48 record(s) found
Modul ini mengandungi enam bab yang merupakan asas kepada peraukanan untuk sesebuah organisasi perniagaan. Ia menerangkan pentingnya maklumat perakaunan yang berkualiti dalam perniagaan dan kaedah untuk memperoleh maklumat perakaunan yang berkualiti. Bab kedua dan ketiga menghuraikan proses perakaunan secara terperinci bermula dengan mengenal pasti urus niaga perniagaan sehingga penyediaan penyata kewangan. Bab keempat menumpukan kepada perakaunan bagi perniagaan barangan yang mana proses perakaunannya lebih kompleks dan berbeza dengan perakaunan bagi perniagaan perkhidmatan. Perbincangan bab kelima tertumpu kepada kaedah pengurusan dan kawalan tunai dalam perniagaan memandangkan tunai merupakan aset perniagaan yang penting bagi memastikan pengurusan perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Bab terakhir iaitu bab enam disediakan untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai kaedah menganalisa penyata kewangan bagi mengetahui prestasi kewangan sesebuah organisasi perniagaan.
Menguruskan rujukan merupakan antara elemen penting dalam penulisan berbentuk penyelidikan. Pada hari ini kaedah konvensional tidak lagi berkesan dan cekap dalam menguruskan rujukan apatah lagi apabila penyelidik terpaksa berhadapan dengan senarai rujukan yang banyak. Sehubungan itu, penyelidik di abad ke-21 ini harus menggunakan teknologi dan perisian yang mampu mengurus dan menyimpan data rujukan dengan lebih mudah dan tersusun. Buku ini bertujuan untuk membantu penyelidik untuk mengurus dan menggunakan EndNote dengan fokus kepada isu dan permasalahan semasa menggunakan perisian ini. Penerbitan edisi ini adalah lanjutan daripada buku EndNote (Asas) terbitan sebelum ini. Penulis berharap, paparan dan maklumat yang ada dapat membantu anda untuk berasa lebih yakin lagi untuk menggunakan perisian ini.
Menguruskan rujukan merupakan antara elemen penting dalam penulisan berbentuk penyelidikan. Pada hari ini kaedah konvensional tidak lagi berkesan dan cekap dalam menguruskan rujukan apatah lagi apabila penyelidik terpaksa berhadapan dengan beratus senarai rujukan. Sehubungan itu, penyelidik di abad ke-21 ini harus menggunakan teknologi dan perisian yang mampu mengurus dan menyimpan data rujukan dengan lebih mudah dan tersusun. EndNote adalah antara perisian rujukan yang mempunyai keupayaan untuk menyimpan dan menguruskan semula rujukan. Anda boleh menggunakan EndNote untuk menyimpan rujukan, memasukkan petikan ke dalam dokumen dan yang penting ialah ia mampu diproses secara automatik ketika anda menyusun senarai rujukan dalam pelbagai format. Oleh yang demikian, pengetahuan asas dalam menggunakan perisian ini amat penting supaya anda lebih berasa yakin dan cekap. Buku ini menerangkan kaedah menggunakan EndNote bermula dari proses memuat turun perisian ini hingga kepada Cite While You Write (CWYW).
Buku ini mengandungi 8 topik langkah demi langkah dari penyediaan isi kandungan laman web hinggalah kepada memasukkan modul-modul dan komponen-komponen untuk membina laman web CMS. Ini untuk memastikan pembaca dapat memahami dan seterusnya menggunakan langkah-langkah yang diberi sebagai panduan untuk membina laman web CMS ini nanti. Selain itu, setiap langkah disertakan gambarajah bagi menunjukkan gambaran yang sebenar apa yang perlu dilakukan oleh pembaca semasa membina laman web CMS ini.
