81 record(s) found
IRDIANA ~ "I tak bahagia dengan you. Kalau dengan Arash, I dapat rasa kebahagiaan itu."IDLAN ~ Ekoran sikap buruk Irdiana, dia mengambil kata putus berpisah sementara. Kampung halaman menjadi destinasi tenangkan diri. Terserempak pula bekas tunang yang selama ini tak dipeduli.Timbul keinginan menebus kesilapan lalu. Hati lelakinya pula tak boleh menipu saat cinta berputik. Bekas tunang jadi buruan. Pelbagai cara dibuat bagi menambat hati Ika Alia walau terpaksa bertindak nakal dengan berbohong."Dalam guni tu ada ular sawa. Abang dan ayah tangkap lepas subuh tadi. Ular tu cuba masuk reban ayam. Petang ni abang nak hantar ke Pejabat Perhilitan. Kalau Ika berani, pergilah duduk belakang." Idlan buat muka serius. Hilai tawa pecah dalam perut.IKA ALIA ~ Putus tunang? Dia tak kisah langsung. Jauh sekali nak bersedih. Selama tempoh bertunang, tidak sekalipun Idlan datang menemuinya. Wajahnya pun Ika ingat-ingat lupa. Nak sedih buat apa?Ketika Idlan muncul semula, Ika menyampah apabila Idlan tunjuk muka. Tapi hati perempuannya lembut memberi maaf. Namun, krisis bermula apabila Idlan menuntut hak dirinya sebagai tunang."Pada abang, cincin itu sebagai bukti pertunangan kita belum putus." Itu kata Idlan. Tapi Ika jengkel dengan tuntutan itu. Dulu Idlan tak mahukan dia. Sekarang, terhegeh-hegeh!"Nah, ambil balik cincin tunang. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Sekali Encik Idlan tak nakkan saya, seribu kali saya tak ingin."Ketegasan Ika tak bertahan lama apabila akur dengan perasaan sendiri. Idlan tak bertepuk sebelah tangan. Tapi tak semudah itu dia dapat terima Idlan semula. Ketika ibu Idlan terlantar sakit, keadaan jadi huru-hara. Perasaannya bercampur antara simpati dan cinta.
Malisa bekerja sebagai pembantu Puan Juwita yang mengalami strok. Puan Juwita ialah orang kaya yang diabaikan oleh anak-anak. Hafiz, cucu ke-50 Puan Juwita yang balik bercuti di rumah itu, mula menyimpan perasaan terhadap Malisa dan perasaan itu berbalas. Mereka mula menjadi rapat dan akhirnya telah menjadi pasangan kekasih apabila Malisa sudah berhenti kerja di rumah Puan Juwita dan bekerja di Kuala Lumpur. Tetapi hubungan ini dihalang oleh ibu Hafiz.Ibu Hafiz menawarkan sejumlah wang supaya Malisa meninggalkan Hafiz dan Malisa menggunakan wang itu untuk menyambung pengajiannya. Malisa dan Hafiz bergaduh kerana ini dan mereka berpisah. Tiga tahun kemudian, Malisa kembali ke tanah air dan berjumpa semula dengan Hafiz. Hafiz memujuk Malisa untuk menerimanya kembali.Malisa bekerja sebagai pembantu Puan Juwita yang mengalami strok. Puan Juwita ialah orang kaya yang diabaikan oleh anak-anak. Hafiz, cucu ke-50 Puan Juwita yang balik bercuti di rumah itu, mula menyimpan perasaan terhadap Malisa dan perasaan itu berbalas. Mereka mula menjadi rapat dan akhirnya telah menjadi pasangan kekasih apabila Malisa sudah berhenti kerja di rumah Puan Juwita dan bekerja di Kuala Lumpur. Tetapi hubungan ini dihalang oleh ibu Hafiz.Ibu Hafiz menawarkan sejumlah wang supaya Malisa meninggalkan Hafiz dan Malisa menggunakan wang itu untuk menyambung pengajiannya. Malisa dan Hafiz bergaduh kerana ini dan mereka berpisah. Tiga tahun kemudian, Malisa kembali ke tanah air dan berjumpa semula dengan Hafiz. Hafiz memujuk Malisa untuk menerimanya kembali.
Impian Suria untuk jadi dayang istana tercapai apabila bekerja di Kediaman Aris. Ilham rasa Suria tidak layak bekerja di istana kerana perempuan itu kelam-kabut. Tapi ada sesuatu pada Suria yang buat Ilham tidak jadi marah. Tanpa sedar, matanya sentiasa mengekori langkah Suria.
