48 record(s) found
Asal-usul agama Yahudi menurut pandangan sejarah semasa, bertentangan dengan kisah agama seperti yang dijelaskan dalam teks Alkitab Ibrani, terletak pada Zaman Gangsa di tengah-tengah agama Semit kuno politeistik, yang secara khusus berkembang dari politeisme Kanaan Kuno, kemudian wujud bersama dengan agama Babel, dan menyinkronkan unsur-unsur kepercayaan Babilonia ke dalam penyembahan Yahweh seperti yang tercermin dalam buku-buku kenabian awal dari Kitab Ibrani. Judaisme Ortodoks Moden (juga Ortodoksi Moden atau Ortodoksi Moden) adalah gerakan dalam agama Yahudi Ortodoks yang cuba mensintesis nilai-nilai Yahudi dan pematuhan undang-undang Yahudi dengan dunia moden yang sekular. Ortodoksi moden menggunakan beberapa ajaran dan falsafah, dan dengan demikian mengambil pelbagai bentuk. Di Amerika Syarikat, dan umumnya di dunia Barat,Centrist Orthodoxy yang disokong oleh falsafah Torah Umadda (Taurat dan Ilmiah Ilmu) berlaku. Di Israel, Ortodoksi Moden dikuasai oleh Zionisme Agama; namun, walaupun tidak serupa, pergerakan ini mempunyai banyak nilai yang sama dan banyak penganut yang sama.
Sulalat al-Salatin ialah sebuah karya paling canggih, pintar dan penting dalam seluruh khazanah sastera Melayu. Bahasanya dianggap misali dan halus serta memperlihatkan genius dan pemikiran pengarangnya, Tun Seri Lanang. Seterusnya, sebagai suatu usaha mencari bayangan jiwa dan roh Melayu, penulis buku Akal Budi Adikarya: Sulalat al-Salatin memasuki Sulalat al-Salatin serta cuba mengenal pasti kejayaan bahasa, naratif dan tebaran temanya. Terdapat 34 bab dalam karya agung ini yang membincangkan berbagai-bagai persoalan – bermula daripada asal usul raja-raja Melayu daripada Iskandar Zulkarnain, melalui raja-raja Cola, hinggalah ke Bukit Seguntang. Dari sinilah terpancar sejarah zuriat raja-raja Melayu – ke Melaka, Minangkabau, Siak dan Kampar. Tema-temanya cukup sarwajagat – daripada nafsu penaklukan untuk mengembangkan sempadan negara, hinggalah kepada nafsu memiliki wanita tercantik, kasih sayang yang jernih dan jujur, keadaan isteri dimadukan, perebutan kuasa yang tidak pernah selesai, kemegahan dan kecanggihan maritim Melaka, dan akhirnya rasuah dan kejatuhannya. Wataknya juga berbagai-bagai. Walaupun Sulalat al-Salatin ialah sebuah karya agung dan penting, namun kajian tentangnya dapat dikatakan cukup langka. Kandungan buku ini ditulis dalam berbagai-bagai sudut – daripada ciri-ciri luar biasanya, hinggalah kepada kasih sayang dan berahi, perbalahan dan perancangan politik watak-wataknya. Teknik dan alatan pengisahannya juga diperincikan keistimewaannya, dan dilihat sebagai berjaya membawa berbagai-bagai tema besar ini, tersurat dan tersirat. Penulis buku ini ialah pentranskripsi manuskrip terawal karya ini, dan kini juga seorang penterjemahnya. Beliau membawakan pengetahuan yang akrab dan mendalam terhadap teks ini, dan ditambah pula kesarjanaan yang sering meneroka genius sastera Melayu – tidak terkecuali Sulalat al-Salatin. Jarang dapat kita temukan julat persoalan yang sedemikian luas oleh seorang pengkaji karya ini.