Buku ini mengandungi enam topik dan terdapat langkah demi langkah bagaimana hendak memasang dan menjalankan pelayan web sumber terbuka dan perisiannya boleh didapati secara percuma di internet. Langkah demi langkah diterangkan bagi memastikan pembaca dapat memahami dan seterusnya menggunakan langkah-langkah yang diberi sebagai panduan untuk menjalankan pelayan web di dalam komputer. Selain itu setiap langkah disertakan gambar rajah bagi menunjukkan gambaran yang sebenar apa yang perlu dilakukan oleh pembaca semasa menjalankan pelayan web ini. Diharapkan agar buku ini dapat membantu pembaca yang ingin memahami dan cuba untuk memulakan pelayan web di komputer ataupun di Server.
Buku ini mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan sejarah perkembangan pendidikan sekolah Melayu negeri-negeri di Tanah Melayu pada zaman kolonial British. Dalam buku ini gambaran tentang sejarah dan perkembangan pendidikan di negeri-negeri Melayu yang memberi tumpuan terhadap pendidikan orang Melayu pada zaman kolonial. Terdapat juga perkembangan pendidikan di negeri-negeri Melayu yang mengaitkan dengan sejarah dan perkembangan pendidikan sekolah Cina, Pendidikan sekolah Tamil, dan pendidikan Sekolah Inggeris yang disentuh dan dibahaskan secara ringkas tetapi dapat memberi pemahaman dan pengetahuan yang amat bermakna kepada pembaca.
Sepanjang pimpinannya selama lebih daripada 20 tahun, Dr. Mahathir Mohammad mencetuskan pelbagai idea dalam pentadbirannya yang banyak mempengaruhi dasar-dasar Malaysia meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Salah satu dasar menarik yang telah diperkenalkan oleh Dr. Mahathir ialah Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan pada tahun 1982 bertujuan meniru budaya dan etika kerja masyarakat Jepun dan Korea bagi memacu kemajuan ekonomi Malaysia. Dr. Mahatihir amat kagum dengan kejayaan Jepun dan Korea membangunkan ekonomi mereka dan berhasrat menjadikan negara tersebut sebagai model kepada Malaysia yang selama ini banyak bergantung kepada barat. Dr. Mahathir mengaitkan kejayaan ekonomi Jepun denga sikap positif rakyatnya seperti rajin, dedikasi, inocatif, menghargai masa dan mementingkan kualiti tinggi dalalam semua aspek kehidupan., Bagi menjayakan dasar ini. kerajaan telah melancarkan program menghantar pelajar dan pekerja Malaysia ke sana bertujuan mempelajari teknologi dan mencontohi budaya kerja mereka. Sejak dimulakan pada awal tahun 1980-an sehingga awal tahun 2000, beberapa ribu pelajar dan pekerja Malaysia berpeluang mengikuti skim latihan yand disediakan. Kini setelah program ini berjalan selama lebih daripada dua dekad, maka penilaian perlu dibuat bagi menentukan sejauh mana kejayaannya kepada Malaysia.
Buku Ulama dan Politik Kedah 1842 - 1960 dihasilkan untuk mengetengahkan peranan dan sumbangan ulama dalam sama-sama membantu pemerintah untuk mentadbir sebuah negara khususnya Kesultanan Melayu Kedah. Malah buku ini turut memaparkan peranan ulama dalam masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan dalam usaha membentuk masyarakat yang rabbani. Dengan menggunakan saluran institusi pendidikan pondok dan madrasah, mereka yang tidak kenal erti putus asa berusaha membentuk masyarakat Melayu agar berada dalam suasana kehidupan islam yang syumul. Dalam menjayakan matlamat tarbiah ini para ulama turut menggunakan media cetak untuk menyampaikan dakwah mereka. Sudah tentu dalam perjuangan ini mereka turut berhadapan dengan pelbagai tribulasi sama ada daripada pemerintah sendiri mahupun halangan daripada penjajah British yang waktu itu sedang menguasai tanah Melayu. Namun sebagai cabaran mereka hadapi jua dengan penuh kesabaran.
