361 record(s) found
Kisah mengenai Nadira, seorang party planner yang bertungkus-lumus memuaskan hati pelanggan dan menjalankan tugasnya sebagai ibu tunggal, membesarkan anak perempuan berumur 8 tahun, Ensha Hani. Suaminya, Dr. Imran meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya semasa melibatkan diri dalam kerja amal di Acheh.Dalam menjalankan tugas sebagai party planner, Dira bertemu Nadim Syah, anak seorang kongolemerat. Nadim Syah seorang lelaki bujang berusia lewat 30an dan menerima tekanan daripada ibunya untuk mencari pasangan hidup. Puan Seri Suhaida adalah seorang wanita yang sangat menjaga status dan mahukan menantu hanya daripada khalayak mereka. Nadim cuba mengejar cinta Nadira yang cuba mengelak kerana masih sayangkan arwah suaminya. Puan Seri Suhaida sangat bimbang tentang pemilihan Nadim dan telah memberi amaran pada Nadira untuk tidak bermain cinta. Pertelingkahan Nadim dan ibunya membuatkan Nadira mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur dan memulakan hidup baru di Miri. Namun itu tidak menyekat Nadim untuk terus memburu Nadira.
Nabi bertanya,"Adakah kamu melihatnya"Aisyah menjawab,"Saya hanya melihat belakangnya sahaja" Nabi berkata,"Kamu masuk syurga kerana memandangnya" Hidupnya tidak dikenali oleh sesiapa tetapi seluruh penghuni langit mengenalinya. Siapakah dia? Mengapa seluruh penghuni langit mengenalinya? Apakah yang sudah dia lakukan? Buku ini menghimpunkan 31 kisah teladan untuk Young Islamika. Buku-buku lain dalam siri ini: . Bahtera Nabi Nuh . Hadiah untuk Sufiah . Usaha Burung Pipit . Insaf Kerana Katak . Pengemis Sungai Tigris.
“Alhamdulillah, Umpan kita mengena!†kata Zunnun dengan gembira. Pada masa Zunnun meletakkan ikan ke lantai perahu, anak gadisnya memerhati tanpa berkelip-kelip mata-mata.Tanpa berfikir panjang, anak gadis Zunnun segera mencapai ikan itu dan men campakkannya semula ke dalam laut. Zunnun melihat dengan wajah terpinga-pinga. Mengapa anak gadis Zunnun mencampakkan ikan itu ke laut? Apakah yang berlaku kepada keluarga mereka selepas peristiwa itu? Pastinya ada peristiwa menarik yang berlaku sehingga anak gadis Zunnun sanggup mencampakkan semula satu-satunya ikan yang ditangkap oleh ayahnya itu. Buku ini menghimpunkan 31 Kisah Teladan untuk Young Islamika. Buku-buku lain dalam siri ini: Bahtera Nabi Nuh Hadiah untuk Sufiah Usaha Burung Pipit Insaf kerana Katak Pengemis Sungai Tigris Penghuni Langit Ketujuh Perisik Kota Saba' Di Manakah Tuhan Cincin Delima Raja Ikan Nun dan Surat Tuhan.
Buku ini ringan tapi berisi. Lucu tapi penuh ilmu. Setelah sukses dengan 33 Pesan Nabi Volume 1 dan 2, vbi djenggotten kembali mempersembahkan karya terbaiknya. Komik ini ditulis dengan sangat serius. Isinya pun sangat mendalam, tapi gaya tuturnya tak kalah ringan dari dua buku sebelumnya.Melalui komik yang lucu ini, vbi djenggotten menyampaikan pesan pesan damai, melawan anggapan umum tentang Islam yang katanya kuno dan penuh kekerasan.Buka halaman pertama, bersiaplah tersenyum dan tertawa, petik hikmah dari setiap goresannya.
Abu Zhar Al Ghifari adalah antara sahabat yang terawal menyahut seruan Nabi Muhammad SAW. Beliau dikenali dengan pengetahuan yang tinggi, dan pegangan nilainya yang tidak boleh ditawar ganti.
Ikuti kisah Adam yang nakal dan lucu.
Pelajar senior itu hilang sabar. Lantas Lee ditamparnya. Adam menyangka yang Lee tentu menangis. Rupa-rupanya tidak malah dia membalas 'serangan' senior itu dengan menendang kakinya.
