81 record(s) found
Perpisahan kali pertama masih mampu dihadapi. Saat perpisahan itu berulang kembali, hati tidak cukup ampuh untuk menanggung sakitnya.Kenapa? Mengapa? Soalan yang sama membelenggu diri. Aku mahukan jawapan. Sedangkan dia bisu tanpa kata. Hanya kedinginan dia membekukan hati. Menghadirkan lara di hati.Bisakah diri membenci sedangkan hati setia menanti? Rindu itu terlalu menjerut sedangkan dia langsung tidak peduli. Pedih!"You tak boleh buat I macam ni, Reeq!"~ Rayhan Amanda~Perpisahan bukan satu pengakhiran. Itu janji yang dipegangnya. Janji seorang suami. Namun bukan untuk didengar sang isteri. "I have every right to make you mine, Ray. You can only be mine. Nobody else can have you. Never."~Fareeq Lutfi~.
Kerana satu malam yang hampir menjadi tragedi, Didi mula dikejar lelaki yang tidak diingininya. Entah kenapa pemilik empayar yang disegani ramai punya begitu banyak masa untuk dihabiskan bersamanya.Soalnya sekarang, dia tidak punya masa untuk melayan lelaki itu. Pergi main jauh-jauh!"Marah?"Mana dia dapat nombor aku ni?!"You nak apa?" soal Didi sinis."You," balas suara garau di hujung talian.Dasar buaya tembaga. Playboy besar!"Oh, you nak I?" soal Didi lembut. Terdengar tawa di hujung talian."I nak you, Didi.""I'm not yours.""You will be mine.""In your dreams.""Such a sweet dream."Mendidih hati Didi mendengar balasan yang cukup bersahaja itu. Lagi dia cuba berlagak seperti tiada apa-apa, lagi seronok lelaki itu bermain kata. Benci!.
Bila si penggoda bertemu si kayu, terpercik bara cinta yang tidak mungkin ditelan masa. Bara yang takkan pernah padam hingga ke akhirnya. Benarkah itu? Atau hanya dongeng sebuah cerita?"Suami Lin dulu macam kayu. So not romantic. Tapi sekarang dah macam kulit kayu manis. Masih macam kayu. Tapi ada manisnya.""Masih macam kayu? Are you sure?" "When you are looking at me like that... I'm not so sure anymore," balasnya lembut menentang berani renungan sang suami. Bibir merekah bahagia bila tubuhnya sekelip mata berada di dalam rangkulan suami.Dalam meniti bahagia, tetap ada yang cuba memusnahkan segalanya. Ibu mentua yang terus membenci menjerut rasa. Sampai bila? Sabar itu ada hadnya.Cinta seorang Ishaq hanya milik Aazeen. Dulu, kini dan selamanya. Walau hidup ini terus diuji, seorang suami yang menyintai seorang isteri takkan pernah mengalah. Titik!"Maafkan zeen. Zeen tak berguna satu sen pun. Zeen jadi beban untuk abang. Apa guna seorang isteri kalau tak mampu ringankan beban suami?""Nak tahu apa guna isteri abang ni?" Tubuh itu ditolak perlahan rebah ke katil. "This is one of the thing. The most precious moment for me." "Abang..." Bibir bergetar menahan gelora jiwa."Zeen... you're my woman. My wife. My love. That's a lot for me."
Orang tua-tua cakap jangan bilang benci. Nanti jatuh hati. Itu yang terjadi pada Kimrie. Membenci Hafriz perampas jawatan CEO suatu ketika dulu. Itu jugalah penyebab cinta mereka terpatri."Kalau Kim tahu best peluk macam ni dulu... mesti Kim tolak jaket tu. Kim ambil tuan jaket aje. Dah cukup nak panaskan Kim.""Sekarang bukan main nakal. Dulu pantang abang dekat, terus dia cabut," sindir Hafriz."Kim tak tahu abang penyayang macam ni. Abang asyik buli Kim aje masa tu. Mana Kim berani dekat.""Abang bukan buli tu. Abang caring cara abang. Waktu tu isteri abang ni sombong. Tak suka abang sebab rampas takhta yang dia nak. Tu aje caranya nak dekat dengan Kim." Pipi Kimrie dielus lembut. Terasa sejuk kulit pipi isterinya itu.Cinta itu terus berbunga. 4 tahun bersama, cinta tetap dibaja. Tapi rumah tangga mana yang tidak dibadai ombak? Yang hidup pasti diuji. Itu janjiNya. Pemergian Siti Khadijah menguji kekuatan cinta mereka. Sabar dan reda itu kunci rumah tangga bahagia. Hafriz teguh di sisi. Kimrie kuatkan hati.Bardrizal yang manja, Hans yang gila kerja. Kombinasi yang susah untuk difahami. Pasangan merpati sejoli. Bardrizal playboy pencen mahukan Hans sentiasa di sisi. Hans pula sibuk mengejar impian membina empayar sendiri. Sesekali suami cuba memahami. Sesekali isteri lupa diri."Nissa...""Hurmmm..." Hans melangut sedikit. "Jangan pernah lupakan abang," bisik Bardrizal lembut."Kalau Nissa lupa... abang ingatkan Nissa, please," tutur Hans separuh merayu. Dia sedar dia bukan isteri sempurna. Tidak sebaik mana. Bukan hanya Bardrizal yang difikirkannya. Impian dan cita-cita tetap penting baginya. "That's why I'm here. Abang tak nak Nissa lupakan abang. Abang takkan benarkan Nissa lupa siapa yang lebih penting. You're mine." Lembut nada Bardrizal, tegasnya tetap terasa.
