Showing 1 - 22 of 22
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Children | 31185 KB, 73 p. ill.
"Kenapa dengan kamu doktor?" kata Dr. Patrick memegang bahu orang tua itu. Dr. Peter tidak menjawab. Ketakutannya masih lagi begitu menyerlah. Dia cuba mengangkat jari telunjuknya dan menudingkan sesuatu namun, jarinya terlampau terketar untuk membolehkannya menuding ke arah yang sebenar.
Author: Abdul Raup
Publisher: DB United | Audience: Children | 1244 KB, 27 p. : col. ill.
Pada waktu Nabi Muhammad wafat, ramai di antara sahabat-sahabatnya yang menjadi panik dan bingung. Umar sendiri yang kuat dan berfikiran tajam menjadi tidak menentu apabila mendengar berita itu. Dia hampir-hampir ingin membunuh mereka yang mengatakan Nabi telah wafat.
Author: Nor Azlin Japar
Publisher: DB United | Audience: Children | 2135 KB, 16 p.
Nabi Muhammad SAW berwasiat supaya rujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.
Author: Ghazali Ngah Azia
Publisher: DB United | Audience: Children | 30691 KB, 47 p. ill.
Siri Penyiasat Pintar ini adalah bahan bacaan yang amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah rendah bagi mengasah dan menguji minda pelajar. Di samping dapat menganalisis cerita, buku ini juga merangsang kemahiran berfikir pelajar.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | XX KB, 129 p. : col. ill.
Di sekolah barunya, Azrin berasa tersisih. Namun setelah kemunculan seorang wanita bertopi bunga seri pagi yang menggelarkan dirinya Francesca Fong, hidup Azrin terus berubah. Sungguhpun wanita itu berpakaian aneh, tercetus satu hubungan yang persahabatan yang erat antara Azrin dengan wanita itu.
Author: Norislah Shafiq
Publisher: DB United | Audience: Children | 5488 KB, 120 p. : ill.
Nafas Amin dan Khamsiah bagaikan terhenti apabila terpandang sesusuk tubuh di hadapan mereka. Mukanya sangat hodoh. Baju putih yang menutupi badannya comot dengan lumpur dan darah kering.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 5627 KB, 100 p. : ill.
Buku ini menceritakan ketabahan seorang wanita, Poh Kiew dalam mengharungi hidupnya yang penuh ranjau dan duka.
Author: Wan Nor Saedah
Publisher: DB United | Audience: Children | 9609 KB, 76 p. : ill.
Shalin selamat kembali ke pangkuan keluarganya dengan membawa Siti bersama. Pada suatu hari, rumah Shalin dikunjungi oleh seorang wanita misteri yang mahu menumpang mandi dan bersarapan. Selepas itu, tersebar pula berita dua orang budak telah hilang dari rumah yang dikunjungi oleh wanita misteri itu.
Author: Hakimi Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 4.77 MB, 55 p. :ill.
Mengisahkan Kevin yang pergi memancing di pantai buat pertama kalinya dengan Abang Zaidi. Dia ingin menikmati keindahan alam semula jadi yang tenang dan damai. Malangnya, hasrat Kevin itu tidak tercapai kerana pantai yang dikunjunginya telah tercemar dengan teruk. Keadaan yang sama berlaku di kuala sungai. Airnya kotor akibat sisa buangan dari kilang berhampiran. Kevin menjadi marah dan kesal apabila mengetahui kilang tersebut merupakan tempat papanya bekerja sebagai pengurus. Dia menyangka bahawa papa turut bersubahat dalam kegiatan pencemaran itu. Benarkah papa Kevin bersalah? Apakah tindakan Kevin untuk mengatasi masalah pencemaran itu?
Author: Halim Ibrahim, 1948-
Publisher: DB United | Audience: Children | 2378 KB, 30 p. : col. ill.
Perkahwinan Azura telah diadakan di rumah Tok Min dan Nek Mah. Seperti perkahwinan orang Melayu yang lain, perkahwinannya meriah dan penuh dengan adat istiadat Melayu.
Author: Norziana
Publisher: DB United | Audience: Children | 7523 KB, 24 p.
Siri bacaan program nilam diolah berdasarkan watak-watak legenda yang terkenal dengan keberanian, kebijaksanaan dan kepahlawanan.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 12427 KB, 146 p. : ill.
Remy begitu beria-ia sekali untuk menyertai kumpulan teater di sekolahnya. Manakala Chien Wei dan Prakash pula ragu-ragu akan kebolehannya. Di situlah, Remy mendedahkan rahsia besar tentang penglibatannya dan keluarganya dalam bidang seni.
