9 record(s) found
Saya harap buku ini akan memberi manfaat dan berguna untuk anda. Kolestrol ialah perkataan yang popular hari ini, kerana neraca yang anda secara harfiahnya bermaksud hidup atau mati. Namun begitu, terdapat beberapa aliran pemikiran bahawa pendapat itu mungkin betul. Perkara itu membuatkan keputusan tentang makanan kepada kebanyakan kita sangat sukar. Saya berharap buku ini akan mencetus minat anda untuk melihat tentang subjek tersebut dengan lebih mendalam.Anda juga mempunyai hak untuk menggunakan artikel dalam penerbitan anda sendiri. Saya harap buku ini akan memberi manfaat dan berguna untuk anda. Kolestrol ialah perkataan yang popular hari ini, kerana neraca yang anda secara harfiahnya bermaksud hidup atau mati. Namun begitu, terdapat beberapa aliran pemikiran bahawa pendapat itu mungkin betul. Perkara itu membuatkan keputusan tentang makanan kepada kebanyakan kita sangat sukar. Saya berharap buku ini akan mencetus minat anda untuk melihat tentang subjek tersebut dengan lebih mendalam. Maklumat dalam buku audio ini tentang kolestrol dan subjek berkaitan disusun dalam 17 tajuk dalam 500-600 perkataan setiap satu. Ini akan membantu anda memahami serta menguruskan tahap kolestrol anda, dan malah mungkin membantu mengelakkan anda daripada ubat-ubatan. Sebagai bonus tambahan, saya memberi anda keizinan untuk menggunakan kandungan pada tapak web anda atau dalam blog dan surat berita anda sendiri, walaupun adalah lebih baik sekiranya anda menyusun serta menulis semula dalam kata-kata anda terlebih dahulu.
Buku "Rawatan Holistik Cara Sunnah untuk Pesakit G6PD: Meraih Keseimbangan dan Kesihatan" adalah panduan yang menakjubkan untuk membantu pesakit G6PD mencapai keseimbangan tubuh secara semulajadi. Penulis yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang rawatan holistik dan cara sunnah telah mengumpulkan maklumat terperinci tentang kesan G6PD pada tubuh dan cara-cara untuk mengurangkan kesan negatif ini. Buku ini memberikan senarai makanan yang perlu dielakkan dan senarai makanan yang boleh diambil bagi pesakit G6PD. Terdapat juga resepi yang sihat dan enak yang sesuai untuk pesakit G6PD. Penulis memberikan penjelasan yang jelas mengenai kesan negatif makanan tertentu pada pesakit G6PD dan memberi nasihat tentang cara memilih makanan yang sesuai untuk keperluan individu. Selain itu, buku ini juga membincangkan tentang teknik-teknik rawatan holistik seperti refleksologi dan penggunaan minyak pati untuk membantu dalam pemulihan. Penulis memberikan tips berguna tentang gaya hidup sihat dan amalan yang dapat membantu pesakit G6PD mengelakkan krisis hemolitik dan menjaga keseimbangan tubuh secara semulajadi. Buku ini pasti menjadi panduan yang berharga bagi pesakit G6PD dan keluarga mereka. Ia bukan hanya membantu pesakit G6PD mengurangkan kesan negatif penyakit ini pada tubuh, tetapi juga memberikan pengetahuan yang luas tentang kesihatan holistik dan cara sunnah untuk meraih keseimbangan dan kesihatan. Dengan membaca buku ini, pesakit G6PD akan merasa lebih selamat dan lebih berdaya saing dalam memulihkan diri mereka dan menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan.
Teknik Entire Body Risk Assessment (ENBORA) telah dibangunkan sebagai alat atau kaedah penilaian risiko ergonomik yang mudah dan praktikal digunakan untuk aktiviti atau tugasan kerja yang melibatkan keseluruhan anggota badan sama ada statik atau dinamik di tempat kerja. Buku ini bertujuan untuk membantu para pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, doktor kesihatan pekerjaan, ergonomis, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurus, eksekutif dan perunding keselamatan dan kesihatan pekerjaan), fisioterapi, terapi carakerja, jurutera, penyelidik, pensyarah, pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari langkah demi langkah bagaimana untuk menilai risiko ergonomik di tempat kerja dengan menggunakan teknik ENBORA. Teknik ENBORA direka sebagai alat pemerhatian yang menggunakan pen dan kertas sebagai medium untuk mengumpul data di tempat kerja. Teknik ENBORA ini boleh digunakan sebagai penilaian risiko ergonomik di tempat kerja yang lengkap serta memberikan penanda aras tahap risiko dan tindakan yang perlu diambil berkaitan dengan aktiviti atau tugasan kerja seharian.