Memilih dia merupakan salah terbesar di dalam hidupku. Melupakan dia perkara yang terbaik berlaku untukku. ~ Nurul BalqisMenerima dia bukan perkara yang bijak pernah berlaku. Menghalang dia pergi satu keputusan yang cukup tepat untukku. ~ Adi Zafran "You ingat... you boleh pergi macam tu aje?" Sinis nada dia menyoal."You tak pernah suka I wujud dalam hidup you. Untuk apa you nak halang I sekarang ni?" bentakku bengang."Sekali you melangkah masuk dalam hidup I... jangan ingat you boleh tinggalkan I."Nada yang cukup dominan itu merantai kakiku dari cuba melangkah jauh. Namun tidak semudah itu untuk aku tunduk.Cukup sudah dengan apa yang berlaku. Aku ingin melupakan segalanya. Lupa. Dan teru.
"You don't know how to flirt don't you?" duga Adlina lembut. "It's okay. I'm more than willing to teach you," ucap Adlina dengan senyum nakal mengusik."Really?" Tajam renungan menikam pandangan si gadis.Gulp! Ditelan liur yang terasa kesat. Bibir lelaki itu mungkin tidak memakan umpan yang dihulurkan. Mata lelaki itu menceritakan kisah yang berbeza. Hinggakan dia yang gugup keresahan.'Boleh tahan jugak mamat ni. Mata tuuu...'"Ouch, don't bite me," usiknya sudah hilang gugup yang datang. "I'm not your dinner," tambahnya dengan bibir diketap bagai sengaja menduga reaksi lelaki itu.Dia yakin mampu menawan si mamat kayu. Namun kenapa perlu ada debaran resah setiap kali renungan itu memburunya?.
Saat si penggoda bertemu jejaka terlebih usia, ada tarikan yang sukar untuk dinafikan. Lalu bermulalah satu permainan. Yang pasti hati menjadi taruhan. Saat dunia dirasakan begitu indah, kebenaran yang terbongkar mampu menghancurkan. Kebencian mula melata. Air mata menjadi bicara. Kecewa."Segalanya berpunca daripada you. Kalau bukan sebab you..." ~Aluna Wirda~"You can blame me, Luna. But I will never let you go. Not today. Not ever."~Thaqeef Ilhan~.
Sebut sahaja tentang cinta, pasti sepasang kekasih menjadi simboliknya. Couple of the year. True love. Belangkas. Semua itu gelaran untuk mereka di kampus. Nourul Aazeen, Hawa yang dijadikan untuk Adamnya, Mohd Ishaq. Sepasang kekasih yang takkan berpisah. Kasih tersimpul mati. Cinta sehangat asmara. Happily ever after.Lalu kenapa bukan tangan Ishaq yang disambut Aazeen? Kenapa Eduan pula yang tiba-tiba menjadi pilihan? Punah sudah impian. Terlerai segalanya. Amarah mula membakar. Benci mula membusuk. Dendam kini beraja. Ishaq pergi tanpa sepatah kata. Pergi tak mungkin kembali lagi. Episod cinta tamat begitu sahaja.5 tahun bukan tempoh yang singkat. Segalanya hanya tinggal sejarah. Tiada lagi kisah Adam dan Hawanya. Semua telah terkubur. Namun takdir sekali lagi mempertemukan mereka. Dahulu sebagai senior dan junior. Kini sebagai pengurus dan pembantu."What are you doing here?!" "Zeen... Zeen...""What are you doing here?!" "Zeen... tak tahu... abang kerja sini." "Abang?!" ucapnya tertawa begitu sinis."Don't ever call me that!" tempelak Ishaq marah. Merah padam wajahnya membuat Aazeen kecut. Terpempan tanpa kata.Pertemuan kali ini, apa kesudahannya? Mungkinkah cinta lama hangat kembali? Atau dendam kesumat yang menjadi agenda? Derita? Atau bahagia pengakhirannya?.
