2 record(s) found
Buku ini dihasilkan sempena mengingati jasa dan sumbangan beliau dalam membangunkan Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Selaku Dekan yang pertama, banyak cabaran dan pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh beliau untuk membina sesuatu dari tiada kepada ada. Beliau melakarkan sebuah sejarah tersendiri dalam membangunkan bidang sains kemanusiaan di UPSI iaitu satu-satunya fakulti yang mempunyai pelbagai disiplin ilmu. Buku ini mengandungi 13 bab berkaitan sejarah dengan tema kesedaran yang dihasilkan oleh para pelajar pasca siswazah dan juga para pensyarah dari institut pengajian tinggi awam dan swasta. Ada di antara penyumbang bab ini merupakan bekas pelajar beliau dan ada juga antaranya merupakan rakan seperjuangan beliau semasa di (UPSI). Buku ini juga dihasilkan bertujuan untuk membimbing dan melahirkan sejarawan baru dalam mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh sejarawan terdahulu dalam usaha memperbanyakkan khazanah sejarah negara.
Penulisan buku ini adalah satu usaha kecil untuk menghargai jasa Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman dalam sejarah tanah air kita. Antaranya, kejayaan memulihkan keamanan selepas Peristiwa 13 Mei adalah sesuatu yang mengagumkan semua pihak. Oleh itu, penulisan buku ini menggunakan pendekatan secara tema, gambar termasuk petikan akhbar yang mudah dan santai dalam menelusuri sumbangan tokoh ini.Ia menggunakan pendekatan ini kerana kekangan bahan dan masa berkaitan dengan tokoh ini. Usaha-usaha sebegini adalah permulaan ke arah mengenali dengan lebih dekat perwatakan beliau. Antaranya tegas. jujur dan berani menghadapi cabaran dalam memikul tanggungjawab. Oleh itu penghasilan buku yang bertajuk "Tun Dr. Ismail: Merintis Kepemimpinan Berintegriti" akan menjelaskan nilai-nilai kepemimpinan negarawan ini untuk diteladani. Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, dikenali dengan nama ringkasnya TDI - Telus, Dinamik dan Integriti. Ini adalah nilai-nilai teras yang selari dengan matlamat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk melahir dan membentuk pemimpin masa depan. Nilai-nilai ini merupakan amalan dan pegangan negarawan yang menjadi fokus dalam penulisan ini.