Buku ini membincangkan diet atau sumber makanan masyarakat prasejarah daripada perspektif arkeozoologi. Data-data yang dibincangkan adalah hasil kajian terkini terhadap bukti arkeologi terutamanya sisa-sisa fauna vertebrata dari tapak prasejarah Bukit Tengkorak, Bukit Kamiri dan Melanta Tutup, Semporna, Sabah. Sisa-sisa fauna vertebrata yang merupakan haiwan prasejarah yang masih wujud pada epok Holosen dan telah dieksploitasi oleh masyarakat prasejarah di Semporna untuk dijadikan sebagai sumber makanan. Selain itu, buku ini turut memaparkan tingkah laku, cara hidup, pemikiran, kemahiran dan juga kreativiti masyarakat pendukung budaya Neolitik di Semporna dalam meneruskan kelangsungan kehidupan pada masa tersebut. Diharapkan buku ini dapat menjadi bahan perkongsian ilmiah kepada semua peringkat masyarakat.
Apabila kita bercakap tentang Zaman Pertengahan, kita bercakap mengenai tempoh sejarah yang bermula dari abad ke-5 hingga abad ke-15. Sepuluh abad sejarah yang bermula dengan kejatuhan Empayar Rom Barat, pada tahun 476 Masehi dan yang ditamatkan pada akhir abad kelima belas, pada tahun 1492, dengan penemuan benua Amerika. Zaman Pertengahan merupakan zaman sejarah Eropah yang meninggalkan jejak yang mendalam di benua itu. Ditandai oleh peristiwa sejarah yang penting, permulaan dan akhir zaman ini ditandai dengan perubahan budaya, politik, agama, sosial dan ekonomi yang utama, menjadi salah satu tempoh yang paling menarik dalam sejarah.
Asal-usul agama Yahudi menurut pandangan sejarah semasa, bertentangan dengan kisah agama seperti yang dijelaskan dalam teks Alkitab Ibrani, terletak pada Zaman Gangsa di tengah-tengah agama Semit kuno politeistik, yang secara khusus berkembang dari politeisme Kanaan Kuno, kemudian wujud bersama dengan agama Babel, dan menyinkronkan unsur-unsur kepercayaan Babilonia ke dalam penyembahan Yahweh seperti yang tercermin dalam buku-buku kenabian awal dari Kitab Ibrani. Judaisme Ortodoks Moden (juga Ortodoksi Moden atau Ortodoksi Moden) adalah gerakan dalam agama Yahudi Ortodoks yang cuba mensintesis nilai-nilai Yahudi dan pematuhan undang-undang Yahudi dengan dunia moden yang sekular. Ortodoksi moden menggunakan beberapa ajaran dan falsafah, dan dengan demikian mengambil pelbagai bentuk. Di Amerika Syarikat, dan umumnya di dunia Barat,Centrist Orthodoxy yang disokong oleh falsafah Torah Umadda (Taurat dan Ilmiah Ilmu) berlaku. Di Israel, Ortodoksi Moden dikuasai oleh Zionisme Agama; namun, walaupun tidak serupa, pergerakan ini mempunyai banyak nilai yang sama dan banyak penganut yang sama.
This English > Malay lexicon is based on the 200+ language 8,000 entry World Languages Dictionary CD of 2007 which was subsequently lodged in national libraries across the world.
Buku Jom Belajar PHP dan MySQL akan membantu anda menjadi seorang pengaturcaraan laman web dinamik. Buku ini mengajar pengaturcaraan PHP secara tersusun dan teratur. Selain daripada pengaturcaraan PHP, buku ini juga disertakan pengenalan berkaitan pangkalan data MySQL dan pengaturcaraan HTML. Buku ini berkonsepkan tutorial visual dengan menampilkan penerangan, contoh-contoh pengaturcaraan beserta rajah output bagi memudahkan pemahaman para pembaca. Topik-topik yang akan dipelajari : • Pengenalan pengaturcaraan PHP • Konfigurasi pelayan • Asas penggunaan pangkalan data MySQL • Sambungan PHP kepada pangkalan data MySQL • Pengenalan pembolehubah, operator dan penyataan pada PHP • Mengenal fungsi dan tatasusunan PHP • Manipulasi fail, rentetan aksara dan tarikh • Penggunaan Cookies dan Session • Muat naik fail • Pengesanan ralat.
