30 record(s) found
Ribut kewujudan menunjukkan kepada kita jalan kebahagiaan sebenar dalam dunia yang semakin bermasalah, berdaya saing, cepat, dan jahat. Ia adalah pandangan termenung terhadap kehidupan, agama, hubungan kita dengan Tuhan dan manusia, tentang diri kita dan keinginan, kepercayaan, ketakutan, dan aspirasi kita. Marilah kita menyelami lautan kebijaksanaan ini mencerminkan apa yang kita ada dan apa yang boleh kita lakukan. Jalan itu ditulis, dan kita tidak boleh bersumpah sama ada ke kanan atau ke kiri. Jadikan hidup anda jalan cahaya yang membawa orang lain ke jalan kebahagiaan yang sebenar.
Ketabahan pada masa-masa sukar datang untuk memberi kita kekuatan yang diperlukan untuk meneruskan perjalanan ke arah evolusi rohani. Ia adalah sekumpulan teks dengan refleksi, kebijaksanaan sejati, dan kisah cinta. Buku ini membangkitkan kita ke masa yang baru. Masa yang penuh dengan cabaran, halangan, dan banyak kesakitan. Kami telah belajar berjalan pada saat kritikal untuk manusia yang melibatkan perkembangan teknologi yang hebat dan kemusnahan alam sekitar. Marilah kita melakukan bahagian kita dan mengubah sejarah dunia dengan tindakan positif yang menyokong orang miskin dan memerlukan. Untuk dunia yang lebih berperikemanusiaan, lebih adil dan lebih amal terhadap orang lain.
Produk digital adalah lubuk wang di internet. Namun, jika produk tersebut tidak berkualiti, ia hanya akan membantutkan usaha anda untuk menjana sebanyak mungkin pendapatan menerusi jualan produk digital. Produk yang berkualiti akan di agung-agungkan manakala produk digital yang rendah mutunya akan di hindari oleh pembeli Produk digital yang berkualiti bukanlah bergantung kepada template ebook atau video, ecover yang bagus dan tajuk yang menarik. Produk digital yang berkualiti bergantung kepada sejauh mana maklumat yang anda jual sampai kepada pembeli. Jika anda menjual produk panduan memulakan perniagaan, produk tersebut mestilah boleh membantu si pembeli memulakan perniagaannya selepas menggunakan produk digital anda. Sokongan kepada pembeli perlulah hebat. Produk digital yang berjaya menyampaikan maklumat yang di jual adalah produk digital yang bermutu tinggi.
Jika anda tidak membaca apa-apa bahan lain tentang kecerdasan emosi, bacalah 10 artikel yang terbaik ini oleh pakar dalam bidang ini. Kami telah meneliti beratus-ratus artikel dalam arkib Harvard Business Review dan memilih artikel yang paling penting untuk membantu anda meningkatkan kemahiran social dan emosi anda — dan kejayaan professional anda. Buku ini akan memberikan inspirasi kepada anda untuk: Memantau dan menyalurkan mood dan emosi anda Membuat keputusan empatetik yang bijak Menguruskan konflik dan mengawal emosi dalam pasukan anda Bertindak balas terhadap situasi yang sukar dengan daya tahan Memahami kekuatan, kelemahan, keperluan, nilai dan matlamat anda dengan lebih baik Membangunkan ketangkasan emosi.
Jika anda tidak membaca apa-apa bahan lain tentang komunikasi efektif, bacalah koleksi 10 artikel ini. Kami telah meneliti beratus-ratus artikel dalam arkib Harvard Business Review dan memilih artikel yang paling penting untuk membantu anda meluahkan idea anda secara jelas dan penuh impak — tidak kira apa-apa situasinya sekalipun. Pakar terkemuka seperti Deborah Tannen, Jay Conger dan Nick Morgan memberikan fahaman dan nasihat yang anda perlukan untuk: Membentangkan idea cemerlang anda — dengan jayanya Menjalinkan hubungan dengan pendengar anda Mewujudkan kredibiliti Memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melaksanakan visi anda Menyesuaikan diri dengan gaya pembuatan keputusan pihak berkepentingan Merangka matlamat yang berkisar pada kepentingan bersama Membina konsensus dan meraih sokongan.