Cerita ini adalah mengenai seorang gadis yang bernama Yasmeen Dzulkefli yang dipaksa berkahwin oleh keluarganya dengan lelaki yang tidak dikenalinya bernama Muhammad Ariel. Mereka berdua telah pun mempunyai pasangan masing-masing. Ariel sedang bercinta dengan gadis metropolitan yang bernama Nelly manakala Yasmeen pula bercinta dengan Adam Shah. Tetapi atas dasar keluarga, mereka berdua terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat.Masa yang berlalu telah banyak mengubah corak kehidupan mereka berdua dan akhirnya mereka mula jatuh cinta. Keadaan tidak berakhir di situ saja kerana banyak masalah yang timbul daripada orang sekeliling terutamanya kawan sepejabat dan juga Nelly. Mampukah Yasmeen untuk hidup bahagia bersama dengan Ariel?Cerita ini adalah mengenai seorang gadis yang bernama Yasmeen Dzulkefli yang dipaksa berkahwin oleh keluarganya dengan lelaki yang tidak dikenalinya bernama Muhammad Ariel. Mereka berdua telah pun mempunyai pasangan masing-masing. Ariel sedang bercinta dengan gadis metropolitan yang bernama Nelly manakala Yasmeen pula bercinta dengan Adam Shah. Tetapi atas dasar keluarga, mereka berdua terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat.Masa yang berlalu telah banyak mengubah corak kehidupan mereka berdua dan akhirnya mereka mula jatuh cinta. Keadaan tidak berakhir di situ saja kerana banyak masalah yang timbul daripada orang sekeliling terutamanya kawan sepejabat dan juga Nelly. Mampukah Yasmeen untuk hidup bahagia bersama dengan Ariel?.
Impian Zara sudah terlaksana. Dia kini bergelar Puteri Zara. Tetapi ada sesuatu yang membuat Zara tidak betah tinggal di istana. Nendanya, Raja Zahariah terlalu garang. Raja Zahariah juga tidak mahu rakyat tahu akan kepulangan Zara. Mengapa? Sementara itu Putera Adam yang tinggal bersama ibunya di Bandar Baru Bangi sudah semakin selesa. Dia rasa seronok menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa. Status keluarga diraja Raja Muhammad dalam bahaya apabila Putera Adam tidak mahu pulang ke negara Armani. Dia tidak mahu memegang takhta sebagai pemerintah negara Armani. Apa yang akan terjadi pada impian Zara? Impian dia menjadi puteri raja, impian dia mahu menyatukan kedua ibu bapanya. Dapatkan buku ini di pasaran bagi mengetahui kesudahannya.
Cerita tentang sepasang insan, Nardine Zahiyyah dan Affan Hakeem yang dipaksa bercerai oleh ibu Affan, Hajah Normah. Perkahwinan itu tidak pernah diketahui oleh orang lain selain daripada mereka bertiga. Affan yang pada ketika itu sedang menuntut di Ireland kembali menyambung pengajiannya tanpa mengetahui bekas isterinya itu sedang mengandung. Nardine Zahiyyah atau dipanggil Ayu oleh keluarganya pula terbang ke Australia dan tidak pernah pulang sehingga tamat pengajian. Affan cuba mencari Ayu di Australia namun tidak berhasil.Sekembalinya mereka ke kampung halaman, Ayu menjauhkan dirinya daripada Affan. Konflik keluarga menjadi penyebab hubungan mereka menemui jalan buntu. Namun Affan tidak pernah jemu berusaha untuk memenangi hati Ayu dan memujuknya agar mereka kembali bersama.
Tasha dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford dan berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, Tasha dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama Najah yang sudah ada pilihan sendiri. Tasha harus menjadi isteri yang tabah kerana dirinya tidak disukai mertua. Baru saja mertuanya dapat menerima perkahwinan mereka, Tasha mengetahui satu rahsia yang selama ini disembunyikan oleh Najah. Hatinya luluh mendengar berita yang Najah mungkin tidak dapat lama bersamanya. Bagaimanakah Tasha dapat meneruskan hidupnya jika tiada Najah di sisi?.
