48 record(s) found
Modul ini mengandungi enam bab yang merupakan asas kepada peraukanan untuk sesebuah organisasi perniagaan. Ia menerangkan pentingnya maklumat perakaunan yang berkualiti dalam perniagaan dan kaedah untuk memperoleh maklumat perakaunan yang berkualiti. Bab kedua dan ketiga menghuraikan proses perakaunan secara terperinci bermula dengan mengenal pasti urus niaga perniagaan sehingga penyediaan penyata kewangan. Bab keempat menumpukan kepada perakaunan bagi perniagaan barangan yang mana proses perakaunannya lebih kompleks dan berbeza dengan perakaunan bagi perniagaan perkhidmatan. Perbincangan bab kelima tertumpu kepada kaedah pengurusan dan kawalan tunai dalam perniagaan memandangkan tunai merupakan aset perniagaan yang penting bagi memastikan pengurusan perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Bab terakhir iaitu bab enam disediakan untuk memberi kefahaman kepada pelajar mengenai kaedah menganalisa penyata kewangan bagi mengetahui prestasi kewangan sesebuah organisasi perniagaan.
Buku ini merupakan usaha pertama menggabungkan pelbagai latar disiplin dalam mengkaji isu ekonomi dan kewangan berdasarkan hasil penyelidikan dengan merujuk kepada kajian kes semasa. Lima bab pertama membincangkan tentang isu-isu ekonomi yang meliputi ekonomi wilayah, industri, keusahawanan universiti dan ekonomi komuniti pesisir. Bahagian kedua menyentuh tentang isu-isu kewangan. Buku ini memiliki kelebihan tersendiri sebagai bahan bacaan yang berguna kepada khalayak yang berminat dengan isu-isu ekonomi dan kewangan semasa. Sehubungan itu, buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pelbagai pihak sama ada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan pengajian tinggi mahupun mereka yang terlibat dalam pengurusan dan perlaksanaan dasar yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi. Buku ini juga sesuai untuk bacaan umum dan rujukan tambahan kepada pendidik dan pelajar di institusi kemahiran dan sekolah menengah.
This English > Malay lexicon is based on the 200+ language 8,000 entry World Languages Dictionary CD of 2007 which was subsequently lodged in national libraries across the world.
Buku berkenaan pengurusan pesakit strok dalam versi Melayu ini julung kalinya diterbitkan di Malaysia. Buku ini banyak menyentuh berkaitan masalah strok secara umum, proses kejadian strok dan yang paling menarik ianya menyentuh dengan agak terperinci berkaitan penjagaan pesakit strok di rumah seperti kaedah melakukan fisioterapi, menyediakan makanan dan memberi makanan kepada pesakit, melakukan senaman rehabilitasi dan keseimbangan badan serta bagaimana membantu pesakit dalam membaiki keupayaan kendiri mereka demi meningkatkan kualiti hidup pesakit dan penjaga. Memandangkan lebih 70 peratus penduduk Malaysia adalah beragama Islam, buku ini menerangkan dengan lebih lanjut kaedah mudah melaksanakan tuntutan agama iaitu solat dan beberapa ibadah yang lain seperti puasa dan juga bermusafir. Perkara ini amat penting diberi perhatian kepada pesakit dan penjaga kepada pesakit strok yang beragama Islam akan tuntutan untuk melakukan solat walau dalam keadaan apa sekali pun. Diharap, agar persoalan bagaimana kaedah mengambil wuduk dan melakukan solat yang bersesuaian dengan keadaan pesakit (rukhsah) dapat dijawab dengan baik. Tidak ketinggalan, buku ini menyentuh berkaitan keperluan tuntutan seks kerana ianya adalah naluri semula jadi seorang manusia. Penulis merasakan perkara ini perlu diketengahkan memandangkan masalah serta