Jika anda tidak membaca apa-apa bahan lain tentang pengurusan diri sendiri, bacalah 10 artikel ini. Kami telah meneliti beratus-ratus artikel Harvard Business Review untuk memilih artikel yang paling penting untuk membantu anda memanfaatkan diri anda sendiri. Buku ini akan memberikan inspirasi kepada anda untuk: Berminat terhadap kerja sepanjang 50 tahun hayat kerja anda Menyelami nilai anda yang terpendam Mendapatkan tenaga fizikal dan mental semula Mengimbangi kerja, keluarga, komuniti dan diri sendiri Menyebarkan tenaga positif ke seluruh organisasi anda Bangun semula daripada masa yang sukar Mengurangkan gangguan dan kekecohan Menugaskan kerja dan membangunkan inisiatif pekerja.
Buku ini mengupas persoalan bagaimana keilmuan diterokai, yang sebenarnya berbentuk rawak atau "chaos". Memahami Teori Chaos, mampu memberikan kita kesedaran bahawa setiap elemen terkecil jika dibiarkan berlarutan atau dilaksanakan secara berterusan, bakal memberikan ledakan situasi dan peluang. Kejayaan menggapai PhD, adalah bermula dengan kefahaman sikap menghargai elemen usaha terkecil yang bakal membawa kita kepada kejayaan memperolehi PhD, atau apa juga kejayaan yang ingin kita lakarkan. Kreativiti melakukan projek kecil seperti pengumpulan artikel, penulisan definasi dan penerangan istilah kedalam fail indeks, adalah langkah-langkah kreativiti kecil yang sebenarnya berperanan menghasilkan ledakan kejayaan. Buku ini mengupas persoalan Teori Chaos dan bagaiamana ianya berfungsi dalam melakarkan kejayaan menggapai PhD. Buku ini sebenarnya boleh digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat dalam memahami bagaimana sesuatu kejayaan penerokaan ilmu dapat dimulakan hanya dengan memulakan suatu langkah yang tergambarkan sebagai suatu titik.
Buku ini menyediakan beberapa langkah mudah yang boleh digunapakai oleh mahasiswa baru khususnya dalam menguruskan kehidupan tahun pertama di universiti. Pengurusan dan perancangan hidup di peringkat awal sangat penting dalam menentukan hala tuju hidup mahasiswa di universiti. Penulisan ini merangkumi beberapa aspek penting seperti kemahiran pengurusan diri, pembinaan diri yang positif dan aspek keseimbangan hidup. Pada masa yang sama membantu memberi mahasiswa semangat baru, meningkatkan motivasi, melahirkan idea-idea tertentu dalam aspek pembelajaran dan kehidupan.
Kesejahteraan individu pada hari ini banyak bergantung kepada pengawalan emosi dan juga pengawalan minda yang rasional. Manusia yang berkonflik biasanya mudah untuk mengikut satu jalan penyelesaian yang negatif, jika diikuti oleh emosi yang melulu dan juga tidak menggunakan akal yang waras dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Justeru, buku ini memaparkan tentang konflik yang melanda masyarakat kita pada hari ini, dan bagaimana untuk menanganinya pada masa sekarang dan juga akan datang. Pelbagai faktor penyebab kepada berlakunya konflik ini, dan bergantung kepada individu untuk meneruskannya dengan cara yang terbaik atau juga sebaliknya. Contoh-contoh kes yang dipaparkan juga diharapkan dapat membantu serba sedikit dalam penyelesaian sebarang konflik yang melanda, sama ada untuk individu, keluarga, masyarakat dan juga negara. Individu yang berjaya, adalah individu yang pandai mengawal sebarang isu konflik yang melanda dalam dirinya. Hanya anda yang berhak tentukan kehidupan diri anda.
