    Aladdin diminta mencari sebuah lampu lama.

  18. Author: Norul Azila Arifin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1778 KB, 16 p.

    Jin lampu ajaib menolong Aladdin.

  19. Author: Amer Haji Matsom

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2295 KB, 33 p. : col. ill.

    Alang dan Damang adalah dua orang adik-beradik yang gagah. Ketika perompak menyerang kampung mereka, dua beradik itu bertekad untuk pergi menimba ilmu persilatan di Gunung Ledang supaya dapat menumpaskan perompak itu. Setelah tamat berlatih dengan sabar, ternyata Alang lebih cekap dari Damang, dan ini menerbitkan rasa cemburu terhadap Alang.

  20. Author: Fatiqa Oky

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3430 KB, 34 p. : col. ill.

    Alang Rashid tinggal di sebuah felda di negeri Terengganu. Bapanya adalah seorang peneroka yang bekerja di ladang kelapa sawit. Pada hari itu, Alang Rashid akan menerima tetamu dari bandar yang ingin melihat keadaan hidup di feldanya.

  21. Author: Nur Zalida

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3152 KB, 34 p. : col. ill.

    Bapa Alang Rashid adalah seorang pekerja ladang kelapa sawit. Ketika teman-teman Alang Rashid datang ke Terengganu, dia telah membawa mereka melihat ladang bapanya itu.

  22. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2231 KB, 48 p. ill

    Alat-alat muzik tradisonal boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Kordofon yang mengeluarkan bunyi dari tali-tali yang ditegangkan, Erofon pula bunyi yang dikeluarkan dari lubang udara seperti serunai, Idiofon jenis alat seperti gong dan Membranfon pula alat seperti beduk, kompang adan sejenisnya.

  23. Author: Nor Azlin Japar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1845 KB, 16 p.

    Ali Baba mengambil harta penyamun.

  24. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 10090 KB, 114 p. : ill.

    Aisyah yang tinggal di Asrama Kemboja telah diberitahu bahawa ayahnya sedang sakit dan dirawat di hospital Kuala Lumpur. Namun, Aisyah amat terperanjat apabila orang yang didakwa sebagai ayahnya itu rupa-rupanya adalah Datuk Chan. Aisyah juga telah diminta untuk menyamar sebagai Alice, anak Datuk Chan yang hilang.

  25. Author: Halimah Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 23978 KB, 27 p.ill

    Siri Keluarga Encik Amin ditulis khusus untuk bacaan murid-murid tahap satu terutamanya Tahun Dua dan Tiga. Ini memandangkan bahan bacaan peringkat ini agak kurang. Siri Keluarga Encik Amin mengisahkan kehidupan keluarga Encik Amin. Siri ini mengandungi banyak pengajaran seperti menghormati dan menyayangi ibu bapa, semangat kejiranan, semangat bekerjasama dan sebagainya. Bahan bacaan seperti ini sangat bermanfaat kerana dapat membentuk peribadi anak-anak. Bahasa yang digunakan amat sesuai dengan kebolehan berbahasa murid. Ilustrasi yang menarik dapat menambahkan minat dan memupuk semangat suka membaca di kalangan anak-anak.

  26. Author: Norafidah Bachik

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 46272 KB, 24 p.

    Menerusi cerita dalam siri ini, watak-watak digambarkan sebagai murid-murid yang genius dan bijak. Rajin membantu serta peka tentang pelbagai perkara.

  27. Author: Norziana

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7873 KB, 24 p.

    Siri bacaan program nilam diolah berdasarkan watak-watak legenda yang terkenal dengan keberanian, kebijaksanaan dan kepahlawanan.

  28. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2961 KB, 26 p. : ill.

    Cikgu Latifah menyuruh murid-muridnya membuat layang-layang sebagai kerja rumah. Amin dengan bersemangat mengumpulkan perkakas untuk membuat layang-layangnya. Dia dibantu abangnya yang bernama Aman. Amin ingin membuat layang-layang yang cantik.

