81 record(s) found
Kisah mengenai Nadira, seorang party planner yang bertungkus-lumus memuaskan hati pelanggan dan menjalankan tugasnya sebagai ibu tunggal, membesarkan anak perempuan berumur 8 tahun, Ensha Hani. Suaminya, Dr. Imran meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya semasa melibatkan diri dalam kerja amal di Acheh.Dalam menjalankan tugas sebagai party planner, Dira bertemu Nadim Syah, anak seorang kongolemerat. Nadim Syah seorang lelaki bujang berusia lewat 30an dan menerima tekanan daripada ibunya untuk mencari pasangan hidup. Puan Seri Suhaida adalah seorang wanita yang sangat menjaga status dan mahukan menantu hanya daripada khalayak mereka. Nadim cuba mengejar cinta Nadira yang cuba mengelak kerana masih sayangkan arwah suaminya. Puan Seri Suhaida sangat bimbang tentang pemilihan Nadim dan telah memberi amaran pada Nadira untuk tidak bermain cinta. Pertelingkahan Nadim dan ibunya membuatkan Nadira mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur dan memulakan hidup baru di Miri. Namun itu tidak menyekat Nadim untuk terus memburu Nadira.
BLURB AIRIL vs MAIRAKerana dirimu seindah pelangi Tuhan,Dalam lebat hujan rela ku tunggu kau datang.Kerana cicak dan katak, Airil dan Maira menjadi musuh ketat yang sangat hebat. Hidup Airil tidak pernah aman dengan kehadiran Maira. Sehinggalah gadis gangster itu menjadikan dirinya tunang secara paksa. Sampai satu saat, Airil terpaksa mengaku yang dia juga turut sama mencintai Maira. Segalanya nampak indah sehinggalah menghampiri tarikh dua minggu perkahwinan mereka. Maira hilang dalam satu kisah yang sangat tragis." Mairaaa." Dijerit nama tunangnya sekuat hati dalam tangisan yang menggila." Sabar Ril." Zack peluk tubuh itu. Bersama air matanya yang juga lebat. Sekejap kemudian, Airil terkulai dalam pelukannnya. Lelaki itu pengsan.Dengan izin Tuhan, mereka diberi peluang kedua. Cinta kembali bersatu. Namun segalanya tak mudah dan tidak semuanya indah. Apa yang ditinggalkan, kembali mengejar tanpa mereka rela dan sedar. Berdepan dengan realiti, pahitnya melebihi fantasi. Kerana dendam, mereka mula dikejami. Kerana cinta, mereka berusaha menjahit luka yang terkoyak. Mampukah mereka cantum kembali sisa-sisa kasih yang dicarik?AIRIL VS MAIRA: Apa yang mereka perjuangkan...hanya yang mengerti mampu memahami. Dan...hanya yang memahami mampu merungkaikan segala persoalan.
Nia Deliya dan Dennis Lee bersahabat baik. Disebabkan suatu insiden, timbul salah faham antara mereka hingga merenggangkan perhubungan mereka. Selepas bertahun-tahun terpisah, mereka dipertemukan semula. Mereka tidak lagi seperti dahulu. Mereka seperti orang asing di mata orang lain dan masing-masing tidak pernah menyatakan kepada sesiapa yang mereka saling mengenali suatu ketika dahulu.
Mengisahkan Aliya yang terpaksa bekerja kerana tidak mampu menyambung pelajaran. Aliya bekerja di kafe Makan Sampai Kenyang. Dia berkenalan dengan Amir, pelanggan tetap yang suka minum espresso yang dibuat oleh Aliya. Secara rahsia Amir membantu Aliya dengan membiayai kos untuk Aliya sambung belajar di kolej terkemuka. Di kolej itu, Aliya terpaksa berhadapan dengan Qalel yang dingin dan suka membulinya. Namun, hakikatnya, Qalel menyukai Aliya.
Cerita ini mengisahkan perjalanan hidup dua insan dalam mencapai cita-cita. Nurul Izzah adalah sarjana lulusan sains marin dari Universiti Malaysia Sabah. Bagaimanapun cita-cita Nurul Izzah terhenti di tengah jalan. Dia terpaksa melupakan hasrat ke Tasmania untuk menyambung pelajaran di peringkat kedoktoran, kerana tiba-tiba ibunya yang berada di Semenanjung jatuh sakit. Demi kasihnya kepada ibunya, apalah yang ada pada sebuah cita-cita? Bagaimanapun Nurul Izzah menyedari kepulangannya ke daerah sendiri ada hikmah. Dia menolong Taqiuddin yang sering gagal dalam pengajian menyelesaikan masalah antara dirinya dan keluarga.
Batrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar."I want you... and I will keep hunting you. Again... and again.""You dah gila!""I mungkin gilakan you. Jaga-jaga. I mungkin buat you jatuh cinta."Sejauh mana dia cuba mengelak, lelaki itu tetap mengejar. Selagi dia tidak jatuh ke dalam dakap Ghazi Zayan, dia pasti jadi buruan!.
Memilih dia merupakan salah terbesar di dalam hidupku. Melupakan dia perkara yang terbaik berlaku untukku. ~ Nurul BalqisMenerima dia bukan perkara yang bijak pernah berlaku. Menghalang dia pergi satu keputusan yang cukup tepat untukku. ~ Adi Zafran "You ingat... you boleh pergi macam tu aje?" Sinis nada dia menyoal."You tak pernah suka I wujud dalam hidup you. Untuk apa you nak halang I sekarang ni?" bentakku bengang."Sekali you melangkah masuk dalam hidup I... jangan ingat you boleh tinggalkan I."Nada yang cukup dominan itu merantai kakiku dari cuba melangkah jauh. Namun tidak semudah itu untuk aku tunduk.Cukup sudah dengan apa yang berlaku. Aku ingin melupakan segalanya. Lupa. Dan teru.
Cerita tentang sepasang insan, Nardine Zahiyyah dan Affan Hakeem yang dipaksa bercerai oleh ibu Affan, Hajah Normah. Perkahwinan itu tidak pernah diketahui oleh orang lain selain daripada mereka bertiga. Affan yang pada ketika itu sedang menuntut di Ireland kembali menyambung pengajiannya tanpa mengetahui bekas isterinya itu sedang mengandung. Nardine Zahiyyah atau dipanggil Ayu oleh keluarganya pula terbang ke Australia dan tidak pernah pulang sehingga tamat pengajian. Affan cuba mencari Ayu di Australia namun tidak berhasil.Sekembalinya mereka ke kampung halaman, Ayu menjauhkan dirinya daripada Affan. Konflik keluarga menjadi penyebab hubungan mereka menemui jalan buntu. Namun Affan tidak pernah jemu berusaha untuk memenangi hati Ayu dan memujuknya agar mereka kembali bersama.
"Selfish. Arrogant. Beast!" Itu kata Nur Atiya. Lelaki yang bergelar suami itu tiada tempat di hatinya. Lagi-lagi bila lelaki itu sendiri langsung tidak melayannya sebagai isteri. "You suka atau tidak... gelaran you tetap takkan berubah." Sinis bicara Mohd Huzer menyentap hati seorang isteri. Isteri yang dianggap seperti boneka. Perhiasan semata-mata. ........Perkahwinan ini tidak sepatutnya berlaku. Tidak patut! Hubungan suci perlu disulam dengan cinta yang mampu membuai rasa. Penuh bicara indah. Itu yang diinginkan setiap gadis. Malangnya buat Nur Atiya bila dirinya berakhir di tangan lelaki yang hanya menganggapnya sebagai boneka. Bukan isteri untuk dikasihi. Di mana silapnya? Dia hanya ingin menganyam cinta bersama kekasih hati. Buka terdera di tangan seorang suami."I hate you!" Biar jeritan itu berkali-kali bergema, lelaki tidak punya hati itu langsung tidak memberi sebarang reaksi. Dianggap ibarat angin lalu. Sakitnya hati!.
Semua orang mahu cerita cinta mereka berakhir dengan penamatan yang indah. Begitulah Jay, dia mahu menjadikan cinta pertama adalah cinta terakhirnya, Arief yang merupakan abang angkatnya. Jay tak tahu apa yang dia rasa itu ialah cinta sehinggalah Arief mahu bertunang dengan Que.Pertunangan itu menyebabkan Kaer, supervisor Jay bertambah sakit hati. Tak dapat untuk menyakitkan hati Arief, Kaer cuba membuli Jay. Jay cuba merungkai masalah Kaer yang sering membuli dia sehinggalah dia dapat tahu Que merupakanbekas kekasih Kaer."Tapi itu ex-girlfriend. Bukannya girlfriend.""Tapi, Encik Kaer cakap abang perampas. Apa maksud dia?"Jay tak percaya yang Arief perampas, jadi dia mula siasat hal sebenar. Masalah mula timbul apabila rancangan pertunangan itu sebenarnya dibuat untuk memerangkap Dato' Qais. Tapi, apakah kaitan Dato' Qais dengan cerita cinta mereka?"Gilalah Jay. Cerita cinta kau, macam cerita dalam channel 724. Cerita cinta ala Fox HD kot!"Cerita cinta kita paling OH-SEM!.
