361 record(s) found
Hikayat Raja Babi ditulis pada 1775 oleh seorang pedagang yang sedang berlayar dari Semarang ke Palembang. Buku yang anda sedang pegang merupakan versi tulisan Rumi yang pertama di dunia.Hikayat berunsur aksi-fantasi-mistik ini menceritakan adventur seorang putera yang telah disumpah untuk lahir sebagai seekor babi. Sifat fizikalnya itu membuat bapanya sendiri jijik dan malu, tapi kepandaiannya berpantun sebaik saja keluar dari perut ibunya membuat semua orang kagum. Biarpun dicampak ke dalam hutan atas nasihat para nujum, putera babi ini diselamatkan dan dibesarkan di istana yang lain. Raja Babi melalui pelbagai cabaran dan berperang dengan pelbagai pihak. Adegan-adegan perang yang melibatkan aksi terbang dan letupan ini sangat ganas dan mirip Dragon Ball.Raja Babi mula dikenali dan disegani di kalangan kawan dan lawan. Tapi adakah sebab dia merupakan seekor babi, dia turut disumpah untuk tidak dapat bercinta?.
IRDIANA ~ "I tak bahagia dengan you. Kalau dengan Arash, I dapat rasa kebahagiaan itu."IDLAN ~ Ekoran sikap buruk Irdiana, dia mengambil kata putus berpisah sementara. Kampung halaman menjadi destinasi tenangkan diri. Terserempak pula bekas tunang yang selama ini tak dipeduli.Timbul keinginan menebus kesilapan lalu. Hati lelakinya pula tak boleh menipu saat cinta berputik. Bekas tunang jadi buruan. Pelbagai cara dibuat bagi menambat hati Ika Alia walau terpaksa bertindak nakal dengan berbohong."Dalam guni tu ada ular sawa. Abang dan ayah tangkap lepas subuh tadi. Ular tu cuba masuk reban ayam. Petang ni abang nak hantar ke Pejabat Perhilitan. Kalau Ika berani, pergilah duduk belakang." Idlan buat muka serius. Hilai tawa pecah dalam perut.IKA ALIA ~ Putus tunang? Dia tak kisah langsung. Jauh sekali nak bersedih. Selama tempoh bertunang, tidak sekalipun Idlan datang menemuinya. Wajahnya pun Ika ingat-ingat lupa. Nak sedih buat apa?Ketika Idlan muncul semula, Ika menyampah apabila Idlan tunjuk muka. Tapi hati perempuannya lembut memberi maaf. Namun, krisis bermula apabila Idlan menuntut hak dirinya sebagai tunang."Pada abang, cincin itu sebagai bukti pertunangan kita belum putus." Itu kata Idlan. Tapi Ika jengkel dengan tuntutan itu. Dulu Idlan tak mahukan dia. Sekarang, terhegeh-hegeh!"Nah, ambil balik cincin tunang. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Sekali Encik Idlan tak nakkan saya, seribu kali saya tak ingin."Ketegasan Ika tak bertahan lama apabila akur dengan perasaan sendiri. Idlan tak bertepuk sebelah tangan. Tapi tak semudah itu dia dapat terima Idlan semula. Ketika ibu Idlan terlantar sakit, keadaan jadi huru-hara. Perasaannya bercampur antara simpati dan cinta.
Buku ini menerangkan bagaimana proses pentaksiran kreativiti saintifik kanak-kanak prasekolah dilaksanakan melalui instrumen Kreativiti Saintifik Bergambar (KSB). Instrumen KSB dibangunkan semata-mata untuk mentaksir dimensi tret iaitu Keaslian, Kelancaran, Penghuraian, Keabstrakan Tajuk, dan Rintangan terhadap Penutupan Pra-matang melalui lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Penulis menunjukkan item-item KSB melalui Borang A dan B bagi memudahkan para pembaca membuat rujukan. Bagi membantu pentaksir membuat persediaan sebelum pentaksiran dan menentukan skor selepas menjalankan pentaksiran, penulis telah mengilhamkan manual arahan dan panduan penskoran dalam bentuk tulisan ringkas, kemas dan padat berserta contoh-contoh lukisan. Buku ini terbit hasil daripada gabungan mantap Model Struktur Kreativiti Saintifik dan Penskoran Torrance. Buku ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada golongan prasiswazah dan pascasiswazah sama ada di Institut Pendidikan Guru dan IPTA/IPTS serta golongan pendidik dan penyelidik yang berminat untuk melaksanakan kajian tentang kreativiti saintifik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.