Saya menulis untuk anda. Masimo dan Maria Grazia adalah pasangan di dalam kehidupan sebenar dan juga sastera. Mereka gemar menulis cerita fiksyen untuk semua peringkat umur. Ilham ini lahir apabila idea untuk mengabadikan cerita yang direka buat anak-anak mereka menjadi sebuah buku. PUBLISHER: TEKTIME.
Seorang lelaki kaya bernama Sheikh Majnun al-Jerunga mahu mengahwinkan tiga orang anak gadisnya. Dua orang anaknya, Sahuruhara dan Sakurakura bersetuju dan tidak sabar berkahwin. Manakala seorang lagi anaknya, Mergastura menolak dengan alasan berkahwin dengan orang kaya yang sombong seperti ayahnya itu tidak menjamin kebahagiaan. Sheikh Majnun al-Jerunga telah membuat tender terbuka dengan mengiklankan di surat khabar untuk mencari calon-calon suami yang sesuai untuk Sahuruhara dan Sakurakura. Setiap calon yang berminat di kehendaki menghantar borang tender bersama proposal projek-projek yang besar.Akhirnya Murrahan dan Sifar berjaya berkahwin dengan Sahuruhara dan Sakurakura. Pada mulanya mereka hidup gembira dengan harta isteri masing-masing. Murrahan dan Sifar juga menggunakan harta isteri mereka untuk berhibur di luar. Mereka memperdaya Sahuruhara dan Sakurakura dengan alasan mereka sedang sibuk menguruskan projek masing-masing. Mergastura pula dikahwinkan oleh Sheikh Majnun dengan Sediakawal, seorang penggembala burung unta yang miskin dan kebetulan tinggal di kampung yang sama dengan Murrahan dan Sifar. Satu hari Sediakawal melihat seekor burung untanya sudah memasuki gua. Ketakutan Sediakawal bertukar menjadi kegembiraan kerana dia mendapat dokumen penyerahan 100% saham syarikat al-Kebab International oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya. Tablit & Co, syarikat guaman yang menjalankan amanah sahaja. Selepas menjadi kaya, Sediakawal memberi hadiah pada hari jadi Sheikh Majnun dengan anugerah pegangan saham al-Kebab International sebanyak 0.001%, dalam bentuk tajaan makanan. Pakej tajaan itu mengandungi hidangan makan 5 kali sehari dengan satu hidangan makan mempunyai 10 biji kebab, untuk seumur hidup Sheikh Majnun.
Aina Syuhada dan Aini Syahida, kembar tidak seiras, baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dalam banyak segi, mereka punya karakter yang bertentangan. Mereka anak sulung dan mempunyai tiga orang adik, Adam Malik, Azim Ali dan Aida Syifa. Ibu bapa mereka, Encik Aris (seorang kontraktor) dan Puan Siti Hajar (pegawai kerajaan). Keluarga Aina Aini memiliki tiga lot rumah sewa yang dibina berdekatan kediaman mereka. Rumah di sebelah kiri didiami empat orang pelajar lelaki (Sepet, Tak, Shahir dan Bazli). Rumah di sebelah kanan didiami oleh empat orang pelajar perempuan (Tiz, Nora, Balqish dan Salwa). Sementara rumah di belakang didiami oleh sepasang suami isteri (Hafsham dan Lara). Keluarga ini mempunyai hubungan yang akrab dengan anak-anak muda yang menyewa di rumah mereka. Dalam banyak keadaan mereka memang mencontohi akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh jiran-jiran muda ini.Aina jatuh minat pada seorang pemuda yang baru pindah ke rumah sewa di sebelah kiri. Namanya Abang Tak. Aina meminati Tak kerana Tak seiras Taqi, seorang penyanyi produk Akademi Bintang yang pernah popular tiga musim yang lalu. Aini selalu mempersendakan kembarnya itu. Aina menyedari taktik Aini dan mereka mula bersaing untuk mencuri perhatian anak muda itu. Suatu majlis jamuan diadakan di masjid di kariah mereka dan keluarga mereka terbabit secara langsung. Aina menguruskan perpustakaan yang baru dibuka di masjid selain memperkenalkan bisnes sewa beli novel. Petang itu usai program di masjid, kembar ini berjalan pulang melalui laluan pintas. Dalam perjalanan pulang, mereka bertengkar kerana Tak. Tetapi pertengkaran mereka terhenti apabila terdengar bunyi aneh; bunyi seperti tangisan. Aina berkeras untuk menyiasat. Dia mengikut arah bunyi itu yang membawa mereka ke sebuah pondok. Dan di pondok itu, mereka temui seorang bayi. Kediaman mereka kecoh dengan penemuan bayi di pondok buruk itu. Kecoh mereka berganda keesokan harinya ketika Aina cuba mendapatkan bantuan daripada gadis-gadis jiran sebelah. Tiz yang jadi rujukannya tiada di rumah, sebaliknya, ada seorang rakan gadis bernama Tasha, yang menumpang tidur di sana. Tasha pengsan di rumah itu, lalu dibawa ke hospital. Mereka juga membuat laporaan polis mengenai penemuan bayi berkenaan. Doktor mendapati Tasha sakit kerana komplikasi selepas melahirkan anak. Penemuan bayi dan kes Tasha agak berturutan, lalu hospital membuat andaian bahawa Tasha mungkin ibu kepada bayi berkenaan. Encik Aris, Puan Siti Hajar, Tok Ketua dan Pak Imam terpaksa menyiasat dengan menyoal jiran-jiran perempuan mereka; Nora dan Tiz.