Buku ini ditulis dengan harapan dapat memberi penerangan secara terperinci mengenai sukan selam Skuba. Memiliki lesen menyelam Skuba memberi peluang kepada penyelam untuk menikmati keindahan dasar laut yang begitu indah dan unik. Ketenangan yang pernah kita semua rasai semasa di dalam kandungan ibu akan juga dapat dirasai semula apabila berada di dasar laut. Dengan membaca buku ini, anda akan mengetahui rahsia disebalik aktiviti selam Skuba yang telah diperkenalkan sejak 64 tahun yang lalu. Di antara bab yang dibincangkan adalah termasuk: 1.Pengenalan Kepada Selam Skuba 2.Persepsi Negatif Masyarakat Pada Selam Skuba 3.Peralatan-peralatan Skuba dan Teknik Pemilihan 4.Kursus Skuba 5.Latihan Asas di Peringkat Laut Terbuka (Open Water) 6.Risiko Selam Skuba 7.Aktiviti-aktiviti dan Lokasi Aktiviti Skuba di Malaysia.
AWET MUDA: 7 Rahsia Kesihatan Holistik merupakan karya yang diterbitkan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan berasaskan kesihatan holistik menerusi pemantapan minda separa sedar dan amalan hidup sihat. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelulusan akademik, jantina, agama dan usia.Buku ini menjelaskan kepentingan program awet muda dari perspektif penjagaan kesihatan secara bersepadu dengan mengambil kira kemajuan perubatan moden, gaya hidup sihat dan ajaran agama. Buku ini memberi penekanan kepada minda separa sedar; memahami kaedah penjagaan kesihatan secara ideal, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai model kesihatan holistik menerusi pemugaran minda, pemakanan dan minuman, keperluan tidur, riadah, amalan ritual, dan pengawalan tekanan.Dalam buku ini, penulis menggariskan 7 rahsia bagi menjadi awet muda. Rahsia pertama memerlukan persiapan minda yang kental dan perlu sentiasa konsisten serta pengawalan tekanan supaya hidup sentiasa tenang, ceria dan gembira. Kita juga perlu sentiasa bertitik-tolak daripada kefahaman ajaran Islam yang sebenar. Justeru kita perlu memahami dan menggunakan sistem limbik dengan input positif sama ada melalui pemikiran positif, cita-cita dan doa.Rahsia lain ialah rahsia tentang pemakanan dan pengambilan air yang mencukupi. Dapatkan makanan seimbang mengikut keperluan karbohidrat, protein dan lemak. Rahsia seterusnya melakukan senaman iaitu bagi mencorakkan cara hidup yang aktif merupakan salah satu kunci untuk sihat. Senaman membuahkan impak kepada menjaga DNA, mengimbangkan hormon, membantu mengekalkan bentuk badan serta menjaga komposisi badan dan dapat mengurangkan tekanan.Pengambilan makanan tambahan juga menjadi rahsia penting dalam menjalani kehidupan moden. Tekanan kerja, pencemaran alam sekitar, pengurangan zat-zat di dalam makanan dan cara hidup moden mengundang radikal bebas serta kekurangan vitamin dan mineral di dalam pemakanan dapat digantikan semula untuk memastikan DNA tidak mengalami kerosakan dan dapat dibaik pulih.Selain itu, rahsia penjagaan kulit penting untuk awet muda kerana kulit adalah organ pertama yang dapat dilihat oleh mata kasar. Keadaan kesihatan kulit juga memberikan persepsi orang kepada kita terutamanya pada bahagian muka. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa penjagaan kulit bukan semata-mata terletak pada muka, sebaliknya meliputi keseluruhan badan.Penulis menegaskan bahawa sikap yang konsisten dalam melakukan sesuatu aktiviti kunci kejayaan bagi apa jua program, termasuklah program awet muda dan kesihatan holistik. Jika kita mempunyai ilmu tetapi tidak diamalkan, hasilnya tidak mendatangkan banyak manfaat. Dalam hal ini, keikhlasan adalah asas penting untuk menyuburkan sikap konsisten. Justeru kita perlu melakukan program awet muda dan penjagaan kesihatan holistik semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.Buku yang memberi perimbangan antara kepentingan kesihatan, perkembangan minda, tuntutan kerjaya dan matlamat kehidupan. Garapan berlandaskan perspektif Islam menjadikan buku ini bersifat holistik dan relevan.(Datin Norjuma Habib Muhamed, isteri Dato' Mohamed Nazim Razak)AWET MUDA ... buku yang mengemukakan konsep bersepadu antara kesihatan moden, amalan harian yang serasi dengan pendekatan saintifik dan ajaran Islam.(Prof. Jasmy Yunus, Dekan Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan, UTM)“.
