14 record(s) found
pengenalan Tidakkah anda ingin mengetahui rahsia perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan, terutama daripada pasangan suami isteri yang bahagia yang telah memupuk seni memimpin hubungan yang bahagia? Kami mendedahkan kunci kepada perkahwinan yang berjaya ini yang akan membantu anda menyelesaikan masalah perkahwinan, melucutkan senjata pasangan yang bercanggah dan membantu anda mencipta dan mengekalkan perkahwinan yang berjaya. Setiap perkahwinan ada pasang surutnya. Walaupun kedengaran klise, cabaran adalah lumrah kepada pasang surut kehidupan berumah tangga. Tempoh tekanan, kebosanan dan komunikasi yang lemah adalah sebahagian daripada kursus. Perkahwinan memerlukan kerja. Perkahwinan memang memerlukan kerja, dan seperti apa-apa lagi dalam hidup, anda perlu melakukan kerja untuk menuai ganjaran. Tetapi kerja perkahwinan bukan seperti membersihkan tandas dan membuang sampah. Bahagian Pertama Apakah erti perkahwinan yang berjaya bagi anda? Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa, namun makna perkahwinan yang berjaya berbeza dari pasangan ke pasangan. Tiada definisi yang jelas tentang perkahwinan yang berjaya. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa definisi standard perkahwinan yang berjaya. 1. Mempunyai isteri yang baik Bagi sesetengah orang, perkahwinan yang berjaya bermakna mempunyai isteri yang baik. Bagi sesetengah orang yang berkahwin, seorang wanita solehah yang akan menjaga suami mereka dan menyokongnya dalam apa jua keadaan adalah yang menjadikan perkahwinan itu berjaya.
Buku ini merupakan kompilasi daripada halaman Facebook dan blog norzilazakaria.blogspot.com. Ia adalah kisah komunikasi penulis dengan anak-anak mereka untuk siri yang kedua. Penulis memberikan perkongsian bagaimana mereka menanamkan keyakinan kepada Allah dan melatih anak-anak mereka untuk melakukan ibadat seperti solat dan puasa sejak anak-anak kecil lagi. Penerangan mengapa perlu melakukan itu semua dijelaskan kepada anak-anak agar mereka faham bahawa semua perbuatan hanyalah untuk mencari redha Allah SWT.Buku komunikasi dengan anak-anak memang banyak di pasaran dan kebanyakannya dalam bentuk teori. Buku ini menceritakan kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian dan mempunyai dialog-dialog sebenar untuk memudahkan pemahaman dan boleh dipraktikkan. Buku ini ditulis dengan persembahan yang santai dan mudah difahami seolah-olah cerpen. Ia dapat menarik minat pembaca kerana menggambarkan situasi sebenar.Sasaran pembaca buku ini terdiri daripada ibu bapa, para guru di prasekolah, sekolah rendah dan menengah.
Buku ini ditulis bagi tujuan mendidik masyarakat umum terutamanya bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga atau akan dikurniakan cahaya mata mengenai kepentingan mengetahui perubahan yang bakal mereka hadapi ketika hamil. Buku ini juga mengupas lebih komprehensif perihal perubahan fizikal, emosi dan hubungan, teknik –teknik senaman, penjagaan dan pemulihan diri yang betul, dan isu-isu berkaitan dengan wanita semasa proses kehamilan (antenatal), pengalaman yang bakal mereka tempuhi ketika proses kelahiran dan penjagaan postnatal (selepas melahirkan bayi).
Terapi seni visual merupakan satu terapi yang memfokuskan kepada penggunaan kreativiti dalam proses menolong. Penggunaan lukisan, kolaj, muzik, imej dan symbol yang digabungkan secara multimodal ternyata berkesan dalam membantu ibu tunggal menangani regulasi kognitif emosi (cara seseorang itu berfikir dan membuat penilaian terhadap sesuatu peristiwa yang dihadapi) dan kebimbangan. Monograf ini membincangkan dapatan kajian yang dijalankan secara eksperimental terhadap ibu tunggal di daerah Kuala Terengganu dan Marang. Aspek-aspek penerimaan, menyalahkan diri, membina perspektif baharu, pemikiran tidak rasional yang memudaratkan, menyalahkan orang lain serta kebimbangan dapat dihuraikan. Terapi ini boleh dijadikan alternative kepada kaunselor dalam proses menolong.