Buku Panduan Asas MS Excel ini merupakan panduan paling asas untuk seseorang yang tidak tahu langsung atau tidak pernah menggunakan MS Excel sebelum ini. Sekiranya anda menepati kriteria di atas maka anda sangat sesuai untuk menggunakan panduan ini kerana sangat mudah difahami, dilengkapi dengan gambarajah-gambarajah yang menerangkan sesuatu tajuk dengan langkah demi langkah untuk kefahaman anda. Memandangkan banyak panduan untuk menggunakan MS Excel adalah dalam bahasa Inggeris maka saya menulis panduan ini dalam bahasa melayu bagi memudahkan anda yang kurang arif dalam bahasa Inggeris.
Pernah tak kita fikir, kenapa ada orang yang berjaya dan ada orang yang biasa-biasa saja. Adakah ini "takdir"? Adakah ini "redha"? Ada orang yang nak meningkatkan tahap kapasiti kewangan diorang. Jadi, ada yang memulakan bisnes. Bagus, satu usaha yang menarik. Tapi berapa pasti usaha ini akan berjaya? Macam mana nak pastikan? Macam mana nak tahu yang kita ni ke arah kejatuhan? Sesiapa saja boleh jadi seorang businessman. Kita gi beli produk orang lain dan jual balik pada orang lain, kita dah jadi seorang businessman. Tapi tak ramai orang boleh jadi "business manager" yang baik. Sebagai seorang usahawan kita bukan saja kena tengok pada jualan, kita harus menguruskan pemasaran, kewangan, sumber manusia, dan lain-lain. Semua ini berlaku serentak pada masa yang sama. Nak jadi hebat bukan senang. Tapi kalau kita Cuma pentingkan kesenangan saja, sampai bila-bila pun kita takkan jadi hebat. Dalam buku ini saya perkongsikan banyak perkara yang kita boleh renungkan dan praktikkan untuk menjadi seorang yang hebat dan secara khususnya, menjadi seorang usahawan yang hebat.
Terapi seni visual merupakan satu terapi yang memfokuskan kepada penggunaan kreativiti dalam proses menolong. Penggunaan lukisan, kolaj, muzik, imej dan symbol yang digabungkan secara multimodal ternyata berkesan dalam membantu ibu tunggal menangani regulasi kognitif emosi (cara seseorang itu berfikir dan membuat penilaian terhadap sesuatu peristiwa yang dihadapi) dan kebimbangan. Monograf ini membincangkan dapatan kajian yang dijalankan secara eksperimental terhadap ibu tunggal di daerah Kuala Terengganu dan Marang. Aspek-aspek penerimaan, menyalahkan diri, membina perspektif baharu, pemikiran tidak rasional yang memudaratkan, menyalahkan orang lain serta kebimbangan dapat dihuraikan. Terapi ini boleh dijadikan alternative kepada kaunselor dalam proses menolong.
Buku ini ditulis untuk sesi perkongsian ilmu dan pengalaman penulis pada masa buku ditulis dan pada masa pengalaman itu dilalui. Kemungkinan kesesuaian kandungan buku ini kepada semua bergantung kepada cara penerimaan dan pendekatan yang digunapakai oleh anda sendiri terhadap teknik-teknik dan maklumat-maklumat yang telah dikongsi oleh penulis secara umumnya. "Senangnya buat duit" tidak mungkin akan membantu anda untuk menjadi kaya raya dengan sekelip mata. Ia adalah satu proses yang perlu anda curahkan usaha dan kemahiran-kemahiran yang ada pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Buku ini akan membimbing anda untuk mencapai impian itu tetapi bukan mengesahkan yang anda akan capai hanya dengan membaca sahaja isi kandungannya. Buku ini didatangkan sekali dengan kemudahan menggunakan sistem atas talian yang dibangunkan oleh penulis sendiri secara PERCUMA. Sistem itu boleh dicapai dengan menaip alamat di 'web browser' anda Sila hubungi penulis. Username dan Password boleh diperolehi dengan membeli buku ini. Harapan saya agar anda mendapat manfaat yang terbaik dari isi kandungan buku ini. Maklum balas anda sangatlah dialu-alukan tetapi diharap dalam konteks perkongsian pendapat. Shah Iskandar 2018.
Panduan menjadi pustakawan yang happy go lucky dan positif.
Rahsia mengenal pasti dan membangunkan bakat didedahkan secara terperinci dalam buku ini.