"Saya amat terkesan dengan salah satu daripada pesanan dalam buku ini, iaitu 'Rasulullah berpesan, dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.' Saya melihat buku ini menghimpunkan 'aksesori' untuk perhiasan seorang gadis solehah. Buku yang sarat dengan pesanan ini mengajak kita 'jom zikir', mengubat hati supaya terus 'la tahzan ', dan menginsafi diri supaya kembali kepada fitrah. Sesuai untuk mereka yang bergelar seorang gadis." - Heliza Helmi, Selebriti Tanah Air "Melalui pengalaman menjadi seorang gadis adalah suatu kenangan yang indah, kerana gadis sentiasa ingin melakukan apa yang terbaik untuk semua insan yang berada di sekeliling. Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan ini adalah sangat baik untuk dijadikan pedoman hidup. Pastikan wanita solehah itu adalah diri kalian." - Ummi Rose, CEO Raudatus Sakinah "Kawan-kawan, mari kita mulakan langkah sebagai 'gadis solehah' dengan membaca buku ini." - Nurussyahamah Taqiah, Juara Adik-Adikku Musim ke-3.
Buku ini membincangkan isu-isu pokok mengenai fungsi bahasa, pemikiran, permasalahan, visi, pembelajaran dan pendidikan bahasa, perancangan dan pengintelektualan bahasa, peranan inteligentsia dan cabaran membina bahasa Melayu sebagai bahasa yang hidup, dinamik dan moden. Fungsi bahasa Melayu bukan hanya alat komunikasi bersifat formalistik, estetik, bernilai warisan semata, tetapi sebagai ranah yang memberi makna kehidupan, pengertian kemanusiaan utuh, saluran kreatif dan kritis untuk membangunkan bangsa. Peranan elit bahasa dihuraikan sebagai 'Penjana intelektual' tetapi sebahagian elit bahasa Melayu didapati 'muflis citarasa intelektual' dan terjerat dalam pendekatan formalisme. Buku ini dikupas dengan pendekatan sains sosial yang tersusun, dengan hujah yang meyakinkan dan pengucapan segar; didasari dengan intisari pemikiran intelektual nusantara dan dunia seperti Syed Hussein Alatas, Za'ba, Mochtar Lubis, Rustam Sani, Sutan Takdir Alisjahbana, Erich Fromm, Edward Said dan Karl Mannheim. "Buku ini membuka luas jendela wacana bahasa Melayu dan menghembus semangat intelektualisme dalam rumah Pengajian Melayu-Indonesia. Penerokaan dan penggalian Azhar Ibrahim di taman bahasa ini mampu menggugah dan menjadi tantangan minda kepada para sarjana, pendidik, penulis, wartawan, pelajar dan peminat bahasa Melayu." Profesor Madya Dr. Hadijah bte Rahmat Pemangku Ketua, Kumpulan Akademik Bahasa dan Kebudayaan Asia Institut Pendidikan Kebangsaan, Universiti Teknologi Nanyang "Dr. Azhar Ibrahim, dalam kedudukannya sebagai intelektual muda berwawasan luas dan berpandangan tajam mengenai masalah humaniora, sadar benar, bahwa bahasa, yang menurut Karl Marx merupakan pencapaian manusia, tidak mungkin dibiarkan berkembang tanpa arah. Bahasa, baik sebagai wadah pemikiran maupun sebagai wahana komunikasi, pasti terikat oleh kaedah-kaedah tertentu yang berkaitan dengan dimensi kebudayaan, dimensi kebangsaan, dan dimensi dinamika serta kreativiti, perlu dikawal dan dipertanggung-jawabkan secara ilmiah. Siapa yang perlu mengawal, tentunya tidak lain adalah kaum intelektual, dan makna 'intelektual' di sini tidak selamanya berkaitan dengan pendidikan tinggi, akan tetapi dengan rasa tanggung jawab untuk memajukan kebudayaan, baik kebudayaan suatu bangsa