Malay banner


Showing 1 - 50 of 89

  1. Author: Danieel Zulfar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 11345 KB, 114 p. : ill.

    Aishah terkejut melihat rumah Premala yang dahulunya kosong dan kelihatan seperti bangsal buruk telah kini menjadi cantik dan kelihatan mewah. Premala memberitahunya bahawa dia ada satu lagi kejutan untuk Aishah.

  2. Author: Mahadzir Syed Ibrahim, Syed, 1961-

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1695 KB, 64 p.

    Buku ini menceritakan tentang kehidupan sekumpulan kanak-kanak iaitu Khairuddin, Gopalan, Swee Lan, Kim Seng dan Amirah yang penuh dengan liku-liku kehidupan.

  3. Author: Ramuzam Dahlan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 22620 KB, 18 p. ill.

    Ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Cerita yang disampaikan adalah mudah, menarik dan sarat dengan teladan.

  4. Author: Mohammad Zaini Yahaya

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 98386 KB, 196 p.

    Kupasan penerangan tentang darjat wanita yang dapat membuka minda kita kepada Islam yang syumul, praktikal dan saksama.

  5. Author: E-man

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3 MB, 147 p. :ill.

    Pahlawan-pahlawan yang menentang penjajah yang diketengahkan pada buku ini adalah Datuk Maharaja Lela, Melewar, Hang Tuah dan Sibongkok.

  6. Author: E-man

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 130 p. :ill.

    Selain dari Datuk Wan Mat Saman, tokoh-tokoh yang berjasa dan berbakti pada negara yang terdapat dalam buku ini ialah Datuk Bentara Luar Johor, Bendahara Seri Maharaja dan Datu Patinggi Ali.

  7. Author: Misnon

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3950 KB, 18 p. : col. ill.

    Muhammad Himyar adalah seorang pemuda warak yang suka menolong orang dan berbaik sangka terhadap mereka. Pada suatu hari, ketika dia berburu di hutan, Muhammad Himyar didatangi ular yang boleh berkata-kata. Ular itu meminta pertolongan daripada Muhammad Himyar supaya dilindungi daripada musuhnya.

  8. Author: Riza Irhan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1273 KB, 28 p. : col. ill.

    Pak Darwis adalah seorang petani yang sangat miskin. Sewaktu berada di hutan, dia telah membantu Putera Bunian. Sebagai ganjaran, beliau pula telah menunjukkan Pak Darwis cara untuk menjadi kaya dengan menjual daun emas.

  9. Author: Badrul Risham Nuruddin

    Publisher: DB United | Audience: Young People | PDF icon 1097 KB, 136 p. ill

    Kisah sebuah negara yang bernama Zamir Eran yang berajakan Raja Besar. Permaisurinya telah melahirkan kembar putera dan puteri. Puteranya membawa sama anak panah dan tujuh anak panah semasa bersalin, sementara si puteri lahir bersama pisau candung.

  10. Author: Iskandar Shah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4390 KB, 84 p. : col. ill.

    Fahmi meminta kebenaran dari ibu dan ayahnya untuk memasuki kelas tuisyen. Walaupun menghadapi masalah kewangan, mereka tetap mencari jalan untuk membenarkan Fahmi menyertai kelas itu. Malangnya, Fahmi menghadapi pelbagai masalah di sana.

  11. Author: Fatiqa Oky

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3552 KB, 34 p. : col. ill.

    Sudah berkali-kali Dayang Fatihah memujuk ayahnya supaya membenarkannya menemani ayahnya ke hutan. Dia ingin sekali melihat kerja-kerja membalak yang dilakukan ayahnya dan rakan-rakan sekerjanya. Ayahnya pula sangat keberatan kerana takut anaknya itu ditimpa bahaya.

  12. Author: Nur Zalida

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3017 KB, 34 p. : col. ill.