Malisa bekerja sebagai pembantu Puan Juwita yang mengalami strok. Puan Juwita ialah orang kaya yang diabaikan oleh anak-anak. Hafiz, cucu ke-50 Puan Juwita yang balik bercuti di rumah itu, mula menyimpan perasaan terhadap Malisa dan perasaan itu berbalas. Mereka mula menjadi rapat dan akhirnya telah menjadi pasangan kekasih apabila Malisa sudah berhenti kerja di rumah Puan Juwita dan bekerja di Kuala Lumpur. Tetapi hubungan ini dihalang oleh ibu Hafiz.Ibu Hafiz menawarkan sejumlah wang supaya Malisa meninggalkan Hafiz dan Malisa menggunakan wang itu untuk menyambung pengajiannya. Malisa dan Hafiz bergaduh kerana ini dan mereka berpisah. Tiga tahun kemudian, Malisa kembali ke tanah air dan berjumpa semula dengan Hafiz. Hafiz memujuk Malisa untuk menerimanya kembali.Malisa bekerja sebagai pembantu Puan Juwita yang mengalami strok. Puan Juwita ialah orang kaya yang diabaikan oleh anak-anak. Hafiz, cucu ke-50 Puan Juwita yang balik bercuti di rumah itu, mula menyimpan perasaan terhadap Malisa dan perasaan itu berbalas. Mereka mula menjadi rapat dan akhirnya telah menjadi pasangan kekasih apabila Malisa sudah berhenti kerja di rumah Puan Juwita dan bekerja di Kuala Lumpur. Tetapi hubungan ini dihalang oleh ibu Hafiz.Ibu Hafiz menawarkan sejumlah wang supaya Malisa meninggalkan Hafiz dan Malisa menggunakan wang itu untuk menyambung pengajiannya. Malisa dan Hafiz bergaduh kerana ini dan mereka berpisah. Tiga tahun kemudian, Malisa kembali ke tanah air dan berjumpa semula dengan Hafiz. Hafiz memujuk Malisa untuk menerimanya kembali.
Impian Suria untuk jadi dayang istana tercapai apabila bekerja di Kediaman Aris. Ilham rasa Suria tidak layak bekerja di istana kerana perempuan itu kelam-kabut. Tapi ada sesuatu pada Suria yang buat Ilham tidak jadi marah. Tanpa sedar, matanya sentiasa mengekori langkah Suria.
Cerita ini adalah mengenai seorang gadis yang bernama Yasmeen Dzulkefli yang dipaksa berkahwin oleh keluarganya dengan lelaki yang tidak dikenalinya bernama Muhammad Ariel. Mereka berdua telah pun mempunyai pasangan masing-masing. Ariel sedang bercinta dengan gadis metropolitan yang bernama Nelly manakala Yasmeen pula bercinta dengan Adam Shah. Tetapi atas dasar keluarga, mereka berdua terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat.Masa yang berlalu telah banyak mengubah corak kehidupan mereka berdua dan akhirnya mereka mula jatuh cinta. Keadaan tidak berakhir di situ saja kerana banyak masalah yang timbul daripada orang sekeliling terutamanya kawan sepejabat dan juga Nelly. Mampukah Yasmeen untuk hidup bahagia bersama dengan Ariel?Cerita ini adalah mengenai seorang gadis yang bernama Yasmeen Dzulkefli yang dipaksa berkahwin oleh keluarganya dengan lelaki yang tidak dikenalinya bernama Muhammad Ariel. Mereka berdua telah pun mempunyai pasangan masing-masing. Ariel sedang bercinta dengan gadis metropolitan yang bernama Nelly manakala Yasmeen pula bercinta dengan Adam Shah. Tetapi atas dasar keluarga, mereka berdua terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat.Masa yang berlalu telah banyak mengubah corak kehidupan mereka berdua dan akhirnya mereka mula jatuh cinta. Keadaan tidak berakhir di situ saja kerana banyak masalah yang timbul daripada orang sekeliling terutamanya kawan sepejabat dan juga Nelly. Mampukah Yasmeen untuk hidup bahagia bersama dengan Ariel?.