Insan cemerlang tidak hanya diukur dengan pencapaian akademik malah juga melalui akhlak yang terpuji. Akhlak dalam Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk nilai moral, etika, dan adab. Setiap Muslim ditegaskan supaya menghayatinya kerana insan cemerlang ialah orang yang paling baik akhlaknya. Justeru, buku ini membincangkan tentang konsep insan cemerlang, adab dalam kehidupan Muslim yang cemerlang di samping kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar.Doa pilihan yang mudah diamalkan dalam kehidupan turut dimuatkan di samping beberapa panduan fardu ain yang perlu dilaksanakan ke arah menjadi insan cemerlang di dunia dan di akhirat.Buku ini sesuai dijadikan sebagai panduan atau 'manual book' kepada pelajar sekolah dan di institusi pengajian tinggi serta sesiapa sahaja yang inginkan kecemerlangan. Buku yang sederhana tebalnya ini mudah untuk dibawa ke mana-mana dan boleh dibaca dalam jangka masa yang pendek.
Anda mahu jadi pelajar super? Apakah cirri-ciri pelajar super? Bagaimana mahu menjadi Pelajar Super? Apa kaitan Modul Super Study dengan Pelajar Super? Dapatkan jawapannya di dalam buku ini! Buku ini adalah komplikasi modul Super Study yang sudah dijalankan sejak 2006. Lima komponen asas Sistem Super Study adalah: Memiliki perancangan yang professional (strategy) dalam pembelajaran dengan 3 strategi belajar: Nota Super, Revisi Super dan masa superMemiliki kemampuan belajar dan memahami sesuatu perkara dengan cepat dan cekap (understanding) melalui 3 proses faham super: soalan minda, bacaan awal dan kata kunci.Memiliki keperibadian (personality) yang unggul dengan 3 nilai super: bertanggungjawab, berwawasan dan berdisiplin.Cekap menjawab peperiksaan (exam skill) dengan 3 tip super exam.Mampu menghafal (remember) apa yang sudah difahami dengan 3 kuasa memori dan 3 teknik memori super.
"Pekerja bermotivasi lebih setia dan sedia meletakkan ‘nyawanya’ untuk majikan.†-------------- Apakah yang kita lakukan bagi mengatasi situasi ini? Sikap pekerja melaksanakan tugas melewati tarikh akhir. Kesilapan pekerja yang kita tanggung dan pihak atasan. Sikap pekerja yang menikam dari belakang. Apabila peraturan bertulis tidak dapat memberi jalan keluar, selesaikan dengan seni motivasi yang menukar situasi menjadi solusi. Buku ini membongkar 11 teori dan prinsip motivasi di mana menjadi kunci kepada sikap rajin dan positif pekerja. Terbukti membantu menjadikan pekerja lebih setia, bersedia dan bekerja tanpa meningkatkan kos operasi. Buku ini memberi tiga perkara unggul kepada majikan, pengurus dan pegawai atasan bagi memotivasikan pekerja: Strategi dorongan dari dalam diri pekerja. Dahulu organisasi dilihat sebagai tempat makan gaji, kini menjadi tempat berkembangnya potensi diri.Strategi berfikir seperti majikan. Pekerja yang berfikir gaya majikan akan mengurus kerja secara berkesan. Mereka meletakkan faktor wang sebagai faktor kedua.Strategi mengurus kos membaik pulih yang dilakukan oleh pekerja kesan daripada suntikan motivasi yang tidak kena cara dan tempatnya. Organisasi menjadi syurga apabila semua pekerja gembira dan kekal setia. Hanya resipi motivasi yang memungkinkan ia berlaku. Pilih dan segera lakukan di tempat kerja.