tertentu, maupun dalam hubungannya dengan kebudayaan-kebudayaan lain. Dalam mengawal perkembangan bahasa, sebagaimana yang dikemukakan secara implisit oleh Friedrich Waismann dan dikutip dalam buku ini, kaum intelektual perlu memiliki sikap yang luwes atau flexible, agar bahasa mampu menampung dinamika zaman tanpa mencederai hakikat bahasa baik sebagai wadah pemikiran maupun sebagai wahana komunikasi. Kendati, sekali lagi, makna 'intelektual' tidak selamanya berkaitan dengan pendidikan tinggi, mau tidak mau masalah kebahasaan tidak mungkin dilepaskan dari peran pendidik, dan karena itu, pendidikan merupakan wahana penting dalam mengawal dan mempertanggungjawabkan perkembangan bahasa."
Bidang keusahawanan dan perniagaan merupakan satu bidang yang dipandang mulia oleh ajaran Islam. Di samping ianya merupakan satu bentuk ibadah kepada Tuhan, bidang ini juga turut menjanjikan pulangan yang tinggi serta merupakan satu sumber rezeki terbaik dibandingkan dengan sumber pendapatan lain. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri merupakan model usahawan yang sangat berjaya bukan hanya di peringkat domestik tetapi juga merentasi sempadan negara lain sebelum baginda diutuskan menjadi pembawa risalah agama Islam. Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang usahawan yang ditunjukkan melalui sikap gigih, dedikasi, sabar, dan amanah merupakan contoh terbaik untuk diikuti oleh usahawan muslim pada masa kini. Sehubungan itu, ajaran Islam menekankan proses pembentukan usahawan muslim yang berjaya namun dalam masa yang sama berpegang teguh kepada ajaran Islam. Justeru, pendidikan sepanjang hayat (life long learning) perlu diberi penekanan dalam proses pembentukan usahawan muslim berjaya.Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan, panduan, dan bahan bacaan oleh para usahawan, bakal usahawan, pakar motivasi keusahawanan, ahli akademik, ahli politik, dan para pelajar di institusi pengajian tinggi serta sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang keusahawanan.
Ketahui bagaimana cara hendak menambahkan pendapatan dengan menulis artikel di majalah-majalah. Menjadi seorang penulis bebas tidak sekadar tertakluk kepada bakat semata-mata. Kaedah pengurusan masa, kaedah membina matlamat dan strategi menjana idea adalah faktor-faktor yang membantu seorang penulis bebas dalam pengkaryaan. Inilah antara perkara-perkara yang jarang disebut tetapi penting dalam merancang kejayaan.
Buku ini membincangkan diet atau sumber makanan masyarakat prasejarah daripada perspektif arkeozoologi. Data-data yang dibincangkan adalah hasil kajian terkini terhadap bukti arkeologi terutamanya sisa-sisa fauna vertebrata dari tapak prasejarah Bukit Tengkorak, Bukit Kamiri dan Melanta Tutup, Semporna, Sabah. Sisa-sisa fauna vertebrata yang merupakan haiwan prasejarah yang masih wujud pada epok Holosen dan telah dieksploitasi oleh masyarakat prasejarah di Semporna untuk dijadikan sebagai sumber makanan. Selain itu, buku ini turut memaparkan tingkah laku, cara hidup, pemikiran, kemahiran dan juga kreativiti masyarakat pendukung budaya Neolitik di Semporna dalam meneruskan kelangsungan kehidupan pada masa tersebut. Diharapkan buku ini dapat menjadi bahan perkongsian ilmiah kepada semua peringkat masyarakat.