    Bapa Dayang Fatihah, Pak Joned, adalah seorang pekerja balak. Pada suatu hari, Dayang Fatihah telah mengikut bapanya ke hutan untuk melihat kerja membalak di hutan. Mereka perlu menaiki perahu untuk sampai ke situ. Dalam perjalanan ke sana, dia telah ternampak seekor buaya.

  13. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5053 KB, 92 p. : col. ill.

    Azizi tidak pernah menyangka bahawa dia akan menjadi saksi tunggal kepada suatu pembunuhan yang kejam. Tanpa dia sedari, salah seorang daripada pembunuh itu telah mengecam wajah Azizi. Mangsa yang terbunuh itu pula sempat memberitahu Azizi suatu maklumat aneh yang tidak dapat difahaminya.

  14. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5842 KB, 112 p. : col. ill.

    Selepas sedar daripada koma selama dua tahun, Johan mendapati dirinya bagaikan terkurung di dalam tubuh seorang lelaki yang amat asing. Johan tidak mampu mengingati sesiapa, namun hatinya sentiasa berasa tidak tenteram sebaik sahaja dia balik ke rumahnya semula.

  15. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2652 KB, 44 p. : col. ill.

    Akibat suka makan ais krim dan gula-gula, gigi Karim Ketot mula sakit. Dia tidak mahu memberitahu ibu bapanya kerana tidak mahu dihantar ke doktor gigi. Lalu dia meminta bantuan Goh Gedempol untuk mencabut giginya itu.

  16. Author: Arif Salleh

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 2421 KB, 32 p. : col. ill.

    Sudah puas Razak menasihati Majid dan Zahid yang sedang mandi di lombong. Dia teringat kata-kata Cikgu Kadir bahawa lombong itu berbahaya. Sudah banyak orang yang mati lemas di lombong itu. Majid dan Zahid tidak mempedulikan nasihat Razak. Mereka terus mandi di lombong sehingga berlakunya peristiwa cemas.

  17. Author: Karisma Arshad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 34843 KB, 34 p. : col. ill.

    Miko adalah seekor anak memerang yang rajin dan suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Pak Monti, jiran Miko amat suka akan sifat yang dimiliki Miko. Malangnya, anak-anak Pak Monti tidak bersifat sebegitu. Sebaliknya, mereka amat malas dan suka bermain sahaja.

  18. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5455 KB, 100 p. : col. ill.

    Buku ini mengisahkan tentang seorang 'aku' yang tidak mempunyai teman. Akibat sikap malu, 'aku' mula menyisihkan diri daripada orang lain. 'Aku' sudah menggunakan beberapa teknik untuk menghakiskan perasaan malu itu, tetapi tekniknya tak pernah berkesan.

  19. Author: Nur Azwani Zulkurnain

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 643 KB, 99 p. : ill.

    Siri Sejambak Cerpen Bestari ini merupakan sebuah siri antologi cerpen kontemporari yang diterbitkan khusus untuk murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah rendah. Naskah ini mengandungi sepuluh cerpen yang merangkumi pelbagai tema yang menarik seperti kasih sayang, unsur kemanusiaan, alam sekitar, agama, kritikan sosial dan budaya.

  20. Author: Wan Nor Saedah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 9343 KB, 76 p. : col. ill.

    Shalin dan Siti bercadang untuk mengikut Pak Daling, sahabat Pak Andak pulang ke kampungnya. Pak Daling merupakan seorang pengusaha calet di Taman Negara. Semasa separuh jalan ke sana, Shalin dan Siti telah berpatah balik.

  21. Author: Fauziah Wan Jaafar

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 16439 KB, 19 p. ill.

    Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi yang menarik pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.

  22. Author: Jamilah Hj. Bujang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 22310 KB, 50 p. : ill.

    Haqem adalah anak yatim piatu yang tinggal bersama neneknya di kampung. Dia mempunyai seorang sepupu yang agak rapat dengannya bernama Naim. Haqem adalah murid yang cerdik manakala Naim pula agak lemah pencapaiannya dalam pelajaran.