Malay children's book. 'I am Thankful' shows how easy it is to be grateful for everything in life, even the little things. From waking up in the morning, to enjoying the warm sun, to going back to sleep and hugging your favorite teddy bear. There is always something to be thankful for. 'Saya Bersyukur' menunjukkan betapa mudahnya untuk berterima kasih atas segala-galanya dalam hidup, walaupun untuk perkara-perkara yang kecil. Dari bangun tidur pada waktu pagi hinggalah menikmati cahaya matahari yang hangat, kemudian kembali masuk tidur dan memeluk anak patung beruang kegemaran anda. Sentiasa ada sesuatu untuk disyukuri.
Dalam buku kanak-kanak ini, anda akan bertemu Amanda, seorang budak perempuan yang perlu belajar banyak perkara tentang rajin berusaha dan cara menjadikan impiannya satu kenyataan. Sertai Amanda dalam perjalanannya yang hebat dan belajar dengannya tentang cara menemui matlamat anda dan menjadikannya satu kenyataan. Anda akan menyaksikan dia menghadapi cabaran tetapi tidak menyerah kalah sepanjang perjalanannya untuk mencapai matlamatnya. "Impian Amanda" ialah sebuah buku motivasi untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Ini ialah buku pertama dalam koleksi cerita motivasi pendek yang boleh membantu anak-anak anda membina kemahiran dan prinsip untuk mencapai kehidupan yang gembira, memuaskan hati dan berjaya.
Dalam buku kanak-kanak ini, Jimmy, si arnab kecil, meneroka musim luruh, musim kegemarannya. Dia suka berada di luar dan bermain dengan daun berwarna-warni. Apabila hujan turun, dia dan keluarganya mencari aktiviti menarik untuk dilakukan di rumah. Mereka menghabiskan hari yang indah bersama-sama, tidak kira cuaca.
Kini masanya untuk tidur, tetapi Alice belum mahu tidur lagi. Ibu menenangkan anak perempuannya dengan menyemak rutin waktu masuk tidur dan mengingatkannya tentang semua perkara menyeronokkan yang telah mereka lakukan bersama-sama malam itu. Ditulis dengan nada yang lembut dan menenangkan, buku ini menunjukkan hubungan yang mesra dan penuh kasih sayang antara Alice dengan ibunya, di samping menyediakan pembaca muda untuk tidur pada waktu malam dengan nyenyak.
Musim sejuk ialah musim yang menyeronokkan dan indah untuk bermain salji, tetapi Jimmy sang arnab kecil belum bersedia untuk menghadapi cuaca sejuk. Sebaik sahaja dia belajar cara untuk mengekalkan kehangatan badannya, akhirnya dia dapat menikmati masa di luar bersama keluarganya.
Dalam buku kanak-kanak ini, kamu akan bertemu seorang kanak-kanak perempuan bernama Amanda yang mempunyai tabiat membazirkan masanya. Sehinggalah suatu hari sesuatu yang ajaib telah berlaku dan Amanda akhirnya sedar bahawa masa ialah perkara paling berharga yang kita miliki – dan apabila masa telah dibazirkan, ia akan hilang selama-lamanya. Untuk mendapatkan semula masanya yang telah hilang, Amanda mengharungi sebuah perjalanan dan belajar cara menggunakan masanya dengan bijak.