Buku berkenaan pengurusan pesakit strok dalam versi Melayu ini julung kalinya diterbitkan di Malaysia. Buku ini banyak menyentuh berkaitan masalah strok secara umum, proses kejadian strok dan yang paling menarik ianya menyentuh dengan agak terperinci berkaitan penjagaan pesakit strok di rumah seperti kaedah melakukan fisioterapi, menyediakan makanan dan memberi makanan kepada pesakit, melakukan senaman rehabilitasi dan keseimbangan badan serta bagaimana membantu pesakit dalam membaiki keupayaan kendiri mereka demi meningkatkan kualiti hidup pesakit dan penjaga. Memandangkan lebih 70 peratus penduduk Malaysia adalah beragama Islam, buku ini menerangkan dengan lebih lanjut kaedah mudah melaksanakan tuntutan agama iaitu solat dan beberapa ibadah yang lain seperti puasa dan juga bermusafir. Perkara ini amat penting diberi perhatian kepada pesakit dan penjaga kepada pesakit strok yang beragama Islam akan tuntutan untuk melakukan solat walau dalam keadaan apa sekali pun. Diharap, agar persoalan bagaimana kaedah mengambil wuduk dan melakukan solat yang bersesuaian dengan keadaan pesakit (rukhsah) dapat dijawab dengan baik. Tidak ketinggalan, buku ini menyentuh berkaitan keperluan tuntutan seks kerana ianya adalah naluri semula jadi seorang manusia. Penulis merasakan perkara ini perlu diketengahkan memandangkan masalah serta pergolakan rumahtangga bisa terjadi jika ianya tidak dapat ditangani dengan bijaksana. Selain itu, banyak lagi isu-isu yang dikupas dan amat penting untuk dibaca, diteliti dan difahami oleh semua pihak bukan sahaja untuk pesakit dan penjaga pesakit strok. Harapan akhir penulis agar semua lapisan masyarakat dapat menjaga kesihatan diri, mengelakkan dari risiko terjadinya strok dan membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Sepanjang pimpinannya selama lebih daripada 20 tahun, Dr. Mahathir Mohammad mencetuskan pelbagai idea dalam pentadbirannya yang banyak mempengaruhi dasar-dasar Malaysia meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Salah satu dasar menarik yang telah diperkenalkan oleh Dr. Mahathir ialah Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan pada tahun 1982 bertujuan meniru budaya dan etika kerja masyarakat Jepun dan Korea bagi memacu kemajuan ekonomi Malaysia. Dr. Mahatihir amat kagum dengan kejayaan Jepun dan Korea membangunkan ekonomi mereka dan berhasrat menjadikan negara tersebut sebagai model kepada Malaysia yang selama ini banyak bergantung kepada barat. Dr. Mahathir mengaitkan kejayaan ekonomi Jepun denga sikap positif rakyatnya seperti rajin, dedikasi, inocatif, menghargai masa dan mementingkan kualiti tinggi dalalam semua aspek kehidupan., Bagi menjayakan dasar ini. kerajaan telah melancarkan program menghantar pelajar dan pekerja Malaysia ke sana bertujuan mempelajari teknologi dan mencontohi budaya kerja mereka. Sejak dimulakan pada awal tahun 1980-an sehingga awal tahun 2000, beberapa ribu pelajar dan pekerja Malaysia berpeluang mengikuti skim latihan yand disediakan. Kini setelah program ini berjalan selama lebih daripada dua dekad, maka penilaian perlu dibuat bagi menentukan sejauh mana kejayaannya kepada Malaysia.