AWET MUDA: 7 Rahsia Kesihatan Holistik merupakan karya yang diterbitkan untuk memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan berasaskan kesihatan holistik menerusi pemantapan minda separa sedar dan amalan hidup sihat. Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelulusan akademik, jantina, agama dan usia.Buku ini menjelaskan kepentingan program awet muda dari perspektif penjagaan kesihatan secara bersepadu dengan mengambil kira kemajuan perubatan moden, gaya hidup sihat dan ajaran agama. Buku ini memberi penekanan kepada minda separa sedar; memahami kaedah penjagaan kesihatan secara ideal, sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai model kesihatan holistik menerusi pemugaran minda, pemakanan dan minuman, keperluan tidur, riadah, amalan ritual, dan pengawalan tekanan.Dalam buku ini, penulis menggariskan 7 rahsia bagi menjadi awet muda. Rahsia pertama memerlukan persiapan minda yang kental dan perlu sentiasa konsisten serta pengawalan tekanan supaya hidup sentiasa tenang, ceria dan gembira. Kita juga perlu sentiasa bertitik-tolak daripada kefahaman ajaran Islam yang sebenar. Justeru kita perlu memahami dan menggunakan sistem limbik dengan input positif sama ada melalui pemikiran positif, cita-cita dan doa.Rahsia lain ialah rahsia tentang pemakanan dan pengambilan air yang mencukupi. Dapatkan makanan seimbang mengikut keperluan karbohidrat, protein dan lemak. Rahsia seterusnya melakukan senaman iaitu bagi mencorakkan cara hidup yang aktif merupakan salah satu kunci untuk sihat. Senaman membuahkan impak kepada menjaga DNA, mengimbangkan hormon, membantu mengekalkan bentuk badan serta menjaga komposisi badan dan dapat mengurangkan tekanan.Pengambilan makanan tambahan juga menjadi rahsia penting dalam menjalani kehidupan moden. Tekanan kerja, pencemaran alam sekitar, pengurangan zat-zat di dalam makanan dan cara hidup moden mengundang radikal bebas serta kekurangan vitamin dan mineral di dalam pemakanan dapat digantikan semula untuk memastikan DNA tidak mengalami kerosakan dan dapat dibaik pulih.Selain itu, rahsia penjagaan kulit penting untuk awet muda kerana kulit adalah organ pertama yang dapat dilihat oleh mata kasar. Keadaan kesihatan kulit juga memberikan persepsi orang kepada kita terutamanya pada bahagian muka. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa penjagaan kulit bukan semata-mata terletak pada muka, sebaliknya meliputi keseluruhan badan.Penulis menegaskan bahawa sikap yang konsisten dalam melakukan sesuatu aktiviti kunci kejayaan bagi apa jua program, termasuklah program awet muda dan kesihatan holistik. Jika kita mempunyai ilmu tetapi tidak diamalkan, hasilnya tidak mendatangkan banyak manfaat. Dalam hal ini, keikhlasan adalah asas penting untuk menyuburkan sikap konsisten. Justeru kita perlu melakukan program awet muda dan penjagaan kesihatan holistik semata-mata untuk mendapat keredaan Allah SWT.Buku yang memberi perimbangan antara kepentingan kesihatan, perkembangan minda, tuntutan kerjaya dan matlamat kehidupan. Garapan berlandaskan perspektif Islam menjadikan buku ini bersifat holistik dan relevan.(Datin Norjuma Habib Muhamed, isteri Dato' Mohamed Nazim Razak)AWET MUDA ... buku yang mengemukakan konsep bersepadu antara kesihatan moden, amalan harian yang serasi dengan pendekatan saintifik dan ajaran Islam.(Prof. Jasmy Yunus, Dekan Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan, UTM)“.
Menjadi guru super bukan satu impian, tetapi satu kewajipan. Para pendidik wajib menjadi guru yang terbaik dalam perjuangan memandaikan anak bangsa. Bukan mudah mahu menyantuni pelajar, melayan kerenah rakan sekerja, dan sekali gus mentadbir seluruh sekolah. Walau bagaimanapun, seorang guru super pasti dapat memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya. Dalam buku ini, penulis berkongsi cerita, ilmu, dan pengalaman beliau mendidik para pelajar dan mentadbir sekolah. Kata-katanya bersulam nasihat, tegurannya lembut dalam ketegasan, dan didikannya meresap ke dalam hati. Antaranya adalah: Kaizen dan penambahbaikan yang berterusanBelajar daripada kejayaan orang lainMenawan hati orang atasan dengan prinsip Pemimpin 360ºAnak yang baik mendengar kata.