Buku ini meninjau khusus tentang perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Melayu Melaka sebagaimana yang dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu. Sebelum meneroka persoalan yang berkenaan, terlebih dahulu akan ditelusuri perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Palembang-Jambi dan Singapura Tua yang menjadi punca kekeluargaan Raja-raja Melayu Melaka. Sama ada disedari ataupun tidak, perkahwinan Raja-raja ketiga-tiga buah kerajaan itu berlaku dalam bentuk atau pola tertentu.