pergolakan rumahtangga bisa terjadi jika ianya tidak dapat ditangani dengan bijaksana. Selain itu, banyak lagi isu-isu yang dikupas dan amat penting untuk dibaca, diteliti dan difahami oleh semua pihak bukan sahaja untuk pesakit dan penjaga pesakit strok. Harapan akhir penulis agar semua lapisan masyarakat dapat menjaga kesihatan diri, mengelakkan dari risiko terjadinya strok dan membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Teknik Entire Body Risk Assessment (ENBORA) telah dibangunkan sebagai alat atau kaedah penilaian risiko ergonomik yang mudah dan praktikal digunakan untuk aktiviti atau tugasan kerja yang melibatkan keseluruhan anggota badan sama ada statik atau dinamik di tempat kerja. Buku ini bertujuan untuk membantu para pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, doktor kesihatan pekerjaan, ergonomis, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurus, eksekutif dan perunding keselamatan dan kesihatan pekerjaan), fisioterapi, terapi carakerja, jurutera, penyelidik, pensyarah, pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari langkah demi langkah bagaimana untuk menilai risiko ergonomik di tempat kerja dengan menggunakan teknik ENBORA. Teknik ENBORA direka sebagai alat pemerhatian yang menggunakan pen dan kertas sebagai medium untuk mengumpul data di tempat kerja. Teknik ENBORA ini boleh digunakan sebagai penilaian risiko ergonomik di tempat kerja yang lengkap serta memberikan penanda aras tahap risiko dan tindakan yang perlu diambil berkaitan dengan aktiviti atau tugasan kerja seharian.
Buku karya suntingan yang meneliti tentang perkembangan dalam pembangunan, pengurusan dan implikasi pelancongan pulau di Malaysia daripada pelbagai isu dan perspektif. Buku ini terdiri daripada EMPAT bahagian, iaitu: Bahagian A : Pembangunan Pelancongan di Pulau Peranginan Bahagian B : Pengurusan Ciri Tarikan dan Kemudahan Pelancongan Pulau Bahagian C : Implikasi Pembangunan Pelancongan Pulau Bahagian D : Isu Pelancong Antarabangsa dan Pulau Terpilih Buku ini memberikan manfaat dan amat berguna kepada mereka yang ingin mengkaji atau memperolehi pengetahuan lanjut tentang topik pelancongan pulau khususnya dalam konteks pembangunan, pengurusan dan implikasinya di Malaysia. Ia meliputi pelbagai pendekatan penulisan dan penghujahan dari yang bersifat konseptual sehinggalah kepada kajian kes terpilih.
This Malay > English lexicon is based on the 200+ language 8,000 entry World Languages Dictionary CD of 2007 which was subsequently lodged in national libraries across the world.
Insan cemerlang tidak hanya diukur dengan pencapaian akademik malah juga melalui akhlak yang terpuji. Akhlak dalam Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk nilai moral, etika, dan adab. Setiap Muslim ditegaskan supaya menghayatinya kerana insan cemerlang ialah orang yang paling baik akhlaknya. Justeru, buku ini membincangkan tentang konsep insan cemerlang, adab dalam kehidupan Muslim yang cemerlang di samping kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar.Doa pilihan yang mudah diamalkan dalam kehidupan turut dimuatkan di samping beberapa panduan fardu ain yang perlu dilaksanakan ke arah menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat.Buku ini sesuai dijadikan sebagai panduan atau 'manual book' kepada pelajar sekolah dan di institusi pengajian tinggi serta sesiapa sahaja yang inginkan kecemerlangan. Buku yang sederhana tebalnya ini mudah untuk dibawa ke mana-mana dan boleh dibaca dalam jangka masa yang pendek.