Zara dan Ghina adalah kembar seiras, tetapi tidak serupa. Meskipun mempunyai persamaan dari segi rupa paras, namun karakter kedua-duanya adalah sangat berbeza. Zara, si kakak sulung selalu bersikap dengki pada adik kembarnya, Ghina. Dia merasakan Ghina sering menunjuk-nunjuk di hadapan semua orang. Sejak kecil, Zara mengidamkan kerjaya pramugari. Sudah banyak temuduga syarikan penerbangan yang dihadiri, namun tiada satu pun yang mengambilnya bekerja. Oleh kerana sudah terlalu lama menganggur, Zara terpaksa bersetuju untuk bekerja sebagai Pembantu Peribadi (PA) di syarikat tempat Ghina bekerja. Bermacam-macam kejadian lucu yang berlaku sepanjang Zara bekerja di situ. Kadang kala dia menyamar sebagai Ghina dengan melekatkan tahi lalat palsu supaya menyerupai Ghina yang mempunyai tahi lalat manis di bawah bibir kanannya.
Hannah bukan pelajar cemerlang di sekolahnya. Dia lemah dalam segala subjek dan lalai menjalankan tugasnya. Ashraf bukannya bencikan perempuan. Cuma dia tidak suka gadis kurang bijak, perasan cantik, terlalu bergantung harap, dan melebihi lelaki. Kini, dunia mereka berpusing 360 darjah.
IRDIANA ~ "I tak bahagia dengan you. Kalau dengan Arash, I dapat rasa kebahagiaan itu."IDLAN ~ Ekoran sikap buruk Irdiana, dia mengambil kata putus berpisah sementara. Kampung halaman menjadi destinasi tenangkan diri. Terserempak pula bekas tunang yang selama ini tak dipeduli.Timbul keinginan menebus kesilapan lalu. Hati lelakinya pula tak boleh menipu saat cinta berputik. Bekas tunang jadi buruan. Pelbagai cara dibuat bagi menambat hati Ika Alia walau terpaksa bertindak nakal dengan berbohong."Dalam guni tu ada ular sawa. Abang dan ayah tangkap lepas subuh tadi. Ular tu cuba masuk reban ayam. Petang ni abang nak hantar ke Pejabat Perhilitan. Kalau Ika berani, pergilah duduk belakang." Idlan buat muka serius. Hilai tawa pecah dalam perut.IKA ALIA ~ Putus tunang? Dia tak kisah langsung. Jauh sekali nak bersedih. Selama tempoh bertunang, tidak sekalipun Idlan datang menemuinya. Wajahnya pun Ika ingat-ingat lupa. Nak sedih buat apa?Ketika Idlan muncul semula, Ika menyampah apabila Idlan tunjuk muka. Tapi hati perempuannya lembut memberi maaf. Namun, krisis bermula apabila Idlan menuntut hak dirinya sebagai tunang."Pada abang, cincin itu sebagai bukti pertunangan kita belum putus." Itu kata Idlan. Tapi Ika jengkel dengan tuntutan itu. Dulu Idlan tak mahukan dia. Sekarang, terhegeh-hegeh!"Nah, ambil balik cincin tunang. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Sekali Encik Idlan tak nakkan saya, seribu kali saya tak ingin."Ketegasan Ika tak bertahan lama apabila akur dengan perasaan sendiri. Idlan tak bertepuk sebelah tangan. Tapi tak semudah itu dia dapat terima Idlan semula. Ketika ibu Idlan terlantar sakit, keadaan jadi huru-hara. Perasaannya bercampur antara simpati dan cinta.
Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan. Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat, malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?.
Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa! Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?.