Kesejahteraan individu pada hari ini banyak bergantung kepada pengawalan emosi dan juga pengawalan minda yang rasional. Manusia yang berkonflik biasanya mudah untuk mengikut satu jalan penyelesaian yang negatif, jika diikuti oleh emosi yang melulu dan juga tidak menggunakan akal yang waras dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Justeru, buku ini memaparkan tentang konflik yang melanda masyarakat kita pada hari ini, dan bagaimana untuk menanganinya pada masa sekarang dan juga akan datang. Pelbagai faktor penyebab kepada berlakunya konflik ini, dan bergantung kepada individu untuk meneruskannya dengan cara yang terbaik atau juga sebaliknya. Contoh-contoh kes yang dipaparkan juga diharapkan dapat membantu serba sedikit dalam penyelesaian sebarang konflik yang melanda, sama ada untuk individu, keluarga, masyarakat dan juga negara. Individu yang berjaya, adalah individu yang pandai mengawal sebarang isu konflik yang melanda dalam dirinya. Hanya anda yang berhak tentukan kehidupan diri anda.
This Malay > English lexicon is based on the 200+ language 8,000 entry World Languages Dictionary CD of 2007 which was subsequently lodged in national libraries across the world.
Buku berkenaan pengurusan pesakit strok dalam versi Melayu ini julung kalinya diterbitkan di Malaysia. Buku ini banyak menyentuh berkaitan masalah strok secara umum, proses kejadian strok dan yang paling menarik ianya menyentuh dengan agak terperinci berkaitan penjagaan pesakit strok di rumah seperti kaedah melakukan fisioterapi, menyediakan makanan dan memberi makanan kepada pesakit, melakukan senaman rehabilitasi dan keseimbangan badan serta bagaimana membantu pesakit dalam membaiki keupayaan kendiri mereka demi meningkatkan kualiti hidup pesakit dan penjaga. Memandangkan lebih 70 peratus penduduk Malaysia adalah beragama Islam, buku ini menerangkan dengan lebih lanjut kaedah mudah melaksanakan tuntutan agama iaitu solat dan beberapa ibadah yang lain seperti puasa dan juga bermusafir. Perkara ini amat penting diberi perhatian kepada pesakit dan penjaga kepada pesakit strok yang beragama Islam akan tuntutan untuk melakukan solat walau dalam keadaan apa sekali pun. Diharap, agar persoalan bagaimana kaedah mengambil wuduk dan melakukan solat yang bersesuaian dengan keadaan pesakit (rukhsah) dapat dijawab dengan baik. Tidak ketinggalan, buku ini menyentuh berkaitan keperluan tuntutan seks kerana ianya adalah naluri semula jadi seorang manusia. Penulis merasakan perkara ini perlu diketengahkan memandangkan masalah serta pergolakan rumahtangga bisa terjadi jika ianya tidak dapat ditangani dengan bijaksana. Selain itu, banyak lagi isu-isu yang dikupas dan amat penting untuk dibaca, diteliti dan difahami oleh semua pihak bukan sahaja untuk pesakit dan penjaga pesakit strok. Harapan akhir penulis agar semua lapisan masyarakat dapat menjaga kesihatan diri, mengelakkan dari risiko terjadinya strok dan membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit.