  29. Author: S. A. Dian

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2519 KB, 54 p. : ill.

    Amin seorang anak yatim yang rajin mencari kayu api untuk dijual. Sewaktu bermalam di hutan, dia bermimpi bahawa seorang lelaki tua memberitahunya bahawa terdapat seseorang yang memerlukan bantuannya.

  30. Author: Halimah Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 413924 KB, 21 p.ill

    Bertemakan masyarakat prihatin. Siri ini sesuai dibaca oleh murid-murid tahap 1. Cerita disampaikan dalam bahasa yang mudah dan disertakan ilustrasi yang menarik

  31. Author: Fatiqa Oky

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3259 KB, 34 p. : col. ill.

    Bapa Amirul bekerja di sebuah ladang tebu di Perlis. Amirul selalu diajak bapanya untuk melihat ladang tebu yang sangat luas itu. Tebu-tebu di ladang itu akan diproses untuk dijadikan gula. Pada pagi itu, Amirul mengajak Ah Lan dan Cheng Joo untuk meninjau keadaan di ladang tebu.

  32. Author: Nur Zalida

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2921 KB, 34 p. : col. ill.

    Bapa Amirul bekerja di sebuah ladang tebu di Perlis. Pada suatu pagi, Amirul mengajak Ah Lan dan Cheng Joo yang tidak pernah melihat ladang tebu, untuk meninjau-ninjau tempat tersebut.

  33. Author: Jamilah Hj. Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 17264 KB, 98 p. : col. ill.

    Amirul menghidap sejenis penyakit darah yang merosakkan fungsi kedua-dua buah pinggangnya. Dia hanya ada dua pilihan saja, iaitu menjalani pemindahan buah pinggang ataupun menjalani dialisis sepanjang hayat. Masalah timbul apabila tiada seorang penderma pun yang serasi dengan Amirul.

  34. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1973 KB, 124 p. : ill.

    Hidayat baru sahaja pulang dari pusat rawatan penagih dadah. Ayah dan ibunya mengharapkan dia benar-benar insaf akan perbuatannya yang lalu. Mereka tidak ingin melihat Hidayat kembali menagih dadah yang boleh merosakkan hidupnya.

  35. Author: Sidang Pengarang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 31468 KB, 73 p. ill.

    Sebaik sahaja tingkap itu ternganga, angin bagaikan berebut-rebut menghembus ke dalam. Menayangkan dadanya di hadapan tingkap itu, terasa sungguh kenyamanannya. Menutup kedua-dua belah mata, Lim Keat membenarkan pukulan angin itu untuk meraba-raba seluruh badannya sehinggalah sesuatu berlaku!

  36. Author: Jamiah Sapari

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 71744 KB, 26 p. : col. ill.

    Amy, Suzy, Mary dan Hani merupakan empat ekor anak kucing yang bersahabat baik. Pada suatu hari, mereka mendaftarkan diri untuk mengambil bahagian dalam satu pertandingan menyanyi. Amy berasa iri hati terhadap Suzy kerana suara Suzy sangat merdu. Dia pun memikirkan cara untuk menyingkirkan Suzy daripada pertandingan tersebut.

  37. Author: Rahimah Mohd. Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4660 KB, 43 p. : col. ill.

    Hadi sangat terkejut apabila terdengar perbualan ibu bapanya. Dia mendapat tahu dari perbualan itu bahawa dia adalah seorang anak angkat. Dato' Abdullah dan Datin Maria telah menjaganya semenjak kecil lagi. Hadi seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

  38. Author: Sulaiman Zakaria

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1921 KB, 16 p.

    Anak yang menderhaka kepada ibu bapa.

  39. Author: Rubiah Jusoh

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 3596 KB, [15] p. :ill. col.

    Seman pemuda hodoh berkahwinan dengan Puteri Bunian tinggal di istana dan menjadi tampan. Tetapi rupanya berubah seperti asal apabila dia menderhaka pada ibunya.