Buku ini menelusur topik-topik merangkumi isu kecerdasan emosi, personaliti, estim kendiri, komitmen, tadbir urus modal insan, kepimpinan insan dan interaksi ilmu psikologi. Penulis juga membincangkan perkaitan isu-isu itu dengan disiplin ilmu psikologi oleh Imam Al-Ghazali dari perspektif agama Islam. Dalam setiap organisasi walau di peringkat apa pun sangat memerlukan pemimpin yang berwibawa dan pengikut yang dinamik selaras dengan tuntutan agama. Organisasi yang mapan dan mampan berupaya membantu mewujudkan modal insan positif dalam masyarakat berkualiti sebagai kelangsungan ketinggian tamadun dalam sesebuah negara. Isu-isu tersebut turut dibincangkan dari aspek kepentingannya mewarnai senario dalam mana-mana organisasi manusia sebagai proses pembangunan insan yang seimbang, disamping membawa pembaca meneroka implikasi setiap daripadanya dari sisi positif dan negatif. Terdapat juga beberapa teori dan model yang dibincangkan dalam buku ini iaitu seperti Model Empat Cabang Kecerdasan Emosi Mayer dan Salovey (1997); Model Tiga Komponen Komitmen terhadap Organisasi Meyer dan Allen (1991); Teori Personaliti Eysenck (1952); Teori Estim Kendiri Rosenberg (1965) dan Perspektif Ilmu Psikologi oleh Imam Al-Ghazali.
Teknik Entire Body Risk Assessment (ENBORA) telah dibangunkan sebagai alat atau kaedah penilaian risiko ergonomik yang mudah dan praktikal digunakan untuk aktiviti atau tugasan kerja yang melibatkan keseluruhan anggota badan sama ada statik atau dinamik di tempat kerja. Buku ini bertujuan untuk membantu para pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, doktor kesihatan pekerjaan, ergonomis, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurus, eksekutif dan perunding keselamatan dan kesihatan pekerjaan), fisioterapi, terapi carakerja, jurutera, penyelidik, pensyarah, pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari langkah demi langkah bagaimana untuk menilai risiko ergonomik di tempat kerja dengan menggunakan teknik ENBORA. Teknik ENBORA direka sebagai alat pemerhatian yang menggunakan pen dan kertas sebagai medium untuk mengumpul data di tempat kerja. Teknik ENBORA ini boleh digunakan sebagai penilaian risiko ergonomik di tempat kerja yang lengkap serta memberikan penanda aras tahap risiko dan tindakan yang perlu diambil berkaitan dengan aktiviti atau tugasan kerja seharian.
Menguruskan rujukan merupakan antara elemen penting dalam penulisan berbentuk penyelidikan. Pada hari ini kaedah konvensional tidak lagi berkesan dan cekap dalam menguruskan rujukan apatah lagi apabila penyelidik terpaksa berhadapan dengan beratus senarai rujukan. Sehubungan itu, penyelidik di abad ke-21 ini harus menggunakan teknologi dan perisian yang mampu mengurus dan menyimpan data rujukan dengan lebih mudah dan tersusun. EndNote adalah antara perisian rujukan yang mempunyai keupayaan untuk menyimpan dan menguruskan semula rujukan. Anda boleh menggunakan EndNote untuk menyimpan rujukan, memasukkan petikan ke dalam dokumen dan yang penting ialah ia mampu diproses secara automatik ketika anda menyusun senarai rujukan dalam pelbagai format. Oleh yang demikian, pengetahuan asas dalam menggunakan perisian ini amat penting supaya anda lebih berasa yakin dan cekap. Buku ini menerangkan kaedah menggunakan EndNote bermula dari proses memuat turun perisian ini hingga kepada Cite While You Write (CWYW).