Batrisyia si Ice Queen bermata biru lebih senang hidup sendiri tanpa gangguan sesiapa. Hidupnya tiba2 terganggu oleh Ghazi Zayan yang hadir mengejar."I want you... and I will keep hunting you. Again... and again.""You dah gila!""I mungkin gilakan you. Jaga-jaga. I mungkin buat you jatuh cinta."Sejauh mana dia cuba mengelak, lelaki itu tetap mengejar. Selagi dia tidak jatuh ke dalam dakap Ghazi Zayan, dia pasti jadi buruan!.
"Selfish. Arrogant. Beast!" Itu kata Nur Atiya. Lelaki yang bergelar suami itu tiada tempat di hatinya. Lagi-lagi bila lelaki itu sendiri langsung tidak melayannya sebagai isteri. "You suka atau tidak... gelaran you tetap takkan berubah." Sinis bicara Mohd Huzer menyentap hati seorang isteri. Isteri yang dianggap seperti boneka. Perhiasan semata-mata. ........Perkahwinan ini tidak sepatutnya berlaku. Tidak patut! Hubungan suci perlu disulam dengan cinta yang mampu membuai rasa. Penuh bicara indah. Itu yang diinginkan setiap gadis. Malangnya buat Nur Atiya bila dirinya berakhir di tangan lelaki yang hanya menganggapnya sebagai boneka. Bukan isteri untuk dikasihi. Di mana silapnya? Dia hanya ingin menganyam cinta bersama kekasih hati. Buka terdera di tangan seorang suami."I hate you!" Biar jeritan itu berkali-kali bergema, lelaki tidak punya hati itu langsung tidak memberi sebarang reaksi. Dianggap ibarat angin lalu. Sakitnya hati!.
Cinta itu bukan ungkapan. Kasih itu bukan umpan.Di antara mereka hanya punya tarikan. Usah berbicara soal hati yang tiada. Namun kenapa pedihnya terasa?Pertama kali membalas renungan itu, aku lemas sendiri. Bagai kelip-kelip yang tertarik pada api, aku kian merapati. Dan seperti kelip-kelip itu juga, aku terbakar hangus. Rentung. Antara aku dan dia, sudah termaktub takdir yang menyakitkan. Cinta yang tak berbalas buat aku lelah sendiri. Biar segalanya ternoktah di sini!~Rayhan Amanda~Dia hadir tanpa kupinta. Dengan lenggok penuh menggoda. Hanya mahu aku sebagai pelindungnya. Merantai diri selamanya menjadi milikku. Itu janji yang termaktub. Janji yang kutuntut hingga ke hujung nyawa. ~Fareeq Lutfi~.
Amra Aleesa, puteri yang ditatang di atas dulang emas. Hidup dalam kemewahan. Tak pernah merasa susah. Permergian Dato' Alif tak mudah untuk diterima. Lalu kesumat mula beraja di hati. Pemergian insan tersayang akan dibela. Takkan dibiarkan begitu sahaja. Lelaki itu akan menerima balasannya. Dendam!KhaliQ. Lelaki yang memanjat setiap tangga untuk berada di puncak. Langkahnya tak pernah goyah. Kala bertemu sang puteri, dia ingin memiliki. Sang puteri dijadikan suri. Sekali hati berdetik nama itu, takkan sesekali dilepaskan pergi."Marry me... and I will give you everything."'I want your life!'Sayangnya kata-kata itu hanya mampu bergema di hati seorang Aleesa.
Nur Inaara Tajul. Si andartu comel yang mampu meruntun hati lelaki untuk dekat. Luarannya nampak comel dan lembut. Dalamannya begitu tegas dan diktaktor. Sekali bibir itu berbicara, pastinya ada mangsa yang malang. Terlalu biasa menggalas beban di bahu buatnya keras dalam mendisplinkan pekerja.Akid Zulfan. Kacak. Tinggi lampai. Menjadi bualan gadis. Mamat kilang yang menarik perhatian Naara. Lagi-lagi bila mama tidak sudah membebel agar menamatkan zaman anak daranya. Kalau dia perlu kahwin, kenapa tidak dia memilih lelaki yang sedap mata memandang? Kalau perlu dibeli lelaki itu, dia sanggup membayarnya. Yang penting lelaki itu harus mendengar perintah!"Are you sure?" soal Akid dengan kening terjongket."Sure. I biasa tidur dengan adik I," balas Naara yakin. Tiada salahnya tidur dengan lelaki yang sebaya dengan adiknya itu."Adik?" balas lelaki itu dengan senyum sinis di bibir.