Buku ini menelusur topik-topik merangkumi isu kecerdasan emosi, personaliti, estim kendiri, komitmen, tadbir urus modal insan, kepimpinan insan dan interaksi ilmu psikologi. Penulis juga membincangkan perkaitan isu-isu itu dengan disiplin ilmu psikologi oleh Imam Al-Ghazali dari perspektif agama Islam. Dalam setiap organisasi walau di peringkat apa pun sangat memerlukan pemimpin yang berwibawa dan pengikut yang dinamik selaras dengan tuntutan agama. Organisasi yang mapan dan mampan berupaya membantu mewujudkan modal insan positif dalam masyarakat berkualiti sebagai kelangsungan ketinggian tamadun dalam sesebuah negara. Isu-isu tersebut turut dibincangkan dari aspek kepentingannya mewarnai senario dalam mana-mana organisasi manusia sebagai proses pembangunan insan yang seimbang, disamping membawa pembaca meneroka implikasi setiap daripadanya dari sisi positif dan negatif. Terdapat juga beberapa teori dan model yang dibincangkan dalam buku ini iaitu seperti Model Empat Cabang Kecerdasan Emosi Mayer dan Salovey (1997); Model Tiga Komponen Komitmen terhadap Organisasi Meyer dan Allen (1991); Teori Personaliti Eysenck (1952); Teori Estim Kendiri Rosenberg (1965) dan Perspektif Ilmu Psikologi oleh Imam Al-Ghazali.
Untuk memahami aspek perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak terutamanya yang bersangkutan dengan kognisi, Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak: Teori, Model, Kaedah dan Aktiviti Ke Arah Perkembangan Kognisi boleh dijadikan panduan khusus. Fokus penulisan meliputi aspek komunikasi, kreativiti, estetika dan keterampilan sains dan teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru dan bakal guru prasekolah. Untuk lebih pemahaman, model pengajaran disesuaikan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Untuk melengkapkan penulisan ini, penulis turut memuatkan kepentingan ruang pembelajaran yang kondusif bagi meningkatkan perkembangan kognisi kanak-kanak.
Buku ini memfokuskan kepada interaksi masyarakat dengan persekitaran mereka hasil daripada kajian serta tinjauan yang dihasilkan oleh penyelidik daripada pelbagai disiplin yang berkaitan. Bagi menarik minat pembaca, rangkuman 12 bab dalam buku ini yang disusun bermula dengan pengenalan, diikuti dengan interaksi masyarakat dengan persekitaran, beberapa kajian kes berkaitan masyarakat dan persekitaran dan diakhiri dengan penutup, diharap membantu mendidik pembaca khususnya masyarakat supaya peka dengan persekitaran yang diakibatkan oleh hubungan manusia khususnya masyarakat dengan persekitaran.
Pulau Langkawi merupakan lokasi yang menjadi tumpuan pengkaji untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang pelancongan. Buku ini boleh digunakan oleh pelbagai pihak sebagai rujukan untuk memahami dengan lebih lanjut tentang perkembangan industri pelancongan di sesebuah pulau peranginan dalam konteks pembangunan dan implikasinya. Buku ini memaparkan pelbagai topik tentang pelancongan di Pulau Langkawi berdasarkan hasil penyelidikan semasa serta disokong dengan sumber literatur, statistik dan rajah yang relevan dan terkini. Ia mencakupi beberapa kajian yang berkaitan dengan tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi. Beberapa bab dalam buku ini didapati amat signifikan dalam konteks kelestarian pembangunan pelancongan pada masa hadapan. Selain itu, buku ini memberikan informasi berguna kepada pihak pemegang taruh termasuk pembuat dasar dalam bidang pelancongan khususnya berkaitan dengan isu implikasi pelancongan, pengalaman percutian pelancong serta penerimaan komuniti tempatan.