Author: Hakimi, Muhammad
Publisher: DB United | Audience: Children | 762 KB, 78 p. : ill.
Cerita ini mengisahkan tentang Mira yang bercita-cita menjadi seorang wartawan. Apabila gurunya Cikgu Khaidir memberi mereka projek menghasilkan majalah kelas, Mira mendapat peluang untuk menemuramah seorang petani dan hasil temubualnya telah dimuatkan ke dalam majalah kelas.
Author: Najib A. H.
Publisher: DB United | Audience: Children | 1910 KB, 133 p. : ill.
Molok sudah kembali sihat seperti sediakala setelah enam bulan hidup dalam keadaan lumpuh. Kemalangan itu telah membuatkan dia sedar tentang kesilapannya. Dia berasa sangat insaf akan dosa-dosanya yang telah lalu.
Author: Abd. Salam Basok Al-Haj
Publisher: DB United | Audience: Adult | 416 KB,105 p.
Renungan bersama tentang beberapa tokoh berkenaan Su'ul Khatimah dan Husnul Khatimah.
Author: Badlihishan Mohd Nasir
Publisher: DB United | Audience: Adult | 81221 KB, 118 p. ill.
Syeikh Abd Aziz bin Baz dilahirkan di bandar Riyad, Arab Saudi pada 1330 H merupakan seorang pendakwah cacat penglihatan yang terkenal bukan sahaja di tanah airnya malah di dunia Islam. Selain mendapat sanjungan beliau juga turut mendapat kritikan daripada golongan yang berselisih pendapat dengannya. Buku ini menyingkap sejarah peribadinya serta wasiat-wasiat dakwahnya yang amat penting dan berguna sebagai panduan masyarakat Islam. Antara 39 wasiat dakwah yang perlu ditekuni oleh pembaca seperti kecemerlangan dakwah, pendekatan dakwah secara umum, peranan dakwah masa kini, tujuan dakwah, metodologi yang betul dalam berdakwah dan banyak lagi.
Author: Mohd Khalid Kasran
Publisher: DB United | Audience: Adult | 8566 KB, 195 p.
Beberapa wasiat Rasulullah kepada Ibnu Abbas untuk menghadapi kesukaran dan permasalahan hidup di dunia.
Author: Sidang Pengarang
Publisher: DB United | Audience: Children | 32002 KB, 73 p. ill.
Fikiran Laily bagaikan cerah untuk seketika, secerah cahaya yang baru sahaja dipasang sebuah kereta yang berada di situ. Seiring dengan itu, keadaan di sepanjang rumah teres itu menjadi terang sepenuhnya. Tidak jauh di hadapan pancaran lampu kereta itu, terlihat pula bayangan seorang wanita yang baru saja keluar dari rumahnya.
Author: Wan Nor Saedah
Publisher: DB United | Audience: Children | 5070 KB, 92 p. : ill.
Alif dan Ho Seng bersahabat baik. Pada waktu petang, selepas mengulang kaji pelajaran, mereka akan pergi ke bengkel ayah Ho Seng untuk membantu. Namun, tragedi yang berlaku sehari sebelum Tahun Baru Cina telah mengubah hidup Alif.
Author: Tomi Jefri
Publisher: DB United | Audience: Children | 5861 KB, 108 p. : ill.
Akibat projek pembinaan kondominium di tanah tinggi yang berdekatan, kawasan perumahan Helmi sering dilanda banjir lumpur. Banjir ini mendatangkan banyak masalah dan kerugian kepada penduduk di situ.
Author: Ramian Ahmad
Publisher: DB United | Audience: Children | 12861 KB, 24 p. ill.
Buku fardu ain Karisma adalah sesuai untuk para pelajar Tahap 1 dan 11 sekolah rendah. Buku ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami dengan menggunakan kaedah bercerita atau soal jawab.
Author: Azmi Ahmat
Publisher: DB United | Audience: Children | 23983 KB, 22 p. ill.
Rukun Islam mempunyai lima perkara iaitu mengucap dua kalimah shahadat, solat lima waktu sehari semalam, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan. Buku-buku dalam siri ini dibahagikan kepada enam dengan memisahkan wuduk dan solat agar pelajar boleh memahami langkah demi langkah. Diharapkan buku-buku ini mampu memberi pemahaman asas kepada pelajar mengenai Rukun Islam.