Malay banner


Showing 1 - 50 of 108

  1. Author: Danieel Zulfar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9421 KB, 114 p. : ill.

    Sejak kecil, Baiduri menyimpan cita-cita ingin menjadi penyanyi. Ibunya turut memberikannya sokongan yang padu hingga akhirnya bakat Baiduri dikesan oleh seorang penerbit dari sebuah syarikat rakaman, Johnny Tan. Namun, impiannya itu merupakan permulaan kepada sebuah tragedi besar yang menyebabkan pembunuhan Johnny Tan.

  2. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1056 KB, 42 p. : ill.

    Azman merupakan pelanggan tetap majalah Mingguan Pelajar. Dia tidak pernah terlepas untuk membelinya. Dia juga suka mengikuti peraduan yang dianjurkan majalah itu. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya Azman menang juga dalam sebuah peraduan teka gambar. Azman tidak sabar menunggu saat dia menerima hadiah dari pihak majalah Mingguan Pelajar.

  3. Author: Ruslan Ngah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1183 KB, 144 p. : col. ill.

    Bilal dan Hilman adalah dua sahabat yang sangat akrab. Walaupun berlainan kelas, hubungan mereka tetap rapat. Tiada siapa yang boleh memisahkan dua sahabat ini. Mereka seperti dua saudara kembar, di mana ada Bilal di situ ada Hilman.

  4. Author: Jamilah Hj. Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4781 KB, 84 p. : ill.

    Farah Diba berasa sangat sedih apabila ibu kesayangannya hilang sebelah kaki akibat penyakit yang dideritainya. Kegembiraan hidupnya sekeluarga direnggut oleh malang yang menimpa ibunya. Melihat keadaan itu, Farah Diba memasang impian untuk membelikan ibunya kaki palsu bagi memudahkan pergerakannya.

  5. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2972 KB, 26 p. : ill.

    Amira akan menyambut hari jadinya yang kesembilan tidak lama lagi. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, sambutan hari jadinya pada tahun ini akan diadakan dengan lebih besar lagi. Amira berasa sungguh ghairah dan gembira menantikan ketibaan hari jadinya.

  6. Author: Manivasam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1739 KB, 30 p. : col. ill.

    Johan dan Siti adalah dua pelajar pintar yang rajin dan suka membaca buku. Oleh kerana itu, bapa mereka telah membelikan hadiah untuk mereka. Siti mendapat anak patung sebagai hadiah, Johan pula mendapat wang mainan.

  7. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3126 KB, 26 p. : ill.

    Akmal teringin untuk memiliki dan menunggang basikal. Hasratnya itu akhirnya diketahui ayah dan ibunya. Dalam diam-diam ayahnya merancang untuk membelikan Akmal sebuah basikal. Dia ingin memberikan kejutan buat anaknya itu.

  8. Author: Norziana

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9508 KB, 24 p.

    Siri bacaan program nilam diolah berdasarkan watak-watak legenda yang terkenal dengan keberanian, kebijaksanaan dan kepahlawanan.

  9. Author: Nor Azizul Harun

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1597 KB, 26 p. : col. ill.

    Pada suatu hari, Mohan tidak bermain badminton dengan dua orang sahabatnya, Iwan dan Kelvin. Bila mereka mengetahui perkara tersebut, mereka pun berniat untuk membelikan Mohan raket yang baru sempena hari lahirnya.

  10. Author: Sariah Ramlee

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2539 KB, 36 p. : col. ill.

    Wendy adalah seorang gadis yang peramah dan baik hati. Malangnya, dia mempunyai ingatan yang sangat lemah. Pada suatu hari, ketika berada di satu perkhemahan, dia telah menyelamatkan seekor pari-pari. Sebagai ucapan terima kasih, pari-pari itu telah membawa mereka ke istana untuk bertemu dengan permaisurinya.

  11. Author: Ghazali Lateh, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 62007 KB, 155 p.

    Kompilasi puisi moden antaranya adalah tulisan Syed Mahadzir, Nanag Suryadi, Julaihi Tani, Amalia Hamid dan ramai lagi.