"Sebagai seorang ilmuan, Dr. Azhar Ibrahim menghayati isu-isu dalam Pengajian Melayu sebagai rangkaian yang kait mengait, memahami satu bidang memerlukan pengolahan bidang yang lain dalam wacana yang semakin meluas; sejarah menjurus ke tema kebebasan; orientalisme menilai kembali kesulitan dalam feudalisme; humanisme memperluaskan lagi makna dalam teks Melayu; multikulturalisme menyentuh pembinaan identiti; kekaburan akademik menyekat kefahaman masyarakat; neo-liberalisme menentukan arah pengajian seni dan sastera; idealisme diimbangi oleh perancangan dalam wacana pengajian yang baru. Dr. Azhar Ibarhim menyeru orang-orang muda supaya mengenali sejarah dan mengekalkan adab dan adat Melayu. Tema berpasangan ini yang dikupas begitu mendalam menaikkan lagi darjat Pengajian Melayu sebagai satu bidang ilmu yang sah dan berguna." Prof Dr Zakaria Ali Malaysia "Kelangkaan inteligensia Melayu Singapura yang peduli akan jatuh bangunnya bangsa Melayu Singapura, khususnya terhadap budaya yang menjurus mengenai seni sasteranya, menurut saya mula tumbuh kembali apabila kita mahu mengenal sosok peribadi Dr Azhar Ibrahim. Kegiatannya yang memunculkan pertemuan-pertemuan seperti CITA, KULIAH BUSTAN menjadi kenyataannya. Begitu pula dengan terbitnya buku Menyanggah Belenggu Keracunan Fikiran ini, mudah-mudahan akan lahir satu sosok ahli fikir yang berani mendobrak cara berfikir yang lazim membelenggu bangsa kita, insya-Allah."
Buku ini membincangkan isu-isu pokok mengenai fungsi bahasa, pemikiran, permasalahan, visi, pembelajaran dan pendidikan bahasa, perancangan dan pengintelektualan bahasa, peranan inteligentsia dan cabaran membina bahasa Melayu sebagai bahasa yang hidup, dinamik dan moden. Fungsi bahasa Melayu bukan hanya alat komunikasi bersifat formalistik, estetik, bernilai warisan semata, tetapi sebagai ranah yang memberi makna kehidupan, pengertian kemanusiaan utuh, saluran kreatif dan kritis untuk membangunkan bangsa. Peranan elit bahasa dihuraikan sebagai 'Penjana intelektual' tetapi sebahagian elit bahasa Melayu didapati 'muflis citarasa intelektual' dan terjerat dalam pendekatan formalisme. Buku ini dikupas dengan pendekatan sains sosial yang tersusun, dengan hujah yang meyakinkan dan pengucapan segar; didasari dengan intisari pemikiran intelektual nusantara dan dunia seperti Syed Hussein Alatas, Za'ba, Mochtar Lubis, Rustam Sani, Sutan Takdir Alisjahbana, Erich Fromm, Edward Said dan Karl Mannheim. "Buku ini membuka luas jendela wacana bahasa Melayu dan menghembus semangat intelektualisme dalam rumah Pengajian Melayu-Indonesia. Penerokaan dan penggalian Azhar Ibrahim di taman bahasa ini mampu menggugah dan menjadi tantangan minda kepada para sarjana, pendidik, penulis, wartawan, pelajar dan peminat bahasa Melayu." Profesor Madya Dr. Hadijah bte Rahmat Pemangku Ketua, Kumpulan Akademik Bahasa dan Kebudayaan Asia Institut Pendidikan Kebangsaan, Universiti Teknologi Nanyang "Dr. Azhar Ibrahim, dalam kedudukannya sebagai intelektual muda berwawasan luas dan berpandangan tajam mengenai masalah humaniora, sadar benar, bahwa bahasa, yang menurut Karl Marx merupakan pencapaian manusia, tidak mungkin dibiarkan berkembang tanpa arah. Bahasa, baik sebagai wadah pemikiran maupun sebagai wahana komunikasi, pasti