Kesejahteraan psikologi merupakan satu perkara yang sangat subjektif untuk dinilai. Perbincangan bab-bab dalam buku ini lebih mengkhusus kepada kefungsian sesebuah keluarga, perwatakan antagonis (negatif) yang memberikan kesan negatif terhadap prestasi kerja, peranan keluarga yang mensejahterakan belia, kesunyian dalam kalangan warga emas, keluarga yang sihat dan termasuklah isu transeksual mengikut perspektif Islam dan keluarga. Perbincangan bab lain lagi ialah kesan emosi dan sokongan sosial terhadap golongan HIV, isu homoseksual di Malaysia dan pendekatan terapi lukisan dalam kalangan penjawat awam. Kesemua bab-bab ini meliputi aspek-aspek kompilasi kajian yang menjurus ke arah kesejahteraan psikologi semua pihak sama ada melibatkan golongan majoriti, mahupun minoriti. Kepentingan mencapai tahap kesejahteraan psikologi ini akan dapat membuka banyak ruang kebaikan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara untuk jangka masa panjang.
Strok merupakan salah satu penyakit kronik yang mempunyai peratusan pesakit yang tinggi dan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Buku ini memberikan panduan dan rujukan dalam mengenali penyakit strok, punca-punca, teknik rawatan dan kesan-kesannya terhadap pesakit. Pengetahuan yang diperoleh dari buku ini diharapkan dapat membantu keluarga dan pesakit yang mendapat serangan strok berhadapan dengan penyakit ini serta dapat memantapkan lagi bidang klinikal strok di Malaysia.
Buku berkenaan penyakit vertibular periferi dan panduan keseimbangan badan dalam versi Melayu ini julung kalinya diterbitkan di Malaysia. Modul latihan keseimbangan badan ini merupakan modul yang diadaptasi dan diubahsuai daripada modul asal Customised Cawthorne-Cooksey Exercises yang telah dibangunkan oleh para saintis dari London, United Kingdom. Terdapat beberapa penambahan latihan yang telah imasukkan di dalam modul latihan ini seperti beberapa pergerakan solat. Di samping itu juga saya telah mendapat kebenaran untuk menterjenahkan rentetan daripada penerbitan Bal Ex : Modul Video Latihan Keseimbangan Badan untuk Panduan di Rumah. Penerbitan buku ini dapat memudahkan para pesakit yang mengalami masalah kepeningan dan para pelajar untuk mempelajari tentang penyakit vertibular periferi dan teknik melakukan latihan keseimbangan badan. Para pesakit juga dapat menjalankan latihan keseimbangan di rumah atau di tempat kerja tanpa memerlukan lawatan yang terlalu kerap ke unit terapi atau hospital. Selain itu, para pesakit dapat menjalankan terapi dengan teratur dengan merujuk kepada buku ini. Latihan keseimbangan badan merupakan satu teknik perubatan dalam bentuk latihan fizikal yang telah terbukti keberkesanannya dalam membantu pesakit yang mengalami masalah keseimbangan badan atau kepeningan. Siri latihan keseimbangan badan ini dapat mengurangkan tanda dan gejala ketidakseimbangan badan untuk pesakit tersebut. Secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan lagi taraf kualiti hidup. Fokus utama dalam sesi latihan ini ialah dapat merangsang otak seseorang pesakit untuk pulih sepenuhnya dan dapat mengadaptasi masalah keadaan keseimbangan badan yang dihadapi oleh seseorang pesakit. Akhir kata saya amat berharap agar dengan terbitnya buku penyakit vertibula periferi dan kaedah rawatan menggunakan Bal Ex: Modul video latihan keseimbangan badan untuk panduan di rumah ini dapat membantu lebih ramai pesakit di luar sana dalam menjalani rawatan. Secara tidak langsung, saya berharap semoga penghasilan buku ilmiah ini dapat memperkembangkan dan memantapkan lagi bidang klinikal vertibular di Malaysia.