  12. Author: Mohd Sofwan Amrullah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 17024 KB, 381 p.

    Hadis sahih yang dihimpunkan bersabit dengan seluruh aktiviti manusia.

  13. Author: Atiqah Najib

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 1182 KB, 48 p.

    Tahun ini Lina memasuki tahun 6 dan harus menduduki ujian besar. Lina sentiasa berusaha mencapai kejayaan dalam pelajarannya. Namun kejayaannya tidak dapat dikongsi bersama ayahnya yang telah pergi selamanya.

  14. Author: Ramian Ahmad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5802 KB, 24 p. ill.

    Buku fardu ain Karisma adalah sesuai untuk para pelajar Tahap 1 dan 11 sekolah rendah. Buku ini disediakan dalam bentuk yang mudah difahami dengan menggunakan kaedah bercerita atau soal jawab.

  15. Author: Azmi Ahmat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 29008 KB, 22 p. ill.

    Rukun Islam mempunyai lima perkara iaitu mengucap dua kalimah shahadat, solat lima waktu sehari semalam, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji di Mekah bagi yang berkemampuan. Buku-buku dalam siri ini dibahagikan kepada enam dengan memisahkan wuduk dan solat agar pelajar boleh memahami langkah demi langkah. Diharapkan buku-buku ini mampu memberi pemahaman asas kepada pelajar mengenai Rukun Islam.

  16. Author: Mohd Sofwan Amrullah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 6710 KB, 165 p.

    Mengupaskan tentang hak-hak kewajipan wanita dalam Islam.

  17. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5854 KB, 108 p. : ill.

    Selepas menamatkan pengajiannya di universiti, Cikgu Amirul telah dihantar bertugas ke Sekolah Menengah Pasir Rambutan. Cikgu Amirul terpaksa berhadapan dengan murid-murid yang nakal dan tidak minat untuk belajar. Dia kecewa lalu berhasrat untuk kembali ke bandar.

  18. Author: Norziana

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 6782 KB, 24 p.

    Siri bacaan program nilam diolah berdasarkan watak-watak legenda yang terkenal dengan keberanian, kebijaksanaan dan kepahlawanan.

  19. Author: Jamilah Haji Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 125794 KB, 32 p.

    Siri Legenda Gemilang ditulis mengikut kisah benar seawal abad ke 15 sehinggalah abad ke 17. Ini adalah satu rakaman sejarah yang popular tetapi dikisahkan kembali dengan cara yang terkini, segar dan menarik.

  20. Author: Kuek Ser, Kuang Hong

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3042 KB, 16 p.

    Pengembaraan dua beradik.

  21. Author: Haisson

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 12864 KB, 20 p.

    Residents in a village because there is a small fire burning phenomenon suddenly. They associate it with ghost flames. However, the presence of a man has successfully explained the real cause how 'ghost flames' that can occur.

  22. Author: Nir Shahmir

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 1325 KB, 128 p.

    Siri ini memaparkan cerita berkenaan amalan khurafat yang sering berlaku dalam masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan masyarakat Melayu. Amalan tidak baik ini harus dihindari dan dijauhi.

  23. Author: Arif Salleh

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2230 KB, 30 p. : col. ill.

    Deris sedang berjalan sendirian di Dusun Durian kepunyaan ayah Halim. Sahak dan Sauki tidak kelihatan dari tadi. Deris merasakan ada sesuatu sedang memerhatikan dia. Tiba-tiba di depannya muncul sebuah lembaga putih. Tanpa berlengah-lengah lagi, Deris terus berlari dengan lintang-pukang.

  24. Author: Dahiri Saini

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 22003 KB, 239 p.

    Amira tidak mudah mempercayai lelaki, lebih-lebih lagi dia pernah dikecewakan. Manakala Zurin pula sangat taksub pada cintanya, dia tidak yakin apabila diberitahu kekasihnya punya wanita lain.

  25. Author: Najib A. H.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1940 KB, 134 p. : ill.

    Marini sungguh terkesan dan bersemangat setelah mendengar pesanan yang disampaikan oleh tuan pengetua sekolahnya. Dia memang sedar tentang kebenaran kata-kata beliau. Pelajar sepertinya perlu bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan bersedia menghadapi bermacam-macam cubaan untuk berjaya.

