361 record(s) found
This book consists of 2 stories of Adam's adventure The stories in the the "Siri Adam DI Kota Singa" take children on an adventure with Adam to explore places of interest such as the Esplanade, the Merlion Park, Gardens by the Bay, the Singapore Zoo and the Science Centre Singapore.
Malay children's book. 'I am Thankful' shows how easy it is to be grateful for everything in life, even the little things. From waking up in the morning, to enjoying the warm sun, to going back to sleep and hugging your favorite teddy bear. There is always something to be thankful for. 'Saya Bersyukur' menunjukkan betapa mudahnya untuk berterima kasih atas segala-galanya dalam hidup, walaupun untuk perkara-perkara yang kecil. Dari bangun tidur pada waktu pagi hinggalah menikmati cahaya matahari yang hangat, kemudian kembali masuk tidur dan memeluk anak patung beruang kegemaran anda. Sentiasa ada sesuatu untuk disyukuri.
Dalam buku kanak-kanak ini, anda akan bertemu Amanda, seorang budak perempuan yang perlu belajar banyak perkara tentang rajin berusaha dan cara menjadikan impiannya satu kenyataan. Sertai Amanda dalam perjalanannya yang hebat dan belajar dengannya tentang cara menemui matlamat anda dan menjadikannya satu kenyataan. Anda akan menyaksikan dia menghadapi cabaran tetapi tidak menyerah kalah sepanjang perjalanannya untuk mencapai matlamatnya. "Impian Amanda" ialah sebuah buku motivasi untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Ini ialah buku pertama dalam koleksi cerita motivasi pendek yang boleh membantu anak-anak anda membina kemahiran dan prinsip untuk mencapai kehidupan yang gembira, memuaskan hati dan berjaya.
"Yalah Rara. Cuba kau tengok betul-betul. Kalau termasuk Cikgu Ina, mestilah tiga belas tapi yang ini empat belas," kali ini Amirul pula menyokong pendapat Ain. Rara tekun mengira dan tiba-tiba bulu romanya berdiri. Ada satu entiti yang tidak dikenali betul-betul berdiri di sebelah Rara di dalam gambar itu. "Ahhhh!!! Siapa sebelah aku ni?" jerit Rara lantas berlari mendapatkan Nisa. Nisa pula diam membisu. Suara halus itu masih lagi memanggil-manggil namanya. - KAWAN - "Iman, bangunlah! Pagi-pagi lagi dah tidur. Bangun cepat!" "Eiii, apa ni," reaksi Iman yang tersengguk-sengguk membuatkan hati Azka Aulia panas. Kerusi Iman digegar-gegarnya beberapa kali. Kalau boleh, biar Iman tergolek ke lantai, barulah puas hatinya. - SEBUNGKUS POPIA SIRA - ===== Mesbo Creative Bahasa Melayu Malay.
Dalam buku kanak-kanak ini, Jimmy, si arnab kecil, meneroka musim luruh, musim kegemarannya. Dia suka berada di luar dan bermain dengan daun berwarna-warni. Apabila hujan turun, dia dan keluarganya mencari aktiviti menarik untuk dilakukan di rumah. Mereka menghabiskan hari yang indah bersama-sama, tidak kira cuaca.
Kini masanya untuk tidur, tetapi Alice belum mahu tidur lagi. Ibu menenangkan anak perempuannya dengan menyemak rutin waktu masuk tidur dan mengingatkannya tentang semua perkara menyeronokkan yang telah mereka lakukan bersama-sama malam itu. Ditulis dengan nada yang lembut dan menenangkan, buku ini menunjukkan hubungan yang mesra dan penuh kasih sayang antara Alice dengan ibunya, di samping menyediakan pembaca muda untuk tidur pada waktu malam dengan nyenyak.
Musim sejuk ialah musim yang menyeronokkan dan indah untuk bermain salji, tetapi Jimmy sang arnab kecil belum bersedia untuk menghadapi cuaca sejuk. Sebaik sahaja dia belajar cara untuk mengekalkan kehangatan badannya, akhirnya dia dapat menikmati masa di luar bersama keluarganya.
Dalam buku kanak-kanak ini, kamu akan bertemu seorang kanak-kanak perempuan bernama Amanda yang mempunyai tabiat membazirkan masanya. Sehinggalah suatu hari sesuatu yang ajaib telah berlaku dan Amanda akhirnya sedar bahawa masa ialah perkara paling berharga yang kita miliki – dan apabila masa telah dibazirkan, ia akan hilang selama-lamanya. Untuk mendapatkan semula masanya yang telah hilang, Amanda mengharungi sebuah perjalanan dan belajar cara menggunakan masanya dengan bijak.
Ini merupakan kisah persahabatan yang menyentuh hati antara seekor anjing dengan seorang budak lelaki. Apabila salah seorang daripada mereka memerlukan bantuan, mereka sentiasa ada untuk satu sama lain. Inilah makna persahabatan sebenar.
Apakah itu persahabatan? Sertai tiga orang sahabat baik ketika mereka menyedari makna persahabatan yang sebenar. Mereka memulakan perlumbaan, tetapi memutuskan untuk menghabiskannya bersama-sama, menolong sahabat yang berada dalam kesusahan. Buku ini akan mengajar kanak-kanak kemahiran persahabatan yang positif seperti berkongsi, menyokong dan membantu antara satu sama lain.
Kisah menyentuh hati yang diceritakan oleh murid darjah satu, seorang kanak-kanak perempuan yang menemui cara menceriakan ibunya dan membuat ibunya tersenyum. Tiada yang lebih berharga daripada waktu yang dihabiskan bersama-sama. Kisah kanak-kanak ini mengandungi mesej berganda untuk kanak-kanak dan ibu bapa, mengajar kanak-kanak erti belas kasihan dan kreativiti, di samping mengingatkan ibu bapa kepentingan masa berkualiti dengan anak-anak mereka.
Jimmy sang arnab kecil pada mulanya tidak tahu cara menunggang basikal beroda dua seperti abang-abangnya. Malah, kadang-kala dia diusik disebabkan hal ini. Apabila Ayah menunjukkan Jimmy cara untuk tidak berasa takut mencuba sesuatu yang baharu, itulah saatnya keseronokan bermula. Buku kanak-kanak ini adalah sebahagian daripada koleksi kisah-kisah pendek semasa waktu masuk tidur. Kisah ini paling sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seisi keluarga!.
Jimmy, sang arnab kecil berasa sangat sedih dan gugup. Esok ialah hari pertamanya di tadika, tetapi dia mahu tinggal di rumah dengan ibunya. Sertai Jimmy untuk mengetahui cara kawannya, si beruang teddy membantunya untuk berasa teruja. Buku kanak-kanak ini dapat membantu si kecil anda mengatasi kebimbangan berpisah dengan ibu bapa pada kali pertama, di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan baharu. Akhirnya, Jimmy mengetahui betapa seronoknya suasana di tadika! Kisah ini sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga!.
Jimmy sang arnab dan abang-abangnya suka bermain dan hari ini ialah hari jadi Jimmy, maka dia mempunyai banyak alat permainan.Tetapi, dia tidak ingin berkongsi dan sebab itu, dia mungkin ketinggalan dalam hal berseronok. Mari ketahui apa maknanya berkongsi dan mengapa ia menjadikan perasaan kita lebih indah! Kisah ini paling sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seisi keluarga!.