terikat oleh kaedah-kaedah tertentu yang berkaitan dengan dimensi kebudayaan, dimensi kebangsaan, dan dimensi dinamika serta kreativiti, perlu dikawal dan dipertanggung-jawabkan secara ilmiah. Siapa yang perlu mengawal, tentunya tidak lain adalah kaum intelektual, dan makna 'intelektual' di sini tidak selamanya berkaitan dengan pendidikan tinggi, akan tetapi dengan rasa tanggung jawab untuk memajukan kebudayaan, baik kebudayaan suatu bangsa tertentu, maupun dalam hubungannya dengan kebudayaan-kebudayaan lain. Dalam mengawal perkembangan bahasa, sebagaimana yang dikemukakan secara implisit oleh Friedrich Waismann dan dikutip dalam buku ini, kaum intelektual perlu memiliki sikap yang luwes atau flexible, agar bahasa mampu menampung dinamika zaman tanpa mencederai hakikat bahasa baik sebagai wadah pemikiran maupun sebagai wahana komunikasi. Kendati, sekali lagi, makna 'intelektual' tidak selamanya berkaitan dengan pendidikan tinggi, mau tidak mau masalah kebahasaan tidak mungkin dilepaskan dari peran pendidik, dan karena itu, pendidikan merupakan wahana penting dalam mengawal dan mempertanggungjawabkan perkembangan bahasa."
Buku ini merupakan satu bahan bacaan untuk meluaskan pengetahuan pembaca tentang konsep pengurusan dan perkongsian pengetahuan. Perkongsian pengetahuan adalah aktiviti yang sentiasa dilakukan oleh setiap individu dalam urusan harian. Namun disebabkan kurang pemahaman terhadap elemen tersebut individu tidak mampu mengakui bahawa mereka telah melakukan aktiviti perkongsian pengetahuan. Buku ini cuba memberi pemahaman dan pendedahan awal mengenai konsep perkongsian pengetahuan melalui isu dan senario yang berlaku dalam kehidupan harian individu sama ada dalam acara formal atau pun tidak. Pemahaman dalam bentuk senario ini diharap lebih memudahkan pembaca memahami konsep perkongsian pengetahuan. Paling tidak pembaca juga dapat mengetahui bahawa data, maklumat dan pengetahuan itu adalah elemen yang berbeza. Secara tidak langsung pembaca akan mengaitkan apa aktiviti perkongsian pengetahuan yang telah dilakukan dalam kehidupan harian mereka. Melalui buku ini pembaca dapat memahami dengan lebih terperinci mengenai konsep asas pengetahuan dan perbezaan antara pengetahuan dengan data, maklumat, idea mahupun gerak hati. Penyampaian dalam bentuk konsep dan senario dalam buku ini diharap lebih mudah membawa pembaca menghayati konsep perkongsian pengetahuan secara teori dan juga praktikal.
Buku ini ditulis dengan harapan dapat memberi penerangan secara terperinci mengenai sukan selam Skuba. Memiliki lesen menyelam Skuba memberi peluang kepada penyelam untuk menikmati keindahan dasar laut yang begitu indah dan unik. Ketenangan yang pernah kita semua rasai semasa di dalam kandungan ibu akan juga dapat dirasai semula apabila berada di dasar laut. Dengan membaca buku ini, anda akan mengetahui rahsia disebalik aktiviti selam Skuba yang telah diperkenalkan sejak 64 tahun yang lalu. Di antara bab yang dibincangkan adalah termasuk: 1.Pengenalan Kepada Selam Skuba 2.Persepsi Negatif Masyarakat Pada Selam Skuba 3.Peralatan-peralatan Skuba dan Teknik Pemilihan 4.Kursus Skuba 5.Latihan Asas di Peringkat Laut Terbuka (Open Water) 6.Risiko Selam Skuba 7.Aktiviti-aktiviti dan Lokasi Aktiviti Skuba di Malaysia.