Strok merupakan salah satu penyakit kronik yang mempunyai peratusan pesakit yang tinggi dan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Buku ini memberikan panduan dan rujukan dalam mengenali penyakit strok, punca-punca, teknik rawatan dan kesan-kesannya terhadap pesakit. Pengetahuan yang diperoleh dari buku ini diharapkan dapat membantu keluarga dan pesakit yang mendapat serangan strok berhadapan dengan penyakit ini serta dapat memantapkan lagi bidang klinikal strok di Malaysia.
Syarahan ini bertujuan memaparkan realiti sebuah kehidupan berhubung isu-isu semasa pengurusan alam sekitar yang semakin parah akibat kegiatan manusia itu sendiri. Masalah ini dilihat mengikut dimensi masa silam dan kini. Pembuat dasr masa lalu lebih menitikberatkan pembangunan fizikal mungkin kerana kaedah penilaian alam sekitar belum diberi keutamaan. Kepupusan sumber asli dan kesannya terhadap alam sekitar berlanjutan sehingga tahun-tahun kebelakangan apabila gagasan pembangunan mapan diisytiharkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai matlamat utama pada milenium ini. Setelah kesedaran alam sekitar diiktiraf, negara telah menggubal akta-akta alam sekitar yang mantap tetapi sayang penguatkuasaannya tidak semantap akta mungkin disebabkan kekurangan kakitangan. Negara belum berusaha menginternalisasikan kos luaran sosial kepada syarikat pencemar, sumber yang hampir pupus terus diterokai tanpa mengambil kira pengurusan intertemporal yang mendukung pembangunan lestari, oleh itu negara masih berhadapan masalah tersebut - - kesesakan jalan raya dan penerima kesan luaran belum terbela. Di peringkat antarabangsa isu alam sekitar meskipun digazet dan dilaung-laungkan, pencerobohan alam sekitar paling besar terus dibiarkan berlaku dengan peperangan yang berlanjutan yang disokong negara-negara maju. Syarahan ini meninjau lebih jauh terhadap persoalan keutamaan ilmu dan membicarakan realiti sebuah krhidupan mengikut perspektif falsafah Islam. Secara tidak langsung soalan yang dikemukakan ialah kenapa masyarakat kini begitu terpikat dengan isu-isu sosial, ekonomi, alam sekitar dan selainnya tetapi tidak pernah menyatakan mahabbahnya terhadap Tuhan penciptanya. Kebanyakan manusia pada umumnya berusaha segigih mungkin semata-mata untuk mencapai kecemerlangan intelek bagi melahirkan golongan minda kelas pertama. Pandangan sedemikian yang terfokus kepada kecemerlangan dunia walaupun diperlukan (necessary) jauh daripada mencukupi (insufficient) kerana kecermelangan akhirat dikorbankan dan merupakan kos melepas yang besar nilainya. Pengembaraan manusia bukan terhenti di Alam Syahadah, tetapi masih jauh yang pasti dilalui termasuk Alam Kubur, keperitan di Padang Mahsyar, Menyeberangi Titian Sira Tol Mustakim, Penerimaan Buku Catatan Pahala dan Dosa. Syurga dan Neraka. Bahagian ini membicarakan ilmu yang wajib dihayati manusia bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: 1. Memahami Bahasa Cinta Adam dan Hawa: Memberi tip-tip bagaimana memahami perubahan yang akan terjadi dan persediaan untuk lelaki dan wanita dalam menempuh dunia percintaan. 2. Menjadi Arkitek Percintaan: Mengetengahkan unsur-unsur yang berpengaruh dalam membina dunia cinta serta mendedahkan perubahan sikap, pemikiran serta tindakan pasangan yang bercinta. 3. Bahasa Universal Pencinta: Memberi tip-tip bagaimana mahu mewujudkan cinta yang berpengaruh dan perkara yang dihargai oleh pasangan. Buku ini memberi ramuan-ramuan indah untuk pasangan yang mahu memahami antara satu sama lain dengan cara yang betul bagi mengekalkan perhubungan suci yang utuh terjalin.