Masyarakat kita sering mengaitkan penyakit mental dengan kuasa di luar kawalan manusia seperti hantu, jin, syaitan dan makhluk halus lain. Seorang dukun atau bomoh dianggap mempunyai kepakaran merawat mereka yang 'dirasuk' ini serta memulihkan keadaan mental mereka seperti sedia kala. Apabila kita mengenali atau menamakan sesuatu tingkah laku sebagai kecelaruan tingkah laku, kita sering berpandukan kepada apa yang dikenali sebagai norma masyarakat. Bagi mereka yang mengikuti apa yang dilakukan oleh masyarakat, maka perbuatan mereka dianggap normal. Sebaliknya sekiranya apa yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan kelaziman masyarakat, ia dikatakan menyimpang daripada norma masyarakat ataupun dinamakan abnormal. Buku ini membincangkan beberapa jenis penyakit mental dan bagaimana psikoterapi dan perubatan moden digunakan dalam rawatan penyakit mental.
AWET MUDA: 7 Rahsia Kesihatan Holistik merupakan karya yang diterbitkan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan berasaskan kesihatan holistik menerusi pemantapan minda separa sedar dan amalan hidup sihat. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelulusan akademik, jantina, agama dan usia.Buku ini menjelaskan kepentingan program awet muda dari perspektif penjagaan kesihatan secara bersepadu dengan mengambil kira kemajuan perubatan moden, gaya hidup sihat dan ajaran agama. Buku ini memberi penekanan kepada minda separa sedar; memahami kaedah penjagaan kesihatan secara ideal, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai model kesihatan holistik menerusi pemugaran minda, pemakanan dan minuman, keperluan tidur, riadah, amalan ritual, dan pengawalan tekanan.Dalam buku ini, penulis menggariskan 7 rahsia bagi menjadi awet muda. Rahsia pertama memerlukan persiapan minda yang kental dan perlu sentiasa konsisten serta pengawalan tekanan supaya hidup sentiasa tenang, ceria dan gembira. Kita juga perlu sentiasa bertitik-tolak daripada kefahaman ajaran Islam yang sebenar. Justeru kita perlu memahami dan menggunakan sistem limbik dengan input positif sama ada melalui pemikiran positif, cita-cita dan doa.Rahsia lain ialah rahsia tentang pemakanan dan pengambilan air yang mencukupi. Dapatkan makanan seimbang mengikut keperluan karbohidrat, protein dan lemak. Rahsia seterusnya melakukan senaman iaitu bagi mencorakkan cara hidup yang aktif merupakan salah satu kunci untuk sihat. Senaman membuahkan impak kepada menjaga DNA, mengimbangkan hormon, membantu mengekalkan bentuk badan serta menjaga komposisi badan dan dapat mengurangkan tekanan.Pengambilan makanan tambahan juga menjadi rahsia penting dalam menjalani kehidupan moden. Tekanan kerja, pencemaran alam sekitar, pengurangan zat-zat di dalam makanan dan cara hidup moden mengundang radikal bebas serta kekurangan vitamin dan mineral di dalam pemakanan dapat digantikan semula untuk memastikan DNA tidak mengalami kerosakan dan dapat dibaik pulih.Selain itu, rahsia penjagaan kulit penting untuk awet muda kerana kulit adalah organ pertama yang dapat dilihat oleh mata kasar. Keadaan kesihatan kulit juga memberikan persepsi orang kepada kita terutamanya pada bahagian muka. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa penjagaan kulit bukan semata-mata terletak pada muka, sebaliknya meliputi keseluruhan badan.Penulis menegaskan bahawa sikap yang konsisten dalam melakukan sesuatu aktiviti kunci kejayaan bagi apa jua program, termasuklah program awet muda dan kesihatan holistik. Jika kita mempunyai ilmu tetapi tidak diamalkan, hasilnya tidak mendatangkan banyak manfaat. Dalam hal ini, keikhlasan adalah asas penting untuk menyuburkan sikap konsisten. Justeru kita perlu melakukan program awet muda dan penjagaan kesihatan holistik semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.Buku yang memberi perimbangan antara kepentingan kesihatan, perkembangan minda, tuntutan kerjaya dan matlamat kehidupan. Garapan berlandaskan perspektif Islam menjadikan buku ini bersifat holistik dan relevan.(Datin Norjuma Habib Muhamed, isteri Dato' Mohamed Nazim Razak)AWET MUDA ... buku yang mengemukakan konsep bersepadu antara kesihatan moden, amalan harian yang serasi dengan pendekatan saintifik dan ajaran Islam.(Prof. Jasmy Yunus, Dekan Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan, UTM)“.
The Sajian Sunnah Diet Rasulullah s.a.w is cooking book filled with the sunnah ingredients,as well as, detailed informationabout health and science that will be shared by the nutrionist (from KPJ Kajang Hospital). It has been analysed by Ustaz Don and certified by the Regional Mufti.