Menguruskan rujukan merupakan antara elemen penting dalam penulisan berbentuk penyelidikan. Pada hari ini kaedah konvensional tidak lagi berkesan dan cekap dalam menguruskan rujukan apatah lagi apabila penyelidik terpaksa berhadapan dengan senarai rujukan yang banyak. Sehubungan itu, penyelidik di abad ke-21 ini harus menggunakan teknologi dan perisian yang mampu mengurus dan menyimpan data rujukan dengan lebih mudah dan tersusun. Buku ini bertujuan untuk membantu penyelidik untuk mengurus dan menggunakan EndNote dengan fokus kepada isu dan permasalahan semasa menggunakan perisian ini. Penerbitan edisi ini adalah lanjutan daripada buku EndNote (Asas) terbitan sebelum ini. Penulis berharap, paparan dan maklumat yang ada dapat membantu anda untuk berasa lebih yakin lagi untuk menggunakan perisian ini.
This English > Malay lexicon is based on the 200+ language 8,000 entry World Languages Dictionary CD of 2007 which was subsequently lodged in national libraries across the world.
Dalam sastera Melayu, tiada sebuah hikayat pun yang cuba atau berjaya melukis jiwa bangsa Melayu secara menyeluruh seperti Hikayat Hang Tuah. Jiwa ini terbelah, terseksa dan dirundung perbalahan yang tidak pernah selesai. Nilai-nilai dipertentangkan – di antara kesetiaan tanpa soalan dan perlawanan yang ingin menyatakan bantahan terhadap raja yang zalim.
Buku ini merupakan usaha pertama menggabungkan pelbagai latar disiplin dalam mengkaji isu ekonomi dan kewangan berdasarkan hasil penyelidikan dengan merujuk kepada kajian kes semasa. Lima bab pertama membincangkan tentang isu-isu ekonomi yang meliputi ekonomi wilayah, industri, keusahawanan universiti dan ekonomi komuniti pesisir. Bahagian kedua menyentuh tentang isu-isu kewangan. Buku ini memiliki kelebihan tersendiri sebagai bahan bacaan yang berguna kepada khalayak yang berminat dengan isu-isu ekonomi dan kewangan semasa. Sehubungan itu, buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pelbagai pihak sama ada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan pengajian tinggi mahupun mereka yang terlibat dalam pengurusan dan perlaksanaan dasar yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi. Buku ini juga sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan kepada pendidik dan pelajar di institusi kemahiran dan sekolah menengah.
Buku Jom Belajar PHP dan MySQL akan membantu anda menjadi seorang pengaturcaraan laman web dinamik. Buku ini mengajar pengaturcaraan PHP secara tersusun dan teratur. Selain daripada pengaturcaraan PHP, buku ini juga disertakan pengenalan berkaitan pangkalan data MySQL dan pengaturcaraan HTML. Buku ini berkonsepkan tutorial visual dengan menampilkan penerangan, contoh-contoh pengaturcaraan beserta rajah output bagi memudahkan pemahaman para pembaca. Topik-topik yang akan dipelajari : • Pengenalan pengaturcaraan PHP • Konfigurasi pelayan • Asas penggunaan pangkalan data MySQL • Sambungan PHP kepada pangkalan data MySQL • Pengenalan pembolehubah, operator dan penyataan pada PHP • Mengenal fungsi dan tatasusunan PHP • Manipulasi fail, rentetan aksara dan tarikh • Penggunaan Cookies dan Session • Muat naik fail • Pengesanan ralat.
Melalui buku ini kita dapat membuat penilaian dan kesimpulan terhadap usaha yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak dalam memulihkan hubungan antara kaum yang retak akibat daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Beliau juga dilihat berusaha untuk memajukan ekonomi dan mempertingkatkan taraf hidup kaum Melayu dan kaum Bumiputera yang lain di negara ini. Buku ini sesuai dimiliki dan dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia untuk menambah pengetahuan agar belajar dari sejarah supaya sesuatu kejadian yang tidak diingini tidak berlaku kembali. Belajarlah dari sejarah Malaysia kerana di dalamnya terdapat banyak iktibar yang boleh dijadikan panduan untuk kekal aman, makmur dan harmonis.