Buku berkenaan penyakit vertibular periferi dan panduan keseimbangan badan dalam versi Melayu ini julung kalinya diterbitkan di Malaysia. Modul latihan keseimbangan badan ini merupakan modul yang diadaptasi dan diubahsuai daripada modul asal Customised Cawthorne-Cooksey Exercises yang telah dibangunkan oleh para saintis dari London, United Kingdom. Terdapat beberapa penambahan latihan yang telah imasukkan di dalam modul latihan ini seperti beberapa pergerakan solat. Di samping itu juga saya telah mendapat kebenaran untuk menterjenahkan rentetan daripada penerbitan Bal Ex : Modul Video Latihan Keseimbangan Badan untuk Panduan di Rumah. Penerbitan buku ini dapat memudahkan para pesakit yang mengalami masalah kepeningan dan para pelajar untuk mempelajari tentang penyakit vertibular periferi dan teknik melakukan latihan keseimbangan badan. Para pesakit juga dapat menjalankan latihan keseimbangan di rumah atau di tempat kerja tanpa memerlukan lawatan yang terlalu kerap ke unit terapi atau hospital. Selain itu, para pesakit dapat menjalankan terapi dengan teratur dengan merujuk kepada buku ini. Latihan keseimbangan badan merupakan satu teknik perubatan dalam bentuk latihan fizikal yang telah terbukti keberkesanannya dalam membantu pesakit yang mengalami masalah keseimbangan badan atau kepeningan. Siri latihan keseimbangan badan ini dapat mengurangkan tanda dan gejala ketidakseimbangan badan untuk pesakit tersebut. Secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan lagi taraf kualiti hidup. Fokus utama dalam sesi latihan ini ialah dapat merangsang otak seseorang pesakit untuk pulih sepenuhnya dan dapat mengadaptasi masalah keadaan keseimbangan badan yang dihadapi oleh seseorang pesakit. Akhir kata saya amat berharap agar dengan terbitnya buku penyakit vertibula periferi dan kaedah rawatan menggunakan Bal Ex: Modul video latihan keseimbangan badan untuk panduan di rumah ini dapat membantu lebih ramai pesakit di luar sana dalam menjalani rawatan. Secara tidak langsung, saya berharap semoga penghasilan buku ilmiah ini dapat memperkembangkan dan memantapkan lagi bidang klinikal vertibular di Malaysia.
Kesejahteraan individu pada hari ini banyak bergantung kepada pengawalan emosi dan juga pengawalan minda yang rasional. Manusia yang berkonflik biasanya mudah untuk mengikut satu jalan penyelesaian yang negatif, jika diikuti oleh emosi yang melulu dan juga tidak menggunakan akal yang waras dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Justeru, buku ini memaparkan tentang konflik yang melanda masyarakat kita pada hari ini, dan bagaimana untuk menanganinya pada masa sekarang dan juga akan datang. Pelbagai faktor penyebab kepada berlakunya konflik ini, dan bergantung kepada individu untuk meneruskannya dengan cara yang terbaik atau juga sebaliknya. Contoh-contoh kes yang dipaparkan juga diharapkan dapat membantu serba sedikit dalam penyelesaian sebarang konflik yang melanda, sama ada untuk individu, keluarga, masyarakat dan juga negara. Individu yang berjaya, adalah individu yang pandai mengawal sebarang isu konflik yang melanda dalam dirinya. Hanya anda yang berhak tentukan kehidupan diri anda.
Menguruskan rujukan merupakan antara elemen penting dalam penulisan berbentuk penyelidikan. Pada hari ini kaedah konvensional tidak lagi berkesan dan cekap dalam menguruskan rujukan apatah lagi apabila penyelidik terpaksa berhadapan dengan senarai rujukan yang banyak. Sehubungan itu, penyelidik di abad ke-21 ini harus menggunakan teknologi dan perisian yang mampu mengurus dan menyimpan data rujukan dengan lebih mudah dan tersusun. Buku ini bertujuan untuk membantu penyelidik untuk mengurus dan menggunakan EndNote dengan fokus kepada isu dan permasalahan semasa menggunakan perisian ini. Penerbitan edisi ini adalah lanjutan daripada buku EndNote (Asas) terbitan sebelum ini. Penulis berharap, paparan dan maklumat yang ada dapat membantu anda untuk berasa lebih yakin lagi untuk menggunakan perisian ini.
Buku ini mengandungi 8 topik langkah demi langkah dari penyediaan isi kandungan laman web hinggalah kepada memasukkan modul-modul dan komponen-komponen untuk membina laman web CMS. Ini untuk memastikan pembaca dapat memahami dan seterusnya menggunakan langkah-langkah yang diberi sebagai panduan untuk membina laman web CMS ini nanti. Selain itu, setiap langkah disertakan gambarajah bagi menunjukkan gambaran yang sebenar apa yang perlu dilakukan oleh pembaca semasa membina laman web CMS ini.
