8 record(s) found
Menguruskan rujukan merupakan antara elemen penting dalam penulisan berbentuk penyelidikan. Pada hari ini kaedah konvensional tidak lagi berkesan dan cekap dalam menguruskan rujukan apatah lagi apabila penyelidik terpaksa berhadapan dengan senarai rujukan yang banyak. Sehubungan itu, penyelidik di abad ke-21 ini harus menggunakan teknologi dan perisian yang mampu mengurus dan menyimpan data rujukan dengan lebih mudah dan tersusun. Buku ini bertujuan untuk membantu penyelidik untuk mengurus dan menggunakan EndNote dengan fokus kepada isu dan permasalahan semasa menggunakan perisian ini. Penerbitan edisi ini adalah lanjutan daripada buku EndNote (Asas) terbitan sebelum ini. Penulis berharap, paparan dan maklumat yang ada dapat membantu anda untuk berasa lebih yakin lagi untuk menggunakan perisian ini.
Buku ini mengandungi 8 topik langkah demi langkah dari penyediaan isi kandungan laman web hinggalah kepada memasukkan modul-modul dan komponen-komponen untuk membina laman web CMS. Ini untuk memastikan pembaca dapat memahami dan seterusnya menggunakan langkah-langkah yang diberi sebagai panduan untuk membina laman web CMS ini nanti. Selain itu, setiap langkah disertakan gambarajah bagi menunjukkan gambaran yang sebenar apa yang perlu dilakukan oleh pembaca semasa membina laman web CMS ini.
Menguruskan rujukan merupakan antara elemen penting dalam penulisan berbentuk penyelidikan. Pada hari ini kaedah konvensional tidak lagi berkesan dan cekap dalam menguruskan rujukan apatah lagi apabila penyelidik terpaksa berhadapan dengan beratus senarai rujukan. Sehubungan itu, penyelidik di abad ke-21 ini harus menggunakan teknologi dan perisian yang mampu mengurus dan menyimpan data rujukan dengan lebih mudah dan tersusun. EndNote adalah antara perisian rujukan yang mempunyai keupayaan untuk menyimpan dan menguruskan semula rujukan. Anda boleh menggunakan EndNote untuk menyimpan rujukan, memasukkan petikan ke dalam dokumen dan yang penting ialah ia mampu diproses secara automatik ketika anda menyusun senarai rujukan dalam pelbagai format. Oleh yang demikian, pengetahuan asas dalam menggunakan perisian ini amat penting supaya anda lebih berasa yakin dan cekap. Buku ini menerangkan kaedah menggunakan EndNote bermula dari proses memuat turun perisian ini hingga kepada Cite While You Write (CWYW).
Buku ini mengandungi enam topik dan terdapat langkah demi langkah bagaimana hendak memasang dan menjalankan pelayan web sumber terbuka dan perisiannya boleh didapati secara percuma di internet. Langkah demi langkah diterangkan bagi memastikan pembaca dapat memahami dan seterusnya menggunakan langkah-langkah yang diberi sebagai panduan untuk menjalankan pelayan web di dalam komputer. Selain itu setiap langkah disertakan gambar rajah bagi menunjukkan gambaran yang sebenar apa yang perlu dilakukan oleh pembaca semasa menjalankan pelayan web ini. Diharapkan agar buku ini dapat membantu pembaca yang ingin memahami dan cuba untuk memulakan pelayan web di komputer ataupun di Server.
Sistem pangkalan data merupakan satu aspek yang penting dalam dunia pengkomputeran. Kebanyakan aplikasi berkomputer menggunakan pangkalan data untuk menyimpan, mengakses, serta mengurus data untuk tujuan kegunaan masa hadapan. Perkembangan pangkalan data juga berkembang seiring dengan perkembangan teknologi ICT yang lain kerana ia perlu mengikut tren dan kesesuaian aplikasi. Buku ini membincangkan aspek teoritikal pangkalan data yang mana merupakan asas kepada pembangunan pangkalan data. Konsep dan teori ini amat penting dalam memahami proses mereka bentuk dan membangunkan sistem pangkalan data. Penekanan buku ini adalah berfokus kepada peringkat reka bentuk dengan memahami terminologi dan definisi serta teknik mereka bentuk jadual menggunakan model yang sesuai dan manipulasi data menggunakan bahasa pertanyaan berstruktur (SQL).
Buku Jom Belajar PHP dan MySQL akan membantu anda menjadi seorang pengaturcaraan laman web dinamik. Buku ini mengajar pengaturcaraan PHP secara tersusun dan teratur. Selain daripada pengaturcaraan PHP, buku ini juga disertakan pengenalan berkaitan pangkalan data MySQL dan pengaturcaraan HTML. Buku ini berkonsepkan tutorial visual dengan menampilkan penerangan, contoh-contoh pengaturcaraan beserta rajah output bagi memudahkan pemahaman para pembaca. Topik-topik yang akan dipelajari : • Pengenalan pengaturcaraan PHP • Konfigurasi pelayan • Asas penggunaan pangkalan data MySQL • Sambungan PHP kepada pangkalan data MySQL • Pengenalan pembolehubah, operator dan penyataan pada PHP • Mengenal fungsi dan tatasusunan PHP • Manipulasi fail, rentetan aksara dan tarikh • Penggunaan Cookies dan Session • Muat naik fail • Pengesanan ralat.
Buku ini memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif kepada guru, pensyarah dan ahli akademik Malaysia. Gamifikasi merupkan satu bidang ilmu yang menjadikan aktiviti yang asalnya bukan permainan sebagai suatu aktiviti bermain yang formal. Dengan itu, hasil gamifikasi lazimnya digelar sebagai permainan serius. Fokus amalan gamifikasi dalam buku ini tertumpu pada bidang pendidikan dan disusuli dengan amalan pembelajaran berasaskan permainan atau game-based learning (GBL). Kedua-dua konsep ini dibincangkan dengan panjang lebar bagi memberi kefahaman kepada mereka yang baharu berjinak dalam bidang ini. Langkah-langkah dalam gamifikasi juga dijelaskan bagi menghasilkan permainan yang boleh dimanfaatkan dalam pendidikan. Hasil gamifikasi ini akan lebih bermakna dengan pendedahan kepada pembaca tentang kaedah pelaksanaannya, potensi dan cabaran dalam amalan GBL ini. Beberapa sintesis daripada pengaplikasiannya dalam pendidikan membantu lebih kefahaman kepada pembaca dalam memahami gamifikasi dalam pendidikan.
Media, komunikasi dan industri kreatif dipercayai dapat memberi impak yang cukup signifikan kepada masyarakat dunia khususnya dari segi cara hidup, berkomunikasi, bersosial malah bertingkah laku. Impak yang dibawa oleh media masa kini menjadikan media suatu alat perhubungan yang bersifat keperluan paling utama kepada setiap individu. Buku ini juga menekankan impak sifat baharu media kepada masyarakat khususnya media sosial yang dikatakan memberi pengaruh yang lebih besar berbanding media konvensional.Dengan berkembangnya teknologi media, kajian tentang impak media masih terus relevan dan popular akibat daripada perubahan sosial yang dicetuskan oleh media. Media sosial yang begitu dekat di hati pengguna masa kini sering menjadi pemerhatian sarjana bagi meneliti kesan daripada perubahan yang dibawa oleh media ini. Pengaruh dan impak media baharu ini dilihat sebagai satu gagasan ilmu komunikasi yang mempunyai jaringan tanpa batasan.