Nizam dan Ikhmal Hisham berjiran dan mereka bersahabat baik. Ikhmal Hisham tidak dapat mengawal rasa cemburunya apabila mengetahui Nizam rapat dengan Sofia, buah hati Hisham. Nizam dan Sofia pula satu pejabat. Ikhmal menipu keluarga mereka dengan mengatakan dia dan Sofia telah terlanjur. Lalu mereka dinikahkan walaupun Sofia sudah bertukar jadi pembenci. Dalam satu kejadian di mana Ikhmal telah menyelamatkan Sofia dalam satu rompakan di rumah mereka, Sofia akhirnya sedar yang membenci tidak akan membawanya ke mana-mana. Sinar bahagia kembali menjelma berkat usaha dan doa seluruh keluarga. Namun mereka didatangi ujian lagi selepas Sofia melahirkan anak sulung. Ikhmal kemalangan dan tidak dapat berjalan. Sifat cemburu dan panas barannya kembali sehingga rumah tangga mereka bergolak. Dapatkah Sofia mempertahankan rumah tangganya dengan sikap Ikhmal yang ego, ditambah pula Nizam yang prihatin sering hadir memberi pertolongan?.
Menyoroti kehidupan seorang gadis bernama Sumayyah, seorang mahasiswi di Universiti Yarmouk, Jordan, yang disapa pelbagai ujian selepas tamat pengajian. Kisah cinta yang tidak kesampaian, umpatan masyarakat sekeliling hanya kerana soal jodoh, penglibatan kakak tersayang dalam ajaran sesat, satu per satu dugaan berkunjung tanpa diduga. Namun, pesan ayahnya selalu disemat dalam ingatan, nama yang diberi kepadanya bukan sebarang nama, tetapi nama srikandi pertama yang syahid, tidak mudah putus asa dek ujian yang menjengah. Di samping cabaran hidup yang mendatang, kepulangan Sumayyah dari Jordan dengan gelaran mahasiswa sebenarnya menarik perhatian ramai di kampungnya. Sumayyah, nama itu itu mula harum di mana-mana. Namun, satu insiden yang tidak diduga telah berlaku. Sumayyah terbang semula ke Yarmouk demi membersihkan nama. Kepulangan Sumayyah ke bumi Yarmouk Dalam keributan hidup yang melanda, pintu hatinya diketuk oleh dua jejaka yang bukan biasa-biasa. Antara Luqman dan Naufal, siapa yang berjaya menduduki takhta dalam hati Sumayyah? Terjawabkah istikarah Sumayyah dalam perjalanan mencari cinta sejatinya?.
Nama saya Eddie. Saya berumur dua puluh tiga tahun. Saya seorang yang kacak, bercita-cita tinggi, lulusan IPT dalam bidang kejuruteraan namun masih keliru dalam memilih kerjaya. Saya mahu melakukan pekerjaan dil luar bidang pengajian memandangkan peluang mendapat pekerjaan mengikut kelulusan amat terhad kini. Namun, apa? Hah! Minggu lalu saya terlihat kanak-kanak makan kek cawan dengan riangnya. Kek cawan itu nampak menarik dan sedap. Bagaimana sekiranya saya belajar membuat kek cawan dan beralih bidang kepada bidang pembuatan kek cawan pula? Menarik, bukan! Ayuh, baca kisah saya sebagai Mr Cupcakes!.
Aiman...Dia melepaskan Amira atas permintaan Amira sendiri. Hatinya tak pernah merelakannya, namun dek 'kata orang' punya angkara, dia akur. Dia setia menanti Amira. Harapannya, Amira akan sedar yang mereka diciptakan untuk bersama. Amira...Perpisahan bukanlah pilihan terbaik untuknya. Dia merana namun untuk berpatah balik, dia tiada kekuatan untuk menghadapi pertanyaan orang tentang anak. Walaupun orang di sekelilingnya tak henti memujuknya kembali kepada Aiman, namun dia tetap di situ. Dia takut 'kata orang' akan terus menghantuinya. Anak, anak dan anak! Aiman dan Amira tabah mengharungi kehidupan mereka sendiri-sendiri. Namun kemunculan Camelia, Johan dan Nazrul memberi rencah yang kadangkala pahit, manis, pedas dan tawar dalam kehidupan mereka. Mungkinkah jodoh mereka ternoktah di situ? Atau ada cerita lagi di sebaliknya?.