Sufiy dan Ameer pernah bertemu di dalam lif di bangunan yang menempatkan pejabat masing-masing beberapa tahun dulu, namun tempoh itu sekejap sahaja kerana selepas itu Sufiy bertukar kerja ke tempat lain. Ameer yang tidak sempat untuk mengenali Sufiy pada mulanya pasrah kerana orang yang dia cuba nak kenal sudah tidak kelihatan di mana-mana lagi.Takdir menemukan mereka beberapa tahun selepas itu, dengan kenyataan bahawa mereka berdua sebenarnya adalah jiran. Ameer tidak melepaskan peluang yang ada dan kembali menyambung rancangannya yang tergendala dulu. Begitu pun, Sufiy juga ada masalah yang perlu diselesaikan sebelum dia boleh memberi peluang kepada orang lain.
Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza.Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa.Dan satu takdir yang tersimpul mati!Sebuah episod pengembaraan yang merentasi garis-garis deja vuSuatu pelarian tanpa noktahdan rentetan pertemuan-pertemuan aneh seorang Damien.Kenapa setelah sepuluh tahun berselangAshraf harus mencari Laila yang hilangsedangkan isterinya, Nini ditinggalkannya pergi?Dan begitu mahalkah harga cinta, sehinggakan Suraya meninggalkan-Nya demi dia?.
Bardrizal si pencinta wanita. Baginya wanita untuk digoda dan dijadikan koleksi. Saat mata berlabuh pada gadis blonde yang menarik di mata, bermulalah taktik mengejar si buaya. Menambahkan satu lagi trofi untuk dimiliki. Si buaya yang tidak suka menjejakkan kaki di syarikat mula menunjukkan muka demi menawan si blondie yang begitu serius tentang kerja. Soalnya sekarang, si blondie yang dikejar hanya memandangnya sebelah mata. Mencabar ego lelakinya. ......Hannissa Amsyar si workaholic yang mengejar kerjaya. Lelaki pemalas tidak mungki mendapat tempat di hatinya. Bagi Hans, lelaki harus menjadi pemimpin seorang wanita. Menjadi bahu untuk bersandar. Bukan hanya tahu melepak sahaja. Si gadis tidak sudi memandang. Si jejaka dengan ego yang dijunjung tinggi. Tidak akan sekali-kali mengalah. Lalu di mana pengakhirannya? Wujudkah cinta di antara mereka?.
Cerita ini mengisahkan tentang mereka yang sedang mencari cahaya hidup. Hazelina, seorang arkitek muda yang baru menerima hidayah Allah. Meskipun lahir dalam keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran agama, pegangan Hazelina rapuh kerana terpengaruh dengan kata-kata rakan Jepunnya. Sekembalinya ke Malaysia dan bekerja di An-Nur Architecture, Hazelina kembali menjadi seorang Muslim yang menurut perintah agama. Namun dia selalu merasakan hidupnya kosong dan amal ibadatnya masih tidak sempurna. Hazelina sudah bertunang dengan Rafique Mukminin. Pertunangan yang diaturkan oleh keluarga mereka. Namun kedua-duanya masih kaku antara satu sama lain. Rafique pula pernah mempunyai kekasih hati iaitu Adriena Ayuni sewaktu dia menuntut di Amerika Syarikat pada suatu masa dulu. Adriena Ayuni gagal menghabiskan pengajiannya di atas masalah akademik dan biasiswanya telah dihentikan oleh pihak penaja. Balik dari Amerika Syarikat dia terus menyambung pengajiannya dalam bidang avionik di sebuah universiti swasta tempatan. Namun pelajar cemerlang itu kembali dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit skizofrenia.Hazelina pergi ke Langkawi kerana ada pertemuan dengan klien. Perjalanan dengan menaiki Kereta Api Ekspres Langkawi menemukan Hazelina dengan Rayyan. Disangkanya lelaki dengan rambut kuning emas itu orang Jepun, rupa-rupanya Rayyan adalah Umar yang pernah Hazel kenal suatu masa dulu di atas Kereta api Shinkansen Hikari di stesen Hiroshima. Sewaktu Hazelina di Langkawi, Rafique ditakdirkan bertemu semula dengan Adriena Ayuni. Setelah pertemuan semula dengan Adriena, Rafique terfikir untuk memutuskan hubungannya dengan Hazelina. Rafique juga mula berubah mendekatkan diri dengan Tuhan setelah melihat Adriena Ayuni juga berusaha berubah menjadi seorang yang lebih baik.Hazelina, Rafique, Adriena dan Rayyan bertemu semula di majlis perkahwinan Luqman. Konflik mula timbul dalam diri mereka.
Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Izzati hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi. Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan menghidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?.