Bosannya bercuti panjang sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM! Kembar tidak seiras, Aina Syuhada dan Aini Syahida menghabiskan masa lebih seminggu di kediaman ibu saudara mereka di Kuala Lumpur. Sepupu mereka, Emelia adalah seorang model majalah. Semasa menyibuk menemani Emelia menjalani penggambaran fesyen di sebuah majalah, tanpa disangka-sangka mereka ditawarkan peluang mencuba bakat sebagai model. Terkejutnya! Namun, apa salahnya mereka mencuba? Keistimewaan mereka menarik perhatian pihak tertentu. Akhirnya, Aina Syuhada dan Aini Syahida ditawarkan peluang muncul pada lembaran majalah. Tidak disangka, tidak pernah termimpi akan ditawarkan peluang ini! Sekali-sekala ke ibu kota, dapat juga pengalaman baru. Dapat berkenalan juga dengan teman baru. Namun, ada insiden yang tidak disangka-sangka berlaku. Berlaku kemalangan yang tidak kurang mencemaskan. Apa yang sebenarnya berlaku kepada Aina Syuhada dan Aini Syahida? Jawapannya dalam Aina Aini : Model Terhangat!.
BLURB AIRIL vs MAIRAKerana dirimu seindah pelangi Tuhan,Dalam lebat hujan rela ku tunggu kau datang.Kerana cicak dan katak, Airil dan Maira menjadi musuh ketat yang sangat hebat. Hidup Airil tidak pernah aman dengan kehadiran Maira. Sehinggalah gadis gangster itu menjadikan dirinya tunang secara paksa. Sampai satu saat, Airil terpaksa mengaku yang dia juga turut sama mencintai Maira. Segalanya nampak indah sehinggalah menghampiri tarikh dua minggu perkahwinan mereka. Maira hilang dalam satu kisah yang sangat tragis." Mairaaa." Dijerit nama tunangnya sekuat hati dalam tangisan yang menggila." Sabar Ril." Zack peluk tubuh itu. Bersama air matanya yang juga lebat. Sekejap kemudian, Airil terkulai dalam pelukannnya. Lelaki itu pengsan.Dengan izin Tuhan, mereka diberi peluang kedua. Cinta kembali bersatu. Namun segalanya tak mudah dan tidak semuanya indah. Apa yang ditinggalkan, kembali mengejar tanpa mereka rela dan sedar. Berdepan dengan realiti, pahitnya melebihi fantasi. Kerana dendam, mereka mula dikejami. Kerana cinta, mereka berusaha menjahit luka yang terkoyak. Mampukah mereka cantum kembali sisa-sisa kasih yang dicarik?AIRIL VS MAIRA: Apa yang mereka perjuangkan...hanya yang mengerti mampu memahami. Dan...hanya yang memahami mampu merungkaikan segala persoalan.
Aril budak Felda yang bercita-cita menjadi penyanyi. Ibunya pula mahu dia bergelar bilal. Apa pilihan Aril?.
Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang... semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini? Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak! Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat. Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.
Nia Deliya dan Dennis Lee bersahabat baik. Disebabkan suatu insiden, timbul salah faham antara mereka hingga merenggangkan perhubungan mereka. Selepas bertahun-tahun terpisah, mereka dipertemukan semula. Mereka tidak lagi seperti dahulu. Mereka seperti orang asing di mata orang lain dan masing-masing tidak pernah menyatakan kepada sesiapa yang mereka saling mengenali suatu ketika dahulu.