  23. Author:

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 3897 KB, 18 p. : col. ill.

    Ubaidullah adalah seorang pemuda kampung yang sangat berpegang kepada agama Islam. Untuk menambahkan ilmunya, dia telah mengambil keputusan untuk pergi merantau. Setelah merantau ke beberapa tempat, Ubaidullah akhirnya terjumpa dengan seorang alim yang tua bernama Abdul Hakim.

  24. Author: Sidang Pengarang

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 28953 KB, 73 p. ill.

    Apa yang kamu lihat tadi bukan manusia! Kenyatan Goka tadi masih terngiang-ngiang di kepalanya. Daniel mencapai bantalnya yang satu lagi. Ditekannya bantal itu, untuk menutup telinga dan kepalanya, agar suara itu tidak mengganggunya lagi.

  25. Author: K. H. Firdaus A. N.

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 132079 KB, 255 p.

    Menceritakan detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah SAW.

  26. Author: Arif Salleh

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1753 KB, 35 p. : col. ill.

    Dahamin dan Subramaniam tidak mematuhi undang-undang sekolah. Dalam diam-diam, mereka menghisap rokok di dalam bilik air sekolah semasa waktu rehat. Perbuatan mereka itu telah dilihat oleh ketua kelas mereka yang bernama Amran.

  27. Author: Siti Ida Alias

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 14019 KB, 32 p.

    Siri ini menyediakan bahan bacaan berunsur kreatif tentang pementasan teater atau drama pentas untuk kanak-kanak. Lapan cerita yang dipaparkan merangkumi pelbagai tema seperti tema fantasi, realiti, kemasyarakatan, haiwan dan sebagainya.

  28. Author: Lee Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 37457 KB, 16 p.ill

    Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran.

  29. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 44.33 MB, 20 p. :ill. col.

    Siri membaca peringkat 3 ini adalah bagi pembaca yang baik. Cerita mengisahkan seorang pari-pari bernama Dewi yang boleh bercakap dengan binatang dan pokok-pokok.

  30. Author: Aishah

    Publisher: DB United | Audience: Adult | PDF icon 21549 KB, 71 p. :ill. col.

    Gubahan untuk mas kahwin dan lain-lain gubahan hantaran untuk hari perkahwinan.

  31. Author: Anizah Mohd. Said

    Publisher: DB United | Audience: Young people | PDF icon 889 KB, 128 p.

    Cerpen yang ditulis memaparkan plot cerita yang menarik, gaya bahasa yang ringkas serta suasana penceritaan yang dekat dengan diri pembaca.

  32. Author: Ishak Hamzah

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 4734 KB, 21 p. ill.

    Siri peribahasa emas karisma adalah bahan bacaan murid-murid sekolah rendah. Cerita dan Ilustrasinya menarik. Ia dapat menguji minda murid-murid dengan soalan-soalan yang disediakan.

  33. Author: Karim Sayed

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 33664 KB, 28 p. ill.

    Siri ini ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Cerita yang disampaikan mempunyai unsur-unsur moral yang boleh dijadikan panduan dan teladan kepada murid-murid. Melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami dan ilustrasi pastinya dapat menarik minat murid-murid membaca kesemua buku dalam siri ini.

  34. Author: Lee Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 19592 KB, 16 p.ill

    Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran

  35. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 26.20 MB, 20 p. :ill. col.

    Siri mari membaca perigkat 1 kali ini memperkenalkan pebendaharaan kata nama benda yang ada di dalam rumah dan sekolah.

  36. Author: Nur Najiha

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 30950 KB, 24 p.

    Siri Bahasa Arab ditulis sebagai bahan bacaan tambahan bagi memahirkan sebutan dan bacaan dalam bahasa Arab. Sasaran adalah kanak-kanak di sekolah rendah untuk membantu pembelajaran mereka.

  37. Author: Tuan Mohd Fadlan Tuan Jaafar Arbaeyah Hassan

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 8922 KB, 16 p.