Sebelum Aku Bernikah, Telah aku lamar seorang perempuan, Aku kira engkau adalah dia, Aku berharap engkau adalah dia, Boleh jadi bukan, Boleh jadi ya, Kerana engkau sahaja aku cinta, Bukan tunangku, Bukan yang nanti menjadi isteriku, Melainkan dia adalah engkau, Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku...
Manusia sering menghadapi dilema dan kesulitan dalam membuat pilihan. Tersilap langkah, keputusan yang dipilih menjadikan situasi menjadi lebih sukar. Tepat memilih pula, membuatkan hati menjadi teruja dan lega, sehingga kadangkala terlupa, itu semua ilham daripada Tuhan yang Maha Esa. Istikharah Cinta turut mengupas: Mengenal pasti pilihan berkualiti menurut Islam Tip mengurus, memelihara, dan menyuburkan keserasian cinta Kisah menarik bagaimana Ummu Sulaim membuat pilihan dengan menolak pinangan Abu Thalhah Pernikahan luar biasa Muslim bin Umran, saudagar terkaya di Kota Landasan ikhlas menurut Profesor Dr. Yusuf al-Qaradhawi “Ya Allah, aku memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuan-Mu dan memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu, juga aku memohon kurnia-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, sekiranya dalam ilmu-Mu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan berkat kepada aku melaluinya. Sebaliknya, apabila dalam ilmu-Mu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, lalu jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua. Kemudian, puaskan hatiku dengan takdir-Mu itu.â€.
Tahukah anda, kebanyakan ibu menyusu mengalami masalah yang hampir sama. Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya ini membongkar penyelesaian kepada masalah-masalah biasa yang dialami ibu menyusu dan menyingkap rahsia penyusuan dengan mudah bagi merealisasikan impian anda untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Anda pasti jatuh cinta lagi kepada penyusuan ibu!.
"Buku ini menceritakan pengalaman 30 tahun seorang ibu mendidik 5 orang anak lelaki menjadi huffaz Al-Quran dan dalam masa yang ama mereka juga memiliki bidang kerjaya profesional masing-masing seperti doktor perubatan, peguam,pengurus syarikat dan jurulatih motivasi. Pengalaman-pengalaman ini dihimpunkan dalam sebuah naskhah wajib baca "20 Tip & Rahsia Membina keluarga PROFAZZ"
Buku ini diterbitkan sebagai panduan persediaan bakal pengantin ke jinjang pelamin dari perjalanan merisik sehinggalah berakhirnya majlis perkahwinan tersebut. Semoga dengan adanya buku ini,dapat memberi panduan kepada bakal-bakal pengantin dalam menyedikan persiapan mereka dengan lebih teratur.
Buku in adalah kompilasi pilihan majalah Saji, resepi kegemaran sekeluarga yang diilhamkan bagi memudahkan peminat masakan mencubanya sendiri. Pelbagai resepi aneka nasi boleh anda cuba. Resepi mudah dan ringkas ini ditulis dengan bahan-bahan dan cara menyediakan masakan.
Buku in adalah kompilasi pilihan majalah Saji, resepi kegemaran sekeluarga yang diilhamkan bagi memudahkan peminat masakan mencubanya sendiri. Pelbagai resepi lauk-pauk boleh anda cuba. Resepi mudah dan ringkas ini ditulis dengan bahan-bahan dan cara menyediakan masakan.