  26. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8191 KB, 50 p. : col. ill.

    Walaupun kehidupan Suhaimi mewah, dia tidak pernah bahagia. Namun, setelah mengenali seseorang bernama Abang Hamdan, dia banyak belajar tentang erti bahagia. Paling mengejutkan, Abang Hamdan penghidap penyakit AIDS.

  27. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5421 KB, 100 p. : ill.

    Ketika meningkat remaja, pasti ada sahaja yang tidak kena dengan diri sendiri. Joyce Cheah atau Joyah dan Rokinah atau Rocky, juga tidak terkecuali. Di sekolah, mereka pelajar yang popular. Namun, populariti mereka lebih terarah kepada keburukan.

  28. Author: Sidang Pengarang

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 3976 KB, 77 p. : ill.

    Kisah ini mengenai Kasim, seorang budak yang agak nakal tetapi baik hati. Banyak perkara yang dilakukannya membuatkan orang kampung marah. Namun, ketika dia berpindah ke bandar dan bersekolah di Kuantan, kehilangannya amat dirasai oleh ahli keluarganya dan orang-orang kampung yang lain - termasuk teman karibnya Seha.

  29. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5539 KB, 76 p. : ill.

    Sekumpulan kadet remaja telah mengadakan perkhemahan di sebuah hutan di Banjaran Titiwangsa. Ketika menjalani aktiviti berakit, Shalin telah dihanyutkan arus deras. Shalin telah disahkan hilang setelah usaha-usaha mencarinya tidak berhasil.

  30. Author: Mariah N. S.

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 26068 KB, 52 p. ill.

    Buku cerita 'Siri bacaan klasik' ini mengandungi aneka kisah yang menyentuh pelbagai misteri dalam kehidupan. Terdapat kisah sejarah, kisah misteri, kisah pembunuhan dan rompakan. Kisah-kisah ini dikumpulkan untuk mengkayakan lagi sumber bacaan bagi pelajar sekolah rendah. Semoga teladan yang boleh diambil dapat memberi manfaat kepada para pelajar. Selamat membaca .

  31. Author: Sharifah Omar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2036 KB, 28 p. : ill.

    Sudah sepuluh tahun Tuan Malik dan Puan Rosmah menunggu kehadiran seorang cahaya mata. Setelah berdoa dan berusaha, akhirnya mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Sazali. Ayah dan ibunya sangat menyayangi dan memanjakan Sazali. Oleh kerana terlalu dimanjakan, Sazali menjadi jahat.

  32. Author: Xavier, Matilda

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1105 KB, 80 p. : col. ill.

    Rajan adalah olahragawan terbaik di sekolahnya. Keluarganya dan kawan-kawannya sangat bangga dengan Rajan. Namun, semuanya berubah dengan sekelip mata apabila dia ditimpa kemalangan jalan raya. Kemalangan itu telah mencederakannya dan mengakibatkan kakinya lumpuh.

  33. Author: Jamiah Sapari

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 75288 KB, 26 p. : col. ill.

    Harbi ialah seekor arnab yang sangat nakal. Setiap hari, ada sahaja perbuatannya yang menyakitkan hati haiwan-haiwan yang lain. Pada suatu hari, dia telah menangkap seekor anak rama-rama. Ibu bapa rama-rama tersebut berasa sangat risau.

  34. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5013 KB, 92 p. : ill.

    Pada usia yang muda, Encik Razak telah menjadi ketua keluarga untuk membesarkan adik-adiknya. Seperti mana dia membesarkan adik-adiknya dengan tegas, dia juga telah menggunakan cara yang sama untuk putera-puteranya setelah dia berkahwin. Malangnya, usahanya itu tidak berjaya.

  35. Author: Norziana

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7715 KB, 24 p.

    Siri bacaan program nilam diolah berdasarkan watak-watak legenda yang terkenal dengan keberanian, kebijaksanaan dan kepahlawanan.

  36. Author: Khairul

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4277 KB, 18 p. : col. ill.