Bardrizal si pencinta wanita. Baginya wanita untuk digoda dan dijadikan koleksi. Saat mata berlabuh pada gadis blonde yang menarik di mata, bermulalah taktik mengejar si buaya. Menambahkan satu lagi trofi untuk dimiliki. Si buaya yang tidak suka menjejakkan kaki di syarikat mula menunjukkan muka demi menawan si blondie yang begitu serius tentang kerja. Soalnya sekarang, si blondie yang dikejar hanya memandangnya sebelah mata. Mencabar ego lelakinya. ......Hannissa Amsyar si workaholic yang mengejar kerjaya. Lelaki pemalas tidak mungki mendapat tempat di hatinya. Bagi Hans, lelaki harus menjadi pemimpin seorang wanita. Menjadi bahu untuk bersandar. Bukan hanya tahu melepak sahaja. Si gadis tidak sudi memandang. Si jejaka dengan ego yang dijunjung tinggi. Tidak akan sekali-kali mengalah. Lalu di mana pengakhirannya? Wujudkah cinta di antara mereka?.
"So, you nak mendabik dada depan I? You dah kaya sekarang. You dah mampu. Tak bermakna you mampu memiliki I. No!""Tak mampu, huh?" soal sang kekasih sinis sekali. Jurang yang wujud dirapatkan. Tubuh genit wanita itu ditarik rapat hingga melekap di dadanya. Memenjara kemas. Tiada ruang untuk lolos."What are you doing?" deram Kamila resah. Dia cuba menolak dada lelaki itu. Gagal!"I lebih dari mampu untuk jadikan you milik I, Mila. Terlalu mampu. You milik I. I takkan lepaskan you sekali lagi. Not in this life time." ...Nur Kamila & Nizar Naail. Ada kisah yang belum tamat di antara mereka. Ada kisah yang ingin disambung hingga bertemu pengakhirannya. Pengakhiran yang mungkin menjadi satu pembalasan atau membawa bahagia yang diharapkan.
Kisah seorang remaja bernama Tengku Adania yang menjadi anak tunggal kepada Tengku Muiz dan Puan Najla. Dia dibesarkan dengan kemewahan tapi sayangnya tidak dibesarkan dalam lingkungan didikan agama. Kerana kesibukan ibu bapanya sebagai usahawan yang berjaya, dia dibiar mencorakkan kehidupannya sendiri. Tengku Adania sangat berbangga dengan kemewahan dan darjat yang dimiliki sehinggalah pada suatu hari Tengku Muiz telah membuat keputusan untuk menukarkan Tengku Adania ke sebuah sekolah harian kerajaan. Di situ, dengan perangai Tengku Adania yang sombong, pelbagai peristiwa telah berlaku. Dia dimusuhi oleh seseorang sehingga sanggup mencederakannya. Perkenalannya dengan Khairul Lutfi dan Nenek Maryam mengubah cara pemikirannya. Dari situ perlahan-lahan dia cuba mengenali erti Islam yang sebenar. Selepas kematian Khairul Lutfi dalam satu kemalangan jalan raya, Tengku Adania bertekad untuk mengubah dirinya.
Ini satu cerita.... Karya Agung Lebat Rezeki Telenovela Melankolia Ranggi Metropolis Merah itu Cinta Mahaguru Retrolistik Mereka muncul kembali. Tiga lelaki berbeza, tiga perempuan berbeza. Apa pula kisah mereka kali ini? Menarik sangatkah kisah hidup mereka? Ini Satu Cerita Alter Ego.
Durrah suka donut coklat. Yumna suka donut strawberi. Amira pula hanya sukakan donut. Apa sahaja perisaa... Dialah pengasas Donut Puteri hingga menyebab pelajar sekolahnya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Kelab Peminat Donut Coklat dan juga Kelab Peminat Donut Strawberi.
Bukan mudah mencari pasangan merangkap teman sejiwa! Kata orang putih soulmate. Kadang-kadang, hati ini seperti suka, tetapi pihak di sana pula serba tidak kena! Ada waktu, terasa bagai serasi, tetapi itu hanya rasa di hati. Alia menyanjungi bapanya, Tuan Azizul. Tuan Azizul adalah lelaki yang punya pakej sempurna. Bagi Alia, bapanya adalah contoh prince charming . Hanya bapanya dan Rasulullah menjadi lelaki pujaan Alia. Nenek sudah berleter, emak kerap mengeluh, dan saudara sekeliling mula bertanya, di mana jejaka serasi jiwanya. Kata mereka, Alia sudah ada jawatan hebat, sudah tamat belajar, dan perlu mencari prince charming . Hidup menjadi kucar-kacir apabila pencarian prince charming bermula. Bagaimana ciri-ciri prince charming yang diidamkan? Alia pening! Rupa-rupanya payah mahu mencari prince charming .
3 lelaki berbeza, 3 perempuan berbeza (Ops! Silap!) Ada ramai sebenarnya... Siapa mereka? Menarik sangatkah kisah hidup mereka?.