11 record(s) found
Tempoh hari Dell sempatlah lepak dengan dua orang pemandu Grab lelaki berbangsa Cina di Landside. Seorang masih belajar di universiti swasta, sibuk baca nota sebab nak jawab peperiksaan. Seorang lagi, suka bercerita sambil kacau-kacau pelajar tu. "Aku geram betul! Baru-baru ni aku dapat tempahan grab. Aku accept. Tiba-tiba, rider tu call aku cakap nak minta bawa kangkung dia 5 kilo hantar pi pasar." Kami semua pandang si Roy ni. Nama Melayu dia, Roy. Nama sebenar, Dell dah tak ingat. Dia ni petah berbahasa Melayu sebab berasal dari Taiping, Perak. "Aku cakaplah, aku bawa orang bukan barang. Aku suka cakap-cakap dengan orang. Takkan aku nak bercakap dengan kangkung tu?" "Habis tu, apa rider tu cakap lepas kau cakap macam tu?" "Dia kata kangkung dia boleh senyum. Aku terus cakap, suruh kangkung dia tu call aku." Kami semua tergelak-gelak mendengar dia bercerita. Macam-macam. #grabmelah Mesbo Creative Malay Bahasa Melayu.
"Sir, can I ask you something?" Tiba-tiba passenger dari Pakistan yang duduk sebelah saya ni bertanya. "Sure you can." Jawab saya. "Where are you coming from, sir?" "From Penang. Why?" "Because your face looks like Shah Rukh Khan." Katanya. Meletus tawa kuat saya dalam kereta tu. Ni apa pula main puji-puji? Nak saya bagi diskaunlah tu. ===== "Jika ingin melihat warna warni kehidupan pemandu e-hailing dari kaca mata seorang pemandu lelaki, coretan ini adalah pilihan yang tepat. Banyak pengetahuan dan pengalaman bersama rider (penumpang) telah dikongsikan di sini. Sama-samalah kita mengambil ikhtibar serta pengajaran yang selama ini kita mungkin terlepas pandang dari sudut sebagai seorang rider mahupun sebagai seorang pemandu." -Nurdilla Zaini Pemandu Grab & Penulis buku Grab Me-Lah! "Daripada kisah pertama sehinga yang terakhir, banyak ketika saya mahu senyum atau memang tersenyum. Pelbagai kisah lucu dipaparkan, kisah benar pemandu e-hailing. Penceritaan yang ringkas, santai dan bersahaja. tetapi banyak yang dapat dipelajari. Sungguh, dimensi kehidupan ini berbagai untuk diterokai." - Web Sutera Penulis novel & Pengusaha katering di Negeri Sembilan.
Secara umumnya, buku ini disusun berdasarkan keperluan semasa masyarakat memahami akhlak mulia secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek. Bagi membentuk ummah yang sejahtera, saling hormat menghormati dan tolong-menolong antara satu sama lain adalah pra syarat membentuk sebuah negara yang aman sejahtera. Justeru, bagi mencapai matlamat tersebut masyarakat dituntut melaksanakan akhlak mulia dalam kehidupan seharian. Perbincangan tentang akhlak mulia dalam kehidupan manusia sangat luas meliputi aspek berakhlak mulia terhdap diri sendiri, berakhlak mulia dalam masyarakat, berakhlak mulia terhadap alam sekitar, berakhlak mulia melalui aktiviti sosial, berakhlak mulia terhadap keluarga dan berakhlak mulia dalam konteks kenegaraan. Oleh itu, perlu ada panduan dan bimbingan kepada seluruh umat Islam dan bukan Islam agar memahami konsep akhlak dan mengaplikasi pengamalan akhlak mulia dalam masyarakat secara jelas dan berkesan. Buku ini sesuai dibaca oleh para ibu bapa dan guru, pentadbir dan pemimpin politik serta seluruh umat Islam yang cintakan akhlak Rasulullah SAW dan untuk mempelajari dan mendalami akhlak mulia. Diharap paparan konsep dan aplikasi akhlak mulia dalam buku ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan secara bersama.
Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 dan ke atas. Seorang petani yang miskin terjumpa seekor angsa yang boleh mengeluarkan telur emas. Petani yang tamak itu ingin mendapatkan lebih banyak telur emas. Dia menyangka bahawa perut angsa penuh dengan telur emas. Dia bercadang membelah perut angsa itu. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Cerita Aesop ini membawa pengajaran bahawa orang yang tamak selalu rugi.
Apabila ibu Rosi ke bandar, dia menyuruh Rosi membersihkan rumah. Rosi menganggap yang dia mempunyai banyak masa lagi. Dia keluar untuk bermain dengan kawan-kawannya dan terlupa membersihkan rumah. Dapatkah Rosi membersihkan rumah sebelum ibunya pulang?.
Pusi dan Jojo bersedia untuk peraduan melukis. Apabila Jojo tiba di rumah Pusi untuk makan snek, Jojo meniru lukisan Pusi supaya dia dapat memenangi hadiah yang menarik itu. Siapakah yang akhirnya menjadi pemenang? Pusi atau Jojo?.
Ciki dan Jojo tidak sabar untuk membuat kerja sekolah mereka. Rosi tidak gembira dan meminta ibunya menyiapkan kerja sekolahnya. Rosi bangga kerana bukunya lebih cantik daripada kawan-kawannya. Malangnya, buku Ciki dan Rosi hilang semasa mereka bermain. Apabila ditemui, buku Ciki masih elok manakala buku Rosi telah koyak. Dapatkah Rosi menyiapkan kerja sekolahnya?.
Nana kecewa apabila dia terdengar kawan-kawannya mentertawakannya. Nana berlari meninggalkan tempat itu. Kawan-kawan Nana risau dan terus mencari Nana. Dapatkah mereka berjumpa Nana?.
Ciki marah apabila dia nampak taman kesayangannya dipenuhi sampah sarap. Ciki meminta kawan-kawan membantunya membersihkan kawasan taman. Dapatkah mereka membersihkan seluruh Taman Ciki?.
Sebuah keluarga kucing baru berpindah ke Taman Ciki. Apabila Ciki berkenalan dengan jiran barunya, Pusi, dia mendapati bahawa Pusi sangat rindu akan rumah dan kawan-kawan lamanya. Apakah yang dilakukan oleh Ciki untuk menggembirakan Pusi?.
Nana dan kawan-kawannya dijemput ke jamuan makan. Apabila jamuan berakhir, Nana mengisi uncangnya dengan makanan yang berlebihan. Apabila Nana hendak mengambil kentang yang terakhir, dia mendapati bahawa Didi, seekor monyet juga hendak mengambil kentang itu. Siapakah yang akan mendapat kentang yang terakhir itu?.