    Jula adalah seekor rama-rama. Pada suatu hari, Jula terbang mencari bunga. Ketika terbang, Jula terlihat sekumpulan ikan sedang melompat-lompat di permukaan air. Dia ingin berenang seperti mereka. Jula terus terjun ke dalam air itu tanpa mengira bahaya yang akan menimpanya.

  37. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2702 KB, 44 p. : col. ill.

    Selepas membeli sebuah dompet, Karim dan Dolah berlagak seperti orang dewasa. Banyak sungguh kerenah mereka, sehingga akhirnya mendatangkan masalah yang agak besar.

  38. Author: Najibah Hassan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 955 KB, 40 p.

    Mengisahkan seorang murid bernama Ismail yang berusaha untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang setelah mendapat dorongan daripada ibu dan bapanya.

  39. Author: Ridzuan Amin

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7558 KB, 16 p.

    Hari jadi Raju telah tiba. Raju sangat gembira. Walau bagaimana pun banyak persiapan yang harus dibuat sebelum dapat menyambut hari lahirnya.

  40. Author: Lee Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 23598 KB, 16 p.ill

    Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran.

  41. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 30.34 MB, 20 p. :ill. col.

    Siri membaca peringkat 2 ini menceritakan tentang Sam yang bersiap dan berpakaian kemas untuk menghadiri hari jadi kawannya.

  42. Author: Mohd Fadlan Tuan Jaafar, Tuan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8347 KB, 16 p.

    Chandra membantu menggantung bendera untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia.

  43. Author: Mohd Fadlan Tuan Jaafar, Tuan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9635 KB, 16 p.

    Sekolah Ah Jien menganjurkan Hari Sukan. Banyak acara telah dipertandingkan. Apakah acara sukan yang akan disertai Ah Jien?

  44. Author: Aishah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 21377 KB, 90 p. :ill. col.

    Buku ini mengajar semua projek kraf tangan yang dikemukan diajar cara membuatnya samaada berpandukan gambarajah atau penulisan.

  45. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5143 KB, 24 p. : col. ill.

    Cerita ini mengisahkan tentang Harimau yang sangat tertarik dengan Kupu-kupu. Ia mahu berkawan dengan Kupu-kupu kerana Kupu-kupu cantik dan boleh terbang. Harimau ingin terbang seperti Kupu-kupu. Ia meminta Kupu-kupu untuk mengajarnya terbang.

  46. Author: Aniq Shafiq Mohd Syahrul

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 47116 KB, 14 p. :ill. col.

    Kucing dan harimau bersahabat baik. Harimau mengajar kucing cara memburu, setelah pandai kucing mengambil kesempatan menerkam anak harimau.

  47. Author: W. S. Uzala

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1917 KB, 28 p. : col. ill.

    Ramai orang datang ke Mesir untuk mencari harta karun yang mereka percaya masih tersimpan dalam tanah. Untuk mendapatkan harta itu tidak mudah sama sekali. Satu musibah yang tidak diduga telah berlaku apabila harta itu ditemui.

  48. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 15884 KB, 130 p. : col. ill.

    Ghazali dan Yu Yun bercadang untuk menghabiskan masa cuti sekolah mereka di rumah datuk Bakri di Kampung Masbi. Menurut Bakri, Kampung Masbi yang dikelilingi sawah padi itu menyimpan sebuah lagenda tentang harta karun yang tersembunyi di sekitar kawasan bukit. Ghazali dan Yu Yun tidak mempercayai kisah tersebut kerana mereka ke situ untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

  49. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 32025 KB, 34 p. : col. ill.

    Mimi adalah seekor anak kambing yang cantik tetapi sombong. Dia berpendapat bahawa kambing-kambing yang berasal daripada keluarga miskin tidak layak untuk berkawan dengannya. Suatu hari, dia telah menuduh kambing-kambing miskin melakukan perbuatan yang tidak baik.

  50. Author: Anim

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2608 KB, 36 p. : col. ill.

    Buku ini mengandungi tiga buah cerita pendek yang mengisahkan tentang sikap dan kehidupan manusia. Cerita-cerita yang dipersembahkan juga menyelitkan nilai-nilai murni yang boleh diteladani oleh para pembaca.

F: 18AND119AND100AND196;

R: 100AND121AND102AND157;

0
False
False
https