Awak nak buat report pasal saya. Kenapa? Apa yang saya dah buat kat awak?"- Qilla "Saya nak buat report pasal awak sebab awak dah curi hati saya."- Ryan. Namun detik bahagia Qilla terkubur bila Ryan meninggal dunia tiga hari sebelum mereka diijabkabulkan. Dia perlu reda dengan pemergian Ryan kerana meneruskan kehidupan seperti biasa adalah satu-satunya pilihan yang dia ada. "Ryan dah rampas Qilla dari Abang. Abang dah lama bersabar. Jadi, lepas dia mati, Abang dah tak ada saingan lagi. Sekiranya selepas ni wujud lelaki lain dalam hidup Qilla, dia kena buat perhitungan dengan Abang." – Haiqal. Qilla pening kepala bila abang tirinya tak berhenti menagih perhatiannya. Entah mahu apa lagi abang dan emak tirinya itu pun dia tak tahu. Sudahlah harta abahnya disapu bersih oleh mereka. "Hello, Cik Minah." - Dany "Jangan sesekali awak sebut nama tu. Awak tak ada hak panggil nama tu kat saya. Awak tak ada hak! faham tak!!!!" - Qilla Kepulangan Danny bersama janjinya pada Ryan telah menyatukan dia dengan Qilla sebagai suami isteri. Perkahwinan mereka terjalin jua akhirnya kerana permintaan dan restu dari Puan Sri Suraya yang tidak mahu kehilangan Qilla. Di saat mereka meniti hidup bahagia, muncul Darwish cuba mendapatkan Qilla. Pelbagai usaha dilakukan. Namun, mampukah Darwish merosakkan hubungan Qilla dan Danny? Kehadiran Rissa yang telah lama mencintai Danny menambahkan huru-hara dalam rumahtangga Qilla dan Danny. Gadis itu benar-benar kecewa bila cintanya ditolak dan dia berusaha merosakkan hubungan Danny dan Qilla. Tambah menyesakkan jiwa bila Qilla menjadi mangsa culik seseorang. Siapakah yang telah menculik Qilla dan meminta wang tebusan sebanyak RM1,000,000.00? Apakah yang akan terjadi pada Qilla? Berjayakah Danny menyelamatkan Qilla dari menjadi mangsa penculikan itu?.
Kerana satu janji, Syuhada menjadi tunangan orang. Malangnya, lelaki itu 'lari' daripadanya. Selepas lima tahun, Syuhada nekad memutuskan ikatan janjinya. Saat hati mula diulit bahagia, dia terheret ke perkahwinan tanpa rela. Mampukah dia mengecap bahagia?.
Kisah seorang lelaki bernama Rusdan yang terpaksa bekerja di kedai pisang milik sepupunya bersama kaum kerabat yang lain. Masalah timbul kerana kedai pisang itu dibina tanpa lesen dan PBT hendak merobohkannya, selain mempunyai beberapa pesaing. Di seberang jalan kedai itu, ada sebuah rumah teres yang didiami seorang wanita, dan Rusdan sering melihatnya. Dia juga sering memerhatikan wanita itu ketika wanita itu berbelanja di kedai pisang. Entah bagaimana, wanita itu bermurah hati membantunya. Dia kehairanan dan cuba menyiasat sebab utama wanita itu membantunya di kedai itu. Akhirnya terbongkarlah rahsia, di seberang jalan.
Zara dan Ghina adalah kembar seiras, tetapi tidak serupa. Meskipun mempunyai persamaan dari segi rupa paras, namun karakter kedua-duanya adalah sangat berbeza. Zara, si kakak sulung selalu bersikap dengki pada adik kembarnya, Ghina. Dia merasakan Ghina sering menunjuk-nunjuk di hadapan semua orang. Sejak kecil, Zara mengidamkan kerjaya pramugari. Sudah banyak temuduga syarikan penerbangan yang dihadiri, namun tiada satu pun yang mengambilnya bekerja. Oleh kerana sudah terlalu lama menganggur, Zara terpaksa bersetuju untuk bekerja sebagai Pembantu Peribadi (PA) di syarikat tempat Ghina bekerja. Bermacam-macam kejadian lucu yang berlaku sepanjang Zara bekerja di situ. Kadang kala dia menyamar sebagai Ghina dengan melekatkan tahi lalat palsu supaya menyerupai Ghina yang mempunyai tahi lalat manis di bawah bibir kanannya.