Menguruskan rujukan merupakan antara elemen penting dalam penulisan berbentuk penyelidikan. Pada hari ini kaedah konvensional tidak lagi berkesan dan cekap dalam menguruskan rujukan apatah lagi apabila penyelidik terpaksa berhadapan dengan beratus senarai rujukan. Sehubungan itu, penyelidik di abad ke-21 ini harus menggunakan teknologi dan perisian yang mampu mengurus dan menyimpan data rujukan dengan lebih mudah dan tersusun. EndNote adalah antara perisian rujukan yang mempunyai keupayaan untuk menyimpan dan menguruskan semula rujukan. Anda boleh menggunakan EndNote untuk menyimpan rujukan, memasukkan petikan ke dalam dokumen dan yang penting ialah ia mampu diproses secara automatik ketika anda menyusun senarai rujukan dalam pelbagai format. Oleh yang demikian, pengetahuan asas dalam menggunakan perisian ini amat penting supaya anda lebih berasa yakin dan cekap. Buku ini menerangkan kaedah menggunakan EndNote bermula dari proses memuat turun perisian ini hingga kepada Cite While You Write (CWYW).
Buku ini mengandungi enam topik dan terdapat langkah demi langkah bagaimana hendak memasang dan menjalankan pelayan web sumber terbuka dan perisiannya boleh didapati secara percuma di internet. Langkah demi langkah diterangkan bagi memastikan pembaca dapat memahami dan seterusnya menggunakan langkah-langkah yang diberi sebagai panduan untuk menjalankan pelayan web di dalam komputer. Selain itu setiap langkah disertakan gambar rajah bagi menunjukkan gambaran yang sebenar apa yang perlu dilakukan oleh pembaca semasa menjalankan pelayan web ini. Diharapkan agar buku ini dapat membantu pembaca yang ingin memahami dan cuba untuk memulakan pelayan web di komputer ataupun di Server.
Sistem pangkalan data merupakan satu aspek yang penting dalam dunia pengkomputeran. Kebanyakan aplikasi berkomputer menggunakan pangkalan data untuk menyimpan, mengakses, serta mengurus data untuk tujuan kegunaan masa hadapan. Perkembangan pangkalan data juga berkembang seiring dengan perkembangan teknologi ICT yang lain kerana ia perlu mengikut tren dan kesesuaian aplikasi. Buku ini membincangkan aspek teoritikal pangkalan data yang mana merupakan asas kepada pembangunan pangkalan data. Konsep dan teori ini amat penting dalam memahami proses mereka bentuk dan membangunkan sistem pangkalan data. Penekanan buku ini adalah berfokus kepada peringkat reka bentuk dengan memahami terminologi dan definisi serta teknik mereka bentuk jadual menggunakan model yang sesuai dan manipulasi data menggunakan bahasa pertanyaan berstruktur (SQL).
Buku Jom Belajar PHP dan MySQL akan membantu anda menjadi seorang pengaturcaraan laman web dinamik. Buku ini mengajar pengaturcaraan PHP secara tersusun dan teratur. Selain daripada pengaturcaraan PHP, buku ini juga disertakan pengenalan berkaitan pangkalan data MySQL dan pengaturcaraan HTML. Buku ini berkonsepkan tutorial visual dengan menampilkan penerangan, contoh-contoh pengaturcaraan beserta rajah output bagi memudahkan pemahaman para pembaca. Topik-topik yang akan dipelajari : • Pengenalan pengaturcaraan PHP • Konfigurasi pelayan • Asas penggunaan pangkalan data MySQL • Sambungan PHP kepada pangkalan data MySQL • Pengenalan pembolehubah, operator dan penyataan pada PHP • Mengenal fungsi dan tatasusunan PHP • Manipulasi fail, rentetan aksara dan tarikh • Penggunaan Cookies dan Session • Muat naik fail • Pengesanan ralat.