2 record(s) found
Kesejahteraan psikologi merupakan satu perkara yang sangat subjektif untuk dinilai. Perbincangan bab-bab dalam buku ini lebih mengkhusus kepada kefungsian sesebuah keluarga, perwatakan antagonis (negatif) yang memberikan kesan negatif terhadap prestasi kerja, peranan keluarga yang mensejahterakan belia, kesunyian dalam kalangan warga emas, keluarga yang sihat dan termasuklah isu transeksual mengikut perspektif Islam dan keluarga. Perbincangan bab lain lagi ialah kesan emosi dan sokongan sosial terhadap golongan HIV, isu homoseksual di Malaysia dan pendekatan terapi lukisan dalam kalangan penjawat awam. Kesemua bab-bab ini meliputi aspek-aspek kompilasi kajian yang menjurus ke arah kesejahteraan psikologi semua pihak sama ada melibatkan golongan majoriti, mahupun minoriti. Kepentingan mencapai tahap kesejahteraan psikologi ini akan dapat membuka banyak ruang kebaikan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara untuk jangka masa panjang.
Buku pasikologi abnormal membincangkan beberapa masalah mengenai kecelaruan tingkah laku yang lazimnya mengganggu perjalanan harian seseorang. Secara tidak langsung buku ini dapat membantu pembaca mengenal penyakit yang berpunca daripada kecelaruan tingkah laku dan juga proses rawatan penyakit tersebut. Buku ini juga dapat menghindarkan tanggapan masyarakat mengenai penyakit yang kononnya adalah perbuatan orang atau dirasuk oleh hantu. Antara penyakit kecelaruan tingkah laku yang biasa dihidapi oleh manusia ialah kecelaruan personaliti dan skizofrenia. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab buku ini menghuraikan satu persatu langkah yang sesuai untuk membantu pesakit kecelaruan tingkah laku.