Kata Puteri Rania, coklat itu menggemukkan! Nasihat Khadijah, kalau mahu badan cantik jangan makan coklat.Tapi bagi Zaza, bukankah coklat itu lambang cinta! Coklat itu ubat untuk awet muda. Sang jejaka idaman, Si Fariz hadir di kolej menjadi jejaka pujaan ramai. Zaza jatuh cinta! Sanggupkah Zaza makan hanya dua sudu nasi dan mengunyah tomato atau epal setiap hari semata-mata untuk Fariz? Bukankah selama ini Zaza makan coklat hingga lima kali sendawa! Hatinya mahu coklat! Tapi jiwanya mahu memiliki Fariz. Maliz dan Asyikin, racun dalam hidup Zaza, tiba-tiba merancang sesuatu. Hidup Zaza bagai di neraka seketika. Siapa menang dalam pertarungan merebut perhatian Fariz? Apa terjadi apabila Zaza terbaca komen dan catatan di blog ibu Fariz, Puan Faridah? Antara coklat dan Fariz, yang mana raja di hati Zaza?.
Sindrom resdung dan sinus menyerang Zaza kali ini. Gadis manis ini asyik hacummm sana... hacummmm sini! Hidungnya bengkak macam buah strawberi. Pipinya bertaburan dengan bintik-bintik merah bagai ada buah ceri masak di ladang! Zaza berazam mahu menjadi lebih rajin dan pembersih. Dia tidak boleh terkena habuk ataupun debu di rumah. Pun begitu, semuanya menjadi huru-hara apabila Zaza punya rakan sebilik yang baru. Entah mengapa, rakan sebiliknya itu benar-benar mencabar kesabaran Zaza dan teman yang lain. Dia adalah Diba yang juga digelar Diva atau Drama Queen. Betulkah Diba @ Diva @ Gadis Drama Queen ini pelajar pintar dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat? Kalau benar, mengapa dia tercampak pula di kolej Zaza? Mengapa dia suka bercakap besar tetapi di dalam beg mahalnya yang terkoyak di tengah jalan itu ada terselit alat penekan daging burger? Ayuh, selongkar kisah Zaza dan teman-temannya kali ini dalam Aku, Dia & Drama Queen.
Mengisahkan Aliya yang terpaksa bekerja kerana tidak mampu menyambung pelajaran. Aliya bekerja di kafe Makan Sampai Kenyang. Dia berkenalan dengan Amir, pelanggan tetap yang suka minum espresso yang dibuat oleh Aliya. Secara rahsia Amir membantu Aliya dengan membiayai kos untuk Aliya sambung belajar di kolej terkemuka. Di kolej itu, Aliya terpaksa berhadapan dengan Qalel yang dingin dan suka membulinya. Namun, hakikatnya, Qalel menyukai Aliya.
Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi cinderella yang sentiasa punya pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan. Namun, Lisa tahu itu mustahil. Kuasa tuhan mengatasi segala keajaiban di muka bumi. Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujurannya tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia. Di sana sgala-galanya bermula. Hidup Lisa diduga. Dia dihambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'! Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid menggelar Lisa sebagai 'nenek kebayan'? Itulah terjadi apabila gadis yang biasa-biasa sahaja bertemu dengan jejaka luar biasa! Ikutilah cerita menarik ini!.
Angan-angan mahu berjumpa putera raja dikuburkan dalam-dalam. Kali ini Lisa mahu berusaha gigih menjaga penampilan. Dia sedar, hati yang putih suci lebih bermakna sekiranya penampilannya lebih berketerampilan. Bukankah itu impian setiap gadis? Namun Lisa masih dibuli kerana sikap naifnya. Kali ini kehadiran sepupu kepada Farid, Keisya sering mencabar kesabarannya. Seribu satu degaan terpaksa dihadapinya. Perangai Keisya benar-benar seperti watak antagonis dongeng Snow White. Betulkah hanya gadis tinggi lampai dan berkulit seputih salji sahaja yang layak mendapat layanan istimewa di dunia ini? Apakah Farid juga terpengaruh dengan segala cemuhan keisya kepada Lisa? Bagi Lisa, biarlah comot asalkan hati lebih putih daripada salju!.