27 record(s) found
Selected by NLB librarians and endorsed by a selection committee chaired by Professor Edwin Thumboo, 82 poems, SIngaPoetry: An Anthology of Singapore Poems features 82 poems that highlight the experiences, places, observations and pivotal moments in the daily lives of Singaporeans. Visit <a href="http://www.nlb.gov.sg/readsingapore" title="ReadSingapore website" target="_blank">www.nlb.gov.sg/readsingapore</a> for the audio version of the anthology.
Selected by the Youth Book Selection Committee, the stories reflect the social values such as being grateful, of giving and having love in our lives. Having showcased tales from other parts of the Asian continent in the previous 2 years’ publications, 2014 sees us featuring stories from East Asia. The first story, Kaza Jizo, tells of the delight and timelessness of unconditional giving. The second story, The Ungrateful Tiger, is a Korean folktale that teaches us the dire consequences of greed and ingratitude. Finally, The Weaving Maid and the Cowherd is a tale of enduring love from China.
Cekal-Tekal-Mekar: Karya Sepanjang Zaman merupakan sebuah antologi yang mengandungi 20 cerpen dan dua sajak hasil karya penulis tempatan dan dari luar negeri.nKoleksi unik ini diterbitkan untuk meraikan ulangtahun kempen Baca! Singapura anjuran Lembaga Perpustakaan Negara yang ke-10, dengan menyatukan cerpen-cerpen yang pernah diterbitkan dalam antologi-antologi Baca! Singapura yang lepas. Cerpen-cerpen dalam Bahasa Melayu, berserta terjemahan cerpen yang asalnya ditulis dalam Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil dimuatkan untuk meraikan kepelbagaian bahasa dan budaya kita. Cekal-Tekal-Mekar adalah sebuah antologi yang memperingatkan kita akan kuasa dan daya ketahanan penulisan bermutu – mari bersama-sama meraih ilham dari Karya Sepanjang Zaman.
Penduduk Kampung Taman Tiga Warna tergempar melihat kehadiran seekor gajah putih di tengah perkarangan masjid. Semua penduduk kampung cuba menentukan nasib gajah yang penuh misteri.
Setelah mengharungi tentangan hebat kerana mengahwini lelaki yang berlainan agama dan bangsa, pencerita ditinggalkan suaminya dan terpaksa membesarkan anaknya yang kurang upaya.
Angah berkecil hati kerana merasakan bahawa adat pepatih yang diamalkan oleh orang-orang Negeri Sembilan tidak menyebelahinya. Anak perempuannya pula mendesaknya untuk mengajar cara-cara menyediakan lemang, membuatkan Angah sedar akan pentingnya adat tradisi dan talian kekeluargaan.
Penulis terkenangkan kehidupan arwah ibunya semasa beliau melihat bahawa gelang jed yang ditanam bersama arwah ibunya masih utuh dan tidak luput sinarannya.
Setelah kematian ayahnya yang mendadak, Jamilah terjumpa sebuah kamera video yang baru dibeli ayahnya untuk dibawa semasa menunaikan haji bersama isterinya Maimon. Sedang pasangan ibu dan anak diulit kesedihan, kamera video ini menjadi alat bagi mereka mencari ketenangan.
Jack seorang anak kacukan Cina-Amerika. Mainan kesayangannya sewaktu kecil adalah sebuah set haiwan origami yang dibuat ibunya. Semakin hubungan dengan ibunya renggang, ciptaan ibunya juga diketepikan. Suatu hari, mereka muncul kembali dengan sepotong pesanan peninggalan ibunya.
Disebabkan sengatan lebah yang berbisa, pencerita mengalami insomnia semalaman. Kerana terdesak, dia merayu kepada langit untuk bantuan, lalu dia menyedari keindahan kegelapan malam.
Seorang anak perempuan kecil, Janani, berupaya berfikir dengan cara tersendiri. Sekolahnya pula menasihatkan agar Janani tidak mencabar kaedah pengajaran, dan mengikuti setiap apa yang diajar.
Penulis terfikirkan masa silam yang diharungi nenek moyang dan ibu bapanya, sedang dia terjumpa dua buah peti kayu yang diwarisi dari nenek moyangnya.
Apabila Nalini hanya mampu mendapatkan sebelanga air untuk hari itu, dia bimbang akan leteran ibu mentuanya. Sedang dia sibuk menyelesaikan masalahnya, tidak ramai yang sedia membantu.
Seorang mahasiswi bermuhasabah diri semasa mengenangkan sejarah dan nasib kaumnya. Dalam lamunannya, dia bertemu beberapa tokoh-tokoh sejarah Melayu.
Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, pencerita cuba untuk memuaskan hati ibu dan isterinya. Dia mula menyedari erti sebenar ikatan seorang ibu dan anak selepas menyaksikan kelahiran anaknya sendiri.
Cerita ini tentang seekor singa lapar yang sangat malas, yang telah ditipu oleh haiwan-haiwan lain ketika memburu makanan.
Cerita rakyat Vietnam ini mengisarkan seorang petani yang bijak dan seekor harimau yang bongkak namun mengidamkan kebijaksanaan. Harimau diberi ajaran, lantas mendapat jalur-jalurnya.
Kerbau tidak mahu dianggap sebagai pengecut, lantas dia menyahut cabaran Kura-kura untuk berlumba merentasi tujuh bukit!
Perasaan yang begitu mengganggu: Ada kalanya aku tidak sabar untuk kamu membesar, dan membawa kamu ke laut, di mana kamu akan menemui berbagai keajaiban di lautan biru, agar kamu dapat memahami mengapa kapal-kapal selalu belayar ke arah air yang berombak, dan mengapa layar terbentang apabila ditiup angin, membawa kita ke hadapan. Tetapi aku juga merasakan bahawa jika masa dapat dihentikan, aku lebih suka jika kamu tidak pernah menghadapi badai atau mengalami ujian-ujian dan cubaan-cubaan hidup.
Kisah yang menyayat hati mengenai seorang gadis yang bernama Sakinah, yang cuba melepaskan ibunya dari belenggu kemurungan setelah pemergian ayahnya ke Rahmatullah. Berbekalkan sekuntum sajak dan sebuah lukisan, untuk si Ibu sebagai penawar.