  40. Author: Aniq Shafiq Mohd Syahrul

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 45985 KB, 14 p. :ill. col.

    Anak gajah yang tersesat jalan bertanya pada binatang-binatang lain dimana ibunya. Akhirnya dia dibantu oleh seekor burung.

  41. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1157 KB, 42 p. : ill.

    Imran adalah anak sulung Encik Majid dan Puan Azian. Dia seorang pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn. Imran juga adalah seorang pengawas di sekolahnya. Dia merupaka pelajar yang baik dan bertanggungjawab. Imran adalah anak harapan kedua ayah dan ibunya. Dapatkah Imran menggembirakan ayah dan ibunya dengan mendapatkan keputusan yang cemerlang?

  42. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2771 KB, 16 p.

    Kisah anak angsa.

  43. Author: Khairul

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5184 KB, 18 p. : col. ill.

    Musim kemarau telah melanda. Seekor kambing yang cergas bernama Kam ingin mencari air untuk ibu dan bapanya yang sedang kehausan. Kam telah sampai ke sebuah kolam yang masih ada air. Tiba-tiba muncul seekor buaya yang besar dari dasar kolam. Kam dihalangnya dari mengambil air di kolam itu.

  44. Author: Leen

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 21870 KB, 24 p.

    Sewaktu sedang berjalan-jalan, Erika telah menemui seekor anak kucing sesat. Dia menjaganya dengan kasih sayang. Erika benar-benar berharap bahawa tidak ada yang datang mendakwa kucing itu kerana dia mahu bersama anak kucing itu selama-lamanya.

  45. Author: Aniq Shafiq Mohd Syahrul

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 51004 KB, 14 p. :ill. col.

    Kerana tak mendengar nasihat ibunya anak monyet terperangkap dalam jerat pemburu.

  46. Author: Khairul

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4484 KB, 18 p. : col. ill.

    Kit, seekor anak monyet yang nakal, tinggal di sebuah hutan. Dia suka merosakkan tanaman dan menganggu binatang-binatang yang kecil. Pada suatu hari, Kit dan ayahnya menaiki kayu balak yang dijadikan perahu. Disebabkan kenakalannya, Kit terjatuh ke dalam laut. Dia terus menjerit meminta tolong.

  47. Author: Muhd Nur Azian Abdullah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 15990 KB, 22 p. ill.

    Cerita Pak Pandir telah diperdengarkan turun temurun secara lisan oleh nenek moyang kita. Justeru itu Pak Pandir sememangnya sudah sinonim dengan sifat kebodohan dan lurus bendulnya yang sering diperkatakan dalam masyarakat Melayu untuk memberi teladan dan pengajaran kepada kanak-kanak. Dalam Siri Jenaka Pak Pandir ini watak utamanya berkisar kepada kehidupan Pak Pandir yang dungu dan terlalus lurus. Sifatnya yang demikian menjadikan kehidupannya sering ditimpa masalah. Namun, di sebalik kedunguan dan kebodohan Pak Pandir, terselit unsur-unsur moral dan pengajaran serta hiburan kepada para pembaca.

  48. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2920 KB, 16 p.

    Kisah anak patung tentera berkaki sebelah.

  49. Author: Nur Zalida

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12840 KB, 22 p. ill.

    Siri teladan intan adalah bahan bacaan tambahan yang amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita dan ilustrasinya menarik.

  50. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4224 KB, 74 p. : ill.

    Setelah kematian datuknya, Ezani tinggal bersama-sama mama dan papanya. Apabila tinggal di bandar, Ezani berasa sunyi. Biola tua peninggalan datuknya itulah yang menjadi temannya. Namun, bapanya tidak merestui penglibatan Ezani dalam bidang muzik.

F: 216AND73AND216AND200;

R: 100AND121AND102AND183;

0
False
False
https