Kisah menyentuh hati yang diceritakan oleh murid darjah satu, seorang kanak-kanak perempuan yang menemui cara menceriakan ibunya dan membuat ibunya tersenyum. Tiada yang lebih berharga daripada waktu yang dihabiskan bersama-sama. Kisah kanak-kanak ini mengandungi mesej berganda untuk kanak-kanak dan ibu bapa, mengajar kanak-kanak erti belas kasihan dan kreativiti, di samping mengingatkan ibu bapa kepentingan masa berkualiti dengan anak-anak mereka.
Jimmy sang arnab kecil pada mulanya tidak tahu cara menunggang basikal beroda dua seperti abang-abangnya. Malah, kadang-kala dia diusik disebabkan hal ini. Apabila Ayah menunjukkan Jimmy cara untuk tidak berasa takut mencuba sesuatu yang baharu, itulah saatnya keseronokan bermula. Buku kanak-kanak ini adalah sebahagian daripada koleksi kisah-kisah pendek semasa waktu masuk tidur. Kisah ini paling sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seisi keluarga!.
Jimmy, sang arnab kecil berasa sangat sedih dan gugup. Esok ialah hari pertamanya di tadika, tetapi dia mahu tinggal di rumah dengan ibunya. Sertai Jimmy untuk mengetahui cara kawannya, si beruang teddy membantunya untuk berasa teruja. Buku kanak-kanak ini dapat membantu si kecil anda mengatasi kebimbangan berpisah dengan ibu bapa pada kali pertama, di samping membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan baharu. Akhirnya, Jimmy mengetahui betapa seronoknya suasana di tadika! Kisah ini sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga!.
Jimmy sang arnab dan abang-abangnya suka bermain dan hari ini ialah hari jadi Jimmy, maka dia mempunyai banyak alat permainan.Tetapi, dia tidak ingin berkongsi dan sebab itu, dia mungkin ketinggalan dalam hal berseronok. Mari ketahui apa maknanya berkongsi dan mengapa ia menjadikan perasaan kita lebih indah! Kisah ini paling sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak anda semasa waktu masuk tidur dan juga boleh dinikmati oleh seisi keluarga!.
Jimmy sang arnab kecil pergi ke pantai dengan keluarganya. Di situ dia belajar tentang kepentingan menolong orang lain. Apabila istana pasir Jimmy dimusnahkan oleh ombak, mereka bersama-sama membina istana yang lebih besar dan lebih baik. Semua perkara menjadi lebih baik apabila kita tolong-menolong antara satu sama lain.
Jimmy sang arnab kecil ditimpa masalah. Secara tidak sengaja, dia merosakkan bunga kegemaran ibunya. Adakah berbohong akan membantunya? Atau adakah lebih baik bercakap benar dan menyelesaikan masalah dengan cara yang berbeza. Bantulah anak anda untuk belajar menjadi lebih jujur dengan buku kanak-kanak yang menyeronokkan ini.
Jimmy Si Kecil tidak suka memberus gigi. Walaupun ibunya memberi berus gigi baru berwarna oren, warna kegemarannya, dia tidak menggunakannya seperti yang sepatutnya. Tetapi apabila berlaku kejadian pelik dan ajaib kepada Jimmy Si Kecil, dia mula sedar betapa pentingnya memberus gigi. Saya Suka Memberus Gigi ialah cerita yang menyeronokkan, penuh dengan ilustrasi yang pasti menarik perhatian si kecil anda. Jika anak anda mengalami masalah untuk belajar memberus gigi, inilah buku yang patut anda kongsi bersama. Cerita ini sesuai untuk dibaca kepada anak-anak sebelum tidur dan boleh juga dinikmati seisi keluarga.
Buku kanak-kanak ini boleh mendorong kanak-kanak untuk mengambil tanggungjawab dan menjaga kebersihan bilik mereka. Ikuti pembelajaran Jimmy si arnab kecil dan abang-abangnya di dalam buku bergambar ini. Mereka belajar untuk bekerjasama, membersihkan bilik, dan menyusun mainan mereka. Cerita ini sesuai untuk dibaca kepada anak-anak anda sebelum tidur dan boleh juga dinikmati seisi keluarga!.