Ini satu cerita.... Karya Agung Lebat Rezeki Telenovela Melankolia Ranggi Metropolis Merah itu Cinta Mahaguru Retrolistik Mereka muncul kembali. Tiga lelaki berbeza, tiga perempuan berbeza. Apa pula kisah mereka kali ini? Menarik sangatkah kisah hidup mereka? Ini Satu Cerita Alter Ego.
3 lelaki berbeza, 3 perempuan berbeza (Ops! Silap!) Ada ramai sebenarnya... Siapa mereka? Menarik sangatkah kisah hidup mereka?.
— Tanyalah bagaimana anda dapat memenangi satu jam dalam masa — Mary O'Connor sebenarnya mempunyai permasalahan yang lebih besar daripada kenyataan jam tangannya yang berhenti pada jam 3:57 petang. Apabila dia membawa jam tangannya ke pembuat jam tangan yang baik hati, dia menyedari bahawa dia telah mendapat hadiah yang istimewa, satu peluang untuk kembali satu jam dalam hidupnya. Tetapi Takdir mempunyai peraturan yang tegas tentang seseorang yang kembali ke masa lalu, termasuk amaran yang menyatakan bahawa seseorang tidak akan dapat mencipta paradoks masa. Bolehkah Mary berdamai dengan kesilapan yang dia paling sesali di dunia ini? "Suatu kisah singkat yang memilukan bertemakan mitos Norse. Waktu adalah suatu anugerah, dan kadang-kadang, sebuah kesempatan terakhir..." —Dale Amidei, penulis "Sebuah kisah yang sangat mengharukan dan dramatik...jika kita memiliki peluang untuk mengubah masa silam kita, adakah kita mampu melakukannya?" —Ulasan pembaca "Mendapatkan peluang untuk memperbaiki hal yang paling anda sesali adalah suatu kesempatan yang sangat jarang didapati!" —Ulasan pembaca Bagaimana jika anda dapat mengulanginya sekali lagi? * Kata kunci: Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu, buku-buku Malaysia, buku-buku Melayu, fantasi, percintaan Malaysia, percintaan Melayu, perjalanan masa, budaya, perkauman, Malaysian, Malay, Malaysian language, Malay language, Malaysian books, Malay books, fantasy, Malaysian romance, Malay romance, time travel, multicultural, racism, second chances, myth,
Ashraff, seorang lelaki biasa yang hidupnya hanya untuk kerja. Pejabatnya nun tinggi di awan biru. Di hari pertama dia bekerja secara rasmi sebagai juruterbang, dia terpaut dengan seorang gadis yang dilanggarnya secara tidak sengaja. Namun apa yang dia tahu tentang gadis berbaju kurung membawa mangkuk tingkat itu hanya satu, Edryna.Bertahun berlalu, Ashraff masih mencari gadis yang dijumpainya di lapangan terbang dahulu. Edryna kini melangkah ke alam pekerjaan. Dia hanya berbaik dengan lelaki atas urusan kerja sahaja. Ashraff dan Edryna dipertemukan setelah diatur oleh keluarga walaupun itu bukanlah pertemuan kali pertama mereka kerana mereka sering terserempak dan pertemuan sering berakhir dengan pertengkaran. Atas desakan keluarga, mereka dijodohkan. Ashraff cuba untuk menambat hati Edryna manakala Edryna masih keras hati dek kerana nama Ashraff ada kaitan dengan peristiwa silamnya. Ashraff, seorang lelaki biasa yang hidupnya hanya untuk kerja. Pejabatnya nun tinggi di awan biru. Di hari pertama dia bekerja secara rasmi sebagai juruterbang, dia terpaut dengan seorang gadis yang dilanggarnya secara tidak sengaja. Namun apa yang dia tahu tentang gadis berbaju kurung membawa mangkuk tingkat itu hanya satu, Edryna.Bertahun berlalu, Ashraff masih mencari gadis yang dijumpainya di lapangan terbang dahulu. Edryna kini melangkah ke alam pekerjaan. Dia hanya berbaik dengan lelaki atas urusan kerja sahaja. Ashraff dan Edryna dipertemukan setelah diatur oleh keluarga walaupun itu bukanlah pertemuan kali pertama mereka kerana mereka sering terserempak dan pertemuan sering berakhir dengan pertengkaran. Atas desakan keluarga, mereka dijodohkan. Ashraff cuba untuk menambat hati Edryna manakala Edryna masih keras hati dek kerana nama Ashraff ada kaitan dengan peristiwa silamnya.
Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa! Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?.