    Bagusnya Along dapat pergi ke pasar bersama-sama dengan ibunya! Apa yang berlaku di sana?

  38. Author: Nur Najiha

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 33377 KB, 24 p.

    Siri Bahasa Arab ditulis sebagai bahan bacaan tambahan bagi memahirkan sebutan dan bacaan dalam bahasa Arab. Sasaran adalah kanak-kanak di sekolah rendah untuk membantu pembelajaran mereka.

  39. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5.87 MB, 56 p. :ill.

    Aini menghadapi pelbagai masalah semasa menyertai pertandingan bercerita. Akibatnya, Aini hilang tumpuan dan kalah dalam pertandingan itu. Kekalahan itu menyebabkan Aini diejek oleh murid-murid sekolahnya. Dia juga dikutuk kerana gagal mengharumkan nama sekolah yang selama ini tidak pernah kalah dalam apa-apa pertandingan. Aini berasa amat sedih namun dia terus mendapat sokongan dari keluarganya. Berjayakah Aini membaiki kelemahannya?

  40. Author: Hazli Mat Saat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 7555 KB, 114 p. : ill.

    Kepulangan Kok Meng dan sahabat baiknya, Azizul disambut dengan berita penyeludupan dadah di sebuah kilang ikan baru. Pada suatu hari, satu kemalangan yang telah berlaku membawa kepada penemuan yang mengejutkan.

  41. Author: A. Ghani Abdullah (Abdul Ghani Abdullah)

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 20160 KB, 22 p. ill.

    Buku ini merupakan bacaan tambahan yang sesuai untuk murid-murid Tahap 1 sekolah rendah.

  42. Author: Tomi Jefri

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5179 KB, 92 p. : col. ill.

    Hamdi mempunyai cita-cita yang sangat besar. Ayahnya juga turut meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya kerana dia merupakan anak sulung. Impiannya itu tercapai apabila permohonan Hamdi untuk melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur diterima.

  43. Author: Nur Najiha

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 27212 KB, 24 p.

    Siri Bahasa Arab ditulis sebagai bahan bacaan tambahan bagi memahirkan sebutan dan bacaan dalam bahasa Arab. Sasaran adalah kanak-kanak di sekolah rendah untuk membantu pembelajaran mereka.

  44. Author: M. Saleh Mahyat

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 1102 KB, 48 p. ill

  45. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 119 p. :ill.

  46. Author: Nur Najiha

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 35911 KB, 24 p.

    Siri Bahasa Arab ditulis sebagai bahan bacaan tambahan bagi memahirkan sebutan dan bacaan dalam bahasa Arab. Sasaran adalah kanak-kanak di sekolah rendah untuk membantu pembelajaran mereka.

  47. Author: Lee, Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 26.20 MB, 20 p. :ill. col.

    Memperkenalkan kanak-kanak benda-benda yang berada di taman permainan.

  48. Author: Lee Guat Eam

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 19455 KB, 16 p.ill

    Mengandungi 3 peringkat cerita direka supaya kanak-kanak sedar akan dunia bacaan. Kandungan cerita dalam buku ini mudah difahami dan boleh menarik minat pembaca muda ke dunia kanak-kanak. Struktur ayat tersusun memudahkan pembelajaran.

  49. Author: Nur Zafiera

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5761 KB, 82 p.

    Zamri koma selepas mengalami kejutan elektrik di rumahnya. Setelah sedar, dia mendapati dirinya berubah dan ibu bapa adalah lebih tua daripada yang dia tahu. Betul Zamri berada dalam keadaan koma selama dua puluh tahun? Jika ya, apakah perkara misteri lain terjadi tanpa pengetahuannya selama ini?

  50. Author: Hakimi Muhammad

    Publisher: DB United | Audience: Children | PDF icon 5.73 MB, 118 p. :ill.

F: 216AND73AND216AND200;

R: 100AND121AND102AND183;

0
False
False
https